Saturday, May 14, 2016

JEMPUT-JEMPUT UBI KAYU

Assalamualaikum

Rehat sebentar setelah agak rushing dgn pelbagai urusan.
Bila malam, anak dah tidur, kerja agak berkurang, barulah datang ilham nak kongsi2 kat sini.
Area shah alam, puncak alam dan sewaktu dgnnya dah mulai hujan. 
mostly petang ke malam...

Bila mai petang td, hujan renyai. dok terpikiaq sejuk2..sedapnya pekena teh o dgn pisang gorwng panaih2.
tapi bila pi dapur takda apa sangat pun utk dibuat makan petang.
pastu nampak ubi kayu yang mggu lepas jiran bagi, dia bawa dari kampung.
dok pikir apa nak buat...kerepek? memang tak la...

pastu, mai la mood nak merekacipta walaupun rsanya ada dh org buat..,

cekodok ubi kayu @ jemput2 ubi kayu

sagad ubi dulu bagi jadi haluih. nak rebuih dulu pon boleh..tp pastu kena lenyek2..
yang ayu buat ni, ayu sagaq. taktau bahasa biasa panggil apa...hehehehe


campoq tepung gandun sikit, garam sikit, gula sikit..gula garam, main campak asalkan tahu tahap masin dan manis nyaaa...then lastly ayaq panas...gaul sebati..
pastu, sediakan kuali bersama minyak yang cukup panas...
masukkan la pakai jari jemari tu...ayaq tangan yg penting..
sedia untuk dijamah di petang hari tambah2 time hujan...

sekian..happy weekend


Thursday, April 28, 2016

PENGALAMAN AYU BERSALIN ANAK SULUNG (NOAH)

Assalamualaikum wbt

sepatutnya cerita ni dah basi sebab lagi 5 bulan, Noah dah nak masuk umur 1 tahun.
tapi, terasa nak taip jugak disini untuk dibaca lagi dikemudian hari maybe. hihi

ayu bersalin pada 15 September 2016 pada 1.54 pagi. Baby boy, 2.73kg. 
ayu bersalin 2 minggu awal atas sebab leaking.

ceritanya ayu mulakan dari sebelum balik kampung. Masa tu takda tanda2 lagi. 12 sept 2016 Sabtu, lepas adi balik kerja, ayu bertolak balik kampung di Kedah bersama mak dan suami. Mak stay dengan ayu 2 minggu sebelum tu lagi sebab risau apa2 jadi bila ayu sorang di rumah. jadi, memang ikut plan untuk balik kampung 2 minggu awal dan bersalin di Kedah. Sabtu malam sampai dikampung. 

Tanda pertama jadi semasa awal pagi ahad, ayu rasa perut sakit tp bukan rasa senak or sakit perut nak membuang tuu tapi rasa sakit mcm perut mengeras cmtu. takda la sakit sgt bagi ayu time tu tp curious la whether baby dah nak kuar ke? hehehehe. Then, dalam pkul 8 pg, ayu rs leaking tp bila check kuantiti sikit ja dan ayu kejutkan suami (suami letih drive hari sebelum tu oiii). ayu gitau mak, ayu suruh tunggu disebabkan ayu pun ragu2 lagi. At last, gi klinik desa dengan suami dan inform apa yg dirasa. Nurse check jantung baby and its ok then, nurse nak check plak betul2 ke leaking, errr ayu maluuuu tp demi keselamatan sejagat, on je la. Lepas check, nurse suruh gi hospital dgn segera sebab even leaking sikit tp its still danger for baby. 

