Monday, June 29, 2009

BeRsABar H.......



Moga dugaan yang kuterima ini dapat ku tempuhi dengan hati yang tabah dan cekal...sungguh tidak terdaya untuk hamba melawan takdir Allah.Namun segala dugaan tidak lah seberat dugaan Rasulullah s.a.w yang berusaha menyebarkan agama Allah.Ujian yang hamba terima tidaklah seberat itu,namun kesannya sangat mendalam terhadap hati seorang insan yang lemah ini...hamba terima segala kutukan,cacian dan fitnah walaupun hamba tidak tahu sumber asalnya dan kebenaran disebalik semua ini.Namun doa hamba agar kebenaran segera muncul dan membaiki keadaan dan diri hamba sekarang.Hamba tidak menyalahkan orang lain sebaliknya hamba menyalahkan diri hamba sendiri...Maha Suci Allah yang mencipta semesta alam,berikanlah hamba kekuatan dalam menghadapi segala ujian dan cubaan hari ini serta hari2 mendatang..sinarkanlah hati2 hamba-hambaMu di muka bumi ini dengan cahaya keinsafan,keikhlasan dan kemaafan agar dapat kami semua menerima baik buruk antara satu sama lain..bukakanlah pintu hidayahMu kepada semua hambaMu...sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa Ya Rabbul I'zzati..

Saturday, June 20, 2009

KePaDa SAhAbAt BaiKKu

Assalamualaikum w.b.t…

Post kali ini adalah ditujukan khas buat sahabat yang betul-btul hamba sayangi walaupun belum genap setahun perkenalan antara kami...Disebabkan sahabat hamba ini sedang menjalani dugaan dan ujian Allah s.w.t ,hamba di sini sentiasa berdoa untuk dirinya agar diteguhkan kekuatan diri dan kecekalan hatinya..

Kepada sahabat yang diingati,Ashy…

“Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri,dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahanmu”

(Surah asy-Syura, ayat 30)

Melalui ayat dalam surah ini,ditegaskan bahawa apa yang berlaku terhadap diri kita merupakan hasil dari perbuatan dan amalan kita.sekiranya baik perbuatan dan amalan kita , maka sejuta hikmah Allah turunkan kepada kita.Namun sekiranya kurang amalan dan salah perbuatan kita walaupun sekecil kuman,tetaplah jua Allah turunkan ujian dan dugaan.semua itu bukan lah untuk menunjukkan balasan terhadap perbuatan kita tetapi untuk memberi kesedaran kepada kita dan pengajaran supaya perkara tersebut tidak kita ulangi.Justeru,tempuhlah dugaan sementara ini.fikirlah,mungkin ujian untuk orang lain lebih berat dari ini.Mungkin Allah nak kita lebih dan memperbanyakkan amalan terhadapNya dan sentiasa memohon HidayahNya untuk kehidupan yang berpanjangan serta membaiki kesilapan lalu.Allah uji diri kita kerana Allah sayangkan kita kan ashy??u have told me that statement before.i still remember..=)

Sesungguhnya Jibrail a.s pernah berkata kepada Allah : “Wahai Tuhan,Engkau sampaikan hajat hambaMu”,maka Allah menjawab : ”Biarkan hambaKu itu,kerana Aku mencintai rintih suaraNya”.
-Anas b Malik r.a

So, cari la masa yang sesuai berdamping la dengan Tuhan yakni Allah s.w.t.memperbanyakkan berzikir serta solat sunat dan berselawat ke atas Rasulullah,semoga memperoleh syafaat Rasulullah.lakukan lah dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana Allah.InsyaAllah,Allah takkan sia-siakan amalan hambaNya…

Ashy, jangan bersedih,Allah sentiasa bersamamu...pb juga,mr i juga.member2 ashy yang lain juga..kalau ashy sedih,ktorang pun sedih,kalau ashy gembira,ktorang pun gembira...
Moga post kali ni memberi kesan kepada hati-hati yang sentiasa ingin berada di landasan Allah…InsyaAllah..

Sekian, Wassalamualaikum w.b.t

Tuesday, June 16, 2009

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh….

Alhamdulillah,segala puji bg Allah,tuhan sekelian alam serta selawat dan salam ke atas rasulNya..terdetik di hati kali ini utk post sesuatu di sini..
Nak tau apa??tentang buku yang baru hamba beli..buku ini la yang telah meragut duit hamba untuk membeli kakak momo sebab harga buku and kakak momo nak dekat sama..takpe2,kakak momo akan hamba beli nanti.tunggu….
Buku ni bertajuk “Belajar Dari Para Wali”..oleh Wan Ji Wan Husin dan dipandang sisi oleh Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat…semua ni tak da kaitan dengan politik ye.hamba tak suka politik..di bawah adalag gmbar muka depan buku tersebut.

