Friday, April 30, 2010

HamBA riNdU diA




dia yang Allah pinjamkan utk hamba sebagai anak saudara hamba..
yang telah Allah ambil nyawanya di saat hamba perlu dia...
dia yang hamba rindu-rindukan...

hari ini, hati hamba tak tenang..
terkenangkan dia...
semua ini bermula selepas hamba terjumpa seorang insan yang mirip wajah adik hafiz...
hamba tersentap..
terpaku..
tapi segera sedar...
mmg itu wajahnya dlm ingatan hamba...
Allah ciptakan manusia ada yang seiras walau dr ibu dan ayah yang berbeza...
selepas pulang ke bilik...
hati hamba rasa sedih dan terus menerus merindui dia...
walau hamba tahu dia takkan kembali...
namun, dia tetap d hati hamba...


utkmu , MOHD HAFIZ B. ZAKARIA
harap kau mengetahuinya..dik..
mak su rindu kamu...
sentiasa mendoakan mu...
sentiasa terkenangkan dirimu...
jika perlu kau tahu...
semenjak kau pergi dik...
mak su tak boleh tengok dan makan buah tembikai susu kegemaranmu yang pernah kau idamkan sebelum pemergianmu...
ada kala..
ketika rakan mak su makan..
mak su terpaksa berpaling dari melihat buah itu...
kau mengemarinya...maksu pilu...
apatah lg hari ini...
wajah seorang hamba Allah mirip kamu,dik...
mak su rindu adik hafiz...
sekali lagi..
setiap kali coretan maksu diiringi air mata kerinduan...

mak su doakan kesejahteraan adik di alam sana..
tunggu maksu ye,,,

tiada hari yang selalu sempurna..
adakala..kesedihan melanda...
hidup tak selalunya ceria..
ada saja air mata mengundang tiba...


sekian, Wassalamualaikum w.b.t





Thursday, April 29, 2010

YaNg TErUnGkaP...


Assalamualaikum w.b.t

dalam kesibukan musim peperiksaan..
sempat juga hamba menjenguk laman purple ini..
sambil mencoret sesuatu di sini...

ketika ini,
hamba menantikan azan isyak yang berkumandang...
justeru..sedikit masa d ambil..
utk memenuhi ruangan purple ini dgn sedikit catatan...


paper forecasting telah berlalu petang tadi...
usaha sudah...
jadi doa dan tawakkal menjadi pilihan...

keluar dr dewan exam, ada pula jamuan perpisahan bersama lecture forecasting..
Miss Ida Normaya..
thanks for everything miss..
sempat juga hamba mengusik,
"miss, kalau tension, jgn tanda kertas exam kitaorang"...
miss membalas..."aa....yalah"..
sambil ketawa beramai-ramai...


malam ni, ramai yang mandi awal...
basuh baju dan pelbagai aktiviti yang melibatkan air..
almaklum la mlm hingga esok..
bekalan air akan diberhentikan seketika utk penyelenggaraan...
ramai juga yang mengeluh..
kerana esok mereka ada exam...
sabar la sahabat...
InsyaAllah,
tiba masa, ada jalan penyelesaiannya...
sama-sama kita doakan...


rasanya, sampai sini saja dahulu...
ada masa hamba kemari lg...
InsyaAllah...

+..rindu nak jumpa kawan-kawan semua...

Sunday, April 25, 2010

sEdiKiT kESyaHdUaN HaTi


Assalamualaikum w.b.t
sebelum memulakan bicara..
eloklah di perkenankan pendahuluan dahulu..

sekarang musim exam bg hamba di kampus...
namun, hamba terasa utk mencoretkan sesuatu di laman purple ini...
pada saat ni,
hati hamba sedih pilu...
namun, hamba tidak perlu tunjukkan pada wajah serta kata-kata utk perhatian org sekeliling...
cukup la coretan di sini...
tidak mahu mengharap simpati dan belas kasihan...
msalah yang dtg dari hamba...
harus hamba yang tangani sendirian...

MUET...

hamba akui kelemahan hamba menguasai bahasa antarabangsa ni,...
bermula 7.30 a.m dan berakhir 12.45p.m pd 24hb april...
reading-writing-listening...
semua menjadi bebanan bagi hamba semasa menjawab exam ni...
mungkin suatu ujian Allah...
hamba redha dan tawakal..
memandangkan perkara yg sama terjadi pada sahabat2 hamba..
hilanglah sedikit kepiluan hati...

FINAL EXAM BERMULA...

25hb..hari ini..
ku sangkakan hujan hanya di waktu pagi..rupanya berlarutan hingga ke malam...
berlarutan pula syahdunya hati..
tatkala selesai menjawab paper statistics hari ni...
3 jam seperti 3 minit...
ditambahkan pula, kesakitan yang teramat dialami semasa menjawab exam tadi...
time hamba perlukan fokus yang tinggi begini, ia menyerang..
30minit hamba buangkan masa melayan kesakitan ini...
sakit sangat~~

Ya Allah..apakah dosa-dosa hamba utk ujianMu ini...
hamba nantikan hikmah terbaikMu buat ku,hambaMu....

seketika ke tandas meredakan kesakitan yang dirasa..
hati mula tidak tenang kerana 3 soalan masih belum mendapat penyelesaian...
buntu...sedu...hati betak sendirian...

mengapa tiba-tiba minda tidak dpt berfikir dgn sempurna...
setengah jam sebelum tamatnya exam hari ini...
2 soalan masih keawan-awangan...
no solution...

