Sunday, September 26, 2010

TriP AiDiLFitRi 2010.....DSK5A

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt...
kali ni, lebih berpeluang untuk mengupdate laman purple ni...
terima kasih teman rumah, Liyana kerana meminjamkan broadband dia...
tanpa broadband dia,tak dapat la hamba nak update blog ni...
my lovely orchid, Subhanallah, indah...

baru-baru nih, trip aidilfitri kelas hamba telah dijalankan pada 23 & 24 September 2010..
perjalanan dimulakan dari Uitm Kedah dengan konvoi 4 biji kereta....
start dengan rumah hamba dulu..makan lontong, puding jagung.....
selepas asar, semua bergerak ke rumah seterusnya pula..laksa kuah lemak dan sukun goreng menjadi hidangan, sedap2 belaka...hujan lebat dan kilat melandaa time ni..
selepas solat maghrib di salah satu di Alor setar, ktorang bergerak ke rumah Hanim...nasi tomato dihidangkan, sedap sangat...kedatangan kawan-kawan lama ktorang, Mawardi & Tarmizi memeriahkan trip..
rumah Mawardi pula menjadi destinasi,...mee kuah, nasi lemak pula dijamah di sana, agak-agak pukul 11.00 mlm juga baru bertolak ke teratak bermalam...
keesokannya pula, ktorang bertolak ke rumah Dibah...nak tahu, makan apa??...spagetti, nasi himpit kuah kacang dan roti jala menjadi juadah..Alhamdulillah, kenyang..
Last destination...rumah k-on, mak k-on sediakn nasi dan lauk pauk enak pada kami semua..
semua berakhir dengan selamat..trip raya kali ini best, walaupun putera hamba kena dicuci dan dibersihkan, hamba puas hati datang meluangkan masa trip raya dengan kawan2 yang mungki ini raya terkahir utk kita bersama...tahun depan, masing-masing akan bawa haluan masing-masing...

kepada keluarga mama nadz, tahniah dinaikkan pangkat masing-masing kerana menyambut ahli keluarga baru yg InsyaAllah akan membawa 1001 rahmat...
kepada kak faten, puteri mama nadz,.tahniah menjadi umi di syawal mulia ini...


sekian, Wassaamualaikum wbt

Sunday, September 19, 2010

oRkiDku bErBunGa... KCU 1744

Assalamualaikum wbt...

gembira rasa hati bila bertandang ke laman orkidku dibawah jagaan ibuku....
di tepi sawah dan buaian..
bunganya megah kembang menunjukkan seri..
tambahan di waktu pagi, dengan air embun yang membasahi..indah, Subhanallah..
so, lets we enjoy it..



orkid purple ni, baru aje berbunga 2 hari semasa gambar diambil..

orkid kuning ni, dah sebulan berbunga..rimbunnya...tak jemu mata memandang...

ops..ni bukan bunga tapi...PUTERA KENCHANA KESUMA UTAMA...daripada ayahanda hamba..
minta kancil second-hand jer,..
tup2, myvi "baru" terus...
memang terharu...

anyway, raya tahun 2010 memang meriah..
ramai yang datang rumah..
thanks kawan-kawan...

sekian dulu..
wassalamualaikum wbt


Sunday, September 5, 2010

SeLaMaT haRi RaYa

Assalamualaikum wbt...
hamba mengambil kesempatan yang ada,
memohon ampun dan maaf kepada semua..
diatas salah dan silap hamba...
semoga raya tahun ini membawa seribu satu keberkatan dalam hidup kita semua...
Amin...

Wassalamualaikum wbt

DoA bUaT bAkAL sUaMi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku nanti adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku nanti menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

dariku: dipetik dari sebuah blog, bila terbaca doa ini, terasa ini la doaku buat bakal sang pencuri hati dan bakal teman hidup kelak.tidak hamba inginkan kesempurnaan dalam dirinya tapi cukuplah dia bisa menjadi pembimbingku dunia akhirat kearah kerdhaan Allah..semoga kelebihan bakal suamiku akan menampung kekurangan diriku kelak....

Wassalam...