Wednesday, December 30, 2009

terima kasih mak..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t

untuk entry kali ni..hamba teruja sangat hari ini 30.12.2009 kerana dihadiahkan sesuatu oleh mak hamba,
Rahimah Ahmad.terima kasih mak..hamba tak minta apa pun mak tapi mak tetap nak belikn juga.nak tahu hadiah apa?

jeng-jeng...
JAM TANGAN..pertama kali dapat jam tangan yang mahal.walau apa pun,harga bukan tandingan..walau dapat air botol
mineral sekali pun, akan hamba simpan botol tu kalau itu adalah dari orang yang disayangi..=)

jam tangan ni di beri kerana hamba telah berjaya memperoleh dekan semester 3 seterusnya berjaya mengumpulkan
CGPA dekan...Alhamdulillah syukur teramat.namun perjalanan masih panjang....
terima kasih tak terhingga kepada mak ayah yang banyak bagi dorongan.kawan-kawan baik semua...nak sebut pun,ramai
sangat..so,thanks u all...
walau apa pun,semua ini hamba akan jadikan sebagai penyemarak semangat untuk semester depan.InsyaAllah...
hidup kita seperti roda..kadang2 di atas..kadang2 di bawah.andai berada di atas,ingatlah Allah dan kekuasaanNya.
Andai di bawah tabahlah.semua itu adalah tidak lain tidak bukan untuk Allah menguji tahap keimanan kita sebagai
manusia yakni makhluk Allah..

1hb nanti,hamba akan bertolak balik ke asrama,semoga di sana,hamba akan lebih rajin membelek dan memenuhi ruang
blog purple ni dengan apa2 yang menarik..InsyaAllah..

kepada anak saudara ku,Haziq Hakimi b. Hanizam...
tahniah ziq..u got 5A in UPSR dan berjaya memasuki MRSM Alor Gajah, Melaka..
Anjang doakan ziq lebih berjaya lagi..maaf,anjang xdapat menghadiri majlis kesyukuran,Anjang dah nak balik asrama..
tak sempat nak g sana..
Well done my son!!
hehe

sekian ,Wassalamualaikum w.b.t
***berhenti ayu!!!!!!!!!!!!!=(
mungkin ni bukan terbaik...
ayu..sedar lah....!!!!!!!!!!

Wednesday, December 16, 2009

BeRiKu KeKuAtaN oH TuHaN...

Bismillahirrahmanirrahim...



siapa tahu melainkan Allah...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,
hamba masih hidup meneruskan tugas sebagai
manusia dan hamba Allah di muka
bumi ini..
Alhamdulillah di atas
segala rahmat Allah yang telah dukurniakan...
Alhamdulillah di atas
musibah yang diterima,
mungkin ini akan mengajar hamba
erti kehidupan sebenar untuk kini,esok
dan selamanya...
InsyaAllah..

ehem....
sebelum panjang lebar memulakan bebelan dan ruangan,hamba ingin berterima kasih kepada insan-insan yang menjadi followers blog ni.thanks kepada pembaca-pembaca dan syukran kepada insan-insan yang rajin meninggalkan sesuatu di sini,tidak kira di shout box @ di peti komen...
gracias..

waaa...
sudah agak lama hamba tak post something kat sini dan pelbagai aktiviti dan perkara yang hamba lalui..
di mana nak mula yer??

