Monday, August 29, 2011

SUKA DUKA MENJELANG RAYA 2011

Assalamualaikum wbt
entry kali ni adalah entry sesi luahan perasaan ayu..
bukan bersifat nak menunjuk dan meminta simpati yer..
at least, ada jugak tempat ayu luahkan melalui hasil penulisan entry kat sini...
so, kpd sesiapa yg rasa ayu ter'lebih drama kat sini..
mohon maaf..
bukan apa, rambut sama hitam, hati lain-lain..
takut juga jikalau apa yg ayu buat, ada yg tidak puas hati dan tidak bersetuju..
mohon maaf sekali lagi yer..ayu banyak sgt kekurangan..

berbalik kepada tajuk entry kali ini...
setiap makhluk Allah yang miliki akal di muka bumi pasti berdepan dengan pelbagai episod suka dan duka tersendiri kan...
namun, ia bergantung kepada diri manusia itu sendiri utk menangani dan meneliti apa yang ditempuh sama ada suka atau pun duka...

kalau suka yg kita tempuh, 
ada yang seronok tak terhingga hingga melupakan Pencipta yakni Allah SWT yg menganugerahkan keseronokan itu pada mereka...
ada juga yang sentiasa mementingkan diri dgn keseronokan yang tidak abadi itu...
walau apa pun,
Alhamdulillah, masih ramai yang tidak putus-putus mengucapkan syukur pd Allah tatkala dilimpahkan rahmat dan kegembiraan..
ada yang berkongsi kisah suka mereka bersama org lain...
dan seelok-eloknya, itu yg patut kita lakukan apabila mendapat rahmat, rezeki dan kegembiraan dr Allah SWT...

Saturday, August 27, 2011

ZAMAN KAD RAYA

Assalamualaikum WBT
teringat zaman-zaman dulu...
masa era IT belum tersebar luas macam sekarang...
kalau diingatkan, dulu memang rasa nikmat raya tu lebih dr sekarang...
mungkin sebab faktor umur yang  masih muda dulu..
dapat main bunga api, jalan-jalan waktu malam tengok cahaya pelita rumah jiran-jiran..
join main mercun...hehe
yang peliknya, dulu-dulu jarang dgr orang cedera main mercun...
mungkin mercun dulu tak sehebat mercun sekarang kot..
Wallahualam...
utk adik-adik, jangan main mercun yer...! ^_^

faktor lain lak, yang nak dihighlightkan dalam entry kali ni adalah....
mungkin sebab dulu-dulu dapat kad raya banyak...
dahulu, 2 minggu before raya, dah siap beli kad raya dan setem utk dipos kepada kenalan-kenalan...
ayu pulak, jenis suka beli yang 5 keping RM2.50
paling mahal pun, beli kat best2 friends la..
macam-macam bentuk, warna dan keunikannya...
ada yang kad special khas utk ibunda, ayahanda, kekanda, kekasih, kakak, abang, sahabat, teman...& byk lagi...
ayat-ayat yang ditulis dalam kad memang cukup puitis , dramatis, toptis lah...
kalau baca pun, leh meleleh air mata...(kadang-kadang jer)
seronok betul hantar kad raya dulu-dulu....

ha...paling seronok, bila dapat kad raya !!!
inilah beberapa contoh kad raya yang pernah ayu terima dahulu...
memang suka kumpul sampai ada yg berhabuk...
tidak kurang juga yang kad muzik yang sudah tidak berfungsi muziknya..
bateri dah habis mungkin...
paling terharu apabila sahabat-sahabat yang berada berjauhan menghantar kad raya melalui pos...
terasa diri dihargai...
dorang setiap tahun tak pernah miss sampai la zaman internet,dah stop by pos and hantar e-kad raya pakai email, fb dan sebagainya pula...
"zaman kad raya tidak akan jadi sejarah"
 walau apa pun, ayu percaya masih ramai yang terus menjalankan budaya hantar kad raya ini..
ayu juga kalau ikutkan, tahun lepas masih menghantar kad raya...
namun, tahun ini tidak dapat membelinya atas sebab-sebab tertentu..
InsyaAllah, tahun depan, kalau umur panjang..budaya menghantar kad raya akan diaktifkan..=)

sekian, Wassalam

Friday, August 26, 2011

SAYA BLOGGER GADIS MELAYU

Assalamualaikum..
hari ini ayu join usaha seorang blogger yang nama pun sama dengan ayu iaitu Cik Ayu dalam usaha mengumpulkan para-para blogger gadis melayu...
so, the first thing, this is the banner...
dari blog Cik Ayu 
next step, ayu nak tag Cik As , Cik Moshi , Cik Tya serta Cik Lyna
jom pakat-pakat join dan menambah kenalan gadis melayu...

salam Ramadhan dan salam Lebaran..
Wassalam..

