Sunday, December 23, 2012

STUDY WEEK

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah 3 hectic week dah berlalu..
even, ada lagi asgment, projek, report and fyp yang perlu dibuat...dah mencukupi utk rehat sedikit buat masa sekarang since kelas utk semester ini telah berakhir, Alhamdulillah...
bakal melingkari minggu mengulangkaji sbelum menghadapi peperiksaan yang bakal bertandang pada 3 Jan 2013....
sambil rehat, sambil o9, sambil lah mengoogle gambar view yang menarik sbg sumber ketenangan...
yela, kalau kat umah, ada mak dan ayah...
tu a sumber utama ketenangan...
bila berjauhan....tak puas menatap gambar mereka saja...
so, selepas mengoogle, i wish i can be there...di mana?? di tempat di mana view2 ini beradaa...
superb+nice...






tak da ungkapan lain melainkan..

"SUBHANALLAH"
"ALHAMDULILLAH"
"ALLAHUKBAR"

till then,
wish me luck for my coming examination...In shaa Allah, all is well
sekian, Wassalamualaikum wbt

Thursday, November 29, 2012

RAPAT SAFF | 23/11/2012-25/11/2012

Assalamualaikum wbt...
lama menyepi bukan beerti hilang...
tapi kesibukan yang membuat diri tidak berpeluang update laman Purple on Book ni...
jadi, tak sempat nak taip ayat panjang2,
biarlah foto-foto merungkai semua aktiviti ayu...
and for all xtvt, im the photographer...^_^



"terompah telur" CatWalk... 


game... 

 rumah crew....chalet kami..belakang ada air terjun..best !! Alhamdulillah..

nyanyian semangat... "sahabat selamanya"

" jungle tracking "


"mud spa"

bergambar sedetik dua before berangkat pulang ke Shah Alam...

sekian, Wassalamualaikum wbt

Sunday, November 4, 2012

AISKRIM MALAYSIA @MAWAR |19OKT2012

Assalamualaikum wbt
actually event ni dah lama berlangsung..
cuma ayu beum berkesempatan utk update kt sini..
jadi, dah ada peluang..ayu update mengenai my job in that event...
kawan ayu yang minta bantuan ayu utk menjadi jurugambar pada event ini memandangkan dia menjadi ketua program dan mengendalikan program Aiskrim malaysia ini.
ini tag yang ayu pakai..berikutan tema pada program ini adalah pink..
ayu pun mengenakan jubah maroon dan tudung 2tone pink..
gambar ayu? tak perlu la kot...

Aiskrim malaysia diinspirasikan rakan kawan ayu namun kerana hal2 berkaitan, kawan ayu yang mengambil alih mengendalikan program ini...
ada maksud tersirat mengenai nama program ini...
ia memberi gambaran warna warni dan rasa suka suki berada di program tersebut yang menghidangkan pelbagai persembahan terbaik utk warga kolej dan uitm..
jom, terjah gambar2..

majlis dimulakan bacaan doa dan bacaan ayat suci al-Quran..mantop dan mendayu...Alhamdulillah..

kawan ayu ,Alifah selaku ketua program berucap dan menerangkan secara terperinci objektif program yg dikendalikannya...

seterusnya persembahan antara kumpulan nasyid uitm....
alunan nasyid yang dibwa mereka sgt merdu dan best utk didgr dan dihayati

seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan kumpulan Qasidah adik2 dr pusat pengajian Islam berdekatan tapi ayu pun tak tau dr mana dorang...
yang ayu tau, qasidah yang disampaikan mereka, Subhanallah...terpana...

persembahan yang tidak kurang hebatnya...dr Adam Eh.
beliau mempersembahkan silap mata...
masa ni, dia memanggil 2org penonton utk mengikatnya dengan tali dan sedaya upaya dia membuka ikatan tanpa mana2 bantuan dengan masa kurang dr 4 saat..

bagi pengetahuan semua,Adam Eh merupakan saudara baru dan terkenal dgn penulisan buku di atas.
nak tahu lebih lanjut mengenai beliau, google dgn taip namanya...^_^

sebelum majlis penutup..kumpulan Qasidah kembali mewarnai pentas dgn zikir munajat dan alunan selawat...

ini yang ayu dpt sebaik shj habis program..
makan pun dapat..
Alhamdulillah, rezeki...

sekian dahulu,
Wassalamualaikum wbt

Thursday, November 1, 2012

YUNA KER...?

