Wednesday, September 14, 2011

ITS START

Assalamualaikum wbt
kelas dah bermula...
dan bermulalah kesibukan ayu sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) Matematik,
UiTM Shah Alam...
jadi, not sure dapat selalu update kat laman ni ke tak...
namun, 
InsyaAllah, ada masa terluang pasti ayu ke sini..
update entry terbaru or sekurang-kurangnya,buat blogwalking sekali sekala...
dan..
doa ayu pada sume rakan blogger..
moga Allah merahmati kalian dan dipermudahkan dalam apa jua aktiviti kita semua...
ayu doakan kejayaan kita bersama di dunia dan akhirat..
Amin...

sekian, Wassalam...

Tuesday, September 13, 2011

TANGISAN MEREKA

Assalamualaikum wbt

Isnin, bermula la jejak ke fakulti sebagai seorang pelajar baru bersama rakan-rakan yang lain...
sesi pendaftaran dan penyerahan t-shirt fakulti yang menguning berlangsung di dewan al-ghazali...
kemudian selesaikan apa yang tidak lengkap dalam fail peribadi pelajar such salinan result muet yang disahkan...
kemudian settle penyerahan form medical check up yang lengkap...
after that, going back to hostel after lunch..
2.30 p.m, move to dewan al-ghazali utk mendengar sedikit taklimat dari bahagian akademik...
kemudian, sesi snap jadual kelas..
Alhamdulillah..jadual tak padat sangat...
padat suam-suam kuku jer..
hehe

in this entry, the most thing that i love to highlight about my mak and ayah..
rindu sgt...
i called my mak today..
mak nangis sebab dia kata 'terlalu rindu'...
mak tak boleh masuk ke bilik ayu sebab setiap kali masuk, dia akan nangis..
same goes to my ayah...
pernah ayah call ayu..
dengar suara ayah macam sebak semacam ja...
tadi time mak nangis, ayu nak terkeluar gak sebutir dua air mata tapi sengaja ditahan sebab berada kat tempat awam...
mau diorang tengok ayu nangis, kang jd free show lak kan...
so, simpan sebak diam2..
ayu cakap kat mak...'mak jgn la nangis, ceq kat sini tak dak apa aih, nnt ceq balik la...'
loghat kedah taw..hehe
anyway, time cakap dengan mak syahdu sangat...
rasa nak balik g peluk mak ayah erat-erat jer..
baru tau rasa belajar jauh-jauh ni..kalau tak, terperap kat kedah jer...
ayu call mak pun sebab nak gitau macamana pembelanjaan ayu kat sini..
dan setiap bayaran yang perlu dijelaskan di sini supaya ayah dan mak tahu setiap kegunaan wang yang mereka peruntukkan utk ayu guna di sni sebelum mendapat biayaan dr PTPTN atau JPA...
walaupun, ayah ada memesan, 'kalau tak cukup duit, habaq mai..', tapi jauh di sudut hati ayu nak berbuat sedemikian...
bagi ayu, cukup la dengan duit yang diberi ayah..
ayu tahu, ayah nak guna utk perubatan beliau juga...
jadi, ayu akan cuba berjimat sebaik mungkin...

urm...
InsyaAllah, moga 2 tahun dilalui dgn penuh manfaat selain sentiasa mengingati dan berbakti kepada ayah dan mak...
sayang mak dan ayah sangat-sangat !!!

sekian, Wassalam..

Sunday, September 11, 2011

JALAN-JALAN CARI FAKULTI

Assalamualaikum wbt

hari ini, hari yang ke-3 ayu berada di Shah Alam...
kalau diikutkan, ayu akan keluar dgn kakak pupu ke pekan dan makan2 tp
raya kan sebulan, masih ada undangan open house yang perlu dia penuhi..
so, she's saying sorry...but never mind, tak rasa apa pun...
ayu pun tak nak susahkan siapa2..^_^

hari ini, banyak spend time dengan roomate, Hafsah..
dan kak fatin iaitu naqibah semasa di UiTM Kedah...
kak fatin tidur di bilik ayu...lama tak jumpa, jadi hari ini dpt la spend time bersama...
kebetulan kak fatin mengenali hafsah sebagai rakan Ikram di sini..
anyway, Alhamdulillah..
ayu dipermudahkan Allah utk menyertai usrah di sini dengan pertolongan kak hafsah dan kak fatin...

pada petangnya, dalam pukul 6 ptg...
ayu bersama hanim, liyana, syikin dan b pergi cari jalan ke fakulti..
Alhamdulillah, jalan yang kami lalui mungkin jalan yg terdekat dengan kolej kediaman...
 selepas menaiki tangga yang curam...dengan mengah2nya, jumpa la fakulti kami...
selepas melalui bawah bangunan, kami pulang ke kolej menerusi jalan yang jauh...
 sempat snap...bukan bangunan belakang tau, yang belakang tu, bangunan fakulti pergigian...fakulti ayu dan fakulti pergigian bersebelahan sahaja..
nun atas di sana...fakulti sains sukan dan rekreasi...

bangunan paling besar bg ayu kat sini...fakulti kejuruteraan...

itu la serba sedikit yang disnap sepanjang perjalanan menjelajah di sekitar UiTM...
esok, bakal mendaftar di fakulti...
kemudian , mungkin akan diberikan jadual dan plan of study...
InsyaAllah, bersemangat nak berjuang kerana Allah ni...

jumpa lagi...
sekian, Wassalam..

