Thursday, October 29, 2009

sEsi BeRmaAfaN


Assalamualaikum w.b.t

sudah menjadi tradisi setiap semester untk diri hamba memohon maaf kepada semua kenalan sebelum menduduki final exam..
melalui telefon,mesej,ym,skype n blog..
justeru,untuk semester 3 ini,hamba berharap tiada persengketaan tersembunyi terjadi..
hamba mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang telah menjadi kenalan hamba..
doakan kejayaan hamba..
i'll try my best...InsyaAllah.
untuk meng'update' blog,mungkin lambat lagi lah..selepas exam maybe..
except ada peristiwa penting berlaku nanti..
pape hal,selalulah ziarah blog purple ini..
saya akan melawatnya jua nanti walaupun tidak post apa2..


jaga diri semua..
sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, October 28, 2009

ReNunG-rEnUnGkAn

Bismillahirrahmanirrahim

untuk post kali ini..hamba nak postkan tentang salah satu kata-kata mutiara yang hamba suka sangat..so,ingin dikongsi di sini..


wanita ibarat epal..
epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana berguguran di tanah..
tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..
susah dipetik..
sukar digapai..
terkadang epal itu risau,
"kenapa diriku belum dipetik?"
lantas ia merendahkan martabatnya..
serta mengugurkan diri menyembah tanah..
sedangkan ia sebenarnya telah Allah ciptakan begitu tinggi martabatnya..
hingga tiada siapa yang berani memetiknya..
hanya insan yang benar-benat hebat sahaja yang mampu..
mungkin bukan di dunia tapi..
akhirat..
biar jodoh bukan di dunia..
asalkan cinta Ilahi mengiringi..

semoga kaum hawa semua boleh diibarat seperti epal yang berada di puncak yang tidak akan gugur menyembah tanah semata-mata kerana nafsu..
InsyaAllah...
kuatkan iman..
kawalkan perasaan..
bertindak mengikut kata iman..
bukan kata nafsu..
InsyaAllah.mendapat keredhaan Allah..
Amin..

sekian.Wassalamualaikum

Monday, October 26, 2009

MoGa iBuKu sEmbUh


Assalamualaikum w.b.t.

Salam bervisi jua aspirasi..
baru sampai hostel dari rumah ni...
tapi tadi berat hati nak tinggal rumah..
kesian mak...

hamba pulang baru2 ni,
mak hamba sakit...
penyakit darah tingginya mnyerang..
nasib cuti study..
so,boleh luang banyak masa dengan mak..
dan juga ayah..

kat sini,teringin hamba nak cerita masa hamba mula2 sampai rumah..
odw balik,pada pagi jumaat..
hamba dan ayah singgah ke gerai makanan beli sarapan untuk mak..
dan seterusnya pulang ke rumah..
rumah hamba tampak suram..
tingkap dan pintu tertutup tidak seperti selalu..
lepas sampai..
hamba dan ayah pon angkat beg2 yang berat dengan baju2 kurung dan barang yang tidak digunakan di hostel,
sebab dah nak exam,start 30hb...wish me luck...
so,pas letak barang dalam bilik hamba,
hamba terus g tengok mak dalam bilik mak...
kesian...sedih...
mak hamba terlantar atas tilam,
menyepi diam...
hamba pegang bahu mak..
dan mak buka mata perlahan-lahan..
hamba cium tangan mak...
mak peluk hamba erat-erat tanda dia tersangat merindui hamba..
sayunya....dengan melihat keadaan mak,air mata die juga jelas kelihatan...
walaupun acap kali hamba menelefon mak,
namun tiada yang lebih mengembirakan daripada dapat saling berpelukan-pelukan antara ibu dan anak...
selepas tu,hamba beredar untuk buka semua tingkap2 supaya sistem percahayaan dan pengudaraan terjadi dengan baik...
kemudian,hamba kembali menemui mak dan meminta mak untuk mandi supaya lebih segar..
namun,melihat keadaan mak yang tidak bertenaga dan berupaya,
hamba mengangkat mak dan membantunya utk mengensot sikit demi sikit utk ke bilik air..
nasib baik bilik air dekat dengan bilik mak..
kesian mak...
hamba kemudian memandikan mak hamba buat pertama kalinya...
Ya Allah,hamba sayu sangat melihat keadaan mak..
hamba tekad di hati untuk menjaga mak sebaik mungkin...
selepas mandi,hamba papah mak ke biliknya...
dan sediakan sarapan untuknya dan ayah...
hamba sarapan sekali dengan diorang..
gigi hamba dah okay...
dah kembali celoteh macm dulu..alaaaa...huhu..

so,26hb..hamba dah balik kampus..hamba ada gitau mak nak dok rumah jaga mak...
tapi mak tak bagi,mak kata die dah sihat..
dan berharap hamba dapat study dengan baik di sini...
doa hamba moga mak hamba cept sembuh...
hamba juga dah sediakan hadiah untuk hari lahirnya yang ke-59 pada 1hb Nov nnt..
tapi mak hamba tak tahu lagi..
hamba letakkan hadiah tu kat certain place..huhu..
sampai sini saja celoteh hamba di sini...

