Wednesday, June 29, 2011

DAURAH IPT 01 NEGERI KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, berpeluang mengikuti daurah lagi..
bertempat di Pusat Pendidikan Al Islah, Sungai Petani, ayu dan ju ambil keputusan utk join daurah ini kerana memikirkan sudah lama hati tidak diberi makanan yakni tarbiyah..
lagipun, memang kami selalu mengikuti pelbagai program yg dianjurkan Ikram utk pelajar dan masyarakat..
utk kali ini, Ikram Kedah menganjurkan pula daurah peringkat pertama yg disertai oleh pelajar-pelajar IPT, antaranya dr USIM, IPDA, UITM, UIA dan beberapa lagi..
selain itu, para akhwat dan ikhwan yg masih muda dan berkerjaya juga menyertai program ini,
di antaranya, doktor, guru dll...
rata-rata peserta adalah berumur 18-25tahun, kalau ayu tidak silap, InsyaAllah...
secara keseluruhannya, Alhamdulillah...
banyak manfaat yg diperoleh dalam daurah kali ini...
selain mendapat ilmu2 baru, dapat juga bertukar pendapat dgn sahabat2 akhwat baru yg dtg dr pelbagai bidang pelajaran dan kerjaya..
tambahan lagi, berjumpa dgn sahabat2 usrah yg sudah lama tidak berjumpa...
dan paling mengejutkan, 
ayu berjumpa kawan sekelas ayu semasa berada di Astech dulu, Nurul 'Ain Syafie...
ternyata diri kami sama-sama telah berubah dr segi penampilan yg menjurus kepada penjagaan aurat yg rapi..
namun, gaya dan cara percakapan tidak jauh berbeza, itu yg membolehkan ayu mengenali dirinya..
moga kita bertemu lagi, InsyaAllah...

isian pertama program adalah slot 1 iaitu Ceramah "Syahadatain" oleh ustaz Wan..
ustaz membawa para peserta menyelami lebih mendalam mengenai kalimah syahadah yang sering kali kita ucapkan terutama dalam setiap kali solat..
kemudian, selepas berhenti rehat utk minum pagi selama 25 minit, program diteruskan dgn slot 2 iaitu "10 Muasofat Tarbiah"...
slot ini dikendalikan oleh seorang ustaz dr Indonesia yg menetap di Yaman (InsyaAllah, kalau tidak silap)..
Alhamdulillah segala keterangan yg diberikan utk setiap Muasofat adalah terperinci dan difahami..
dalam pelbagai dialek yg dibahaskn oleh ustaz tersebut, ayu berminat pd 1 perkataan indonesia ini..
"BERWIRASWASTA"..
pd mulanya, agak kepeningan utk memikir maksud perkataan ini...
rupa2nya, maksudnya 'berdikari'...hehe

InsyaAllah, next entry, ayu nak kongsikan di sni ilmu yg ayu dpt dr daurah itu...

 Alhamdulillah, para akhwat dan ikhwan fokus kepada setiap ilmu yg disampaikan...sungguh bermanfaat..

Sesi taaruf akhwat dilakukan, bermula berkenalan melalui pembentukan kumpulan berdasarkan warna stokin, hinggalah pembentukan kumpulan berdsarkn tahun lahir..
kemudian, para peserta diberikan kertas utk melukis wajah sendiri dan dikumpulkn di tengah bulatan...
lukisan2 diagihkan secara rawak dan meminta para peserta mencari pemilik lukisan wajah di kertas seterusnya mendapatkan serba sedikit detail dirinya....
sesi taaruf diteruskn dgn memperkenalkan pemilik lukisan yg pserta miliki...

then, semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diberi tugasan utk melakonkan salah satu muasofat tarbiyah...
 antara group yang berlakon, group ini mendapat tugasan "mampu bekerja"..
ini group ayu..where am i, tu yg pakai tudung hitam, nasib baik tak jelas muka...kami mendapat tugasan "Ibadah yg sahih"..

program ini adalah bertarikh entry ini ditulis iaitu 29/6/2011 bermula pukul 9pagi - 5 petang...
moga kita bakal berjumpa lagi...InsyaAllah..

Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana dapat menghabiskan waktu kepada aktiviti dan program yg bermanfaat...sesungguhnya pada majlis ilmu itulah ketenangan di hati..
dan sesungguhnya hidup di dalam jemaah sgt digalakkan dan disukai Allah kerana disitu melalui perpaduan dan kumpulan yg dibentuk, Islam tidak akan berpecah dan diri sentiasa berada di bawah payung tarbiyah bersama-sama rakan-rakan daurah, usrah dan lain2...

sekian, Wassalamualaikum wbt...

Tuesday, June 28, 2011

CLEARANCE? DONE...! =)

Bismillahirrahmanirrahim..
syukur Alhamdulillah dapat lakukan 4 perkara dalam 1 hari...
apa itu...??
tak nak gitau, tp xpe la, inikan laman purple ayu...
1) clearance akademik
settle sudah proses itu setelah berlegar-legar di kawasan Uitm Kedah mengambil tandatgn pegawai2 yg diperlukan utk membereskan proses penamatan belajar di situ..
mengambil borang di HEA
*
*
*
start ambil autograf..
koordinator CS113 (koor takde, g Shah Alam)
*
*
ketua/pegawai library
*
*
pegawai kewangan
(sempat borak2 dgn bos lama, En.Wan...En.Am dan En Eman takda..En.Am dikatakan MC kot sebab gigi patah...hehe)
*
*
pegawai keselamatan
*
*
pegawai kokurikulum
*
*
bahagian kolej
*
*
kembali ke HEA utk potong kad matrik..(syahdu.kad matrik dipotong di depan mata.ala..potong sipi jer pun...huhu)


nasib En. yg bertugas tu ckp autograf koor takda takpe, nanti koor balik, dia uruskan..
Alhamdulillah settle...

2) jumpa sahabat kelas dan sahabat PM...
memandangkan 2 org jauh, Maiza dan B dari Kelantan balik kedah utk buat clearance, hamba pun sepakat nak settlekan sama2..2 org Penang pun sama2 turun padang , Farra dan Yana, my ex-roomate and housemate..
Habis settle jer clearance, kami semua spend time together, dimana??di Taman Jubli..hehe
with them, im smile..=)
dr kiri, Liyana, Farra Wahida, Atikah Shafeera Azia, dan Azmaiza...they'r amazing and fantastic friends, Alhamdulillah..
mempunyai sahabat seperti mereka bak mendapat peta ke tempat tujuan, i mean jalan yg benar...thanks u all..will be miss u all..
sahabat PM yg sempat ditemui, Mat, Lutfi, Atok, Bella, Remy, Ari, Juju, Hadi, Syam, Syed, Ummul...
tak dilupakn juga bertemu dengan Kak Aisyah, Puan Azila, Puan Liza..

3)dapat adakan kenduri..
kat UKK, hamba belikan 3 ikat rambutan sbg sedikit kenduri utk PM2 dan rakan2 yg selalu ke UKK..
hamba juga berkesempatan membuat kenduri kpd 4 sahabat tersyg hamba kat nasi ayam pakmud..bukan main marah lagi dorang, tp marah2 sayang..ayu suka...hehe.apa2 pun, itu ja yg ayu mampu utk kalian...

4)belikan mak durian...
sungguh mengidam mak ayu dengan durian, tambah2 durian kampung...
so, otw balik ke rumah, sempat singgah ke gerai buah..
sekilo RM4...
pilih la 3 biji, timbang-timbang...harganya RM11.00, ok la tu....
sampai jer rumah, penuh meja dgn rambutan, manggis and sebiji durian..rezeki, jiran sebelah bagi...=)

itu jer la preview utk hari ini bertarikh 28/6/2011...
Assalamualaikum..