Ayu dan suami decide untuk deliver baby di Hosptal Sungai Petani. ada jer hospital daerah berdekatan tapi ramai yg suggest ke hospital besar. On the way ke Hospital, drama la sikit ayu ni. Well, isteri2 ni mesti kena cenggitu..layan drama byk sgt agaknya. suami drive terus ke emergency, then dimnta refer ke bhg dewan bersalin. kemudian, suami ayu stay di luar, ayu masuk utk daftar dan pemeriksaan. Lama jugak menunggu. drpd dampai jam 10.30, smpi pkoi 12 bru giliran ayu utk pemeriksaan padahal tak ramai pun. dalam 2 3 ibu2 saja. tp ok la sebab kat sana selesa je dok tengok da ibu2 yg sarat dok berjalan ke hulur hilir. 

Semasa giliran ayu, firstly diorang check jantung baby dan pasang contraction meter kot , lama jugak diorang observe. dorang guna alat yg ala2 headfone tp ni letak kat perut stomachfon kot, hihi. tp 1 bilik tu leh dengar jantung baby. tp kejap2 hilang r jd perlahan, kadang2 kuat betul sbb baby aktif sgt gerak dan berubah posisi..lepas settle, doktor check bukaan pula and doktor cakap baru 1cm. so, kalau ikotkan, ayu dah boleh balik, tp disebabkan leaking, ayu kena warded sebab leaking boleh menyebabkan infection virus to baby, sebab air ketuban da start keluar walaupun sikit. 

Jam 2ptg, ayu admit di Hospital Sp, kiranya first time ayu bakal tidur di Hospital time tu. bayangkan perasaan first timer ni...sedih syahdu acano ntah. Nurse sorongkan ayu naik kerusi roda sambil ditemani suami bawa barang2 yang mmg dah spare dalam kereta. Eh, naik kerusi roda pun first time jugak uolls..kitaorang naik ke wad kenanga kalau xsalah tapi sudah lupa kenanga berapa. Then nurse minta tukar baju dan pakai baju n kain pink, ayu tinggal di ward yang ada ibu yg dah bersalin, ada yang admit sebab alahan kuat, ada yang tengah contraction dan ada yang dalam proses induce. Btw, ayu da start bleeding tp sikit2 maybe kesan kena seluk check bukaan kot, rasa kena seluk tu akan berkurangan kalau kita tarik nafas dalam2 sebab kalau dalam keadaan biasa kena seluk tu, seram jugak la bagi ibu-ibu yang kena check bukaan ni. Nurse kehulu hilir check suhu dan tekanan darah setiap penghuni katil termasuk ayu. So far, suhu n blood pressure ayu ok sbab ayu rajin tanya. "camna nurse, semua ok?"...nurse2 semua tak lokek nak jawab and gurau senda. petangnya semasa waktu melawat pukul 5, hospital serve makan ptg, roti dan air milo. Then, suami bawa mak datang, maknjang n paknjang pun datang, dan cik awie/wani pon jenguk bawa kawan dia n siap beli makanan n air utk ayu.  habis jam melawat pukul 7, semua dah balik. kelihatan nurse2 pun ada yang tukar shift dah. Malam tu, susah tidur maybe sebab berubah tempat dan sebab katil hospital. tapi selesa Alhamdulillah cuma teringat kat suami,mak,mak mertua n abah mertua bagai...malam berlalu dan ntah pukul berapa ayu tidur, tak sedar...
My lovely, wani. keep come and support me.