Apa yang ada dalam buku ni???sebenarnya buku ni padat dengan cerita-cerita para wali kita yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsafan.terdapat 28 kisah dalam buku ni..semuanya menarik dan mmberi iktibar dan pengetahuan pada kita.menerusi pendahuluan buku ni,buku ni adalah utk dijadikan piawaian bagi mengukur maksd hidup dan juga nilai kehidupan kita...

Tu jer yang hmba nak kongsikan di sini saat ni..jumpa di lain lembaran...

Wassalamualaikum w.b.t =)

rEnUnGaN BeRsAMa

Assalamualaikum….mari renung bersama….

Diriwayatkan daripada Abu Hamzah bin Malik r.a iaitu khadim Rasulullah s.a.w daripada Nabi s.a.w:
Sabda Baginda:

“Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga kasih ia kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri”

-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Komen H-apa yang kita dapat dari hadis di atas adalah kasihanilah orang lain seperti mana kita mengasihani diri kita sendiri.Walaupun org tu jahat dan kejam,terapkan jua sifat kasih kepadanya.mana kita tau,dengan kuasa Allah yang maha melihat,dia akan menjadi orang yg baik dan seterusnya lebih baik dari orang lain.Allahualam..=)

”barang siapa yang mengerjakan kebajikan maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan,dosanya menjadi tanggungan dirinya sendiri.Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hambanya.”

(Surah Fussilat: ayat 46)

Komen H-Subhanallah,Allah maha adil kan??siapa yang wat jahat tanggung la azab n siapa yang wat baik akn dapat rahmat..jadi,anda2 sekelian nak pilih apa??ada yg nk azab ke??kalau ada,jgn la gitu,seolah-olah nak uji kekuasaan Allah...yang sememangnya n hakikatnya Maha Kuasa..Allahuakbar...

”...Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan.Dimana sahaja kamu berada ,pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya.Sungguh Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 148)

Komen H-hurmm,selalu manusia kejar kekayaan dan harta benda serta tak lupa juga yang mengejar cinta yang berlaku antara manusia..ala,mcm la hmba ni sempurna sangat kan and tak da cinta2 kan.padahal hampeh...tp hmba tak kejar semua tu...sekarang tengah usaha mengejar cinta Ilahi..kalau cinta antara manusia ni,hmba ambil sebagai suatu hal yang mesti di lalui sepanjang hidup di muka bumi ni.he2.Dalam ayat di ats ,kita disuruh dan di ajak berlumba-lumba buat kebaikan..sebab nant kita semua akan dikumpulkan di padang Masyar dan amalan kita ditimbang.jadi,mari kita buat kebaikan..ayuh!!!

”Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak mampu menghitungnya.Sungguh,Allah benar-benar Maha Pengampun,Maha Penyayang.”

(Surah an-Nahl, ayat 18)

Komen H-kita tak sedar kan,Allah turunkan nikmat pada kita setiap masa,waktu,minit,jam dan saat malah yang lebih singkat dari saat?..herm,hmba kadang-kadang rajin jugak keluar ambil angin kat luar rumah malam2 sambil tengok gunung jerai yang terbentang depan rumah..masa itu,hamba ada jugak muhasabah diri dan fikirkan kebesaran Allah..memang banyak nikmat Allah berbanding dugaan n ujian yang diturunkan.tp ada jugak manusia yang riak dan tak fikirkan semua nie..so,anda2 sume,ambil la masa bersendirian,ambil angin kat tempat yang memberi ketenangan yang melibatkan alam sekitar.InsyaAllah,anda akan dapat pe yang anda cari yakni Sinar Allah..

Nie jer hmba postkan for this time.renung-renungkan yer…
Sekian,Wassalamualaikum w.b.t…