Thursday, August 25, 2011

SEKALI LALU

Assalamualaikum wbt
lagi beberapa hari lagi akan menjelangnya aidilfitri...
lama jugak ayu tak update laman ungu ni..
bukan sebab tiada idea...
ada idea then kerja tunda jer utk update..
so, ini lah jadilah..dicombinekan sekali dalam 1 entry..

1.
21hb baru-baru ini, ayu ke merbok..
melawat para-para kenalan disana selain berbuka puasa dan bersahur bersama...
paling terasa kemeriahan nak sambut lebaran adalah bila masuk ke UKK..
unit kaunseling...
sebab...
 cantikkan hiasan yang dibuat, terasa semangat raya bila tengok side ni...
siap ada balang kuih raya lagi, nasib puasa bila berkunjung di sana...
kalau tak, selamat la kuih tu ke perut..
anyway, gambar yang diupload di ambil ketika waktu malam selepas berbuka puasa bersama rakan-rakan PM..
 sebelum berbuka puasa, sempat posing dikamera..tak nampak macam letih puasa pon..hehe...
mereka-mereka yang sangat ceria..
tak lokek dgn sumber perbualan dan ketawa...
memang tak kering gusi with them..
semasa kesana, ayu dengan feedi sahaja kerana memandangkan yg lain-lain sibuk dgn urusan sendiri..
jadi, before kami sambung belajar ke tempat lain, spend time sehari dua bersama kenalan-kenalan merbok..
kak sini, nak ucapkan a lot of thanks....
thanks feedi@fifi mengajak ayu ke sana and ajak ke cinta sayang...sgt amat memahami merealisika impian ku.....^_^
thanks tatina@farina, menumpangkan ayu bermalam di rumah sewa selama 1 malam, sgt nikmat tidur disana...tak puas nak borak-borak dengan tatina, tatak wan dan syu....
thanks to siti hawaliah @ Alya, yang menunggu ayu di village mall serta memberi kerepek raya dan pin-pin bunga comel...pernah berhasrat utk memiliki pin macam tu, tp ada yg memahami dan memberi pada ayu..tq al..
thanks to najwa, sharing a story...moga ini baik, InsyaAllah...
thanks to nana, din, miji, madz, remy, saiful, azly, ehsan, ayed, syam, juju and sapa lagi yer...urm..

2.persiapan raya?? 
langsir bilik ayu dah dipasang....

3.mood: sedih~
ayah berada di Hospital Pulau Pinang..
moga ayah cepat sembuh, dan boleh berjalan kembali seperti dulu,..
serta kita akan menyambut syawal bersama dirumah..
sedikit dugaan Allah sbg tanda kasih sygNya pada kita, wahai ayah..TABAH...
ayu sentiasa di sisi ayah...

sekian, Wassalam..

Sunday, August 21, 2011

DAPAT DOODLE MOMO...

Assalamualaikum...
this doodle came from the owner of db_momo blog
thanks adi...
doodle ini dilukis berdasarkan patung sotong chumel iaitu MOMO..
nak tahu rupa sebenar momo, jom ke blog SINI
anyway, blog tu juga adalah hasil perkongsian bersama dengan saudara Adi..
ziarah-ziarah la selalu...
ni, gambar ayu dicreate oleh adi..
^_^
Wassalam..

