Sunday, August 30, 2009

sYuKuR ALhaMduLiLLaH



salam ramadhan...
dah lama hamba tak menjenguk ke sini nih..
nasib baik masih purple blog ni..
takut bertukar wrna lak..
ape yag ingin dikongsikan disini ye??
nothing nice...biasa2 sja..
baru-baru ni,ari khamis 6.30 p.m,balik kg umah tok..
vroom..vroom..
dalam hujan lebat..waaa..best merasai nikmat Allah..
Alhamdulillah..
Subhanallah..
sungguh sejuk dan indah bumi Allah ini..
tatkala titik2 jernih turun membasahinya..
nyaman...
keesokannya pon masih hujan menghalang hajat hati hamba
nak balik ke kampus..
jika turutkan hati,
mahu sahaja hamba meredah nikmat Allah yakni hujan..
namun,
tidak pula hamba sanggup menolak permintaan
semua orang2 yang hamba sayangi
supaya jangan balik lagi
diorang risau tu..
then,hari itu,mak sedara hamba masakkan daging black paper,
wow,thanks cik na,layan 'adik' dgn baik cekali..
tok juga,sangat baik..hamba syg tok..
kak long,yg sentiasa bersama hamba bgelak tawa..
best3..
hari ahad,barulah dapat pulang..
pada mulanya,panas pagi seprti biasa..
tidak lama kemudian...syukur Alhamdulillah..hujan lagi..
memang la hamba agak terkilan xdpt pulang tp..
nikmat Allah mesti disyukuri..
pape pun,dalam rintik2,hamba pulang juga..
dalam perjalanan terdetik hati,
utk membeli hadiah sempena birthday cik na
15hb baru-baru ini..
perjalanan hamba terhenti sebentar di Giant SP..
puas mencari-cari..xda pe menarik..
dalam sorang2 hamba,
hmba baru terfikir,sebelum ni cik na ada terbekenan kat
1 purse kat Centre Square..
utk org yang hamba sayangi,
hmba sanggup lakukan apa sahaja..
dalam hujan yang agak lebat
hamba menyusur ke cs bersama honda wave hamba..
hehe..
hamba kemudian mempercepatkan perjalanan ke kedai
yg menjuai purse tersebut,
siap membeli,terus ke rumah
mak njang d Taman Wira..
hamba meminta mak njang menyerahkan hadiah tersebut kepada
cik na..
selepas tiba d asrama,
dan menunaikan solat zuhur,
lom sempat berdoa,dapatla 1 panggilan dari cik na
suaranya agak shahdu+terharu..
die wish thanks pada hamba..
& dia ungkap sayang pada hamba
tiada apa yang terbaik daripada
mendapt kasih sayang dari orang yang kita sayangi..
Alhamdulillah...
sekian,
selamat berpuasa...

Wassalamualaikum..w.b.t

Tuesday, August 18, 2009

iNa Ku YaNg MeRajOK

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
kehidupan hamba hari ini macam biasa, cuma agak terusik dengan kenakalan sahabat baik+comel+manja hamba yang juga merupakan roomate hamba.
pada jam 4.30 ,hamba dan si comel (ina) berbual dan berlawak seperti biasa..sehinggalah masuk waktu asar dan hamba bersiap-siap untuk ke aktiviti kokurikulum dan segera menunaikan solat.selepas selesai , hamba seperti biasa menegur si comel dengan panggilan 'tatina...'..itu nama manjanya.namun,si comel tidak membalasnya seperti selalu.sejuta persoalan bermain di benak fikiran tatkala diri tidak mendapat tindak balas darinya.
justeru,persoalan itu terjawab selepas bertanya kepadanya, dan die menyatakan bahawa dia merajok dengan hamba dan terasa dengan kata-kata hamba semasa berbual tadi..
penat juga recall pe yang hamba telah katakan kepadanya.rupa-rupanya , terdapat juga sedikit gurauan yang si comel terasa walaupun hamba memang tidak berniat pape..serta gurauan itu juga memang selalu didengarinya dan kali ini dia terasa pula.
sebelum pergi koko, hamba dah pujuk dia, dan dia sudah okay tapi hamba yang masih belum berpuas hati dan rasa bersalah terus-menerus menyalahkan diri semasa sesi kawad kaki dijalankan semasa waktu koko.
balik dari koko, hamba terus naik ke bilik dengan harapan si comel kembali ceria dan maafkan hamba tanpa mempedulikan perut yang agak lapar.
selepas masuk ke bilik,hamba lihat si comel tengah tidur..ala,comelnya..
nak tak nak tunggu jugak dia bangun, ada juga hamba gerak dia menyatakan bahawa hari sudah senja.akhirnya, dia bangun juga dan hamba sempat minta maaf kepadanya, mesra sungguh kitaorang,moga ukhwah ktorang berkekalan..dan si comel gitau dia badmood dan cepat meleting untuk masa sekarang.ditambah pula, pergaduhan kecil dengan pakwe kesayangan dia.
Alhamdulillah,lega rasa hati..
hamba tidak suka bergaduh..dan sekiranya perlu,hamba akan mengaku kesalahan diri walaupun ia bukan kesalahan hamba semata-mata menyelamatkan sesuatu hubungan.itu lebih afdal kan..
Ingat ye si comel,ina...
*** xda maksud pape pun..
ina lebih kenal *** kan??
jgn moody ye..
im here for u..
Istighfar kalau dihasut syaitan utk moody...
moga ina dilindungi Allah..

sekian,
Wassalamualaikum...