Sunday, June 26, 2011

KITA TERUSKAN USAHA WAHAI AYAH

Bismillahirrahmanirrahim..
kini sudah menjadi rutin dalan kehidupanku,menjadi jururawat peribadi merangkap personal driver for ayah.
rasanya dengan kudrat ayah buat masa sekarang, agak sukar bgnya utk memandu dan melakukan kerja2 yg berat..
memang ayah masih boleh memandu kereta auto, tetapi jika sejam lebih berada di atas kereta, kaki dia mula terasa sengal dan lebih tak bermaya..
keadaan ayah ayu skrang, masih tiada perubahan ketara..
baru-baru, dia dimasukkan ke wad di Penang KPJ Specialist Hospital selama 4 hari. Sepanjang ayah di sana, hamba dan ibu berulang alik dari rumah ke Seberang Perai (70KM).
selain menghadiri appoinment di hospital, ayah juga melakukan perubatan urutan di daerah Yan. 

namun, baru-bar ini, ayu tak setuju apabila perubatan melibatkan bomoh dan paranormal yg bg ayu hanya merumitkan keadaan tp what can i say, mungkin keadaan ayah terdesak dan terasa diri dia terlalu lemah menggalakkan dia mengambil tindakan utk menjemput bomoh dtg rumah dan mengendalikan perubatan..
apa2 pun, ayu langsung dan 100% tidak yakin dengan hal mcm tu..kenapa perlukn paku, duri, kayu2, dan sebagainya , sdgkn hanya Allah yg berkuasa..
memang tidak dinafikan ada penggunaan ayat2 lazim Quran digunakan tp manakah tajwid dan sebutan yg betul??adakah hanya membaca utk mengaburi mata2 yg memandang.
adakah juga perlu kata-kata mentera yg bukan2 yg org lain sendiri tidak memahaminya..tak sangka perubatan sebegini masih digunapakai dan dpercaya oleh sesetengah org.
bila ditanya pd ayah, ayah menafikan bahawa dia mempercayai, dia hanya merungkaikn bahawa hal ini semua adalah usaha..
apa2 pun, pada mulanya, hamba ikuti apa aktiviti yg bomoh tersebut jalankan, tp bila dgr jampi serapah yg bukan2, hamba mula tarik muka (menyangkal) dan mengundur diri masuk ke bilik..
bukan hamba tak pernah memberi nasihat pd ayah mengenai hal kurafat ini, tp biasalah..mungkin sukar bg seorang bapa menerima nasihat seorang anaknya yg masih mentah dan belum berpengalaman hidup seperti dirinya..
moga Allah melindungi kami sekeluarga dr segala kemungkaran dunia..Aminn...

selain perubatan lain, ayah juga menjalankan perubatan mandi wap, semuanya sendirian berhad, hasil dr titik peluh mak mencari bahan-bahan seperti daun serai, daun kucai dan halia.direbuskan hingga molek seterusnya wap rebusan td digunakan utk menyelubungi ayah di dalam gulungan tikar..
teknik mandi wap terbaik ni, boleh dicuba...=) hehe

tak tahu nak kata apa, masih dalam usaha apa2 pun...
mungkin belum jumpa perubatan yg sesuai..
Wallahualam..

thats all..
Assalamualaikum..

Monday, June 6, 2011

AYAH, TABAH!

 6/6/2011..
pertama kali dalam hidup ayah ayu bermalam di wad di sebuah hospital swasta..
dan pertama kali dalam hidup ayu melihat ayah terlantar seperti itu...

pada pagi sebelum bertolak ke hospital,mungkin dia telah meramalkan akan ditahan di sana, dia telah meminta mak menyiapkan barang2 keperluan seperti baju2 untuk bermalam disana...