Saturday, September 10, 2011

I'M HERE

 Assalamualaikum....
Alhamdulillah 9hb, ayu sudah selamat mendaftar di UiTM Shah Alam dan ditempatkan di kolej kediaman Mawar...
memandangkan ayu dah berada di tempat yang agak baru bg ayu, 
ayu ada snap beberapa gambar menerusi Nokia C2 ayu..
ayu xbawa DSLR kerana faktor keselamatan..
InsyaAllah, nant ayu bawa utk shoot at here..
enjoy with the pic..

my room..pada mulanya, menanti siapakah bakal menjadi roomate ayu...
petang kemudian, kelihatan siswi dtg..
Wan Hafsah, thats my roomate...
dia menjalani program profesional law kat sini...
overall, she's nice person n beautiful...
comel..^_^

pada hari kedua di sini, ayu follow hafsah dan rakan-rakan dia pergi beli barang...
kitaorang pergi ke PKNS pada mulanya...
kemudian, move to SACC mall yang berdekatan dgn PKNS...
seberang sana tu, PKNS..kata Jue, kat situ jubah cantik-cantik dan berpatutan...
InsyaAllah, i'll be there again utk survey jubah-jubah cntik..

 sampai di seksyen 2, kami semua ke kedai stationery dan beli makanan...
seksyen 2....banyak bas akan bergerak ke UiTM...tambangnya, RM1

benda baru bagi ayu, sistem touch and go utk menaiki bas...
so, ayu dah miliki 1 kad TnG utk digunakan di sini...

i have called my mum and tell her my activity at here today...
she's telling me that my dad was at home..
Alhamdulillah...
mak ayu tak keseorangan..
ayah pula akan berada di rumah sehingga 20 sept..
dan akan kembali ke Hospital Penang lepas itu..

the class will start in couple of day from now...
moga ini baik, InsyaAllah..
all the best ayu and all my friends...

sekian , Wassalam..

Wednesday, September 7, 2011

READY?

Assalamualaikum...

9hb Sept InsyaAllah, ayu akan mendaftar kolej di UiTM Shah Alam...
12hb starting my class at there and terus masuk tahun 2...
seriously, ayu berat hati nak tinggalkan mak dan ayah...
tambah-tambah dalam keadaan ayah di hospital..
mak pula, bakal ditinggalkan keseorangan di rumah...
sudah berulang kali ayu minta izin dari ayah utk menunda pengajian ayu sehinggalah ayah sembuh...
namun, hampa...
ayah tidak membenarkan ayu berbuat sedemikian...
katanya, ayu adalah harapannya...
hanya Allah yang tahu, betapa ayu enggan meninggalkan ayah dan mak...
bagi ayu, menjaga mereka adalah suatu peluang keemasan...
ia sangat bernilai dan berharga setiap detik bersama mereka..
walau apa pun, setiap arahan dan nasihat mereka perlu dipatuhi...
now, i'm preparing all thing to go there...
and i will leave my mum alone at home...
and my father at hospital Penang...
bak kata mak, "adik tak dak, mak patah kaki la..."
mean, xda siapa akan bawa mak g mana-mana and especially beli brg dapur...
ayah pula, mesti akan tengok gambar paspot ayu dalam dompet dia...
syahduu...


Ya Allah,
permudahkan segala pekerjaanku dan pekerjaan ibu bapaku...
sembuhkan ayahku dari penyakitnya serta jauhkan ayah dan ibuku dari sebarang bencana yang tidak diingini...
rahmatilah setiap amalan mereka dan ampunilah dosa-dosa mereka..
berkatilah perjalanan fisabilillah ku...
redhakanku pada setiap jalan yang ku lalui..
tabahkan hatiku, ayahku dan ibuku...
Amin, Ya Rabbala'lamin...


sekian, Wassalam....

Sunday, September 4, 2011

LENSA AIDILFITRI 2011

Assalamualaikum wbt...
raya telah berlalu beberapa hari yang lalu..
dan kita masih di dalam mood bulan syawal mulia...
sepanjang hari-hari syawal yang lalu..
kamere ayu tak henti-henti menjalankan sesi tembakan..
dan akhirnya, terhasil la foto-foto khas raya aidilfitri..
ayu xnak tulis lebar-lebar...jom view..

cuba meneroka DSLR Canon milik rakan shooter...nice


gambar family utk raya 2011, abang ke-2 tidak beraya di kedah utk tahun ini..

antara sahabat yang mengunjungi kediaman ayu...sempat posing tepi sawah..