erm..
mungkin sesiapa yang mengikuti blog ni tahu dulu hamba telah lalui zaman percintaan..
memang best dan banyak cabaran tetapi semua tu telah terlerai sikit demi sedikit..h
ingga satu tahap,Allah Yg Maha
Mengetahui dan Menyayangi,
telah menunjukkan hamba jalan yang benar.
Alhamdulillah.dan dengan itu
terkuburlah segala alam percintaan
di antara dua insan yang tidak halal..
hamba redha demi mendapat keredhaan Allah..
adakah pihak 1 lagi redha,
Wallahualam..kadang2 mulut redha..
tapi di hati siapa tahu??hanya Allah yang tahu..
Namun,hamba pasrah bila mendapat tahu,
ada yang memesongkan keadaan yakni
berfikir bahawa gampang bagi hamba
meninggalkan
seseorang??pasti ada orang lain yang hamba minati??
hamba ni memilih sangat??hamba kejam dan tiada perasaan??
pentingkan diri sendiri??...bla3..tanpa semua sedari,
semua tu hanya menjadi persoalan yang tiada jawapan melainkan
mengetahui hal sebenar..
lumrah sesetengah manusia,
membuat dan berfikir sesuatu sebelum mengetahui sebab dan musababnya..
sekiranya perkara dan fikiran dilontarkan pada sesuatu masyarakat?
apa kesannya....?
pasti pelbagai pemikiran yang dibuat...
tambahan terdapat tokok tambah cerita..

cinta tak kotor...
cinta sangat indah,suci dan mengasyikkan..
tetapi lebih baik terhadap Allah dan insan-insan yang halal..
hamba mengaku,
sungguh indah alam percintaan melibatkan 2 insan bukan muhrim,namun..
tanpa diduga,hal tu telah
mangundang zina tidak kiralah zina hati,mata,lidah dan sebagainya..
bagi pasangan yang lebih menyerlah ke'couple'an mereka,
yang rela disentuh, dimanja-manjakan...
lebih banyak zina dilakukan..
sesungguhnya Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan menjurus ke jalan yang buruk"

pilihlah 'love' lepas akad
sesungguhnya sangat indah tatkala satu pasangan disatukan atas gelaran suami isteri selepas akad nikah..
ini bermakna pasangan tersebut halal antara satu sama lain..cinta juga dapat disalurkan kepada yang layak..
sekiranya sebelum kahwin,telah menjadikan cinta sebagai sesuatu yang perlu,berpegang tangan tanda saling dimiliki,
bermanja tanda tiada suatu yang lebih bahagia selain belaian pasangan,melakukan maksiat tanda kasih sayang...
namun percayalah,selepas akad lebih manis semua itu,bahkan mendapat pahala melalui perbuatan yang diharuskan..

melalui cerita saudara terdekat
Z adalah sepupu perempuan hamba..
diceritakan Z kepada hamba selepas akad nikah,pertama kali mereka bersentuhan ketika menyarung cincin dan bersalaman
serta disudahi dengan kucupan dahi dari S..Z menceritakan bahawa betapa indah saat diri menjadi milik si lelaki shj.
semestinya hubungan mereka akan diwangikan dengan nilai2 percintaan yang sebenar..
tidak rugi menjaga kesucian diri di zaman remaja dan sebelum akad..
antara petikan novel yang dapat hamba kongsikan di sini,
"di antara ajaran Islam yang diyakini adalah ajaran tentang bersuci.kesucian lahir dan kesucian batin.kenapa dalam
buku2 fiqah,pelajaran pertama pasti tentang thaharah(bersuci).Adalah agar pemeluk agama Islam sentiasa menjaga
kesucian zahir dan batin.Di antara kesucian2 yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara lelaki dan wanita.
Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara lelaki dan wanita kecuali mereka adalah pasangan
suami isteri yang sah.......ingin menjaga kesucian diri kepada isteri saya kelak.Biar dialah yang menyentuhinya
pertama kali.Biar dialah yang akan mewangi jiwa dan raga ini dengann sentuhan2 yang mendatangkan pahala."
petikan halaman 81-82,Ketika cinta bertasbih..novel pembangun jiwa..

hatiku..
sekiranya banyak andaian yang dibuat terhadap diri ini,hamba redha dan terima seadanya..kerana hanya Allah yang tahu,
apa yang hamba rasa dan apa yang ditanggung hamba...
mungkin suatu hari nanti ada kebenaran menyebelahiku,InsyaAllah...
terima kasih kepada teman-teman usrah yang tidak jemu-jemu memberi nasihat membangunkan jiwa hamba..
apa lagi yang dapat hamba ungkapkan di sini,berjuta kemaafan kepada yang terlibat,
izinkan hamba mengawal nafsu,jiwa dan mencari kebenaran untuk diri.semua yang hamba lakukan adalah untuk masa depan.
disamping menurut syariat Allah..hamba percaya kita lebih sanggup tanggung risiko kan daripada mendapat kemurkaan Allah..
yakinlah pada Allah,setiap pertemuan,perpisahan,
ajal,maut,jodoh di tangan Allah..usaha manusia adalah berdoa dan berusaha menerusi jalan yang diredhai..
Allah takkan sia2kan pengorbanan dan usaha hambaNya..

