Wednesday, March 31, 2010

wAhAi kAWaNkU ( l )



wahai kawanku,
segeralah menunaikan solat di awal waktu,
di kala mendengar azan,
usahalah semampu yang terdaya,ini membuktikan kesungguhan anda,
di situ ada sumber kejayaan,
di situ ada sumber pertolongan,
di situ ada sumber taufiq,
perhatikanlah banyak perintah dalam ayat Al-Quran,
....dimulakan dengan menyebutsolat di awalnya,
perhatikanlah Allah mensyariatkan solat...
juga di medan perang.walaupun...
di saat genting dan cemas...

wahai kawanku,
bacalah Al-Quran dan cuba memerhati mesejnya,
selalulah berzikir dan mencari ilmu walaupun sedikit..
kurangilah dgn masa yg tidak bertujuan..
Sesungguhnya al-Quran adalah...
sumber asli lautan ilmu..
sumber hidayah kepada anda dan saya..
bacalah al-Quran , kelak ia memberi syafaat..
sentiasalah membaca menghafal dan..
cuba hayati mesej arahannya...
selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir !!!
di sini ada ketenteraman,
di sini ada kedamaian,
di sini ada kesalaman,
jadilah hamba Allah yg sejahtera

Tuesday, March 23, 2010

BaYi iTu..


Assalamualaikum w.b.t

hamba seorang pembaca setia majalah Al-Islam...
Allhamdulillah, setiap bulan,
hamba tidak melepaskan peluang membelinya...
ada teman bertanya,"kenapa tak beli mastika??"
dulu,hamba juga peminat mastika..
namun,semakin hari..minat hamba beralih pada Al-Islam..
berbanding mastika,
banyak info dan hal agama boleh didapati dalam majalah Al-Islam..
ia bukan sahaja sebuah majalah,
malah,ia adalah satu gedung ilmu yang tersurat...

namun, disini..
bukan la hal minat hamba yang ingin diutarakan..
hamba ingin berkongsi mengenai tajuk utama majalah Al-Islam april 2010..
tragis sekali gambar pada kulit majalah..


kes pembuangan bayi...
antara sedar atau tidak,
kes ini semakin menjadi-jadi..
tambahan di kalangan melayu...
yang juga beragama Islam...

walaupun,pelbagai pihak cuba membantu membendung kes ini,
semakin meningkat pula peratusannya...

bayi yang dilahirkan suci bagai kain putih,
yang tidak berdosa...
yang tidak tahu menahu apa2..
di buang begitu sahaja..
seperti sampah..
seperti bangkai..
seperti sisa..
yang tidak berguna..

mana pergi nilai berperikemanusiaan ibu bapa mereka??

walaupun hanya di sini mampu utk hamba siratkan mengenai hal ini,
hamba turut mendoakan agar hamba-hamba Allah yang tersesat dan terlibat dalam hal tidak bermoral ni..
sedar dan insaf serta kembali ke jalan yg benar...
Allah tidak zalim,
Dia akan memaafkan,
andai hambaNya benar2 telah bertaubat..

di sini,
hanya luahan hati...
hanya utk pengajaran diri dan semua..
serta pedoman utk msa hadapan...

InsyaAllah....

Wassalamualaikum w.b.t

Thursday, March 18, 2010

haNya SaJa-sAjA TaPi....



Assalamualaikum w.b.t
hamba ber'FB lagi...
baru-baru ini..
suatu kesilapan besar telah hamba lakukan tanpa memikirkan padah dan akibatnya...
hamba fikir ini hanya suka-suka...
tapi hamba tidak memikirkan batasan2 dan adat2 agama...
terima kasih pada sahabat maya...
yang sudi memberi ceramah+nasihat pendek melalui chat FB...
menerusi ceramah+nasihatnya...
baru hamba sedar kesilapan dan kelalaian hamba...
MasyaAllah...

hamba tersilap melakukan hal itu...

hamba begitu asyik ber'FB...
hamba telah meletakkan status berkahwin...
padahal niat hanya suka-suka...namun...
niat dan matlamat tidak meghalalkan cara...
sesungguhnya,hal yang hamba lakukan adalah cara terbaik...
utk fitnah tersebar dgn berleluasa...
kesannya,hamba akan menanggung dosa...
sungguh hamba lemah dan lalai...
Ampunkan dosaku Ya Allah...