ayaq milo + roti di Hospital, Alhamdulillah walaupun tak habis, hihi


14hb Sept 2016, ayu sedar dari tidur semasa nurse datang check suhu dan blood pressure. Pukul 9 pagi camtu, ayu dipasangkan lagi sekali dgn alat check jantung baby dan meter contraction. Sejam kemudian, MO dan 2 org HO serta seorang nurse datang memeriksa ayu. MO ckp ada contraction tp sikit2 saja dan dia akan induce ayu dengan memasukkan pil ke pintu baby keluar. Dalam hati, takut jugak tapi bila fikri baby dalam perut, ummi tak sabar nak jumpa. Ayu agak excited utk melalui proses ni. So, doctor induce ayu jam 12tengah hari, masa tu time melawat, jadi mak n suami pun ada dibelakang tirai yang ditutup oleh nurse. Proses dia macam proses seluk tu jugak tapi kali ni seluk masukkan pil induce. Settle hal tu, doctor nasihat kan ayu jangan bangun untuk sejam dan diorang akan pantau bukaan pukul 7 mlm. Proses dia, kalau takda bukaan, akan proceed to 2nd induce, kalau bukaan takda atau bukaan minima, proceed ke 3rd induce pula. Then, let’s say masih tiada bukaan yg sesuai, dorang akan proceed utk operation. Dalam jam 4ptg, ayu ditukarkan ke bahagian ibu2 yang diiduce, seramai 5 orang ibu kat sana. 1 india, 4 melayu. 1 hal lg di wad di Hosp SP, kita akan kerap ditukar-tukarkan katil atas2 sebab2 tertentu tapi its ok untuk memudahkan pengurusan nurse juga kan. Lagipun, atas bantuan nurse jugak semasa kita tukar2 tu. Semasa ayu duduk di bed baru, ada india tgh dalam sakit contrction tahap 5 barangkali. Sebab dari riak muka, sakit tersangat dia rasa. Dia ada gitau, “perut sakit, pinggang ada sakit, aduu”. Kemudian, nurse check dia dan nurse suruh dia buang air besar dan mandi, and then dia ke dewan bersalin. Kemudian, katil sebelah ayu pula dicheck, takda pulak kelihatan dia sakit dan dia jga mengaku, takda rasa skit sgt pun. Tapi, nurse cakap bukaan dia dah 5cm, dia diminta buang air besar dan mandi. Nurse dah masukkan ubat utk buang air besar actually. So, tinggal ayu dan 2 orang lagi. Ok, berbalik pada keadaan ayu. Lepas induce rasa sikit demi sedikit sakit dipinggang. Tp xteruk, rasa sakit pingang biasa. Lepas pindah katil, ayu berjalan tak henti. Sebab ramai kenalan ckp kalau nk cptkn bukaan, kena banyak jalan. So, berjalan-jalan. Sakit contraction yang ayu tak pernah rasa tu rupanya dah start dtg peringkat sakit ke peringkat lebih sakit. Tapi, Alhamdulillah, memang ayu nikmati ja contraction tu walaupun sakit. Ayu keep walking n walking sambil berzikir dan berselawat serta amal doa2. Dari berjalan sorang, sampai la bertiga dengan suami dan wani sambil sembang2. Sampai nurse nak check contrction & jantung baby, baru berhenti berjalan. Masa tu mak dtg, mak mertua dtg…segan pulak sebab first time jugak ayu tidur, orang semua diri tengok ayu…hahaha brapa byk first time daaa….pukul 5.45 cmtu, nurse dah cabutkan alat2 tu dah.

Walking with husband, Wani yang curi snap. tp thanks wani, this is one of sweet memory

Jam 6 petang, tetiba bahagian katil ayu nurse Tarik langsir bg tertutup dan doctor datang nk check bukaan, hairan betul sebab ikot schedule yang kat whiteboard, ayu kena check jam 7 mlm. Tapi, ayu diam ja and tunggu apa doctor tu nak dari ayu. Belum sempat dia check, nurse datang dan cakap “ Doktor, patient katil 22, pukul 7”…terus dia keluar dan ke katil yang betul. Haiyaaa….gementar tau..pukul 7 malam berlalu tapi doctor takda datang pun, conctrction terasa di tahap sakit ke 5. Tak senang duduk, berjalan kurang sikit tapi kaki rasa dah tak larat. Nurse datang tanya, ‘sakit tak?’, ayu pun jawab la ‘sakit’..then, dia pon kata ‘mai saya check bukaan awak, doctor taktau lagi pukul berapa nak datang’, ayu pun on ja…masa check dia kata bukaan 3, dia cakap ‘ saya tolong bukakan bukaan lagi utk awak, tarik nafas dalam2 na’….fuhhh, dah kena seluk, kena cm tu lak…lepas settle dan di picitkan ubat buang air besar, banyak darah kat kain mungkin sebab dia tolong bukakan bukaan tu kot. Dia suruh ayu mandi dan buang air besar. Selesai tu, ayu call suami suruh tunggu di depan menunggu depan dewan bersalin sebab suami ayu nak temankan ayu bersalin. Ayu dibawa turun jam 9 malam. Dulu ingatkan dewan bersalin tu besar la. Rupanya da bilik-bilik kecil di sana. Alhamdulillah dapat doctor dan nurse perempuan. Ayu tak minta sebab prosedur di sana patient tak boleh demand doctor mana-mana. Dalam bilik tu, doctor pasangkan lagi alat2 tu utk pantauan, pastu dia masukkan alat di pintu baby keluar utk pecahkan air ketuban. Dan contrction mulai sakit ke thap 6 7 8 9…