Assalamualaikum wbt..
belum terlambat kot ayu nak ucapkan Salam AidilAdha..
ayu masih dikampung dan mengalami kelembapan line tenet...
jadi, rasanya, kalau terupdate tu, maka Alhamdulillah la, rezeki line ok dan baik..

sambungan entry sebelum ni...
jumpa artis di rumah Qila..
ayu pun lupa nama dia...
tapi ayu dan rakan-rakan panggil Detektif Lim memandangkan dia antara pelakon yang mewarnai filem gerak khas dan drama aksi bersiri gerak khas rtm.

 semasa duduk berdekatan dgnnya....sori zul, gambarmu, terpaksa ayu blackwhite-kan..hehe
semasa ayu g shoot gambar rakan-rakan lain...
dia ada tanya kawan ayu, ayu ni nak jadi yuna ke, suka tangkap gambar...
so, kawan-kawan pon ngaku ja..
cuma beza, yuna pakai canon..ayu nikon...
tak sangka, bicaranya mengenai ayu...
*perasan daaaa....hehe

before balik, sempat kami bergambar dengan dia...
lepas bergambar, dia tegur ayu..
'nak jadi Yuna ke..?'
ayu just terkejut dgn pertanyaan face to face dia and geleng-geleng sj..
speechless...*&#;%*@^%$ hihi
dia ada di rumah Qila, rupa2nya kerana dia menjalankan perniagaan catering...

so, here i come...ayunaa...hehe
biar bergaya ja lebih padahal hampeh...hehehe..
habis show, senyum kat kamera lak...
*perasan lg..
aduhai, sesaja ja ni..
jangan tertipu...
gitar yang ayu pegang tu, xreti dek ayu nak petik2...

so, just for fun to hold and smile with it.hehe

sekian dahulu...
banyak sangat nak update actually, tp byk kekangan..
InsyaAllah, i'll update sedaya mungkin..

Wassalamualaikum wbt

Sunday, October 14, 2012

WEDDING CEREMONY | QILA'S BRO

Assalamualaikum wbt
13/10/2012, teman seperjuangan ayu, Izreen Aqila ada menjemput ayu dan rakan-rakan sekelas ke majlis perkahwinan abgnya di Kg Padang Balang, Sentul, KL.
jadi, planning utk konvoi beramai-ramai dikemudikan oleh cik Adibah dan Azizi..
jadi, 3 biji kereta menyusul di jalan menuju ke rumah Izreen Aqila..
biarlah foto-foto menceritakan ya...hihi
sebelum bertolak menaiki kenderaan, sempat merakamkan kenangan bersama beberapa org sahabat....
ayu mengenakan busana jubah+tudung hijau pada hari berkenaan...

dah sampai, menuju ke rumah Qila dengan membawa perut yg lapar....waa...hehe

muka-muka yang Alhamdulillah dah kenyang..lauk pauk yang sedap dan enak...

tak melepaskan peluang merakam kenangan dengan pengantin...

sebelum pulang, ada pula juadah petang...bihun sup yummy..sedap tp xmmpu dah bg ayu...
so, just rasa sesuap dua di mangkuk siti...

ini haa...tuan rumah a.k.a kawan ayu....baby face person..hehe...
gaya ktorang ala-ala gitu, entah la camna leh buat cmtu..hehe

yeaa...dah makan, dah tangkap gambar, dah dapat goodies beg berisi...
sampai masa nak pulang ke Shah Alam...

buat pertama kali ayu drive semasa balik..
agak terganggu sbb ayu silau+rabun malam...
jadi, bawa sampai tahap yang termampu ja..
then, tukar driver..

ayu jumpa artis la kat kenduri umah Qila..
siap ayu ditegur lagi..
nnt ayu cerita..
sekian dahulu, Wassalamualaikum wbt

Friday, October 12, 2012

BAYAR JANGAN TAK BAYAR

Assalamualaikum wbt
tik-tok, tik-tok..meniti waktu...
baru-baru ni gi mencari barang-barang penting bersama bonda....
bonda dan ayahanda dtg ke Shah Alam utk berusaha mendapatkan rawatan di suatu tempat rawatan Islam...
sementara tunggu waktu yg ditetapkan...
ayu bawa bonda mencari barang...
barang apakah....??
nanti-nanti akan ayu bicarakan...InsyaAllah..

selesai mendapat yang dicari dan dikehendaki..
ditambahkan pula barang utk ayu yang bonda idamkan....
tiba masa untuk buat bayaran..
and....
hohoho....first time membuat bayaran semurah ini....
murah !!!? mahalnya tp bonda said, normal la....
" benda se*a** se***r hi*** "
senyum and just kuarkan kad je la...
first time i paid by debit card...