bak kata sahabat maya hamba...
"fitnah kedua terbesar adalah wanita"...
terima kasih tidak terhingga kepadanya...
mungkin Allah memberi peringatan kpd hamba melaluinya..
Wallahualam...

walau apa pun,
hamba telah menukar status di FB...
no more married status....
lepas ni,hamba perlu berhati-hati dengan semua ini,...
InsyaAllah....


sekian,
Wassalamualaikum w.b.t

Sunday, March 14, 2010

MeNariK baGiKu


Assalamualaikum w.b.t
pulang ke kampung baru-baru ni...
walaupun hanya seketika tetapi bestt...

walaupun pada mulanya...
hati mula tak sedap..
i mean rasa something bad will happen...
so,sebelum balik naik vroom2..
hamba minta maaf kat roomate hamba,kawan2,n mr.i...
huhu...
roomate hamba pun nmpak sedih...
die siap pesan,kalau sampai rumah,mesej dia...
huk3,first time dia suruh hamba buat sedemikian..
terharunya....


and at the last...
hamba selamat sampai..Alhamdulillah..
panjang lg umurku...

hari pertama di rumah..
di habiskan masa bersama ayah bonda...
ayah mengajak hamba menyicah buah pelam..waaa....

mak pula mengajak hamba pergi pasar malam...waa....

so,makan malam bersama mereka pada hari itu...
makan yong tau fu...sate...and air tebu..
hehe...

hari kedua dihabiskan dengan menemani mak g ambik tempahan hantaran utk sepupu hamba...
before that,pagi tu,hamba g petik bunga kegemaran hamba..
melor rose.....

then,tghari g aneka...beli barang hamba...
ermmm...jumpa ashy jugaa...
kasi buah pelam...
peminat setia pelam dak tome tu..

hari ketiga...
bertolak ke rumah pak ngah pd pagi tu...
hamba follow rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan...
sepupu hamba, dik Lan,
die bakal disandingkan...
so,sebagai jurukamera,hamba ikot jer,snap2 mana patut...
on the way balik,hujan lebat turun di kawasan SP..
Alhamdulillah,rahmat Allah..

selepas balik dr rombongan pengantin lelaki..
semua kembali ke rumah pak ngah...
saudara tak ramai memenuhi rumah pak ngah..
so kerja dapur banyak di bereskan..
aktiviti hamba...
-kupas kulit bawang,halia,kentang...(kuntiti yang banyak..hal bawang,nangis hamba)
-rebus telur ayam...
-kisar pelbagai ramuan...
-dll...
waaa...rajinnya.

hehe,bukan laa
amik pengalaman..
seronok buat kerja macam ni...
hamba suka...
nak lagi...????
InsyaAllah tunggu sepupu hamba yang lain pula kahwin..
hamba g tolong...
kebetulan,spupu hamba, Suria..
sama umur dgn hamba..
nak bertunang..so,tak lama lagi,dia pula rasanya...
InsyaAllah....
balik dari rumah pak ngah pukul 12 lebih...(pagi yer)
badan letih,mata ngantok,kepala sakit,semua ada...

keesokannya,
hamba terpaksa bangun awal nak balik kampus...
kelas hari ahad, pukul 8 pagi..
pukul 7 baru hamba bertolak sebab menantikan hari cerah...
biasa la, doktor kata hamba "rabun ayam"...

ish3...

vroom3...Alhamdulillah...
pukul 8.01 pagi tibalah puteri Haron ke melbourne (kampus)...
cepat2 simpan barang dan pergi ke kelas...
nasib baik sempat..
syukur Ya Allah...

so,tu la yang menarik bg hamba...
banyak perkara yg hamba tak pernah buat..
hamba dah buat sepanjang cuti lebih kurang 3 hari ni...


Wednesday, March 10, 2010

3 pErKaRa hAmBa...


Assalamualaikum w.b.t

1.kecundang

hamba sudah fikir hal ini pasti berlaku...
kecundangan hamba sebelum ini telah mendatangkan impak...
impak k.o
hamba sgt sesih selepas mendapat keputusannya...
menampakkan diri hamba yang begitu "tidak pandai"...
menjadikan hamba terasa lebih teruk...
mungkin dr pandangan kawan2 hamba..
hamba tabah...
namun dalaman...hamba berperang dgn nafsu kesedihan...
tapi,apa kan daya..

itu hasil usaha hamba...
tidak boleh berputus asa...
ya...!!!
mungkin ini sahaja jalan utk hamba lebih rajin berusaha di masa hadapan...
mungkin juga, ini kedudukan hamba yg rendah di bahagian roda...
atau adalagi rendah berbanding ini...
sedangkan ujian sebegini sudah membuat hamba beremosi..
inikan pula ujian2 yg lebih berat...

hamba pelu akur...
hamba perlu ikhlas dgn apa terjadi...
semuanya adalah rezeki Allah...