MY TRIPLE 3 FOLLOWER AWARD

Assalamualaikum...
aduhai, ,menunggu follower yang ke-333, dah tiba rupanya...
award 333th follower ni dihadiahkan utk...
dengan kepakaran mengedit yang minimum..
hanya award buruk ni jer dpt dicreate utk follower terpilih...
moga berkenan d hati...
jom kita ziarah laman cik Ernie Ann Amira...>>SINI
serba sedikit tentang cik Ernie dr ayu...
gadis Terengganu ini lahir pada 1989..
she's simple but nice..
and i love to follow up her blog...
cantik blog dia, warna dia tenang jer....=)
hope Cik Esnie dpt mengambil awardnya d sni..
my original creation...

sekian, Wassalam

Saturday, August 20, 2011

DOODLE RAYA

Assalamualaikum WBT...
DOODLE???
sebenarnya ayu tak tahu menahu sal doodle ni...
tapi sambil blogwalking, banyak pulak laman-laman yang ada doodle comel2 ni...

ok, sebagai follower INCIK APIT, ayu telah mendapat doodle raya,dengan hasil pilihan sendiri...
thanks Apit..
really appreciate it..
nak mengenali incik apit yang rajin ni, pakat-pakat la ziarah laman dia di SINI...

nanti nak cuba create doodle sendiri lah..
hehe
salam Ramadhan...
Wassalam..

JAGALAH HATI SAHABAT

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, datang jugak ilham untuk mengupdate laman ungu ni...
berikutan dengan tajuk entry...
baru-baru ni, ada something yang berlaku...
kepada siapa??
kepada somebody...hehe..
terpaksa dirahsiakan sebagai kebaikan bersama dan entry ini hanyalah utk kita mengambil pengajaran dari apa yg berlaku...

mempunyai sahabat yang ramai adalah 1 anugerah Allah yg tidak bernilai...
setiap kepercayaan, perhargaan, kesefahaman dalam bersahabat amatlah berharga dan tidak dapat dibeli dimana-mana pasaraya atau gudang beli belah...
kedai runcit pun takda yer..

namun, tanpa kita sedar , sepanjang bersahabat, kita akan membuat hati sahabat kita terluka...
jadi, sekiranya...kita melihat riak wajah sahabat berubah serta merta selepas perlakuan dan percakapan kita...
cepat-cepat la mohon maaf...
kerana, dengan memohon maaf, kita dapat menyelamatkan hati yg terluka di samping menyelamatkan kepercayaan sahabat kepada kita...
justeru,menjadi kewajipan kita utk menjaga hati sahabat..

okay, utk entry kali ni, ayu nak menjurus kepada apa yang baru shj terjadi...
ayu juga telah buat post wall kat FB ayu...
terima kasih bebanyak yang meng'like status ini...
kerana tak sanggup memendam apa yang terbuku di hati..
so, ayu releasekan di wall FB..
Moga ini baik, InsyaAllah...
sayangi sahabat kita...
Wassalam...

Friday, August 19, 2011

MY 300TH FOLLOWER AWARD

Assalamualaikum WBT...

tiada idea utk mengupdate laman purple actually..
tetapi melihat follower yg ke-300,
mengundang jari jemari utk create this award to her...
im not a creative person..
so, hanya boleh create sesimple ini sahaja..
for my 300th follower...
miss beauty coklat...
from Perak..
very young girl in age of 15 years old..
my dear, coklat....
please take your award that originally from my creation...
and hope we'll keep in touch...

anyway, blog miss coklat ni sangat nice with the pink color...
jom, follow laman pinky coklat..

sekian, Wassalam..

Sunday, August 14, 2011

DREAM COME TRUE

Assalamualaikum WBT....


12 September 2011 , ayu dah start kelas..
anyway..
ayu belum update entry about my further study lagi kan...


Alhamdulillah...
setelah berakhir diploma di UiTM Kedah dalm jurusan Diploma Sains Kuantitatif,
1 Julai 2011 memberi 1001 makna buat hidup dan perjalanan ayu apabila mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains (Matematik) di UiTM Shah Alam.


rasa bagai mimpi menjadi kenyataan kerana...
dulu masa berada di alam akhir sekolah menengah, ayu mencari-cari jurusan2 yang ayu minat untuk further study...
minat ayu memang ke arah Matematik..
jadi pernah aim utk ke UTM , dahulunya KUITTHO...
sebab kat sana ada Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik...
tapi hanya berangan jer...