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

to kak long,sepupuku...selamat pengantin baru...

Thursday, November 12, 2009

aWaRd..First TiMe dPt..


dr ana solehah(http://najcahayacintaagung.blogspot.com/)..syukran..

Thursday, October 29, 2009

sEsi BeRmaAfaN


Assalamualaikum w.b.t

sudah menjadi tradisi setiap semester untk diri hamba memohon maaf kepada semua kenalan sebelum menduduki final exam..
melalui telefon,mesej,ym,skype n blog..
justeru,untuk semester 3 ini,hamba berharap tiada persengketaan tersembunyi terjadi..
hamba mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang telah menjadi kenalan hamba..
doakan kejayaan hamba..
i'll try my best...InsyaAllah.
untuk meng'update' blog,mungkin lambat lagi lah..selepas exam maybe..
except ada peristiwa penting berlaku nanti..
pape hal,selalulah ziarah blog purple ini..
saya akan melawatnya jua nanti walaupun tidak post apa2..


jaga diri semua..
sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, October 28, 2009

ReNunG-rEnUnGkAn

Bismillahirrahmanirrahim

untuk post kali ini..hamba nak postkan tentang salah satu kata-kata mutiara yang hamba suka sangat..so,ingin dikongsi di sini..


wanita ibarat epal..
epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana berguguran di tanah..
tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..
susah dipetik..
sukar digapai..
terkadang epal itu risau,
"kenapa diriku belum dipetik?"
lantas ia merendahkan martabatnya..
serta mengugurkan diri menyembah tanah..
sedangkan ia sebenarnya telah Allah ciptakan begitu tinggi martabatnya..
hingga tiada siapa yang berani memetiknya..
hanya insan yang benar-benat hebat sahaja yang mampu..
mungkin bukan di dunia tapi..
akhirat..
biar jodoh bukan di dunia..
asalkan cinta Ilahi mengiringi..

semoga kaum hawa semua boleh diibarat seperti epal yang berada di puncak yang tidak akan gugur menyembah tanah semata-mata kerana nafsu..
InsyaAllah...
kuatkan iman..
kawalkan perasaan..
bertindak mengikut kata iman..
bukan kata nafsu..
InsyaAllah.mendapat keredhaan Allah..
Amin..

sekian.Wassalamualaikum

Monday, October 26, 2009

MoGa iBuKu sEmbUh


Assalamualaikum w.b.t.

Salam bervisi jua aspirasi..
baru sampai hostel dari rumah ni...
tapi tadi berat hati nak tinggal rumah..
kesian mak...

hamba pulang baru2 ni,
mak hamba sakit...
penyakit darah tingginya mnyerang..
nasib cuti study..
so,boleh luang banyak masa dengan mak..
dan juga ayah..