aish...xpa-xpa...
mum said was right..
InsyaAllah...

sekian, Wassalamualaikum wbt

Thursday, October 4, 2012

SEMESTER LIMA-KU

Assalamualaikum wbt
dari dok berangan-rangan, lebih baik ambik buku yang baru dibeli and terokai...
dok teliti senyap-senyap, mai satu ilham nak boh entry baru kat blog..
bawak keluaq kamera, teruih cari hat mana patot, shoot-shoot...
wah, ayu dengan ayat kedah kaw2...
sesaja nak kongsi apa-apa yang terasa nak dikongsi...
tak jadi masalah rasanya...
hehe...

anyway, semester lima ayu lalui sekarang....means, final year ayu lah kat shah alam ni..
Subhanallah cepat masa berlalu...
jadi, utk semester ni, jom tengok apa yang ada...hehe
 ni antara buku-buku yang dah dapat...harganya masing-masing RM50 above...
ada subjek yang tak guna buku dan mengharapkan pembelajaran dalam kelas saja...
of course la, pelajar-pelajar kena ada buku-buku nota or kertas2 yang dijadikan bahan menulis...
buku nota kecik dan 3 batang pen yang menjadi kegemaran ayu...buku nota tu, segala bagai ayu tulis...
terhutang duit kawan2, harga buku utk dibeli, homework, assignment, tarikh2 penting, list barang2 yang nak or nak beli n so on lah...
buku nota hijau kecil, pen2 serta semua alat menulis beserta kalkulator ayu masukkan dalam ini...
nasib baik besar dan muat...and for En.Adi, ayu masih guna case ni as my favourite case.purple lak tu..
dah lama sangat dan bertahun2 dah ia bersama ayu dan sgt tahan serta xpernah mengecewakan ayu such rosak ke, zip xleh pakai ke, terkoyak ke...never2...
thanks very much en..Adi...
all those thing i used in my class n when im studying...
my rainbow note, 3 multicolor pen and calculator...

walaupun semester 5 banyak subjek yang perlu diambil, tapi ayu yakin, ada hikmah disebalik semua ni dan utk kejayaan ayu dan rakan-rakan...

sekian, Wassalamualaikum wbt

psst:  kosong...kosong...akusipemberontakyangmengongtibatiba!!

Wednesday, October 3, 2012

YEAY, DAPAT..

Assalamualaikum wbt
memang sekarang jarang sekali dapat update blog...
selalu view tapi nak update tu makan masa lak..
nak karang mengarang lagi...hehe
budak math kan, mana la pandai sgt nak karang ayat2 superb2 ni...hihi
gpun, kelas terlalu padat...
and cuba mendisiplinkan diri dalam banyak perkara...
^_^
jadi terabai seketika laman ni tp still akan terupdate when im free...
InsyaAllah..

Anyway, followed the topic..
apa yg ayu dapat..?
ala, sesaje nak update blog tanpa hala tuju and share apa yg ayu ada n peroleh...hehe
so, ayu dapat beli berus gigi n botol yang ayu suka....
dok tangguh menangguh, akhirnya terbeli jugak...
 susah sikit nak cari berus gigi ayu memandangkan ayu memakai braces..jadi perlukan berus yang soft dan sesuai...and rezeki, dapat pulak SYSTEMA warna purple..
memang classlah...tinggal 1 ja lagi warna ni kat kedai tu...
my purple tooth brush...background cantik x..?comforter katil ayu kat kolej tu...itu pun nak promote,ayu nih...hehe
aha !!! Tupperware water container...harga RM15...walaupun mahal tp berkualiti dan tahan lama..
ada kala, kita kena fikirkan kualiti berbanding harga...
daripada beli barang yang murah dgn kualiti yg rendah..
better beli barang yang harga berpatutan dan kualiti yang baik...
kenapa hijau pulak warnanya...?sebab warna purple habis...
so, bukanlah addicted sgt kepada purple...im multicolor lovely person...
asal cantik dimata, i'll choose that...
simple rite..

ok, just to review that..
sekian dahulu, Wassalamualaikum wbt

Monday, September 24, 2012

FORUM & IDOLA AYU

Assalamualaikum wbt
pada 21/9/2012 baru-baru ni..ayu berpeluang menghadiri satu forum yang dikendalikan oleh Unisel dan kerajaan negeri Selangor di Wisma Mais, Seksyen 3...
forum yang diberi nama 'Cinta Kampus' telah mendapat sambutan yang hangat oleh para remaja dan warga institusi yang berdekatan...
tidak ketinggalan ada juga yang dari jauh bertandang ke forum tersebut kerana penceramah yang dijemput adalah bukan calang-calang penceramah..
mereka adalah yang terhebat dikalangan yg hebat...