HaRi cEmASkU

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..hmba masih hidup kini utk meneruskan perjalanan hamba sebagai makhluk di muka bumi ni..sepeninggalan hamba sebelum ni..hmba telah mengalami kejadian-kejadian di mana bg hamba banyak menambahkan tahap kematangan hamba.InsyaAllah..xpe itu crita bab lain.yang hmba ingin crita adalah something bad which happened in my day before...
Pada tanggal 11hb jun,lebih kurang 4 hari selepas hamba genap 19 tahun..masih muda ni tapi dah kira sama tua dengan i dan ashy la kan??tapi im still junior...suke3...=)
Hurm,apa yg ingin hamba ceritakan pada hari tersebut yakni 11hb tu,hamba mengalami kecelakaan yang langsung tak parah dan tak serius pun.time tu hamba on the way gi rumah tok.kiranya time tu hanya akan ambil masa 15minit lagi nak smpai rumah tok..hmba bawa agak laju.bukan rempit yer..tp kelajuan maksima hehe..tak la sangat..nak dijadikan cerita,sampai kat 1 junction,hamba slow la motor utk stop..baik punya slow,da batu-batu lak kat depan..kecil2 jer n agak banyak..tengah slow tu,tayar belakang motor hamba tergelincir,dengan kalimah AllahhuAkbar,hamba terjatuh ke belah kanan n kepala terhampap kt jalan tar yang bahang dan panas..pening jugak la.nasib pakai topi.selamat Alhamdulillah..kat belakang hmba lori barang tengah on the way utk berhenti gak,dgn kuasa Allah,lori tu sempat berhenti so,kiranya tak sempat la hmba kena lenyek dan dpt pangkat arwah kan..kalau tak duda la ashy..hehe..lawk jer.kembali crita msa hmba dah jatuh tu..kaki hmba tersepit kat motor lagi.tangan lak hmba lom sedar dah beku semacam jer..da 2 orang lelaki datang lari2 angkat motor hmba dan kaki hmba yang tersepit dpt hmba tarik dan hamba bangun tapi tak berani angkat muka..malu sangat time tu.da sorang lelaki tolong mnuntun motor hamba ke seberang jalan.hamba lak jalan je lengang2 hehe..tengah berjalan tu baru la perasan tangan kanan hmba beku dan rasa kebas semacam jer..so,gelabah sangat time nie,takut patah ke ape,hmba xpernah xcident ni.bab2 patah ni,hmba xtau.so,da la 5 6 org pak cik prihatin datang tengok2kan hmba dan motor merah hamba tu..nak pendekkan crita,pas mendapat khidmat nasihat pak cik yang da di situ,sepupu hamba dan mak sedara hmba serta mr.i....hmba gagahkan diri drive motor g rumah tok..sakit sangat tangan kanan hmba tp hmba tak nak susahkan sesiapa so,ayat hamba...hmba dah sihat..dah ok..xperlu datang tolong...time bwa moto tu,sempat jugak la ngomel sorang2 sal sakit nie.so,tangan kiri terpaksa menahan tangan kanan supaya leh bertahan sementara nak smpai rumah tok.sampai rumah tok,hamba di sambut dengan muka seposen semua orang,huhu.dorang risaukan hamba.ni baru tengok muka sedara2 kat sini.mcmana pulak muka mr.i ye...bpe puloh sen lak..mka ashy sah xda sen,terus puloh ringgit punya..acah jer..so,hamba kat rumah tok,keje kena urut la.sakit tak terkata..nasib bek.lebam warna purple,sejuk mata memandang..huhu...
Erm,tu jer la yang hmba nk critakan..hari itu dalam sejarah bagi hmba..so,kepada semua hati-hati di jalan raya dan ingat la orang yang tersayang...=)
Sekian.Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, June 10, 2009

TeRiMa KaSiH SUmE...



setelah sekian lama hmba mendiamkan diri,kini hmba ambik sedikit msa utk mngimarahkan purple nie..boleh x??hehe
8hb Jun hari lahir hmba yang ke-19...Alhamdulillah..
firstly,hmba ingin memperkenalkan teman tido hmba yg baru..haha

nama die,momo...hadiah bufday dari si die.thanks so much...love it..comey n purple..hehe
to ashy,thanks coz post kan sesuatu yg sangat menarik bg hamba dalam blog ashy...tq3 so much..herm...syg ashy sgt..tp jgn r puji sgt..semua tak betul tu..hehe
kepada mak,thanks wish bufday n cium hmba pada pkoi 4.30 petang..hmba dlu lahir pkoi 4.30petang..so,mak hmba wish pada jam tersebut..love u mum..
then,hmba ucapkan jutaan terima kasih kpd mak2 sedara yg xputus2 telefon hamba,ucap bufday n bagi kata semangat di saat hamba dilanda dugaan n ujian Allah skg..diorang adalah insan2 yg baik sangat kpada hmba..hmba mnta maaf kerana tak dpat pergi ke rumah dorg sedangkan mereka sudah menyediakan juadah utk smbut bufday hamba baru2 nie..hmba da sebab tertentu tak dpat ke sna..InsyaAllah,next time hmba g yer..
kepada sepupu2 yg hmba sayangi..thanks wish bufday n juga byk beri kata-kata semangat kpda hmba..doakan terdpat hikmah utk semua nie yer..=( hmba syg korang.
seterusnya kepada kwn2 semua,karib,baik,n so on....tq ingat gk bufday ayu..da yg telefon n da yg ksi mesej bufday..thanks sgt2..hmba epi sgt korg ingt bufday hmba...syg korang..korang??nk hadiah??hehe..lawak jer..
kepada adik2 angkat semua,akak juga mengucapkan terima kasih sangat2...akak doakan adik2 berjaya dalam hidup.terima kasih kerana ambil akak sebagai kak angkat adik2..semoga ukhwah kita di sirami kerdhaan Allah..InsyaAllah.
kepada mbe2 friendster,thanks also..walaupun tak kenal,tp msg n komen korang hmba hargai..thanks yer.....
overall....thanks semua...
hmba dah dewasa...bkn tua yer...bru 19...hehe
kepda insan2 yang kasi hadiah pada hmba..thanks so much...

#tu jer for now..nnt bla2 hmba tulis lg yer...tunggu..huhu
wassalam....