Monday, January 25, 2010

cATaTaN bUaT HaFiZ 1990-2010

Assalamualaikum adik hafiz yang maksu sayang....
sukar utk ku coretkan di sini….
Pelbagai perkara yg bermain di fikiran…teringat tentang dirimu yg ku gelar adik hafiz…kau telah selamat dikembalikan ke Rahmatullah dik…percaya atau tidak,mak su mu ini masih tidak dapat menerima pemergianmu….
Suasana hening dirumah mu di pagi 24 Januari membuat hati mak su mu ini berdegup kencang…membuat seluruh tubuhku lemah melangkah ke rumahmu….ketika perjalanan ke rumahmu,detik demi detik ku kira,agar dapt ku katakan ini mimpi sahaja…namun,perlu juga ku terima kenyataan bahawa,kau sudah pergi…..
Langkah longlai ke perkarangan rumahmu,membuka kepiluan hati…mata ku redup memandang bawah kerana ku tidak berdaya waktu itu utk melihat betapa ramainya yg menziarah jenazahmu dik…mak su keliru..adakah mak su sanggup menatap wajahmu dik di saat kau sedang kaku membisu tanpa nyawa di jasadmu…??
Setelah kaki ku berjaya melangkah masuk ke rumahmu,terdengar bacaan yasin yang dibaca beramai2 di suatu sudut, ku kira di situ tempat dirimu beradu…namun ku salah andaian…kau beradu di suatu sudut lain..mana dirimu dik??hati betak sendiri….mata ku liar mencari susuk tubuhmu yang kaku itu…perjalanan ku terhenti di sudut peraduanmu…ku kira,kau tidur dengan tenang dik…aku meratap wajahmu lama..aku piluu.ku lihat matamu terbuka memandang hadapan,mulutmu terbuka seperti kau masih hidup dik.nmun,itu adalah jasad mu sahaja,tiada lagi nyawamu.Ya Allah kenapa insan ini yg kau panggil dulu mengadapMu…aku tidak tega melihat wajahmu lama2 dik…aku tidak dapat menerima bahawa jasad yang ku lihat kaku diam membisu adalah dirimu…lantas aku mencari ruang sendirian,dan lantas kawan kita dik,nurzawani datang memeluk tubuhku yang nyata tidak berdaya ini…aku menangis dalam dakapan dia dik…
Setelah diriku ditenangkn,kelihatan guru-guru sekolah rendah kita dtg mmberi salam terakhir buatmu dik..mereka datang melihatmu…bangunla dik,lihat mereka….seorang demi seorang guru perempuan kita ku peluk dan ku tangis..mereka menyabarkan diriku…
Kini,ibu mu dik mnyentuh ku agar ku sedar kewujudannya ketika ku lalu di hadapannya..dengan segera tangannya ku kucup,dan dia mendakap tubuhku dik..tidakkah kau terasa ingin melihat org2 yang mnyayangi dirimu menangisi pemergianmu dik…dik,bangunlaaa….jgn tidur lg…
Selepas mencari tempat yg selesa,ku buka Quran tafsirku yang baru dibeli 2 minggu lalu,membacakan yasin utkmu..tidakkah kau tahu dik..dalam pembacaan yasinku,air mataku lerai begitu shaja dan membasahkan helaian Quran kecilku…aku masih perlukanmu dik…
Hajat dihati,ingin diriku dan ina baca yasin 3kali utk mu..namun,sahabat2 datang dan memberi isyarat utk ku bersama mereka dan ku beralih tempat disisi mereka,jadi hanya 2 kali diriku dan ina dapat baca untukmu..dik,kau tak marahkan??nanti maksu baca lagi yer..
Adik hafiz…ramainya kenalanmu yg datang menziarahimu,ku bersyukur kau dikalangan org yang baik2 dik..dan kerana itu Allah lebih menyayangi dirimu daripada kami semua di dunia menyayangimu..kala seorang demi seorang datang,ku menyedari kehadiran adik angkatku,kelihatan dia pantas memelukku dengan harapan dapat melepaskan tangisannya di bahuku…ku terima pelukan itu dan segera menyabarkan dirinya.dia juga rapat denganmu dik.kn?ku tahu persoalan ku tidak akan kau jawab lagi buat selamanya.air mataku kering dik..aku tidak mampu menangis lagi…aku menangis sejak mendapat berita tentangmu dari panggilan kak ti…kau tahu,ramai yang berusaha menenangkan diriku..mereka tahu betapa rapatnya hubungan kita..bagai seorang kakak dan adiknya walaupun umur kita sebaya namun kau manja denganku…kau adikku,hafiz…
Adik,tidakkah kau rasa kasihan pda ika dik,dia sentiasa bersamamu,menjaga dirimu di saat kau berada di hospital yan..hari-hari dia mengunjungimu…dan pada hari pemergianmu,dia telah kutemui,dan again dia memelukku ,tiada kata2 yg lain ku dengar selain “kak ayu,hafiz tinggalkan ika..kak ayu”…..aku mengetahui hubungan dirimu dan dia selama 5 tahun,terlerai begitu sahaja dengan pemergianmu dik…