2.penghargaan

hamba telah mendapat surat...
surat penghargaan..
kerana menjadi mentor or tenaga pengajar dlm bengkel math (mentor mentee) yang diadakan dlm kampus seminggu sekali..
julai-dis 2009...
namun,hamba rasa tidak layak utk mendapt penghargaan tersebut...
hamba juga rsa tidak layak utk mengajar di usia begini..
hamba masih lemah dan byk kekurangan...
utk semester ini juga,hamba terlibat lagi..
terdetik juga utk hamba out dr kelompok sebegini...
namun,ada yg melarang..
kerana kekurangan tenaga pengajar...
kadang-kadang hamba juga buntu dgn soalan yang diajukan oleh mentee2...
dan kelu lidah utk membuat keterangan...
walau apa pun..
hamba telah cuba yang terbaik..
kalau terdesak...
hamba terpaksa meninggalkan aktiviti mentor mentee ini..
hamba perlukan masa privasi hamba..
utk study hamba..
dan aktiviti sdn bhd...

3.jangan paksa !

20hb ,test linear algebra...
19 & 20 hb, kem kenegaraan di KAMC, Yan..
hamba dipilih menjadi feci..
namun, hamba telah membritahu pengerusi, bahawa hamba dan teman sekelas..
memohon supaya tidak menyertai kem itu kerana test...
si pengerusi, menolak permohonan kami...
adakah ini paksaan??
antara kem dan test mana penting???
ajk lain pula menyuruh ktorang ambil test tersebut di awl dr tarikh sebenar...
tak adil !!
ktorang nak sertai kelas ktorang menduduki test pada hari yang sama...
tidak luak jika 2 orang tidak join kem tu...
hamba sendiri buntu dgn pa berlaku...
kenapa perlu memaksa...
tidak pernah terpkir ke, bagaimana rsa berada d tempat hamba...
namun, segala ketidakpuasan hanya terluah d sini..
hamba bukan jenis, cakap direct dgn mereka...
namun.tidak beerti hamba adalah tunggul dan batu...
yang diam dan hanya menurut kata...
the good news coming~~
hamba tak join kem tu....akhirnya mereka mengerti...
Alhamdulillah...

we'll see again..

Wassalamualaikum....w.b.t



Tuesday, March 9, 2010

kuCi-KuCi..=)


Assalamualaikum w.b.t

Walaupun hari ini..hamba anggap hari yang menyedihkan…

Namun,blog ni tetap hamba coretkan dengan perkara yang perlu dikongsi…

Kelas hari ini, berjalan seperti biasa…

Tapi, 1 peristiwa telah berlaku terhadap hamba…

Hamba telah absent 1 kelas forecasting pada pukul 10 a.m….

Akibat bangun lambat…

Lepas subuh tidur balik…

Tanpa kunci jam…

Sedar2…classmate hamba dah ketuk pintu…

Astaghfirullahalazim….

Then, terus kena attack headache…

Nasib tak lama..lepas rehat and mandi-mandi…

Kembali normal…

Jadi, hamba g kelas algebra pukul 12 a.m…

Kelas algebra,hamba dapat markah quiz…syukur Alhamdulillah…

Full mark…!!

Nama disebut Dr.Kor…agar kawan2 boleh mendapatkan jawapan…

Apa2 pun…test yang hamba takutkan…

InsyaAllah,hamba buat yang terbaik….

Kelas management berakhir pukul 3.45 p.m…

Lepas asar, hamba dan aina keluar g Tesco..

Beli hadiah utk befday kawan baik hamba, Nur Zawani Mustafa…

Dia ada masalah dan hamba akan bantu setakat mana mampu..

InsyaAllah…

Erm..kat tesco, kempunan sgt nak makan kek…

Hamba beli kek tiramitsu…

Nyum2…sedap…

Lama kempunan…baru dapat..

we'll see later..

Wassalamualaikum w.b.t

Monday, March 8, 2010

SeLaMaT hARi LaHir...