Saturday, August 15, 2009

kEpUtUsAnNyA

Assalamualaikum w.b.t

hari ini hari sabtu,so keputusan mengenai UiTm dah keluar..
ini yang hamba harapkan..
Alhamdulillah..
xda extend or pape,
kelas akan berjalan seperti biasa ..
bukan apa,banyak risiko yang perlu di ambil andai semua kampus extend or tutup.
walau pa pun,ni la keputusan dan kata putus yang dikeluarkan..

>>>University Teknologi MARA remains open and is operating on a regular schedule. All classes are in session and student, faculty and staff are expected to report for work as normal. The mid-semester and final examinations will also proceed as planned. Students are urged not to listen to rumours and if in doubt, to refer to the university website which is the primary source for announcements on university affairs.
<<<

thats all..
sekian,
Wassalamualaikum w.b.t

Thursday, August 13, 2009

PeRgi TaK KeMbaLi



Assalamualaikum w.b.t

>>>>>>>>
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

(pergi tak kembali/rabbani)
<<<<<<<<

Salam takziah kepada keluarga Ustaz Asri (vokalis Rabbani) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Aminn..
Kini,industri nasyid telah kehilangan 1 bintang di antara bintang2 bersinar yang bertukus-lumus menyebarkan dakwah Islam melalui lagu-lagu yang dikumandangkan.
Kehilangannya pasti dirasai serta suaranya yang lunak mengalunkan nasyid, zikir dan selawat dll pasti menjadi ingatan dan sumber menenangkan hati..
bersama-sama kita doakan pemergian Allahyarham Ustaz Asri..
Sedihnya....

sekian,
Wassalamualaikam w.b.t

bERiTa BAik @ BuRuk



Semakin hari semakin ligat masa berlalu,semakin pantas perkara terjadi dan semakin jelas menunjukkan kekuasaan Ilahi.
Semalam , hamba suratkan mengenai kejadian di kampus hamba iaitu tentang penyakit-penyakit yang telah terjadi dan jangkitan terhadap pelajar-pelajar di sini.
untuk hari ini, kelas agak dull dan keadaan sangat suram dan sepi.apa terjadi??
1/3 dari pelajar kelas hamba mendapat cuti seminggu dan ada yang mengalami sakit yang teruk.
sedih dan menakutkan..
berita yang hampir kesemua pelajar dan tenaga pengajar heboh-hebohkan di semua kampus UiTM, pembelajaran untuk semester ini akan di tunda ke next semester??@ kuliah akan berhenti selama sebulan lebih dan akan diganti semasa cuti semester akan datang?? @ sekiranya tidak terdapat penurunan terhadap kes ini, sistem pembelajaran akan bertukar ke sistem pebelajaran alam maya (online)??.
banyak kemungkinan yang akan berlaku.Hal ini kerana di fahamkan, utk sehari hampir 100 pelajar UiTM akan menglami demem, selsema dll.bagi kampus sini , terdapat 200 lebih kes dikenal pasti.itu pun yang belum dikenalpasti belum diketahui.
so, berita ini akan mendapat pengesahan dan jawapan putus pada 15/8/2009..
semoga kita semua dilindungi Ilahi..InsyaAllah..
perbanyakkan amalan sunat mungkin dapat membantu kita menjalani hari-hari kita dengan tenang dan sederhana.
sekian, Wassalamualaikum w.b.t

wABak


Assalamualaikum w.b.t
sejak kebelakangan ini, kampus hamba di selubungi suasana aneh saja.ramai yang dijangkiti demam , selsema, batuk dan sebagainya.unit kesihatan juga tidak dapat meneyediakan kemudahan yang secukupnya dan terpaksa menghantar pelajar-pelajar ke pusat kesihatan setempat dan hospital.unit kesihatan juga terpaksa menyediakan khemah khas untuk pesakit.
bukan itu sahaja, sebilangan besar pelajar telah mendapat cuti selama seminggu dan dikuarantinkan..
bilangan pelajar yang sakit kini kian bertambah dan makin bertambah.risaunya...
bagi pelajar-pelajar yang lain termasuk hamba, entah mengapa,kitorang diserang penyakit 'letih' sangat..mula-mula,ingat hamba je yang rasa gitu kerana hamba ni pemalas,so tak hairan la letih-letih ni.huhu
so,rupa-rupanya ramai yang seperti hamba..letih aneh..
erm ,setiap musibah yang diturunkan Allah ada alasannya tersendiri,mungkin bergantung kepada seseorang hamba Allah untuk mentafsirnya.
Semoga kita dilindungi dan diredhai Allah..InsyaAllah..
sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Monday, August 10, 2009