Dik,kau insan mulia dik..kau telah mewarnai kehidupan ramai insan2 lain…tapi kau telah pergi meninggalkan segala yang ada di dunia dan membawa amalan2 mu bersama…maksu mu ini berduka kerana mu dik..mak su tidak pernah kehilangan org tersayang dan dirimu menjadi org pertama yg meninggalkanku…kau masih muda dik,kau masih punya impian bersama ika…tapi kau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal….mak su redha…
Di saat kau sedang di mandikan,tidakkah kau mahu tahu sahabatmu faizal dan madi sedang dalam perjalanan dari perlis ingin menziarah dirimu buat kali terakhir..sentiasa mereka menghubungiku menanyakan perihalmu dik..mereka menyayangimu…kau perlu bangun bersalam dengan mereka seperti selalu…dalam keadaan madi tidak berlesen kereta,dia memecut laju kelisa putih sewaan semata2 krana mu dik…
Saat kau dikafankan,dik…aku bersama ika,kekasihmu yang kau tinggalkan...dia tidak sanggup menatap wajahmu dik..namun sebelum mukamu ditutup,kau dicium oleh ramai saudaramu…kak ti,org yang rapat dengan kita mencari diriku dan memeluk dan berkata “ayu,takim dah tak da,kak ti sayang dia..org yang rapat dengan kita dah tak dak yu…”..tanpa ku sedari,dalam pelukannya,aku kembali mengalirkan air mata…adik,ramai yg masih perlukan mu dik…
Ku lihat ibumu,ayahmu,adikmu,kakakmu,abg2mu mengucup dahimu…tidak ketinggalan kak ti yang kau panggil “mak tam”yang berusia 40-an mengucup pipi dan keningmu buat kali terakhir…sebelum mengafan penuh dirimu yang tersedia kaku,ku diberi penghormatan menaburkan wangian ke pakaian putihmu itu agar kau wangi…selepas wajahmu di tutup ku merintih kerana itu la kali terakhir wajahmu ku tatap..dan ku tatap dengan air mata..dik,adik bongsumu,una meraung dik namun ditutup dengan telapak tangan ibumu…adik,kau telah selamat dikafankan..aku segera keluar dari rumah kerana ingin memberitahu kawan kita,faizal dan madi yang sedang dalam perjalanan bahwa kau telah dikafan dan sedang siap sedia di bawa pergi ke tempat persemadianmu yang baru…
Semasa kau sedang menunggu utk dibawa masuk ke dalam van jenazah,kelihatan kelisa putih yang dipandu laju oleh madi meluncur laju mencari tempat parking…dan mereka tidak sempat melihat wajahmu dik,mereka hanya sempat melihat kerandamu di usung keluar dari rumahmu..dik,kau perlu tahu dik,mereka ingin melihat wajahmu…tapi apakan daya kau telah sempurna dikafankan…
Pukul 10.45,kau disolat jenazahkan…aku menunggu di kwasan perkuburan dgn hati yg gundah…dik,aku bersykur kerana ramai sahabat2 dan masyarakat yang turut serta menyembahyangkn jenazahmu..ku harap di suatu saat nanti,jenazahku juga begitu...ku tunggu usungan keranda tempat kau sedang bersemadi mendekati lubang yang tersedia di gali khas utk mu…dalam hatiku,ku melarang dirimu dimasukkan ke dalam sana tapi ku tak berdaya kerana disitu tempat kita dikembalikan…setelah kau selamat dikebumikan,bacaan talkin memberi ku impak tinggi,namamu disebut dibinkan ibumu…”Mohd Hafiz b. Naemah”…ayu tersentap..dan ku pikir nnt matiku jua begitu..”Hidayu binti Rahimah”…
Kau telah selamat pergi dik…
Kau takkan kembali…
Kau takkan mewarnai kehidupanku lagi dik…
Kau hanya akan muncul di mimpi ku..
Bersama kenangan lalu…
Tiada lagi kedatanganmu membawa motor barumu di perkarangan rumahku..tiada lagi panggilan mak su darimu…tiada lagi derai ketawa darimu dik…maksu syg kamu dik..sayang sgt…
Dik,sedang aku coretkan semua ini,air mata ku laju mengalir..aku rindu mu dik…rindu tersangat..aku sendiri tidak sedar berapa kali aku harus mengesat air mataku ini..maksu tak pernah menangis sebegini teruk dik…kau perlu lihat betapa ku sayang kamu dik…kenangan kita kan ku abadikan dlm hati sampai bila-bila…selepas ni,kalau ku rindukan mu dik,aku coret lagi yer..bolehkan…??
Doaku sentiasa bersamamu dik,agar kau ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan kau tenang di sana..tunggu maksu disana ye…
Tiada apa lagi alat perhubungan utk kita selain melalui Allah..andai didunia,dapat kita telefon,mesej..tapi sekarang…???
Kau milik Allah dik..Allah telah pinjamkan dirimu padaku selama 15 tahun ku kira…terima kasih Ya Allah…kau dihatiku dik…