kat sini,teringin hamba nak cerita masa hamba mula2 sampai rumah..
odw balik,pada pagi jumaat..
hamba dan ayah singgah ke gerai makanan beli sarapan untuk mak..
dan seterusnya pulang ke rumah..
rumah hamba tampak suram..
tingkap dan pintu tertutup tidak seperti selalu..
lepas sampai..
hamba dan ayah pon angkat beg2 yang berat dengan baju2 kurung dan barang yang tidak digunakan di hostel,
sebab dah nak exam,start 30hb...wish me luck...
so,pas letak barang dalam bilik hamba,
hamba terus g tengok mak dalam bilik mak...
kesian...sedih...
mak hamba terlantar atas tilam,
menyepi diam...
hamba pegang bahu mak..
dan mak buka mata perlahan-lahan..
hamba cium tangan mak...
mak peluk hamba erat-erat tanda dia tersangat merindui hamba..
sayunya....dengan melihat keadaan mak,air mata die juga jelas kelihatan...
walaupun acap kali hamba menelefon mak,
namun tiada yang lebih mengembirakan daripada dapat saling berpelukan-pelukan antara ibu dan anak...
selepas tu,hamba beredar untuk buka semua tingkap2 supaya sistem percahayaan dan pengudaraan terjadi dengan baik...
kemudian,hamba kembali menemui mak dan meminta mak untuk mandi supaya lebih segar..
namun,melihat keadaan mak yang tidak bertenaga dan berupaya,
hamba mengangkat mak dan membantunya utk mengensot sikit demi sikit utk ke bilik air..
nasib baik bilik air dekat dengan bilik mak..
kesian mak...
hamba kemudian memandikan mak hamba buat pertama kalinya...
Ya Allah,hamba sayu sangat melihat keadaan mak..
hamba tekad di hati untuk menjaga mak sebaik mungkin...
selepas mandi,hamba papah mak ke biliknya...
dan sediakan sarapan untuknya dan ayah...
hamba sarapan sekali dengan diorang..
gigi hamba dah okay...
dah kembali celoteh macm dulu..alaaaa...huhu..

so,26hb..hamba dah balik kampus..hamba ada gitau mak nak dok rumah jaga mak...
tapi mak tak bagi,mak kata die dah sihat..
dan berharap hamba dapat study dengan baik di sini...
doa hamba moga mak hamba cept sembuh...
hamba juga dah sediakan hadiah untuk hari lahirnya yang ke-59 pada 1hb Nov nnt..
tapi mak hamba tak tahu lagi..
hamba letakkan hadiah tu kat certain place..huhu..
sampai sini saja celoteh hamba di sini...

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, October 21, 2009

sApA diA??

Bismillahirahmanirrahim..

sebelum pape hal,hamba just nak utarakan persoalan sahaja di sini..
sapa kapten dalam tangisan??
apa maksudnya dengan geli sial??meluat??
hamba ganggu hidup dia kah?
hamba ada kacau nama dia kah?
knapa tiba2 muncul di shoutbox hamba?
namun,salam yang diberi eloklah dijawab "Waalaikumsalam w.b.t"
hamba memang orang melayu...serta Islam..
tapi salahkah utk mempunyai identiti sendiri??
an itu hak semua @ individu??
salahkah hamba untuk semua yang hamba lakukan??
banyak cerita tentang pb?
maksudnya??
MasyaAllah..ini kali pertama hamba bertembung dengan masalah begini...
apa hikmah dan petunjukMu ya Allah...
mungkin hamba ada membuat kesalahan dengan sesiapa..
maafkan hamba...

Wassalamualaikum.w.b.t

Monday, October 19, 2009

kURaNgKaN bERcAKaP, iTu LeBiH bAiK


Assalamualaikum w.b.t
"cakap banyak-banyak bayar kurang"...??
hehe..tak ada kena mengena dgn post kali ni yaa..
just skg hamba dah kurang bercakap...
sebab hamba sakit gigi..
huhu...
herm,tak ada pa sebenarnya,cuma kesilapan makan baru2 ni..
yeke??entahla..
hamba juga mengalami pitam buat pertama kalinya di foodcourt pd 18hb..
panas agaknya..
Alhamdulillah tak ada apa-apa..
lagi satu,tidur hamba juga sudah agak awal..
yeke??ye la kot..hehe

tapi hamba dapat moral value dengan apa terjadi..
mengenai sakit gigi...
bagus lah bila sakit gigi sebab hamba dah kurang bercakap..
sebelum ni..hamba boleh kata agak peramah..ye ye ajer..
tapi sejak dua menjak ni,
dah tamat riwayat celoteh-celoteh hamba..
apa yang hamba dapat??
Alhamdulillah, hamba hanya bercakap mengenai perkara penting sahaja sekarang..
mungkin Allah turunkan azab sakit gigi kepada hamba supaya hamba kurangkan bercakap benda-benda tak berfaedah..semoga sakit ini memberi banyak pengajaran kepada hamba..InsyaAllah

