Monday, February 28, 2011

SYUKRAN MA..

Assalamualaikum WBT...

lama hamba tak memperbaharui laman ungu ini serta menziarah rakan-rakan blog yang lain..
melihat blog sahabat (ukhti Aswani dan ukhti Hazirah ) yang kerap kali mengudate, terasa sedih pula melihat blog ungu sepi ini...jadi, sedikit kegembiraan perlu dikongsi bersama..
kali ini entry hamba diwarnai rasa gembira dan terharu..
kenapa..??

buku ini dah lama hamba idam-idamkan..
bagai orang mengantuk disorongkan bantal, mak hamba telah menghadiahkan hamba buku ini..
"aku terima nikahnya"...
dari tajuk nampak macam sesuatu ke arah kekeluargaan dan perkahwinan..
namun di dalamnya terkandung pelbagai ilmu dan maklumat manfaat..
ia hasil daripada gabungan 3 buku:-
  • aku terima nikahnya
  • bercinta sampai ke syurga
  • murabbi cinta
penulisnya, Hasrizal Abdul Jamil.
selain membawa kita ke arah sumber hidayah Allah,
ternyata ia adalah suatu agen untuk mengemudi rumah tangga yang bakal kita bina..
walaupun lambat lagi hal tu..
tp jodoh Allah, mana kita tahu..
hamba juga mngesyorkan kepada semua remaja dan pembaca2 sekalian memiliki buku manfaat ini...
for my mum,
terima kasih tak terhingga kerana membelikan ayu buku ini..
rasa terharu bercampur gembira sangat..
thanks ma...

end of my entry...
sayangi ibu bapa anda...
Wassalamualaikum WBT..

Wednesday, February 9, 2011

MENYELERAKAN

Assalamualaikum WBT
pernah dengar nama buah ini...'Timun Betik' ??
hamba dulu, tidak mengenali langsung sehinggalah mak hamba mengajar hamba menyediakan cendol buah timun betik...
kalau makan begitu sahaja, kurang manis dan gebu..tapi wangi..
jadi, apabila dibuat cendol, rasanya lebih sedap dan sesuai dijadikan hidangan manisan..
rumah hamba ada tanaman ini dan baru-baru ini telah mengeluarkan hasilnya.
jom, hamba nak buat cendol buah..
gambar di atas adalah gambar buah timun betik..bila sudah masak, kulitnya sangat mudah dikupas macam kulit pisang..bila dibelah dua, seperti ala-ala betik..
selepas dikupas kulit dan dibelah buah tersebut, potong dadu pula..
kemudian, masukkan santan dan manisan secukup rasa..hamba guna manisan nipah.boleh juga dimasukkan manisan lebah, manisan tebu..
akhirnya, sudah siap dihidang..

selamat mencuba..
ringkas..
Wassalamualaikum wbt..

Tuesday, February 1, 2011

PESONA

Assalamualaikum wbt..
petang-petang berlalu di kampung dihabiskan dengan aktiviti persendirian hamba..
-basuh kereta dan motor
-bakar daun-daun kering yang berguguran
-siram pokok-pokok bunga
-gemburkan tanah tanaman hiasan
jadi, hari ini, hamba menyemai pokok Mas Cotek diperoleh di rumah saudara di Baling, Kedah sewaktu membawa ayah berubat kakinya yang tidak sihat.
selepas aktiviti semaian itu, hamba meng'klik2' kamera usang hamba utk mengumpul koleksi2 tanaman hiasan yg ada hasil usaha bonda dan hamba..
jom terjah..
lebih dikenali sebagai 'ati-ati'...di halaman rumah ada 5jenis tanaman ini..warnanya menarik dan indah dan mempersonakan..
pada mulanya, hamba dan bonda tidak pasti apa nama bunga ini.jadi search at google..nama indonesianya, 'kaktus pakis giwang' atau nama saintifiknya 'euphorbia'...banyak jenis yang ada..kira2 7 jenis semuanya..ada spesis kecil dan besar...
tanaman keladi juga mewarnai halaman rumah, walaupun tidak boleh dibuat masakan tapi ia adalah sebuah keindahan buat pandangan..6 jenis keladi yang dikumpulkan buat masa sekarang..
my favourite flower..rose..wangiannya adalah suatu aroma terapi utk minda..sekali bau, terus menerus memuji keindahan bentuk, warna dan baunya...Subhanallah..masih mencari jenis2 rose yang lain.
???? masih mencari nama bunga ini..sangat unik dan menarik sekali dgn kesucian putih bersih si bunga yg kembang mekar mewarnai halaman bersama tanaman hiasan yang lain..

percayakah anda, dengan mendekatkan diri bersama flora dan fauna, ia turut mendekatkan diri pada Sang Pencipta, Allah SWT..??
setiap kejadian dan hasil ciptaNya adalah sempurna dan unik sekali..MasyaAllah..indah..

sekian di sini, Wassalamualaikum wbt..