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, October 21, 2009

sApA diA??

Bismillahirahmanirrahim..

sebelum pape hal,hamba just nak utarakan persoalan sahaja di sini..
sapa kapten dalam tangisan??
apa maksudnya dengan geli sial??meluat??
hamba ganggu hidup dia kah?
hamba ada kacau nama dia kah?
knapa tiba2 muncul di shoutbox hamba?
namun,salam yang diberi eloklah dijawab "Waalaikumsalam w.b.t"
hamba memang orang melayu...serta Islam..
tapi salahkah utk mempunyai identiti sendiri??
an itu hak semua @ individu??
salahkah hamba untuk semua yang hamba lakukan??
banyak cerita tentang pb?
maksudnya??
MasyaAllah..ini kali pertama hamba bertembung dengan masalah begini...
apa hikmah dan petunjukMu ya Allah...
mungkin hamba ada membuat kesalahan dengan sesiapa..
maafkan hamba...

Wassalamualaikum.w.b.t

Monday, October 19, 2009

kURaNgKaN bERcAKaP, iTu LeBiH bAiK


Assalamualaikum w.b.t
"cakap banyak-banyak bayar kurang"...??
hehe..tak ada kena mengena dgn post kali ni yaa..
just skg hamba dah kurang bercakap...
sebab hamba sakit gigi..
huhu...
herm,tak ada pa sebenarnya,cuma kesilapan makan baru2 ni..
yeke??entahla..
hamba juga mengalami pitam buat pertama kalinya di foodcourt pd 18hb..
panas agaknya..
Alhamdulillah tak ada apa-apa..
lagi satu,tidur hamba juga sudah agak awal..
yeke??ye la kot..hehe

tapi hamba dapat moral value dengan apa terjadi..
mengenai sakit gigi...
bagus lah bila sakit gigi sebab hamba dah kurang bercakap..
sebelum ni..hamba boleh kata agak peramah..ye ye ajer..
tapi sejak dua menjak ni,
dah tamat riwayat celoteh-celoteh hamba..
apa yang hamba dapat??
Alhamdulillah, hamba hanya bercakap mengenai perkara penting sahaja sekarang..
mungkin Allah turunkan azab sakit gigi kepada hamba supaya hamba kurangkan bercakap benda-benda tak berfaedah..semoga sakit ini memberi banyak pengajaran kepada hamba..InsyaAllah

selalunya kita tak sedar mulut kita telah mngeluarkan pelbagai kata-kata yang kadang-kadang tidak telintas langsung di hati kita untuk mengatakan hal sedemikian..
bukan hanya kata-kata lucah yang dimaksudkan,tetapi merangkumi jenaka2 yang tidak berfaedah, kutukan2 terhadap seseorang, bercakap mengenai perkara yg tidak penting dan sebagainya...justeru, sungguh bermanfaat kepada diri sekiranya dapat kurangkan bercakap..bercakap hanya bila perlu sahaja...supaya diam-diam ubi berisi,ke arah positif la...

so,tidak salah menjadi seorang yang peramah tapi mesti kena pada tempatnya.bertegur sapa dengan baik dan barakah..serta niat di hati hendaklah kerana Allah Taala...

Semoga kita semua diselubungi cahaya petunjuk Allah sentiasa agar menjadi insan yang lebih baik dan terbaik..bukan di mata manusia tetapi di sisi Allah..InsyaAllah..

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Monday, October 12, 2009

SaYAnG Di MaNa?

Bismillahirrahmanirrahim....

mari kita baca ini..

GINJAL tanya JANTUNG,SAYANG di mana?
JANTUNG tak tahu..
JANTUNG tanya PARU-PARU..SAYANG di mana?
PARU-PARU pun tak tahu..
PARU-PARU tanya HATI..SAYANG di mana?
HATI jawab,SAYANG ada padanya..
GINJAL,JANTUNG dan PARU-PARU hairan,
kenapa SAYANG di HATI?
HATI jawab..
"HATI dipilih oleh ALLAH untuk memiliki SAYANG..
kerana SAYANG,HATI rela dilukai,
kerana SAYANG,HATI rela menangis,
dan
kerana SAYANG,HATI rela berkorban.."
Itulah sebab kenapa SAYANG cuma ada di hati..

Namun,masih ada yang tidak dapat menilai erti sayang dalam hati masing2..
dan tidak kurang juga yang mempermainkan kasih sayang orang lain..
serta mengabaikannya..
aduuyaii...sesetangahnya jua ada memandang remeh tentang sayang di hati ini dan fikir bukan-bukan..
stop it!!!

duhai hati,
jagalah sayang ini dan berilah pada orang yang pandai menilainya sahaja...
peliharalah sayang supaya hati sentiasa mencintai Allah melebihi segalanya..
duhai hati,
duhai sayang,
bersamalah agar kental iman semua manusia...
sekian,

Wassalamualaikum w.b.t

Sunday, October 4, 2009

UsTaZ CaKaP...