selalunya kita tak sedar mulut kita telah mngeluarkan pelbagai kata-kata yang kadang-kadang tidak telintas langsung di hati kita untuk mengatakan hal sedemikian..
bukan hanya kata-kata lucah yang dimaksudkan,tetapi merangkumi jenaka2 yang tidak berfaedah, kutukan2 terhadap seseorang, bercakap mengenai perkara yg tidak penting dan sebagainya...justeru, sungguh bermanfaat kepada diri sekiranya dapat kurangkan bercakap..bercakap hanya bila perlu sahaja...supaya diam-diam ubi berisi,ke arah positif la...

so,tidak salah menjadi seorang yang peramah tapi mesti kena pada tempatnya.bertegur sapa dengan baik dan barakah..serta niat di hati hendaklah kerana Allah Taala...

Semoga kita semua diselubungi cahaya petunjuk Allah sentiasa agar menjadi insan yang lebih baik dan terbaik..bukan di mata manusia tetapi di sisi Allah..InsyaAllah..

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Monday, October 12, 2009

SaYAnG Di MaNa?

Bismillahirrahmanirrahim....

mari kita baca ini..

GINJAL tanya JANTUNG,SAYANG di mana?
JANTUNG tak tahu..
JANTUNG tanya PARU-PARU..SAYANG di mana?
PARU-PARU pun tak tahu..
PARU-PARU tanya HATI..SAYANG di mana?
HATI jawab,SAYANG ada padanya..
GINJAL,JANTUNG dan PARU-PARU hairan,
kenapa SAYANG di HATI?
HATI jawab..
"HATI dipilih oleh ALLAH untuk memiliki SAYANG..
kerana SAYANG,HATI rela dilukai,
kerana SAYANG,HATI rela menangis,
dan
kerana SAYANG,HATI rela berkorban.."
Itulah sebab kenapa SAYANG cuma ada di hati..

Namun,masih ada yang tidak dapat menilai erti sayang dalam hati masing2..
dan tidak kurang juga yang mempermainkan kasih sayang orang lain..
serta mengabaikannya..
aduuyaii...sesetangahnya jua ada memandang remeh tentang sayang di hati ini dan fikir bukan-bukan..
stop it!!!

duhai hati,
jagalah sayang ini dan berilah pada orang yang pandai menilainya sahaja...
peliharalah sayang supaya hati sentiasa mencintai Allah melebihi segalanya..
duhai hati,
duhai sayang,
bersamalah agar kental iman semua manusia...
sekian,

Wassalamualaikum w.b.t

Sunday, October 4, 2009

UsTaZ CaKaP...


Assalamualaikum w.b.t

hari ini masih terasa keletihan uruskan jamuan raya kos hamba sehinggakan hamba terpaksa ponteng 1 kelas BEL 2 jam,2 p.m-4 p.m ...
namun,kelas disebelah pagi hamba dapat hadir tetapi tidak dapat fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran yang berlaku kecuali kelas calculus Prof Wan Zul. Alhamdulillah,minat punya pasal..
kemudian,sewaktu kelas Ustaz Shobri,hamba tertarik dengan suatu kaedah fiqh yang diterangkan yakni "boleh berdusta atas tujuan membaikpulih kemudharatan"...maksudnya di sini,kita diharuskan berdusta atas sebab untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.jadi,mungkin itu jwapan utk masalah hamba semalam.hamba mungkin dapat menyelamatkan hubungan cik dan ibu hamba.InsyaAllah...
maksud hamba berdusta di sini, hamba tak perlu memberitahu ibu hamba mengenai apa yang cik hamba suruh beritahu kerana takut semua ini mengundang sesuatu yang di luar jangkaan..

ini shj yg hamba sempat coretkan.malam nnt ada kelas mentor mentee pula..
sekian dulu,hamba undur diri...

Saturday, October 3, 2009

MaK ADiK jAhaT??



Ya Allah..
dalm keletihan teramat ni pun..
masih ada ujian dariMu Allah...

