Wednesday, December 30, 2009

terima kasih mak..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t

untuk entry kali ni..hamba teruja sangat hari ini 30.12.2009 kerana dihadiahkan sesuatu oleh mak hamba,
Rahimah Ahmad.terima kasih mak..hamba tak minta apa pun mak tapi mak tetap nak belikn juga.nak tahu hadiah apa?

jeng-jeng...
JAM TANGAN..pertama kali dapat jam tangan yang mahal.walau apa pun,harga bukan tandingan..walau dapat air botol
mineral sekali pun, akan hamba simpan botol tu kalau itu adalah dari orang yang disayangi..=)

jam tangan ni di beri kerana hamba telah berjaya memperoleh dekan semester 3 seterusnya berjaya mengumpulkan
CGPA dekan...Alhamdulillah syukur teramat.namun perjalanan masih panjang....
terima kasih tak terhingga kepada mak ayah yang banyak bagi dorongan.kawan-kawan baik semua...nak sebut pun,ramai
sangat..so,thanks u all...
walau apa pun,semua ini hamba akan jadikan sebagai penyemarak semangat untuk semester depan.InsyaAllah...
hidup kita seperti roda..kadang2 di atas..kadang2 di bawah.andai berada di atas,ingatlah Allah dan kekuasaanNya.
Andai di bawah tabahlah.semua itu adalah tidak lain tidak bukan untuk Allah menguji tahap keimanan kita sebagai
manusia yakni makhluk Allah..

1hb nanti,hamba akan bertolak balik ke asrama,semoga di sana,hamba akan lebih rajin membelek dan memenuhi ruang
blog purple ni dengan apa2 yang menarik..InsyaAllah..

kepada anak saudara ku,Haziq Hakimi b. Hanizam...
tahniah ziq..u got 5A in UPSR dan berjaya memasuki MRSM Alor Gajah, Melaka..
Anjang doakan ziq lebih berjaya lagi..maaf,anjang xdapat menghadiri majlis kesyukuran,Anjang dah nak balik asrama..
tak sempat nak g sana..
Well done my son!!
hehe

sekian ,Wassalamualaikum w.b.t
***berhenti ayu!!!!!!!!!!!!!=(
mungkin ni bukan terbaik...
ayu..sedar lah....!!!!!!!!!!

Wednesday, December 16, 2009

BeRiKu KeKuAtaN oH TuHaN...

Bismillahirrahmanirrahim...



siapa tahu melainkan Allah...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,
hamba masih hidup meneruskan tugas sebagai
manusia dan hamba Allah di muka
bumi ini..
Alhamdulillah di atas
segala rahmat Allah yang telah dukurniakan...
Alhamdulillah di atas
musibah yang diterima,
mungkin ini akan mengajar hamba
erti kehidupan sebenar untuk kini,esok
dan selamanya...
InsyaAllah..

ehem....
sebelum panjang lebar memulakan bebelan dan ruangan,hamba ingin berterima kasih kepada insan-insan yang menjadi followers blog ni.thanks kepada pembaca-pembaca dan syukran kepada insan-insan yang rajin meninggalkan sesuatu di sini,tidak kira di shout box @ di peti komen...
gracias..

waaa...
sudah agak lama hamba tak post something kat sini dan pelbagai aktiviti dan perkara yang hamba lalui..
di mana nak mula yer??

erm..
mungkin sesiapa yang mengikuti blog ni tahu dulu hamba telah lalui zaman percintaan..
memang best dan banyak cabaran tetapi semua tu telah terlerai sikit demi sedikit..h
ingga satu tahap,Allah Yg Maha
Mengetahui dan Menyayangi,
telah menunjukkan hamba jalan yang benar.
Alhamdulillah.dan dengan itu
terkuburlah segala alam percintaan
di antara dua insan yang tidak halal..
hamba redha demi mendapat keredhaan Allah..
adakah pihak 1 lagi redha,
Wallahualam..kadang2 mulut redha..
tapi di hati siapa tahu??hanya Allah yang tahu..
Namun,hamba pasrah bila mendapat tahu,
ada yang memesongkan keadaan yakni
berfikir bahawa gampang bagi hamba
meninggalkan
seseorang??pasti ada orang lain yang hamba minati??
hamba ni memilih sangat??hamba kejam dan tiada perasaan??
pentingkan diri sendiri??...bla3..tanpa semua sedari,
semua tu hanya menjadi persoalan yang tiada jawapan melainkan
mengetahui hal sebenar..
lumrah sesetengah manusia,
membuat dan berfikir sesuatu sebelum mengetahui sebab dan musababnya..
sekiranya perkara dan fikiran dilontarkan pada sesuatu masyarakat?
apa kesannya....?
pasti pelbagai pemikiran yang dibuat...
tambahan terdapat tokok tambah cerita..