Wassalam dik...

Saturday, January 23, 2010

RaYuAn HaMbA

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasih Mu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku, oh Tuhan

Ku rindukan sayang Mu
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku, oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu oh Tuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya oh Tuhan

Ku pohonkan dari Mu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati kernaMu oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan

Thursday, January 7, 2010

hAri YanG SiBuK

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum.w.b.t
hari khamis actually ada 2 kelas jer...tapi disebabkan tugas terhadap kelab rukun negara..kena jaga booth pendaftaran..ni antara gambar booth2 yg ada...


mengenai kelab ni,ada crita sikit..
sebelum karnival HiKeP (Himpunan kelab dan persatuan),kelab yang hamba join tu ada meeting..antara AJKnya terdiri drpd 5 perempuan dan 7 lelaki..jadi,semasa meeting,terdapat rombakan AJK tertinggi...so,semua ajk diminta sediakan kertas dan pen dan pilih pengerusi,naib pengerusi,setiausaha dan bendahari..orang yang ditugaskan untuk handle semua ni,adalah khaizan,someone yang aktif dan terkenal jugak dalam uitm melbourne ni...so,lepas pass up paper,die panggil hamba..ingat nape..rupa2nya dia minta hamba tolong dia tengok rombakan..so,ktorang terpaksa g jauh sikit dengan tempat meeting untuk perbincangan itu..yang menjadi persoalan,kenapa la hamba jadi mangsa kena tengok undian2 tu..tapi Alhamdulillah ada hikmahNya..khaizan sebagai pengerusi.fifi sebagai naib pengerusi dan..hamba dapati hamba diundi menjadi setiausaha.oh no!!.so,hamba tolak mentah2 jawatan tu dan hanya ingin jadi ajk biasa atas alasan hamba dah pegang setiausaha projek kos hamba..namun,khaizan meminta hamba menjadi naib pengerusi atas sebab,dia perlukan backup...dan fifi,dia tak selesa..so ayat hamba mudah yer.."tak baik buat macam tu,cuba dulu kerjasama dengan dia,InsyaAllah dia ok..."...so,tak da sapa tahu hamba tolak jawatan exco tertinggi...just classmate hamba,aina jer tau..ada juga yang tanya and hamba jawab.."xda rezeki"...so,harap..dapat jadi ajk dakwah dan kerohanian..InsyaAllah...xpun,ajk pe pun tak pe janji bukan exco tertinggi...dulu masa sem 1 & 2,hamba suka aktif tapi semenjak sem 3, hamba dah tak berminat...apa boleh buat...hehe...