Sebelum doctor pecahkan ketuban, ada 4 student medic mengintai dipintu,pastu sorang dari diorang, masuk dan bg salam. Dia tanya ‘puan sakit yer’…ayu angguk jer sambil senyum. Then, dia mnta izin ‘puan, boleh tak kitaorang nak stay dengan puan sepanjang proses puan bersalin?’…korang rasa ??? hahahaha serious time tu sakit u olls…plus, xsnggup nk dedahkan aurat tambah2 da student  lelaki sorang. Kalau xdpt nk elak tu, mmg tak sengaja la. Tp kes dgn student ni, kalau ayu ckp ‘boleh’…ayu mcm tak elak. So, ayu jwab ‘maaf dik, akak perlukan privasi. Kalau suami akak pun, mesti dia tak kasi’…then, student tu bagus la sebab hormat dgn keputusan orang and siap doakn proses berjalan lancar.

Suami ayu masuk semasa sakit kontraksi tahap 6 camtu. Ayu ada dibekalkan gas utk disedut agar kurang sikit rasa sakit. Masa mula2 masuk, ayu tengah sedut gas tu,dan  pandangan sayu di mata dia buat ayu nangis uolls. Sedih & pilu ja rasa. Sempat sembang, minta maaf dan berzikir dengan dia. Sampai tahap sakit 8 ayu da stop berzikir di bibir, dan suami masih selawat dan zikir di telinga ayu, sambil pegang tangan dan usap kepala ayu. Syahduuuu uiii dan terasa diriku begitu berharga. Sampai ayu dah tak tahan sakit tu, dia panggil doctor dengan picit butang yang ada kat situ. Semasa proses bersalin, ayu macam lost even sebelum tu ayu da ingt cara meneran or cara duduk. Bila doctor nampka ayu mcm tu, doctor bg arahan kat ayu supaya ayu ikot. Alhamdulillah, ayu ikot doctor suruh angkat kepala, buka kaki,…dalam 3 kali teran, Alhamdulillah, baby meluncur keluar ke badan doctor. Suami ayu cakap ‘meluncur’…ayu pun guna ayat tu la sebab dia nak ckap baby senang keluar. Padahal ayu kena gunting juga tapi serius tak sedar dan taktau bila. Lepas baby keluar, doctor terus cakap ‘Assalamualaikum baby boy’…dia letakkan di atas badan ayu utk proses skin to skin. Rasa bersyukur ya amat tp letihnya pun ada. Lepas 2 minit,doctor letak kan baby dlm balang. Suami ayu azankan di situ jugak sambil2 nurse settlekan urusan yang belum selesai pd ayu. Ayu lak, memang ngantok giler, pukul 2 lebih dah masa tu. Suami pun datang cium dahi dan gitau ‘terima kasih sayang, abg keluar dlu ya’. Nampak happy dimuka dia walaupun ayu masa tu dah lali keletihan. Kena jahit tu opkos sakit tapi Tarik nafas dalam2 n tahan sakit tu…

Newborn Noah
Panjangnya bercerita…...
sometime, rindu semasa time mengandung...
Sekian, Wassalam..


