Sunday, September 5, 2010

DoA bUaT bAkAL sUaMi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku nanti adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku nanti menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

dariku: dipetik dari sebuah blog, bila terbaca doa ini, terasa ini la doaku buat bakal sang pencuri hati dan bakal teman hidup kelak.tidak hamba inginkan kesempurnaan dalam dirinya tapi cukuplah dia bisa menjadi pembimbingku dunia akhirat kearah kerdhaan Allah..semoga kelebihan bakal suamiku akan menampung kekurangan diriku kelak....

Wassalam...

Sunday, July 25, 2010

Kg KuALa RuMAn

Assalamualaikum wbt..
pada 25hb Julai 2010, hamba dan rakan-rakan yang telah menyertai Program anak angkat semester lepas telah dijemput menghadiri majlis perkahwinan di kampung tersebut..
so check it out~...
ni la pengantinnya..pada mulanya hamba sendiri tak tahu mana pengantinnya sebab terlalu simple pakaian mereka tapi pasangan mempelai ini sangat sweett...

antara aktiviti yang menghiburkan tetamu, zanji dan marhaban..i like it~

time pengantin g makan, ini la masanya hamba dan rakan-rakan bergambar..bak kata rakan "ambil berkat......"..hehe

sebelum balik ke rumah, sempat kami singgah ke rumah keluarga angkat masing-masing..dari 1 rumah ke 1 rumah.ternyata warga kampung kuala Ruman sangat prihatin dengan kedatngan kami semua, diadakan majlis jamuan.pelbagai makanan dihidang.boleh meletup perut kami semua..huhu.hamba pun sempat menyampaikan baju raya dan buah tangan pada keluarga angkat hamba..mak hamba juga memberi buah rambutan, buah chempedak dan kuih muih...
~ada masa bersua kembali~
kepada sang mempelai, semoga bahagia dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan Allah SWT..

sekian, Wassalamualaikum wbt


SedEtiK bErSAmA tERpaHat SeLaMaNYa

Bismillahirrahmanirrahim...
hamba datang ke sini lagi..curi-curi sedikit masa menjenguk laman purple...
erm...pada 16 Julai, kelas hamba telah menjalankan aktiviti yang telah diluluskan oleh pihak HEP..
nama aktiviti tu "SEDETIK BERSAMA TERPAHAT SELAMANY"
serba sedikit mengenai program ni,
khas utk pelajar Diploma Sains Kuantitatif semester 1 sesi Jul 2010...
utk mengeratkan hubungan antara senior dan junior...
menyediakan aktiviti2 yang mengembirakan mereka...
and so on... =)

so, jom kita view gambar2 yang ada...
kena buli ke ni?? tak la...saja bagi dorang exercise sebab dorang berjaya menjadi pelajar paling lewat..hehe
setiap kumpulan yang telah dibahagi akan disediakan 2 feci, so, aktiviti LDK dibantu oleh feci masing-masing..

presentation setiap kumpulan yang membentangkan organisasi mereka serta perlu menjawab semua pertanyaan rakan-rakan mereka dan soalan dari feci2...

pada petangnya, aktiviti "explorace" diadakan..gambar dia atas adalah salah satu dari tugasan di setiap checkpoint..

~WE~ feci2...

hamba adalah setiausaha program merangkap juruforo aktiviti, jadi kerja mengadap ladtop dan pada masa yang sama mengambil gambar2 aktiviti2 pada hari itu...
Alhamdulillah, rata2 mereka berpuas hati dan gembira dengan program diadakan...
TAHNIAH semua....

Sekian,





Sunday, July 11, 2010

LaMa HaMba MeNyePi...

Assalamualaikum w.b.t
hamba kembali menerjah ruangan purple hamba di sini dengan penuh bahan cerita..
namun hamba hadkan kepada 1 penceritaan dan perkongsian...
InsyaAllah, next time ada peluang dan masa, hamba ke sini lagi...
urmm...

hamba jarang online sebab sekarang dah menetap di rumah sewa..tak ada wi5 lagi..
jadi, sekarang hamba online di dalam library UiTM...
so, dikesempatan ini, hamba ambil peluang melawat laman purple hamba...

baru2 ni, hamba dipilih utk menjadi pembantu mesra siswa dalam program minggu destini siswa UiTM utk kemasukan pelajar baru...
so, before handle pelajar baru yang 3 kali ganda jumlah kemasukan pelajar tahun lepas, semua PM (pembantu minggu siswa) perlu menjalani kursus selama 4hari...
dalam kursus tersebut terdapat slot di luar kampus, iaitu di PULAU JEREJAK... ape xtvt di sana...
jom tengok gambar yang sempat diambil...
inilah pulau Jerejak, Pulau Pinang...disini, hamba rasa aman dan nyaman sangat dgn keindahan flora dan kehijauan Alam ciptaan Allah...Alhamdulillah... sampainya kitaorang kat sini, kena berkumpul dulu dan diberi barang amanah berupa bata 2ketul, telur sebiji, dan air botol kepada setiap kumpulan...ada 10kumpulan..hamba kumpulan ke-10... ini aktiviti pertama kitaorang di sana...jungle trekking..best... ni aktiviti seterusnya..wall climbing.first time hamba memanjat wall ni..Alhamdulilla tak ada masalah...dan paling penting lelaki tak boleh tengok perempuan panjat, jadi mereka terpaksa lepak di tempat lain... ni antara hidangan makan tengahari, hamba tertarik dgn makanan ini, first time hamba menjamahnya.kat kampung tak ada makanan camni..salad dan sedikit pencuci mulut selepas menikmati hidangan berat...yummyy... ada titi gantung...agak ekstrem berjalan atasnya..memandangkan di bawah ada air takungan hujan yang agak luas dan dalam....perjalanan kitaorang atas titi ni utk menjalani xtvt seterusnya iaitu flying fox..my favourite activity... ini la titi yang menjadi jln hubungan ke tempat flying fox..tempat mendarat, adalah tempat di mana hamba berdiri semasa mengambil gambar ini... lastly, penantian kitaorang utk menaiki bot kembali ke jeti seberang sana utk pulang ke UiTM kembali...Alhamdulillah, pengalaman yang menarik yang tidak dapat dibeli dimana2...=)
that's all..see u again...
Wassalamualaikum w.b.t

Thursday, June 10, 2010

pRoGRaM aNaK AnGkaT

Assalamualaikum wbt..
kali ini, hamba nak sharekan di laman purple ini dgn gambar program rakan muda yang hamba sertai....ini antaranya...
dibawah pohon lempung....

bersama Ainaa di bawah pohon buah stoi..hehe

dengan keluarga angkat...duduk belakang kerana diriku yang tinggi..hehe


keluarga angkat besarku....

jalan-jalan dalam dusun

semasa di kilang bantal kabu..antara industri perniagaan di kampung angkat...
dah dpt bantal PURPLE...

bersama adik2 yang bakal mengambil UPSR...nakal2 tp baik...
rasa berat sangat nak meninggalkan keluarga angkat..
sebelum pulang, sempat jua hamba memeluk mak angkat hamba..
dan menangis sama dalam pelukan 1 sama lain..
InsyaAllah, 1 hari nanti hamba akan menziarahi mereka...
sekian, Wassalamualaikum w.b.t