ThAnKs



terlupa lak nak post someting kat sini,
tanggal 08/08/09, hamba keluar dengan 2 sahabat baik hamba.
best3 !!! Alhamdulillah tapi terasa bersalah kerana menyusahkan diorang ber'2..
korang,nanti keluar lagi ye??hehe..
i,
thanks for da 'gift'...
thanks datang ambil hamba cekali dengan ashy..
thanks for sanggup tunggu dengan kampus..
thanks for belanja makan..
thanks for teman g rawat ladtop hamba..
thanks for teman g bedah jam comey hamba..
thanks for teman tengok bear2 comey2..
thanks for jalan-jalan kat taman bersama hamba..
thanks for teman jadi murid tadika 'dekdu'(cikgu) ashy..hehe
thanks for air mineral??hah,air mineral..
thanks for care of me time naik buaian..huhu

eh,ingat hamba and i je ke??
Ashy pon ada, semua aktiviti di lakukan bersama,tidak berdua..
yang jelesnya, ashy pakai baju putih corak purple cun..
nak kena cari juga..
so..
ashy,
thanks for datang ambil ayu kat melbourne ni..
thanks for layanan yang tersangat baik terhadap hamba..
thanks for kentang mcd..hehe..
thanks for bwa hamba gi tempat-tempat berkaitan utk rawatan dan pemedahan.
thanks for teman hamba tengok bear2 yang cute2 cm ashy..
thanks for teman g kedai ladtop and jam..
thanks for bawa hamba g taman jubli..
thanks for teman hamba main buaian..(sampai ngantok)
thanks for menceriakan lagi suasana bersama..
thanks for hantar hamba balik melbourne kembali..

sebenarnya banyak lagi thanks buatt korang,tapi biar hamba simpulkan kat sini...

THANKS FOR EVERYTHING !!!!MINTA MAAF ANDAI TERKASAR BAHASA DAN TERSALAH PERLAKUAN SEPANJANG KITA BER3 KELUAR BERSAMA..

U all memang best..Miss u all soo much.
sekian,wassalamualaikum w.b.t

diPeRboDohKaN...



Sebelum menerangkan kejadian sebenar,eloklah sekiranya hamba mengelar insan ini F.di sini,bukan hamba bermaksud untuk mengutuk atau sebagainya.
hamba yang diperbodohkan pada malam 09/08/09.hamba terlibat dengan program mentor-mentee d mana hamba di tanggungjawabkan menjadi mentor kepada junior hamba dan beberapa kos lain yg mengambil subjek calculus.
pada malam 09/08/09 tersebut, hamba dijadikan mentor kepada seorang lelaki yang umur 2tahun dari hamba, rendah dan 'perokok' serta namanya F.sepanjang proses "mengajar"(ajar la konon), hamba terpaksa menahan bau rokok yang menusuk hidung.sabar separuh pada Iman..
hamba dah tau, serba sikit pasal F dari my lovely roomate sebab diorang classmate.tapi bukan latar belakang hidup dia sebaliknya tahu tentang prestasi akademiknya.
mari kita tahu,apa yg menyebabkan malam tersebut dia telah spoilkan mood study hamba..pada mula program ini,mentor kena bersama mentee, nak tak nak kena la berada depannya.takda mentee perempuan ke?..
nak di jadikan cerita, dia suruh hamba ajar dari awal lagi padahal group lain dah masuk tajuk lain.jadi,hamba yang 'bodoh' ni , ikot cakap dia.apa yang di tanya hamba jawab dengan tenang dan sabar sebab apa yang ditanya sangat tidak masuk akal.hal ni berlangsung sehinggalah dia minta hamba buat soalan dan dia lihat sahaja.dengan penuh kesabaran,hamba ikot lagi pa yg diminta dan menyatakan bahawa hamba buat contoh untuk dia.
kesabaran hamba teruji apabila F kerja gelak dan ketawa dgn hasil kerja hamba dan sentiasa senyum sinis menampakkan ke'genius'an dia..
Ya Allah, baru terasa diri diperbodohkan F..baru menyedari kemungkinan besar dia lebih bijak tentang calculus dari hamba kerana dia adalah bekas pelajar diploma kejuteraan.namun,hamba tidak mengetahui punca dia tukar dan mengambil kos sains kuantitatif.
Untuk mencari kepastian,hamba memasang perangkap, bukan untuk mengenakan tapi hanya untuk kebenaran, 1 soalan hamba selesaikan tapi sengaja dengan cara yang salah.kemudian, F berkata "mentor ajar ajaran sesat...".zasssss...kan dah kantoi,hamba dah agak.
dia terlalu hipokrit di depan hamba dan berpura-pura tidak faham semua.hamba serahkan pada Allah.segala balasan dan tindak tanduk kepadanya, biarlah Allah yang uruskan.
Semoga hati hamba akan lebih tenang hadapi semua ini.
program hamba akan datang- mentor mentee di sekolah teknik sp2..
sedihnya bila diri dijadikan bahan ketawa dan bahan ke'bodoh'an..

sekian,
Wassalamualaikumsalam w.b.t