tiba disana, ayah yang tidak dapat berjalan dgn stabil diminta oleh nurse yang bertugas duduk dikerusi roda ke kaunter pendaftaran..
setelah mendaftarkan diri sebagai pesakit hospital berkenaan buat pertama kalinya, kami di bawa ke ruang pakar, Doktor Suresh. seorang doktor india berkulit cerah, petah berkata-kata menanyakan ayah perbagai soalan dan menerangkan keadaan ayah dengan lebih terperinci, ayu dan mak hanya diam melihat ayah dan doktor.
selepas dilihatnya xray ayah yg dilakukan di pusat perubatan lain, serta di periksa seluruh badan dan tempat berkenaan, doktor menyarankan ayah bermalam di wad semalam utk pemerhatian dan injection certain ubat bagi mengenal pasti sama ada ayah memerlukan operation atau tidak..
keluar dari bilik doktor pakar berkenaan, kami mendaftar utk memasukkan ayah ke dalam wad disertakan deposit RM1000..
bak kata mak 'duit tak masuk kubur', ayah pula 'tak kisah mahal mana, janji ayah nak sihat, nak jalan macam dulu seperti org normal'..
ayu pula..'ayah cakap jer, nak ayu buat apa, i will do it for u, ayah'..sebab ayu sayang ayah.

menunggu di kaunter pendaftaran wad seketika dan dibawanya kami oleh seorang nurse lelaki ke wad 02 yang meletakkan 5 patients dalam satu2 masa.
ayah mula duduk2 diatas katil di situ..ayu pulak, mengusik ayah..'ayah, ayu nak duduk sini jugak dgn ayah??'..ayah menjawab, 'jom2..kita dok dua'.
dalam setengah jam, seorang per seorang nurse datang memberi rawatan dan mengambil darah untuk ujian.ayah nampak tenang dan redha saja..bagusnya ayah.
pada pkoi 11.50 p.m.ayah disiapkan dgn pakaian hospital oleh ayu untuk ke operation theatre untuk disuntikkan ubat2 dan entah apa process lagi yg perlu dilalui.selama sejam lebih ayu dan mak menunggu di depan tempat berkenaan dan pelbagai jenis dan ragam manusia kami temui sbg contoh tangisan manusia mengahadapi kenyataan  org yang mereka sayang berada dalam kritikal..Ya Allah, jauhkanlah ayu dari semua hal seperti itu.ayu tak kuat..huhu...
penantian berakhir dengan ayah dibwa keluar dri bilik berkenaan dgn katil beroda dengan ayah dalam keadaan lali dan tidak bermaya..hati ayu berkata ' oh ayah, kalau lah ayah nak tahu,betapa syahdu hati dan lemahnya smangat ayu melihat ayah terbaring tidak bermaya'...tp ayu faham, ini hanya sementara, ayah akan sihat ,InsyaAllah...
ayah kemudian dibawa ke wad 02 dengan harapan ayah akan berehat dengan sempurna.dalam keadaan lemah, ayah berkata 'ayah asa lemah, kaki tgn tak boleh nak angkat ni'...ayu pula menegaskan 'biasa la ayah, baru masuk ubat, nak bg ayah berehat la tu.ayah rehat k, ceq nak balik dengan mak ambil barang ayah yang ayah nak, satg ceq mai'..ayah memerhati dan berkata 'xpayah la mai, penat ja nak drive sana sini'..dgn senyuman, i touch his hand, 'xpa la ayah, dok umah  pun tak senang hati, balik dulu naa...Assalamualaikum'..lepas bersalam, ayu dan mak bertolak balik...

so, now i'm home.....
baru balik dan tersentap utk mencoret kat ruangan purple ini...
get well soon my ayah...
ayu doakan ayah cepat sembuh..
dan TABAH !!!