mengenai hari yang sibuk hari ni..pukul 8 kena ada kat sana dah...aina tak sihat,so hamba berjalan pergi sana sorang..nasib ada juga yang membantu kt booth...so,sampai pukul 10 ada kelas...dpt la cpture gambar dari tingkat atas...

then,sampai pukul 12,ada pula kelas algebra...12-2...so..continue g kelas TEC 1...before g kelas sana,sempat jugak gi daftar kelab Iman..then,baru pergi kelas..
kelas algebra susah jugak..tp slow2 la belajar...InsyaAllah,boleh...
kelas habis pukul 2.15...ada AGM (Annual General Meeting) diploma science quantitative nye....so,lepas solat zuhur,baru g dewan...
antara gambar yg sempat d capture.....,



so..agak letih juga..tp Alhamdulillah sht walafiat...
ok that all...miss all my friends...
Wassalamualaikum w.b.t

Saturday, January 2, 2010

DaFtAr SeMesTer bArU..


Assalamualaikum w.b.t...
nasib baik balik asrama hari jumaat..sebab,hari sabtu ramai sangat kereta2 yang menghantar pelajar2 lama ke kolej serta ke sesi pendaftaran di dewan sarjana...jadi,kelmarin, 2hb, tak la kalut sangat untuk bereskan daftar kolej dan akademik..
sebab,bilik dah kemas,jadi lepas g daftar semua,dapat la lepak kat bilik sambil on9 dan baca artikel dalam internet..
masa daftar kelmarin,jadual telah dilekatkan..so,hamba dan tatina dah capture gambar jadual then,balik bilik salin dalam kertas...sebab ramai sangat tadi kat papan kenyataan..nak tulis pun tak selesa..
lepas di belek2 jadual,padatnya waktu dalam jadual tu..rasa takut pun ada..dah la,hamba lemah jugak,kang pitam lagi..huhu..

ni jadualnya...haha..padatnya!!!
apa2 pun,InsyaAllah da hikmah ni..harap dan kwn2 lain kena tempuh..myb ini jalan kejayaan kitaorang...InsyaAllah
kelihatan hari ni,ramai jugak yang check in asrama berbanding kemarin..semoga urusan mereka dipermudahkan Allah..Amin...
hari ini,dah start kelas..start pukul 8 hingga 1..sambung pukul 2 hingga 4..teruk juga rasanya...menegnai subjek pula,semua sangat baru dan agak janggal bagi hamba..hari ini,kelas hamba ada 4 orang yang telah keluar dari uitm kedah..3 daripadanya pergi sambung ijazah dan yang sorang lagi,trima twaran SPA...good luck for them..
da yang tanya..."napa ayu tak apply??"...
so,selalunya,soalan tu disusuli jawapan "saja la.."..huhu...
actually,lepas tengok kawan2 semua dapat smbung ijazah,memang terdetik rasa cemburu dalam hati tapi bila pikir balik,bagus juga berada di diploma ni..sekurang2nya kita merangkak dulu sebelum berlari jauh..jadi tak slah utk hamba apply ijazah,tapi bila dapat,myb agak sukar hamba nak buat keputusan..sebab banyak aspek kena fikir..apa2 pun,i must finish up my diploma..then,continue step by step..stage by stage..level by level...InsyaAllah,my dream will come true..=)
so,that the my actual answer....
target untuk tahun 2010...
-lebih usaha untuk mendekatkan diri pada Allah
-lebih taat pada ibu bapa
-tak nak aktif sangat kat kampus and belajar lebih rajin..hurm...
-menjaga etika sebagai perempuan muslim..
semoga tercapai semua ini..InsyaAllah..
thats all..