ARWAH MOHD HAFIZ BIN ZAKARIA
tiada hadiah yang bernilai untukmu selain doa...
semoga kau tenang di sana...

walau apa jua berlaku...
mak su ingat adik sampai bila-bila...

dulu, kita selalu samakan tarikh bufday kita kan...

8.3.1990
&
8.6.1990
sama kan??
huuu....
sayu la hati maksu hari ini...
teringat adik...
kalau adik masih hidup..

pasti kita bergelak tawa dalam fon..
adik kan dapat col free...
huk3...
mak su pula..

akan perli adik dengan kata adik dah tua...
macam dulu2...
tp skg...adik kena tunggu mak su kat sana...

bila-bila aja maksu akan ke sana...
ke Rahmatullah...

Ya Allah Ya Tuhan Yg Maha Mengetahui lg Maha Menyayangi... tempatkan adik hafizku bersama orang-orang yang soleh...
ampunkan dosa-dosanya...
lindungi dia dari seksaan kubur dan api neraka...
tenangkan dia di sana...

Amin....

Sunday, March 7, 2010

mAu BLa3...


Assalamualaikum w.b.t

ONLINE jugak??
huhu..ooo..degil yer hamba..abang kata jangan selalu...
tak pe laa...bukan selalu pun...
hari-hari ajer...
hehe,....

tengah cari info tentang forecasting laa...
tunggu email dari pihak LADA...
hamba dan kawan2 kena kaji statistik pelancongan di Langkawi...
tadi telefon pihak LADA , minta data sebab apa yang ktorang dapat tak lengkap dan tak cukup..
moga diorang dapat membantu...

so,sambil2 cari data,
sambil2 makan angin beronline...
mata agak mengantok mencari arah bantal dan momo...
namun,perlu berwaspada..
assignment masih tertunggak...
esok perlu dihantar...
jadi,InsyaAllah...hamba akan susun rangka kerja baik-baik...
sekarang, tengah usaha mendapatkan informasi tentang Langkawi serta data lengkap..
baru terasa susah dan bebannya kerja seperti ini...
kena telefon sana sini..
bercakap dengan pengarah, pegawai dan lain-lain...
nada suara pulak kena control...
aduhai..takut tergoda pula...
acah jer...
Nauzubillah..

sambil buat2 kerja nih...
hamba ada membuat plan masa depan untuk diri hamba...
firstly,
nak habiskan diploma Sains Kuantitatif lagi 2 semester...
kemudian,melangkah ke arena ijazah..
InsyaAllah dalam Degree in Pure Mathematics....
mungkin dalam masa 2 tahun setengah..
kalau ada rezeki,
hamba mempunyai impian menyambungkan pelajaran ke pringkat Master...
supaya hamba dapat mencapai cita-cita hamba sebagai...
Pensyarah Mathematics...
InsyaAllah...
seterusnya...mendapat kerja yang diidamkan serta membantu dan menjaga ayah mak...
semoga Allah akan merealisasikan impian ini...
manusia hanya mampu merancang,Allah yang menentukan..

so,hitung punya hitung...
lebih kurang 5 tahun lebih sume itu berlangsung...
tentang jodoh...
sudah diserahkan pada Allah SWT...
dengan siapa dan bila...sudah ditetapkan di Luh Mahfuz...
sekiranya sudah ditetapkan jodoh hamba awal...
hamba redha...

yang penting sekarang..
masa muda dinikmati sepuasnya...
ke arah positif la...
seperti menuntut ilmu...
melakukan aktiviti sihat dan diredhai Allah...
serta mengamalkan perkara yang baik di usia remaja dan muda...
"muda hanya sekali,manfaat sebaiknya..."

erm...pengalaman lampau pula.
dijadikan ingatan dan pedoman....
agar lebih baik lg di msa hadapan...
"let's pray that today is better than yesterday and tomorrow is better than yesterday"

sekian, Wassalamualaikum w.b.t



Saturday, March 6, 2010

aBaNg Oh aBaNg


Assalamualaikum w.b.t

hamba kembali dr kegelisahan yang hamba sangka berpanjangan...
kini, baru hamba tahu...
hamba di pantau..
abang hamba yang ke-2 sudah warning baik punya pada hamba...
apa yang di larang??
hamba tak boleh kerap online...
dan ada lagi warningnya....
hamba faham sifatnya sebagai seorang abang..
thanks abg cik...
hamba akan cuba buang "kerap online" ni...
mungkin akan jarang sekali hamba online ...
uitm punya wifi pun dah bole guna 24hour...
sebab ni agaknya, pelajar cepat leka...
hamba tak nak leka....