Wednesday, June 1, 2011

MINGGU DESTINI SISWA

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT
syukur Alhamdulillah dapat juga hamba membuat entry terbaru..
memang dah banyak rakan-rakan yang mengupdate blog dgn hal yang sama dgn hamba, but tak salah kan kalau hamba nak mnyerikan lagi blog hamba dengan entry terbaru ni...
Alhamdulillah, dah tamat diploma dengan jayanya, syukur pada Allah yang sentiasa memberi kenikmatan rezekiNya pada hamba2Nya...usai mendapat result akhir semester, tiada kata-kata yang dapat hamba gambarkan  melainkan bersyukur pdMu, Ya Allah...
tidaklah hamba meminta lebih dan kurang dari ini..cukupla setakat keputusan yang kurasai ini yang telah Kau redhai...
anyway, MDS dah lama melabuhkan tirai, tapi bahang dan eratnya tali persahabatan antara PM dan siswa siswi masih terasa.
pada mula MDS, rasa azab sangat dan berharap dapat segera dipercepatkan MDS kali ini.dengan kesihatan yang menganggu hamba, hamba rasa down dan sangat kecewa sebab, kalau diikotkan hamba boleh perform dan menjalankan tanggugjwab dengan lebih baik dr itu..namun, Allah lebih mngetahui segalanya, mungkin terselit hikmat disebalik situasi ini.hamba redha...
berlainan dr MDS sebelum ini, kali ini, lebih ramai PM baru dan berkaliber dalam menjalankan setiap tugasan.dalam kiraan, 25% PM berpengalaman dan 75% PM baru..tp sedikit pun tidak kelihatan perbezaan antara rata-rata kami...
apa lagi yang lain MDS kali ini?? 
hamba berkemampuan mengenali hampir kesemua PM, syukur Alhamdulillah...mereka sangat baik dan periang.selalunya, bukan mudah nak mengenali seramai lebih 80 org PM dalam jangka waktu yang singkat.tp tiada yang mustahil dalam MDS...
lagi??
hamba ditugaskan memegang biro kerohanian, lain dr MDS sebelum ini...pada pertama kali, hamba memegang biro makanan, mmg best sebab dapat makan awal and kerja bahagian makanan jer...pada kali kedua, hamba memegang biro kebajikan...first aid penting..kemana sahaja ku pergi, akan ku bawa bersama, kata beberapa org PM , hamba sesuai jd biro kebajikan sebab hamba prihatin..yaka??urm.....xnk fikir...
and utk kali ni, biro kerohanian..Alhamdulillah, mendapat ahli biro yang sangat cekap menjalankan tugas, sudah cukup menenangkan diri, tmbah2 dalam keadaan tidak sihat minggu itu, dengan suara yang 'matang' or bak kata PM lelaki, suara ayu 'akil baligh'...ada2 saja...so, terima kasih bebanyak kepada Hafiz, Musyi, Husna, Nisa', Udin, Own and Faiz....kalian terbaik.
apa yang lain lg...???let me think...
gotcha...thanks to ayie and juju sebab bagi kebenaran utk hamba guna kamera DSLR nikon anda berdua.thanks jugak ajarkan serba sedikit kegunaan dan extra2 info about the cam..very interesting and sangat amat teruja dapat menjadi jurukamera sementara.memang sedikit terselit impian hamba utk menjadi seorang jurufoto muslimah..and scope yang hamba pilih tentang environment dan alam semula jadi ciptaan Allah..InsyaAllah, suatu hari nant, i will have my own DSLR.
kelainan lagi...???
hamba dapat komen dari siswa/siswi, not sure..dalam komen dia ada ala2 bunyi gini,dia ckap dia "minat sorang PM ni....oh 'Ayu'"....something impossible but never mind, tak jumpa dah kan...hairan jugak, hamba tak menonjol sangat di atas pentas mahupun di khalayak siswa siswi, tapi ada yang mengenali..mungkin, hamba handle zakat...
ada lagi ke kelainan MDS kali ini....???
banyak lagi rasanya kelainan tp dah buntu nak fikir...its ok, yang penting moga PM yang akan dtg akan jadi yang lebih baik dalam segala urusan MDS.i wish u all the best and thanks a lot for everything....
my collection...

sekian Wassalamualaikum WBT