Saturday, December 4, 2010

gELaGaT mErEka..

Assalamualaikum wbt.. detik-detik begini memang sentiasa ditunggu oleh insan sepertiku yang bergelar ibu saudara..kepulangan anak2 saudara yg hamba sayangi memeriahkan ruang rumah yang sememangnya sunyi dr gelak ketawa dan kemeriahan kanak2..
baru-baru ini, 2 anak saudara hamba pulang ke kampung selama 2minggu menghabiskan cuti persekolahan mereka di kampung bersama atok, tokwan n anjang mereka..

tengok si abang mengusik si adik...
kadang2 mereka seperti anjing dan kucing..namun, mereka adalah ombak dan pantai..saling memerlukan.
diajak bermain bersama namun, faktor umur menghalang diriku + segan juga...
hanis hanani..nakal namun manja bersamaku..
haziq hakimi,..si abang yang cerdik dan genius.selalu mengusik adiknya tp sangat pandai berfikir..dan sekarang tinggi nya dah menjangkau tiggi ku..
mereka adalah yang terbaik dalam hidupku..
Wassalamualaikum wbt..


Sunday, November 28, 2010

CuTi SeMesTeR aYU..

Sedang meniti cuti semester yang bermula pada 12hb Nov.Syukur Alhamdulillah, diri ini ditawarkan kerja di bahagian kewangan UiTM Kedah utk mengisi hari2 terluang cuti semester ini.
Agak memenatkan juga...
for the first day pun, demam mengiringi diri tetiba sahaja..
sudah hamba agak kenapa..
mungkin hamba tak biasa berada dalam ofis yg suhu dinginnya yg agak tinggi..
dalam demam2 pun, banyak juga kerja yg dapat dibereskan..
jom,jalan2 tengok kolej baru UiTM Kedah.


KOLEJ MURNI- time ni da kerja kena cari aset UiTM & labelkan

pada hari hamba start kerja 21hb Nov, sepupu hamba melangsungkan perkahwinannya,
so, hamba tak dapat menghadirkan diri..
doa hamba sentiasa utk kebahagiaan mereka berdua..


gambar pernikahan safri & sofea
kak lela,dah hamba anggap dia seperti kakak hamba sendiri..26 Nov, pernikahannya berlangsung...moga kak lela dan suaminya bahagia bersama...

si kecil yg dirindui, Hanis Hanani...anak saudara hamba.dia balik ke kg baru2 ini, tapi hamba tak dapat luangkan byk masa bersamanya..maafkan anjang,nis..nnt anjang balik kampung kita bersama lagi..

Hari Raya Qurban yang disambut bersama sahabat baikku...
sekian Wassalamualaikum wbt...

Monday, November 1, 2010

"BuNgA iDaMAn"

Assalamualaikum wbt...

sedang hamba meneliti mesej2 dakwah di dalam facebook..sempat hamba terbaca mesej dari rakan seperjuangan, Ainaa Al Mardhiyah..

melalui pembacaan hamba,..sungguh hamba berharap seperti yg sama...

so, hamba kongsikan disini....
Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu.Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.

Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.

Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.

Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.

Aku mula bermonolog..

Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...

"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.



AMINNN....



selamat hari lahir ma, Rahimah binti Ahmad yg ke-60...

semalam hamba call ma, ma cakap "ma dah tua daa..."

and hamba bls.."ma xtua n sentiasa muda di hati anak ma ini...syg ma sgt"..

segala kebaikan ayu doakan utk ma....

lindungi ibuku,YA ALLAH....

Sunday, October 31, 2010

Sunday, October 10, 2010

NoN StOP


luahan~~

Dugaan Allah menandakan Allah sygkan hambaNya...
setiap dugaan yg diturunkan adalah utk menguji tahap ketabahan dan kesabaran hambaNya..
Namun, ketika ini,
dugaan yg diturunkan terhadap hamba membuat diri hamba terasa begitu lemah..
begitu hebat dugaan ini...

- test ITS, QMT, ....
- quiz QMT, ..
- exam muet..
- project ETR
- project ITS
- presentation 1
- presentation 2
- ..................
-....................
-.................
-..................
please...jgn tmbah lg, kekusutan hati ni......hu..

Ya Allah, tabahkan hati dan jiwa..
permudahkan segala urusan hamba dan rakan-rakan hamba..

Aminn...