sekarang hamba sedar hamba dipantau...
semua utk kebaikan hamba....
tugas abang terhadap adik perempuannya....
dia ingin lihat hamba berjaya dan tidak buang masa....
InsyaAllah..hamba akan buktikan kejayaan hamba...

mungkin,
tanpa hamba sedari abang yg pertama dan ketiga juga sedang memantau hamba...
abg chaq dan abg teh...
abg chaq,dia suka melakukan sesuatu diam2 dan berhemat...
abg teh, dia sentiasa bertanyakan perihal study hamba....

semua ini membuat hamba takut..
dan pada masa yang sama membuat hamba lebih menyayangi mereka...
dan sedar sebagai anak perempuan tunggal..
serta adik kepada 3 orang abang yang sangat mesra...
hamba perlu membenarkan tugas mereka sebagai abg...
thanks abg-abg ku...

Harazi
Hanizam
Haswadi

mereka mempunyai cara berbeza mengambil berat tentang hamba...
they're all my lovely brother...


sekian , Wassalamualaikum w.b.t

Friday, March 5, 2010

TeNsiON!!!!!!!!!!!!

Jajarkan ke Tengah

mungkin ini akibatnya...

mungkin ini hakikatnya..

tidak....!
hamba tak boleh terima...

sudah hamba usahakan...
tapi hamba tak berjaya....
mungkin usaha hamba kecil sahaja...
mungkin juga amalan yang acap kali dilakukan...
hamba tak sanggup nak tengok resultnya nanti....
mungkin hamba B***H....
argh.....
i need my mum and dad....


tidak ada lagi kata-kata yang nak hamba gmbarkan....
betapa kusutnya jiwa hamba...
betapa runsingnya hati...

dan tertekannya perasaan....

Ya Allah...
apakah hikmah di sebalik semua ini...
adakah ini suatu musibah terhadap hamba di atas segala dosa hamba padaMu...

walaupun ini bukan yang sebenar...
tapi inilah permulaan untuk hamba melangkah lebih laju dan sepadu...
hamba boleh buat sebenarnya...
tapi kenapa kala itu, hamba buntu...
kenapa?!!!!!!!!!!!!!


tangis hamba sekarang bukan kerana kejayaan tp KEGAGALAN...

sedu hamba sekarang bukan kerana kesyukuran tp KEHAMPAAN...
senyuman tiada di bibir seperti selalu utk ketika ini...

hamba perlukan masa utk menerima semua ini...
hamba perlu muhasabah diri...
ALLAH tidak kejam...
ini suatu ujian...

tp hamba kalah dgn nafsu dan perasaan sendiri...
hamba perlu masa...

ya...
masa....


~~test statistics and probability,kecundang........!!!
~~amalan- last minute study....

Wassalamualaikum....w.b.t

Thursday, March 4, 2010

SeJeNaK tEriNgAt DiA



tengah-tengah malam yang sunyi sepi diterangi lampu meja study..
hamba teringat kat dia...
dia yang pernah mewarnai hari-hari hamba...
dia yang pernah menjadi teman tawa tangis hamba..
kini dia telah kembali ke Rahmatullah..
8 march ni bufday dia...
hanya doa yang dapat hamba jadikan hadiah buatnya..
ADIK HAFIZ...


moga dia tenang di sana....
kau sentiasa di ingatanku dik....

perkongsian satu mesej dari sahabat hamba yang hamba suka.....

"pada suatu masa...
kita pasti dirisik pertunangn sejak azali...
dihujung hidup berlangsug...
perkahwinan dengan maut..
hantaran sakit & nazak...
tetamu bertandang menghadiahkn tangis...
pengantin dimandikn.dipakaikn baju putih...
wangian gaharu cendana jadi pelamin....
pengntin bersanding sendirian,diarak keliling kampung...
berkompngkan azan&kalimh qudus....
aqad nikah dengan talkin.....
berwalikan liang lahad....
bersaksikan nisan2....
siraman mawar keluarga...
malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah&menuntut janji perkahwinan..
"KULLU NAFSIN ZA'IQATUL MAUT"................"


ingat mati...perbanyakkan amalan...bersedialah.. =(

Wassalamualaikum...w.b.t