"adk kenapa mak tu makin tua makin jadi perangai dia,jahat org dia nmpak,jahat sendiri tak nampak,cik tak suka sikap mak tau, cik tak akan pi dah rmah mak tau,mak adk bukan kak cik lagi,ckp dng mak tau"
3 oct,8.03 p.m

mesej ini telah membuatkan tidur hamba terbantut dan menyebabkan hamba lebih letih..
cik merupakan adik kepada mak hamba.
kehidupan beliau yg tidak berapa selesa mnyebabkan cik seorang yg mudah naik angin dan bercakap lepas tanpa memikirkan perasaan org lain.
ditambah pula beliau hidup keseorangan dan umurnya yang semakin meningkat menjadikan dirinya terasa terpinggir...
berikut adalah serba sedikit tentang mak saudara hamba..
bukan lah niat hamba nak membuka keaiban keluarga sendiri..di sini,hamba hanya ingin berkongsi dan melepaskan tekanan yang ada..
kenapa cik hantar mesej begitu??
entah laa,tapi hamba rasa ada seseorang telah bercerita buruk mengenai ibu hamba.ibu hamba bukan seperti disangka nya..melalui cerita orang,beliau begitu gampang membuat keputusan memutuskan hubungan tali persaudaraan dengan ibu hamba,kakaknya sendiri.
begitu la manusia sekarang,hanya dengan mendengar cerita,khabar angin, dll dari pihak ketiga,perbalahan mudah berlaku.kini ia terjadi di kalangan keluarga terdekat hamba.sedihnya hati Ya Allah...segala kebaikan dari ibu hamba tidak dipedulinya dan sekarang beliau membenci ibu hamba.beliau adalah adik bongsu kepada ibu hamba yang merupakan ank sulung.segala kasih sayang adalah lebih kepadanya berbanding adik2 ibu yang lain.namun,apakah yang menjadikan beliau seperti itu.tunjukkan jalan keredhaanMu Ya Allah kepada cik hamba.
dalam mesej tersebut, beliau meminta hamba memberitahu ibu.namun berat sungguh hati utk membuat demikian.sekiranya hamba memberitahu ibu tentang hal ini,pasti lebih terok.hamba takut dan tak nak mereka adik beradik bergaduh..hu...
waktu2 begini,hamba mencari nur hidayah Allah..
moga istigharah dapat membantu..InsyaAllah..

so,moral value from this post..jangan la kita menilai seseorang dari cerita org lain..sesungguhnya kebarangkalian tidak tepat info yang diterima itu adalah tinggi.lebih logic sekiranya bertanya sendiri tentang ketepatan dan kesahihan info tersebut dari sunber pertama bukan sumber kedua..
(mentang2 sem ni belajar logic & proving,terus selitkan logic yer..)

minggu ni banyak test dan quiz..moga segala masalah tidak mempengaruhi study hamba..InsyaAllah.

hari ni ada jamuan hari raya d'Quantitative Science..so,Alhamdulillah semua berjalan lancar tapi sangat letih..namun bersyukur tersangat.Allah banyk membantu melancarkan segala tugasan hamba.Alhamdulillah..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sekian dlu post kali ni..

Sunday, September 27, 2009

HaRi RaYa Ku

Bismillahirrahmanirrahim...


dah lepas hari raya aidilfitri..
ramadhan dah berlalu..
Alhamdulillah raya ku disambut dengan sederhana tapi bermakna..
kepulangan abang-abang yang d sayangi mewarnai rumah ayah bonda..
keriangan wajah ayah bonda juga jelas kelihatan..
syukur Alhamdulillah Ya Rabbi..

tahun ni family hamba memakai warna hijau..
sekali dengan hamba laa..
kiranya baju purple hamba tak dapat dipakai pd hari raya pertama..
sedih..sedih..

hari raya pertama..
sibuk sangat..besa la jadi orang belakang utk jamuan2 yang di adakan..
bukan selalu dapat kerja dapur begini...
letih tapi memuaskan..
buat bihun sup ayam kampung..
malam raya pertama,ashy & family datang rumah..
tapi malangnya,bihun sup dah habis..