(monolog dalaman)
apa dh jd dgn ayu...jgn terlalu tunduk pd nafsu yu..
kuatkn dan cekalkan hati mu...
bersbar ayu utk segalanya..
tiada yg memahamimu kecuali Allah..
"Wassalam,moga2 saudari menjadi muslimah yg bertaqwa kpd Allah dan sentiasa mendapat pemeliharaan daripadaNya..."
moga doa hamba Allah ini dimakbulkn Allah..

Friday, January 1, 2010

AdiKKu HaFiz..


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,semakin hampir untuk meniti semester ke-4..perasaan hamba bercampur baur..antara sedih,gembira dan gementar...
ditambah pula...sedang meniti awal 20-an...rasa bagai mimpi..sekejap saja dah meninggalkan umur belasan tahun..kalau orang tanya,nak jawab apa..."sudah 20"?
tidak...!!
apa2 pun,kena terima kenyataan...
yang jauh itu adalah masa lalu...
yang dekat itu adalah kematian..
yang berat itu adalah amanah...
dan..
yang ringan itu adalah solat..
jadi,memang lumrah alam..umur kita akan berganjak ke hadapan..1 hari ke 1 hari...
demi masa...
manusia di dalam kerugian..

untuk entry kali ni,hamba nak coretkan hal hafiz...
dia boleh kata anak saudara jarak jauh la..entah camna ntah,dia kena gelar hamba mak su dan hamba panggil dia adik hafiz..so,panggilan ni dah memang dari kecil lagi..rapat la dia dengan hamba.umur hamba dan dia sebaya..1 sekolah,1 kelas,1 kampung...rapat2 ktorang pun,susah jumpa..coz die study polimas..
erm..sekarang dia terlantar di hospital as..die mengidap jantung berlubang,hati dan buah pinggang...
sebelum hamba balik ke melbourne (merbok)..hamba g melawat dia di hospital dengan kawan2 sek menengah hamba.so,6 orang ktorang naik kereta.padat juga..seperti biasa hamba sebagai pemandu tetap.
sampai di hospital,Alhamdulillah tak sukar cari wad dia..menggunakan information yang hamba dapat dari ayah dan tok dia,ktorang ber6 sampai di tempatnya..katil 20,Mohd Hafiz b. Zakaria,20/12/2009.
ketibaan ktorang cuma nampak ayah dan maknya saja..yang hamba panggil,Abg Ya dan Kak Be'ah..rupa-rupanya adik hafiz g mandi..
lepas dia keluar dari kamar mandi,hamba dan kwan2 semua terkejut dengan keadaan dia..dia kelihatan sangat kurus..tak bermaya,dan tidak dapat jalan dengan sempurna..tidak sanggup ktorang nak menatapnya lama2..sedih sangat..hafiz yang dulu ktorang kenal,yang ceria dan selalu wat semua tersenyum dan ketawa dah jadi pendiam,lemah dan sentiasa murung..
selepas beberapa perbualan dimulakan,hamba dimaklumkan dia telah kehilangan 15kg dari berat asalnya.dia juga tidak dapat minum air dengan banyak kerana masalah hatinya..
kemudian,gelak ketawa juga banyak mengiringi perbualan supaya dia dapat gembira bersama ktorang walau dalam keadaan begitu..dia juga ada memaklumkan pada hamba.."aku lapar jus tembikai susu,lama dah teringin.."
sedih mendengarnya..so,diam2,hamba dan 2 orang kwan hamba kluar cari jus tembikai susu namun hari jumaat semua kedai tutup di kedah..jadi ktorang ber3 ambil keptusan g cari buah tembikai susu di GIANT..
Alhamdulillah jumpa juga dan terus ktorang bagi padanya..dia nampak agak gembira..
selepas tu,ktorang bertolak balik sebab hamba dah kena balik hostel selepas asar..sebelum balik sedikit kata2 semangat ktorang bagi padanya..moga dimanfaatkan...
adik,adik kena tabah..semua ni adalah ujian Allah pada adik..mak su akan doakan semoaga adik cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala bersama-sama kami semua..

-bersama hafiz di Hospital Sultanah Bahiyah-

thats all...get well soon dik hafiz...

Wassalamualaikum w.b.t