cinta tak kotor...
cinta sangat indah,suci dan mengasyikkan..
tetapi lebih baik terhadap Allah dan insan-insan yang halal..
hamba mengaku,
sungguh indah alam percintaan melibatkan 2 insan bukan muhrim,namun..
tanpa diduga,hal tu telah
mangundang zina tidak kiralah zina hati,mata,lidah dan sebagainya..
bagi pasangan yang lebih menyerlah ke'couple'an mereka,
yang rela disentuh, dimanja-manjakan...
lebih banyak zina dilakukan..
sesungguhnya Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan menjurus ke jalan yang buruk"

pilihlah 'love' lepas akad
sesungguhnya sangat indah tatkala satu pasangan disatukan atas gelaran suami isteri selepas akad nikah..
ini bermakna pasangan tersebut halal antara satu sama lain..cinta juga dapat disalurkan kepada yang layak..
sekiranya sebelum kahwin,telah menjadikan cinta sebagai sesuatu yang perlu,berpegang tangan tanda saling dimiliki,
bermanja tanda tiada suatu yang lebih bahagia selain belaian pasangan,melakukan maksiat tanda kasih sayang...
namun percayalah,selepas akad lebih manis semua itu,bahkan mendapat pahala melalui perbuatan yang diharuskan..

melalui cerita saudara terdekat
Z adalah sepupu perempuan hamba..
diceritakan Z kepada hamba selepas akad nikah,pertama kali mereka bersentuhan ketika menyarung cincin dan bersalaman
serta disudahi dengan kucupan dahi dari S..Z menceritakan bahawa betapa indah saat diri menjadi milik si lelaki shj.
semestinya hubungan mereka akan diwangikan dengan nilai2 percintaan yang sebenar..
tidak rugi menjaga kesucian diri di zaman remaja dan sebelum akad..
antara petikan novel yang dapat hamba kongsikan di sini,
"di antara ajaran Islam yang diyakini adalah ajaran tentang bersuci.kesucian lahir dan kesucian batin.kenapa dalam
buku2 fiqah,pelajaran pertama pasti tentang thaharah(bersuci).Adalah agar pemeluk agama Islam sentiasa menjaga
kesucian zahir dan batin.Di antara kesucian2 yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara lelaki dan wanita.
Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara lelaki dan wanita kecuali mereka adalah pasangan
suami isteri yang sah.......ingin menjaga kesucian diri kepada isteri saya kelak.Biar dialah yang menyentuhinya
pertama kali.Biar dialah yang akan mewangi jiwa dan raga ini dengann sentuhan2 yang mendatangkan pahala."
petikan halaman 81-82,Ketika cinta bertasbih..novel pembangun jiwa..

hatiku..
sekiranya banyak andaian yang dibuat terhadap diri ini,hamba redha dan terima seadanya..kerana hanya Allah yang tahu,
apa yang hamba rasa dan apa yang ditanggung hamba...
mungkin suatu hari nanti ada kebenaran menyebelahiku,InsyaAllah...
terima kasih kepada teman-teman usrah yang tidak jemu-jemu memberi nasihat membangunkan jiwa hamba..
apa lagi yang dapat hamba ungkapkan di sini,berjuta kemaafan kepada yang terlibat,
izinkan hamba mengawal nafsu,jiwa dan mencari kebenaran untuk diri.semua yang hamba lakukan adalah untuk masa depan.
disamping menurut syariat Allah..hamba percaya kita lebih sanggup tanggung risiko kan daripada mendapat kemurkaan Allah..
yakinlah pada Allah,setiap pertemuan,perpisahan,
ajal,maut,jodoh di tangan Allah..usaha manusia adalah berdoa dan berusaha menerusi jalan yang diredhai..
Allah takkan sia2kan pengorbanan dan usaha hambaNya..

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

to kak long,sepupuku...selamat pengantin baru...