hari raya ke2 pula..
ayah ajak semua pergi beraya ke sik..
so,segala plan hamba utk raya ke2 dibatalkan..

raya ke3..
kedatangan rakan-rakan dan teman2 tersayang ke rumah hamba..
pagi nya..kehadiran kwan baik hamba..
nor liyana...dan adik angkat hamba..
petang nya pula...kedatangan insan2 tersayang berikutnya..
hah, ashy n i??baju korang sedondon...
hehe..
da juga gadis manis kawan ashy datang..
comel3..hamba turut terpesona dengan kcomelannya,
bukan sahaja i dan kwn2nya..hihi
sahabat baik hamba juga datang..,
junaidah...


the next day,sepupuku bertunang...
tahniah norazimawati..
kini zima dah jadi tunangan orang..
InsyaAllah hujung tahun ini mereka akan diijabkabulkan..
moga dia adalah jodoh yang terbaik dr Allah buatmu,zima..

di rumah sepupu hamba kebanyakan ahli keluarga besar sebelah mak dpat berkumpul..

kehadiran i and ashy juga memeriahkan suasana..
walaupun ada peristiwa mnyedihkan buat i..
sabar ye..
isteri die hilang..
da orang amik..so,hamba teman die g cari isteri baru..
nak tahu apa maksud isteri tu..
helmet la..
raya-raya pun,orang nk curi2 juga...
aduyai..
ashy pon,tak sempat nak g open house member die..
sebab da saudaranya bertandang ke rumahnye..
erm..jadi byk masa hamba dihabiskan di rumah mak saudara hamba..
balik rumah malam hari..
nasib baik,bawa spek..kalau tak,tak dapat balik rumah.
rabun ayam kata kn..hu..

the next2 day,
biasa2 shaja..
hari sabtu pergi ke rumah ashy..
then terus balik balik hostel..vroom..vroom..
so,now dah berada d kolej..
kuih2 rya yang lect bg,lom siap lg..
aduyaii...
raya sakan sangat sebelum ni..
tu je la..nak d postkan buat kali ini..
syawal masih ada..selamat hari raya..


sekian...
Waalaikumsalam w.b.t

Thursday, September 17, 2009

SaLAm LeBarAn SEmuA..



raya is coming...
kepada anda2..dah habis wat preparation raya??
bagi hamba,
raya hamba seperti biasa..
tidak ada menariknya..
sedih juga untuk mengucap selamat tinggal kepada bulan mulia..Ya Ramadhan.
agak2 boleh tak lagi hamba berpeluang berpuasa di tahun depan..?
Wallahualam..
sekiranya, ajal belum dijemput malaikat mengadap Ilahi..
dapatlah lagi bersama umat Islam seantero dunia berpuasa..
post kali ini,hanyalah bertujuan mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
kepada semua rakan2..
tidak kira kepada sesiapa jua..
hamba akan bertolak balik kampung 17hb..
esoklah..
vroomm..vroommm...
baru r rasa balik raya kan..
selalunya ayah yang kena datang ambil..
huhu..
apa ye yang special raya tahun nie??
- InsyaAllah ketiga-tiga abang hamba akan balik beraya bersama..jarang2 berlaku ni..akhirnya keluarga hamba bersatu..
(Harazi-Hanizam-Haswadi)
- Menyambut buat kali kedua bersama ashy dan i..
- Baju raya warna PURPLE lagi..seperti tahun2 sebelum ini..
- dll..hehe
so,
dikesempatan kecil ini,
hamba menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kekasaran bahasa yang hamba lakukan sama ada sedar @ tidak sedar..minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..kepada semua tau,tidak kira yang mengenali hamba @ tidak.