so, sekian lama berangan..
ayu dapat diploma sains kuantitatif dan mendapati ayu berada di landasan minat ayu...
Alhamdulillah...
seterusnya, hingga ke semester ke3 , barulah ayu tahu...
i can make my dream become reality..
ayu boleh further study dalam bidang yg ayu impikan..


and now, 
Alhamdulillah, its come true..


walau apa pun, setiap apa yg kita jalani dan tempuh,
pasti di warnai dengan dugaan dr Allah...
tidak semua perkara mudah jika tidak dibajai dengan semangat yang kuat dan berserah pd Allah selepas usaha...
InsyaAllah, moga ini baik..
Allah pasti bantu jika kita berusaha sedaya mungkin...


UiTM Shah Alam, ayu datang...thanks incik google kasi save gambar..=) hehe
sekian, Wassalam...

Friday, August 12, 2011

JUADAH RAMADHAN KE-12

Assalamualaikum WBT
Ramadhan yang ke-12...
Alhamdulillah, masih bertenaga walaupun menjelang petang..
mungkin masa dihabiskan dengan membantu mak menjahit baju raya pelanggannya...
setakat jahit bawah baju dan tangan berserta leher boleh lah..
overall, hasil jahitan mak...

petang menjelang, ayu dan mak ke bazar...
nak tahu juadah yang menambat hati ayu utk berbuka?
nasi kerabu pantai timur...
INI...
 tambahan: sambal telur dan daging goreng menjadi extra lauk...=)
kuih AKOK...tetiba teringin nak makan kuih ini...
selalu dijumpai di kelantan jer..
kali ni, di Yan pun ada, 5 biji RM2...

itu jer la yang ayu nak kongsikan di sini..
syukur Alhamdulillah dapat berbuka dengan juadah yang enak sedangkan masih ada di luar sana yang hanya menikmati makanan biasa...moga Allah merahmati dan memberi rezeki dan hikmah pada mereka...

sekian, Wassalam..

Wednesday, August 10, 2011

PANORAMA

Assalamualaikum...
petang 9/8/2011, berjalan ayu seorang diri di sawah depan rumah sambil membimbit lensa kesayangan..
mencari ketenangan jiwa dan permandangan...
bestnya, kena hembusan angin yang sejuk membelai...
sambil-sambil sesi tembak menembak dilakukan,
hati terpana pada panorama alam sekeliling...
besarnya rahmat Allah..
jom, enjoy sikit hasil tembakan ayu....
 suasana petang yang mendamaikan...
gambar ini dishoot ketika mendapati sinar sang suria menembusi dan menyinari pokok-pokok padi..

sekian,nikmatilah dan hargailah alam sekitar..
Wassalam..

Sunday, August 7, 2011

TERUSAN DI ALOR SETAR

Assalamualaikum...
akibat kebosanan menunggu ayah menjalani terapi selama 1 jam di Alor Setar,
ayu membimbit kamera usangku ke merata...
nasib berdekatan dengan 1 terusan di tempat terapi...
jom menembak...!!
 sukanya menjamu mata ditempat indah yang penuh alam semula jadi..warna alam,air, awan, pokok2...Subhanallah..
 floor shoot testing...hehe..

Alhamdulillah masih terpelihara alam sekitar di sini..
dengan air yang tidak tercemar dan keadaan yang tenang...
best shoot sini....

sekian, enjoy yer..
Wassalam..

Friday, August 5, 2011

HADIAH DARI ATOK

Assalamualaikum...
pada sehari sebelum 1 Ramadhan baru-baru ini,
ayu sekeluarga dan saudara2 menziarah atok di kampung halaman di Kota Kuala Muda..
kunjungan kami kesana juga adalah untuk menyediakan keperluan atok dibulan Ramadhan..
sambil duduk, menikmati air teh buatan mak njang,
atok menghulurkan bungkusan berbalut surat khabar pada ayu...
"ini, hadiah tok bagi kat adik"
adik tu, ayu lah...anak bongsu..
 inilah bungkusan yang dihulurkan..walaupun balutan surat khabar, bagi ayu sangat bernilai..
jom kita tengok apa didalamnya..
kain batik, waaahh..terima kasih kepada atok yang mengingati ayu..

kenapa atok bagi hadiah??
atok kata, sempena ayu mendapat tawaran menyambung pelajaran ke shah alam...
atok tumpang gembira,katanya...

ayu tidak minta hadiah atau sebarang bentuk perhargaan melainkan doa kalian...

apa-apa pun, sayang atok sangat-sangat..