Assalamualaikum w.b.t

hari ini masih terasa keletihan uruskan jamuan raya kos hamba sehinggakan hamba terpaksa ponteng 1 kelas BEL 2 jam,2 p.m-4 p.m ...
namun,kelas disebelah pagi hamba dapat hadir tetapi tidak dapat fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran yang berlaku kecuali kelas calculus Prof Wan Zul. Alhamdulillah,minat punya pasal..
kemudian,sewaktu kelas Ustaz Shobri,hamba tertarik dengan suatu kaedah fiqh yang diterangkan yakni "boleh berdusta atas tujuan membaikpulih kemudharatan"...maksudnya di sini,kita diharuskan berdusta atas sebab untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.jadi,mungkin itu jwapan utk masalah hamba semalam.hamba mungkin dapat menyelamatkan hubungan cik dan ibu hamba.InsyaAllah...
maksud hamba berdusta di sini, hamba tak perlu memberitahu ibu hamba mengenai apa yang cik hamba suruh beritahu kerana takut semua ini mengundang sesuatu yang di luar jangkaan..

ini shj yg hamba sempat coretkan.malam nnt ada kelas mentor mentee pula..
sekian dulu,hamba undur diri...

Saturday, October 3, 2009

MaK ADiK jAhaT??



Ya Allah..
dalm keletihan teramat ni pun..
masih ada ujian dariMu Allah...

"adk kenapa mak tu makin tua makin jadi perangai dia,jahat org dia nmpak,jahat sendiri tak nampak,cik tak suka sikap mak tau, cik tak akan pi dah rmah mak tau,mak adk bukan kak cik lagi,ckp dng mak tau"
3 oct,8.03 p.m

mesej ini telah membuatkan tidur hamba terbantut dan menyebabkan hamba lebih letih..
cik merupakan adik kepada mak hamba.
kehidupan beliau yg tidak berapa selesa mnyebabkan cik seorang yg mudah naik angin dan bercakap lepas tanpa memikirkan perasaan org lain.
ditambah pula beliau hidup keseorangan dan umurnya yang semakin meningkat menjadikan dirinya terasa terpinggir...
berikut adalah serba sedikit tentang mak saudara hamba..
bukan lah niat hamba nak membuka keaiban keluarga sendiri..di sini,hamba hanya ingin berkongsi dan melepaskan tekanan yang ada..
kenapa cik hantar mesej begitu??
entah laa,tapi hamba rasa ada seseorang telah bercerita buruk mengenai ibu hamba.ibu hamba bukan seperti disangka nya..melalui cerita orang,beliau begitu gampang membuat keputusan memutuskan hubungan tali persaudaraan dengan ibu hamba,kakaknya sendiri.
begitu la manusia sekarang,hanya dengan mendengar cerita,khabar angin, dll dari pihak ketiga,perbalahan mudah berlaku.kini ia terjadi di kalangan keluarga terdekat hamba.sedihnya hati Ya Allah...segala kebaikan dari ibu hamba tidak dipedulinya dan sekarang beliau membenci ibu hamba.beliau adalah adik bongsu kepada ibu hamba yang merupakan ank sulung.segala kasih sayang adalah lebih kepadanya berbanding adik2 ibu yang lain.namun,apakah yang menjadikan beliau seperti itu.tunjukkan jalan keredhaanMu Ya Allah kepada cik hamba.
dalam mesej tersebut, beliau meminta hamba memberitahu ibu.namun berat sungguh hati utk membuat demikian.sekiranya hamba memberitahu ibu tentang hal ini,pasti lebih terok.hamba takut dan tak nak mereka adik beradik bergaduh..hu...
waktu2 begini,hamba mencari nur hidayah Allah..
moga istigharah dapat membantu..InsyaAllah..

so,moral value from this post..jangan la kita menilai seseorang dari cerita org lain..sesungguhnya kebarangkalian tidak tepat info yang diterima itu adalah tinggi.lebih logic sekiranya bertanya sendiri tentang ketepatan dan kesahihan info tersebut dari sunber pertama bukan sumber kedua..
(mentang2 sem ni belajar logic & proving,terus selitkan logic yer..)

minggu ni banyak test dan quiz..moga segala masalah tidak mempengaruhi study hamba..InsyaAllah.

hari ni ada jamuan hari raya d'Quantitative Science..so,Alhamdulillah semua berjalan lancar tapi sangat letih..namun bersyukur tersangat.Allah banyk membantu melancarkan segala tugasan hamba.Alhamdulillah..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sekian dlu post kali ni..