ni adalah flyers nya...lihat penceramah dan vip yang dijemput...dan salah seorang dari mereka adalah idola ayu. Alhamdulillah ayu diberikan peluang dr Allah utk bertemu live dgn beliau iaitu Ustazah/Kak Fatimah Syarha, penulis novel dan karya islamik, Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasulullah, Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri, Syabab Musafir Kasih & Cinta High Class...
bagai nak menjerit riang dapat mengikuti forum tersebut..
malah dikelilingi remaja dan anak muda yang semuanya menutup aurat dan islamik semuanya membuat ayu selesa disana dan terus mengikuti forum hingga tamat..
ini banner yang sebagai penyeri pentas...beza nya, banner ini direka lebih panjang utk memenuhi dan sesuai sbg background pentas..
ayu tak dapat shoot apa-apa di sana kerana ayu tidak menyangka dapat kedudukan dihadapan stage..
justeru, ayu tidak membawa kamera ayu..
terasa rugi pula..
tp ayu puas hati overall...Alhamdulillah..

antara flyers dan sedikit cenderahati yang ayu dapat selepas ayu dan rakan-rakan mendaftar di kaunter yg disediakan...
antara intipati yang diolah dalam forum tersebut adalah...
"cinta sebagai fitrah manusia"
"cara utk menguruskan cinta dlm diri menurut Islam"
"adab dan proses bertunang(khitbah)"
"keistimewaan bercinta selepas bernikah"
"cara mengatasi keretakan rumah tangga"
MasyaAllah, Subhanallah, semua yang dibincangkan adalah sangat menepati dgn kehendak remaja muslim masa kini...

dan selepas para penceramah selesai mewarnai forum...
 ayu mendapat peluang bergambar dgn idola ayu...
semasa nak salam tangan beliau, terasa ketar seluruh badan..
ayu sangat mengkagumi beliau..
karya-karya beliau banyak membantu ayu dalam menjalani kehidupan ayu..
semenjak mengemari karya beliau, ayu banyak memuhasabah diri..
terasa sangat kerdil ayu bila bersama beliau...
Subhanallah cukup indah lg semasa dapat bersalam, berpelukan dan bermesra dgnnya walau seketika...
terima kasih Ustazah Fatimah Syarha..
kalau dapat ayu bertemu Rasulullah SAW yang lebih dikagumi...
MasyaAllah...
boleh jadi pengsan ayu kerana sdgkan dgn novelis islamik pun dah ketar diri..huhu

sekian dulu,
Wassalamualaikum wbt

Sunday, September 23, 2012

RIADAH + HARGAI ALAM

Assalamualaikum wbt
weekend yang agak membosankan dan taktahu apa nak buat...
ramai yang pulang ke rumah sebab rumah dekat..
jelesnya...
tapi ayu kat merbok dulu pon macam tu jugak..
jumaat sabtu, sah ada kat rumah...
so, adil lah kan bila berada kat tempat orang camni...

sabtu petang Ayu, Siti, Dibah dan Aisyah menuju ke Tasik Shah Alam...
saja nak ambil angin petang serta mencari aktiviti yang sesuai...
setibanya di sana, ramai yang sedang beriadah...
serta ramai jugak yang berdating...
tak ketinggalan, ramai family2 yang berkunjung....
Dibah dah mula berjoging...Ayu, Siti & Aisyah ambil keputusan utk berkayak...
tp ramai pulak yg queue...
so, kami jalan-jalan di sekitar tasik sambil berborak dan berkongsi cerita...
tak lepas dek tangan ayu untuk shoot apa yg menarik...
tenang bila bersama alam..seronok tengok kehijauan dan warna-warna yang natural....

Siti & Aisyah terpana dan terpesona memandang arah tasik...

tak melepaskan peluang utk bergambar bersama Siti yang baik dan comel...

mereka rakan sekolah di Kelantan...sama-sama menyambung pengajian di Institusi yang sama...Ukhwah Fillah..
anyway, mereka teringin nak naik itik kat belakang tu..entah la nama apa..hehe

so, just melihat org naik ja lah..nak naik tp terlalu ramai org yang beratur menunggu giliran..
maybe, kami perlu dtg waktu hari biasa...

apa-apa pun, seronok dapat luangkan masa bersama...
Alhamdulillah..
sekian dulu,
Wassalamualaikum wbt