terus dan terus memujuk diri mencari ketenangan dan menjawab segera soalan yang tertiggal...
memandangkan sudah suntuk masa...
hamba ikotkan gerak hati menyelesaikan 1 persatu soalan walaupun ternyata salah jawapan tersebut...
demi menggelakkan dr kertas kosong dan tidak tercoret, hamba lakukan sedemikian..

apa terjadi hari ini..
sudah terjadi...
esok pasti datang dan takkan jemu utk datang oleh hari-hari berikutnya...
Moga Allah menunjukkan jalan kebenaran kepada hamba-hambaNya yg kesusahan...
Aminn.....
Wassalamualaikum w.b.t

Sunday, April 18, 2010

StArT nOw !!

p/s :-monolog dalaman..abaikan~~

kenapa malas sgt nih??

dah balik kampus pun,
rasa malas lagi..

apa nak jd ??


wake up..
wake up..
wake up..!!

final exam is around the corner...

stop dreaming...


AYU..!!!!!!!
kalau malas,


macam mana nak berjaya...
macam mana nak gembirakan mak ayah...
macam mana nak jadi Pensyarah....

mulakan dari awal...

jgn sudah terhantuk baru tergadah...

sedar dari awal ayu..

come on...!!
start now.....

avoid the last minute study...

that make u suffer and crying...
please...

start now...

p/s : monolog dalaman berakhir..

Thursday, April 15, 2010

sToRy iN sToRy



lama jugak hamba ke laman purple ni...
terasa bagai ada pelbagai cerita nak luahkan di sini...
utk tatapan diri dan para pelawat blog yg sudi membaca..
ketika sedang taip menaip ni,
hati sedang berbunga,

menandakan tamat la sudah kelas pada semester 4...
kiranya sedang menanti musim peperiksaan yang bakal tiba...
betul kata student2 lain,
semester sesi dis-apr..
memang singkat...

apa yang ingin dikongsi??

hamba kongsi 1 per 1...=)

1.
MUET....
semester ni, hamba akan menghadapi MUET,
so, any tips for me??
first time nak ambil..
jadi, tak tahu apa sangat..

2.

COLLOQIUM....
Alhamdulillah syukur kepada Allah,
group hamba mendapat anugerah...
"the best presentation in colloqium 10th april"...
anugerah yang tidak disangka- sangka bagi hamba...
apa-apa pun,
kelas hamba punya presentation utk semua group,
Alhamdulillah, sgt mantop..
dan membanggakan...
namun,bak kata orang,
bersakit-sakit dahulu..bersenang-senang kemudian...
memang sakit sangat setlekan research ni..
pernah 24jam hamba dan ahli group tak tidur semata-mata hal research or we called forecasting...
terima kasih tak terhingga kepada lecturer,sahabat2, serta paling penting mak ayah...
walaupun sebelum presentation,
hamba tak dapat cakap dengan mak sebab mak ada kenduri..
jadi, ayah menjadi tempat mencari ketenangan dan kurangkan debaran...
Alhamdulillah, ayah menyuntik semangat di dada...

seterusnya berasa yakin di hadapan audience dgn hujah2 dan briefing mengenai presentation...
selepas selesai, mak menelefon,..
tapi handfon d'silent'kn...
so, i col my beauty mum back...
mak menanyakan perihal presentation,
dan hamba memberitahu bahawa, group hamba memegang anugerah yang tidak disangka...
kalimah syukur kedengaran di bibir mak...
mak sentiasa begini..

terus..dan terus memberi semangat pada hamba...
ayah juga..
walaupun, kadang-kadang ayah sering memberi semangat dgn kata-kata perlian..
tp itu yang membawa hamba ke tahap begini...
Ya Allah..Lindungi mak ayah hamba dr sebarang perkara yang tidak diingini....

3.
QUIZ & TEST
they'r over~~..

sekarang menanti keputusan carry mark..
terasa tak nak tahu plak, sebb takut tak mencapai target yang di tetapkan diri...
so,tengok la keadaan nnt..InsyaAllah..

4.
BALIK KAMPUNG...
gembira rasa di hati nak balik kampung...
walaupun kampung hamba dekat jer..
namun kerinduan kepada ayah bonda menebal..
ayah...
mak...
tunggu ayu pulang....


5.
TATINA..
roomate hamba telah berpisah dgn buah hatinya baru-baru ini..
walaupun pelbagai soalan bermain di benak hamba..
hamba sentiasa mendoakan dia mendapat yang terbaik dalam hidupnya...
mungkin ada hikmah disebalik semua ini...
hamba tahu, dia sangat perlukan kasih syg dr seseorg yang berlainan jantina..
maksud hamba seorang lelaki...
namun, Allah dah catatkan lelaki yg layak utk dia...
siapa dan bila bertemunya mereka..
Wallahualam,...

6.
HATIKU....
sudah lama hamba tak bicarakan mengenai hati hamba di sini...
kini, hati hamba kian terusik dgn perwatakan dan sikap si dia...
hamba terharu...
hamba tenang...
hamba gembira..
itu shaja yang dpt hamba gmbarkan...
apabila bersamanya...
even bukan face to face...
adakah bunga-bunga cinta manusia berkembang kembali...??

bantu hamba Ya Allah...
jauhkan hamba dr perkara yg dilarangMu...

7.
DEAN'S LIST...
that's my dream for every semester...
getting it, so hard..
but when get it...
its a satisfaction !!..
i'll try my best this semester to rise up my CGPA...
3.77 its not enough to maintain my CGPA this sem...
i can't give up to score it better than last sem...
InsyaAllah...~~~

maybe ini shaja yang ingin dikongsi di sini,
sepanjang menyepi dari menulis n3 di laman purple ini
sekian,..