FINAL YEAR MASTER

Assalamualaikum...

Rushing day, rushing week, rushing sem ....
all about  my life nowdays.
yela...dulu kalau diploma & degree, ayu boleh dikatakan relax lagi la berbanding skrg yang mmg MASA ITU EMAS.
tp ni yang dok update blog ni, ada pulak masa yer???
hahaha, takkan la nak busy sampai takda rehat yer idok ...?
so, sambil menyelam, kutip la gamat...

Kenapa ayu sibuk ek...
bila belajar disamping ada komitmen yang lain, 
complicated sikit ceghita dia...tp ceghita ja complicated...
tapi Alhamdulillah, ayu enjoy..
mana tak complicated, sekarang komitmen ayu berbanding zaman belajar dulu2 bukan bertambah satu, tapi berganda...
kalau dulu...
As a daughter
As a student

sekarang...
As a ummi
As a wife
As a housewife
As a daughter and 
As a student
As a neighbour
As a business women (hat ni, satni i promot)

ha..nampk kan gandaan tu...budak math mmg xlari sebut perkataan2 yg berkait dgn math..hehehe
lepas kahwin, ada suami...ada anak...kena mainkan peranan dan tanggugjwab..
takkan nak bgi suami pakai baju busuk, makan di kedai, anak makan makanan segera dan so onnnn....
tanggungjwab sebagai anak pun takkan boleh diabaikan...kena selalu jenguk or paling senang call/msg/whatapps parent...mcm ayu, ayu dah takda ayah. tapi ayu masih ada mak dan mak abah mertua. must appreciate them...
bila tinggal di suatu kawasan perumahan ada kejiranan,,
mesti kena ambik kisah.
next pasai business an......bila jadi student, duit xmasyukk, duit keluar lagi ada la. bagi ayu, ayu xnak depend pada suami ayu sgt utk brg yg ayu nak or perihal study ayu. Alhamdulillah, suami ayu mmg xpnh abai tgugjwab dia. yeay,..
so, ayu buat business walaupun malu pd mulanya.
tpi idea bisnes tercetus bila ayu consume sendiri dan rasa kebaikannya.
so, tercetusnyaa LAVENDAYU...buat masa sekarang ada igshop..sila la follow(ada org baca ke? =P)
ayu jual Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst dan Shawl Labuh. 
Dua2 produk ayu guna.

ok..time's up!!..
ayu peruntukkan 15 minit shj utk rehat.
focus on thesis...

Wassalam...



Wednesday, April 13, 2016

SELEPAS REHAT YANG LAMA

Assalamualaikum

Lama sgt dah tinggai blog ni.
Nasib la ayu dok ingat lagi password apa bagai, tp lupa habeh dah hat ada dalam ni. 
nak edit2 lagu mana pon dah janggal
xpa, ceq cuba narh...

bila dapat buka, perhati habeh coretan lama-lama.
macam-macam ada, nak tergelak pon ada.
pakai ganti nama 'hamba' la. 
letak gambaq-gambaq.
main doodle2.

semua tu boleh kira pengalaman dan ala2 diari kot2 anak2 cucu2 cicit2 nak baca one day.


skrg, mmg tak berapa nak ada masa utk blog tp cuba-cuba la nk jinak semula berblogging mcm dlu2.
sejak2 kahwin, terus stop..
bila ada anak, lagi la lupa...
ada jugak taip simpan dlm draf, 
tp bila baca balik, asa dah usang utk dipost.
so, biaq kt situ lah..

apa pon,
tetiba hari ni, rajin pulak nk taip-taip...
tp tak rasa nak taip panjang lg.
just nak wish me, 
AYU...welcome back!!!

sekian,