Wassalam..

Thursday, August 4, 2011

JENTERA KUNING

Assalamualaikum wbt...
amboi cik ayu, semenjak ada kesayangan..rajin pulak mengupdate blog yer...?
ops, apa boleh buat hari-hari wajib cari bahan nak dishoot...
ok, for today, we'll talking about jelapang padi lagi...
memandangkan padi sudah menguning dan masak..
ditambahkan lagi dengan hujan ribut kecil yang baru-baru ini terjadi hingga meranapkan pokok-pokok padi...
jadi, 2 petak padi milik keluarga sudah molek dituai oleh mesin padi upahan ayah...
tak reti ayu nak cerita panjang, jom enjoy gambar-gambar yang dishoot sekitar pukul 6 tadi...
itu dia, JENTERA KUNING, mesin padi yang dikendalikan oleh manusia,hehe...
 selepas penuh tangki mesin padi dengan padi2 yang dituai, disalurkan pula semua padi ke dalam lori utk dibawa ke kilang seterusnya diproses menjadi beras...
 ingat tak, entry sebelum ni, ayu cakap ayu suka shoot side ni kan..so, kali ni shoot lagi bersama jentera kuning itu...
 Alhamdulillah, cuaca tenang memudahkan pekerjaan menuai padi disaksikan sang Gunung Jerai
jam menunjukkan hampir pukul 7, mendung mula berlabuh, si jentera kuning mulai bergerak utk beradu dan pemandunya perlu bersiap sedia berbuka puasa dan menunaikan solat...

Alhamdulillah, sudah selesai aktiviti menuai di sawah padi milik keluarga...
moga perkongsian ini menghiburkan..
sekian , Wassalam...

Wednesday, August 3, 2011

HUJAN DI 3 RAMADHAN

Assalamualaikum...
HUJAN,salah satu rahmat Allah turun ke bumi di daerah ayu...
Allah merasakan perit warga petani menguruskan sawah-sawah mereka yang mulai menguning.
Justeru, diturunkan kenikmatan dan kesejukan yang nyaman kepada warga petani yang sedang bekerja saat ini disamping memberi keselesaan pada hamba Allah yang lain...
Maha Suci Allah yang tidak putus-putus mencurahkan rahmat pada hambaNya.

dalam hujan renyai-renyai turun, sempat jugak ayu shoot gambar sawah, namun Gunung Jerai dah hilang dek awan-awan dan kabus yang menutupinya.
keadaan dan view suram yang dapat kita saksikan...

that's all yang nak d'share at here..
Wassalam..

Monday, August 1, 2011

PADI DAH MASAK !

Assalamualaikum..
salam 1 Ramadhan..
petang 1 Ramadhan , ayu habiskan masa meng'shot di sekeliling halaman rumah...
bulan Ramadhan tahun ini pasti para pesawah akan sibuk..
kenapa?
kerana hasil tuaian mereka dah masak..
yeah !!!padi dah masak...
jom nikmati panoramanya...
 antara side yang menjadi kegemaran ayu dalam shot gambar....
 ini pula, side bertentangannya...penuh dengan kekuningan, bukan 'bersih' itu yer...
 ini la gambar padi secara dekat...
 rajin pulak nak meng'shot laluan air ke sawah..
 Gunung Jerai gah di sana....
pokok2 kelapa yang ditanam ayah sekian lama ditepi sawah milik keluarga...

apa-apa pun,
musim padi kali ini, ayah ayu tak dapat menjalankan pekerjaan dia..
kesian ayah..
mungkin Allah nak ayah rehat..
namun, bersyukur ke hadrat Ilahi, walaupun ayah dalam keadaan tidak sihat,
sawah yang dikerjakan elok dan tidak terancam dek ulat2..

sekian...
moga para pesawah dapat menjalankan pekerjaan menuai mereka dengan sempurna di bulan barakah ini..
Wassalam..