Wednesday, July 18, 2012

NASI KERABU DI HARI RABU

Assalamualaikum...
hari ini ayu nak kongsi resepi mak untuk buat rencah nasi kerabu..
bukan nasi kerabu versi kelantan ye, tapi ni nasi kerabu versi kedah...
sambil-sambil masak, mak sediakan rencah utk nasi kerabu yang diidamkan ayah...

ni antara bahan-bahan utk rencah utama...
paling best kalau dapat dilumatkan dengan giling batu...
rasa lebih sedap ! ^_^

 gambar bawah ni, antara daun-daun ulam yang digunakan..antaranya, pucuk gajus, pucuk samak, pegaga, pucuk mengkudu, pucuk cemumaq,pucuk kaduk, ulam raja, pucuk sekentut, pucuk daun kerapole (pucuk daun kari), pucuk beluntas, pucuk peria pantai,dan pucuk daun kunyit...banyak kan jenis daun, semua tu mempunyai khasiat tersendiri...

daun dikumpulkan dann dihiris halus2....

dah tersedia, bawang yang telah dihiris, ikan talang masin yang telah ditumbuk, daun2 yang dirincik halus, rencah yang digiling tadi...
lepas ni, hanya perlu sediakan nasi yang sederhana panas dan gaul rata semua ramuan diatas bersama nasi tadi...
pasangan utk menjamah nasi kerabu ini, adalah asam pedas keladi...
sedap...tmbah2 dimakan sebagai juadah berbuka puasa utk bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi..
selamat mencuba kepada yang berminat utk mencuba...
juadah istimewa lagi berkhasiat..

usai masak, ada sahabat ayah yang dtg hantar pucuk jeli ni
kata nya elok utk ubat kencing manis...
kena rebus dan makan sebagai ulam...
sekian,
Wassalamualaikum wbt

Tuesday, July 17, 2012

SI DAHLIA

Assalamualaikum
pagi selasa yang indah...
tidur yang nyenyak membuat diri rasa segar dan bersemangat melakukan kerja harian di rumah...
selepas habis kerja-kerja rumah...
keluar mengadap riang ria bunga-bunga yang tersenyum...
kali ini, lebih ceria dengan kehadiran si dahlia yang pertama kali berbunga di halaman rumah..
walaupun, pokok yang renek tapi sangat segar di pandangan mata..
Alhamdulillah....
jom, kita serikan pandangan...
perfect tanpa celaan atau kerosakan di mana-mana kelopaknya....Subhanallah...


masih menunggu mekarnya kuntuman dahlia yang lain...

ada diantara insan yang ku kasih, tidak sihat...
tidak ada yang lebih mujarab tanpa bantuan Allah..
doaku, moga beliau cepat sihat dan meniti hidup dengan baik dari segi fizikal, emosi dan iman...

sekian, Wassalamualaikum..

Sunday, July 15, 2012

PERMATA HATI

Assalamualaikum
Alhamdulillah, ayu dah berada di kampung meniti hari-hari percutian semester selepas final exam yang berlalu...
exam macamana?? erm...ayu dah usaha, jadi skrg doa dan tawakal moga keputusan yang terbaik Allah anugerahkan nanti.

berikutan cuti yang panjang,
ayu ada plan utk menjalankan intersesi utk subjek costing di Uitm Kedah tapi plan Allah lebih baik,
ayu tak dapat melakukan intersesi kerana kursus tersebut tidak disediakan di kampus Kedah.
jadi, ayu akan menghabiskan masa dirumah bersama mak ayh di bulan Ramadhan dan awal Syawal..
InsyaAllah, ayu juga akan cuba mencari kerja separuh masa yang boleh menyokong diri ayu dari segi kewangan..

untuk entry kali ini,
nak memperkenalkan permata hati yakni anak2 buah ayu yg baru lahir...
iaitu anak abang ke'3 ayu,
Harris Amsyar b. Haswadi..

 dan anak sepupu ayu, 
Farha Amni bt. Fairun...
nama tersebut ayu yang cadangkan...dan nama masih belum ditetapkan lagi..
tapi harap nama yang ayu gabung dan pilih ini, jd pilihan nanti utk baby comel dibawah..

sejuk hati bila melihat, menyentuh dan mengucup pipi mereka...
kain putih bersih yang bakal dicorak kelak..
moga anak-anak ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah yg berjaya didunia dan akhirat...

for both baby, im your 'maksu ayu' @ 'cuyu'...

sekian dahulu,
Wassalamulaikum wbt...

Sunday, July 8, 2012

STUDY HARD !

Assalamualaikum...
cepat-cepat...masa itu emas !!!
cuba update 1 entry secpat mungkin...

demi 3 paper final exam yang berturut-turut itu...
banyak masa dihabiskan di library Shah Alam.
walaupun sedikit jauh, tapi ia berbaloi..
memilih ruangan di bawah library yang berkonsepkan santai dan mewah membuat ayu dan rakan-rakan selesa study di sana...
dari pagi hingga ke petang, masa dihabiskan study di sana utk cover 3 paper...
malam pula, study di bilik bersama rakan kelas...
waktu tidur tak menentu..
8p.m-10p.m & 3a.m-6a.m...
berkorban dan usaha sehabis dan sekuat yang boleh...
mak dan ayah pun risau takut kesihatan ayu terganggu..
biasa la ayu, kalau time exam ja, mesti sampai demam-demam...
tapi Alhamdulillah utk kali ini, Allah permudahkan urusan dgn  memberi tahap kesihatan yang baik...
terima kasih Ya Allah..

hari ini, 8julai, hari terakhir utk menghabiskan masa di library shah alam yang superb tu..
sebab 9,10,11 julai, perjuangan sbg pelajar akan diuji..
InsyaAllah, moga ini baik...

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian...
sekian, Wassalamualaikum..

pst: terima kasih en.tunang kerana di saat ini, sangat memahami akan kesibukan diri dan memberi sokongan padu terhadap ayu...

Friday, July 6, 2012

BERTURUT-TURUT

Assalamualaikum wbt
apa yg berturut-turut...??
actually, ayu punya tarikh final exam , 9,10,11 julai...
3hari berturut-turut...
1 paper dah berlalu pada 30 jun baru2 ini...
jadi study pun mmg tak boleh main-main dan relax sgt...
preparation kena mantap...
kena fokus dan bersemangat...
InsyaAllah, ayu boleh !!!
sekian dulu, update blog selepas menghirup setengah cawan nescafe beserta roti twiggies dan sebelum memulakan study..

Wassalamualaikum..

pst: 1July,i've taken..