Monday, April 25, 2011

FINISH DIPLOMA

 3 tahun berlalu...
6 semester dilalui..
6 peperiksaan ditempuh...
pejam celik, dah habis titian diploma direntas...
moga aras ini menjadi titik permulaan utk perjuangan akan datang...

moga kejayaan mengiringi gerak langkah dalam perjuangan fi sabilillah ini...
moga Allah teguhkan iman di hati...

berkobar-kobar hati untuk meneruskan perjuangan ke aras seterusnya...
bakal menyusul, Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik)...
InsyaAllah...

mari berbicara seketika..

sahabat-sahabat, kenalan-kenalan Diploma Sains Kuantitatif..
bukan tak pernah kita bersalah faham..
bukanlah jua kita sentiasa amanah dalam bersahabat..
namun, sedikit ketidakamanah itu berlaku tanpa disengajakan..
dalam kita harungi 3 tahun bersama,
sudah cukup mengenalkan kita pada diri masing-masing..
kita sudah cukup erat dalam membahasakan diri kita dan semua sebagai sahabat..
perjalanan tiga tahun bukanlah suatu perjalanan yang singkat,
tapi ia penuh kenangan dan keabadian suka duka...
ampun maaf dipinta menyusul doa moga semuanya berjaya dlm mencapai impian dan dalam kehidupan..

soal berpasangan??
kepada sang pemilik hati, Ya Allah..
andai dia jodoh dariMu,
dekatkan hatiku dengan hatinya,
jika dia benar-benar jodohku...
jauhkan kemungkaran antara dia dan aku sebelum jalinan suci, halal, dan barakah terjalin..
si penanti...
sesungguhnya, masih banyak ujian dan ranjau kehidupan untuk ditempuhi..
masih bercabang haluan-haluan sendiri..
1001 liku-liku dan onak duri bakal dijalani...
berikan masa utk hati masing-masing mengenali dengan lebih mendalam..
berikan masa utk diri masing-masing mencari kejayaan duniawi dan ukhrawi...
tetapkan kepercyaan pada takdir Allah,
andai Allah letakkan jodoh kita di kemudian hari..
tiada apa bakal menghalang..
moga berjaya dalam hidupmu...

selayang buah fikiran dan arusan warna hati, 
ayu

Tuesday, April 19, 2011

Wednesday, April 13, 2011

FINAL EXAM

Assalamualaikum WBT
20/4/2011,
hamba start exam..
preparation?
masih dalam proses...
jadi..
dikesempatan ini,
hamba memohon maaf andai terdapat perkara yang menyakiti sahabat-sahabat blogger di sini...
dan memohon maaf untuk segalanya...
kepada kawan-kawan yang akan mengambil final exam..
i wish u all the best...
kepada rakan-rakan seperjuangan,
this is our last semester...
do the best..

sekian, Wassalamualaikum wbt...

Monday, April 4, 2011

SINAR SENJA

Assalamualaikum wbt...
mulanya, tiada ilham untuk menulis entry baru untuk laman ungu ini..
namun, kenapa entah, ketika ke cafe beberapa hari lalu , hamba terpandang indahnya cahaya senja yang mewarnai langit kebiruan, tercetus pula ilham untuk mencoret di laman ini.
sedang duduk menanti angka giliran untuk mendapatkan makanan, sempat hamba meminjam handfon berkamera sahabat untuk meng'shot' suatu panorama alam..
ini dia...
 alangkah indahnya panorama alam ini,
kelihatan awan pelbagai bentuk menghiasi langit luas, 
saling sambung menyambung antara awan lain menyaksikan kepulan putih bersalut warna-warna senja..
sungguh Allah jadikan permandangan ini memikat hati hamba-hambaNya di bumi...
sungguh Allah Maha Kaya akan segala perkara di dataran kehidupan ini..
sungguh besar anugerah dan rahmat Allah..
dengan hanya sedikit rahmat,
sudah cukup memberi syafaat pada makhluknya..
masih adakah manusia yang tidak bersyukur akan segala rahmat Allah ??
Damai...
itulah sebutir ayat memukau di jiwa tatkala sinar senja didepan mata..
sinar itu tidak menyakitkan tapi mendamaikan dan mententeramkan..
terselit juga pertanyaan di sanubari..
adakah masih berpeluang aku menyaksikan nikmat dan rahmat Allah seperti ini untuk esok?
Wallahualam...
yang pasti, syukur berpanjangan dipanjatkan kepada Ilahi atas anugerah dan segala rahmatNya..
mana mungkin manusia dapat mencipta seagung-agung ciptaanNya..
mana mungkin manusia dapat melakar seindah-indah lukisanNya..
kerana itu adalah kuasaNya..
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar...
Wassalamualaikum wbt..