sekian,
Wassalamualaikum w.b.t

Sunday, September 13, 2009

tAk SaMpAi HaTi



?????
***, pinjam moto jap?..kuar g cs.
***, guna moto dak?
***, booking moto esok pokoi 12?
***, kereta sewa habis, pinjam moto ek?
***, kwn kami tanya, nak pinjm moto boleh?
***, da hal, pinjam moto sat?please...
Ya Allah, apa jawapan nak ku berikan nih??
lumrah hati hamba,
tak sampai hati nak menolak permintaan mereka2..
jawapan yang selalu diberi..
*** guna jap gi..(tak tipu ye)
*** tak confirm lagi nak guna ke tak..
bla..bla..bla..
kadang2 terpikir 'kedekut' sungguh diri ini..
manusia2 lain nak pinjam sesuatu pun tak bagi..
manusia2 itu terdiri dari kawan2 dan orang yang tak berapa dikenali..
aduyaii..
tak da niat pun untuk menolak permintaan dorang..
kalau permintaan nak pinjam barang2 lain,
tak pe lagi..
tapi bila barang2 yang berharga mcm moto..
agak susah nak buat keputusan..
tolong...????
kalau teman2 rapat dan sangat dikenali tak pe lagi..
entah la..
dah tanya ayah n mak,
mmg dorang tak bagi sapa2 pinjam..
takut rosak..
tapi..hu =(
susah dalam situasi begini..
da juga member lain bawa moto..
then, slepas orang lain pinjam moto dia
terus rosak..
tak pasal2 die kna RM250 baiki moto die..
takot hamba jadi begitu..
moga mendapt cadangan2 membuat keputusan dari sapa2..

-tambahan-
#hamba cuba merealisasikan permintaan seseorang..
wait and see..
#kawan lama hamba menghubungi hamba..
thanks to thats person..
#kehidupan semakin membosankan.tidak seperti sebelum ini,hamba yakin Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada hamba..hamba redha,Ya Allah..
#hari ini, hamba cuba mencari diri hamba yang sebenar disamping menginsafi diri terhadap segala dosa yang telah dilakukan..Entah la kenapa..thanks ju bagi sokongan moral dan nasihat serta menemani hari hamba...sekadar mesej pun itu sudah mencukupi..Alhamdulillah...

sekian di sini,
Wassalamualaikum w.b.t

Friday, September 11, 2009

nEw hAnphOnE + TeSt CaLcULus



hamba tertipu..=(
hamba telah kehilangan handfone kegemaran hamba..
K 810i..
dulu msa membelinya, hamba terlalu cuai dan ketandusan info mengenai fon2 ni.
jadi hamba terbeli fon secondhand yang harganya murah sedikit daripada fon firsthand yg kononnya fon baru..
last2,belum sempat setahun,
dah jadi macam2 ragam..
jadi, dah gi trade in dgn hargaa...
RM100???
sabar je la..
betul juga harga tu berdasarkan kerosakan yang teruk..
sabar ya hati..Allah dah sediakan hikmah d sebalik sume ni..
aduyaii..
so,akur+pasrah je la..
then,hamba ambil fon sony ericsson juga dengan plus RM350
before tu,ada juga tengok fon secondhand pada mulanya..
tapi selepas col mak,
mak suruh hamba ambil fon baru..
habis duit PT hamba..huhu
so, my new fon, S302

how??its nice...?
ok la kan daripada takde fon langsung..Alhamdulillah

12hb......
ada test calculus...
tajuk susah2 la
tapi tak da mood nak study..
maybe sebab belom col mak ayah kot minta restu dan doa..
so, good luck to me..hehe

thats all...
Wassalamualaikum w.b.t

Tuesday, September 1, 2009

BAnTu HaMbA Ya ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ni adalah killer's week..
semua kertas kerja nak dalam minggu ni..
dalam masa 3hari..
rabu,khamis dan jumaat..
banyak lak tu !
pembentangan juga minggu ni..
MasyaAllah...tekanan-tekanan !!
first draf juga...
serta assignment ctu (islamik)..
sempat ke??
sekarang semua belum siap..
Ya Allah,
mungkin ada hikmah yg Engkau sembunyikan..
InsyaAllah..
mak,tolong....
rindu mak ayah..
nak balik rumah...
tapi minggu nih banyak program sangat..
hu..
thats all for today..
tekanan tekanan...

sekian,
Wassalamualaikum w.b.t