Sunday, January 16, 2011

MUSIM MENUAI

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt

Balik kampung sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah 16-01-2011 , hamba memandu putera KCU atau cik as menggelarnya putera katak hamba di kawasan perkampungan hamba...
banyaknya "tahi mesin"...sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, sekejap tengah jalan, nak mengelak putera KCU tercalit oleh tahi-tahi mesin yang bertaburan...
tahi mesin = ketulan tanah2 lembut/ selot yang dibawa naik dari sawah oleh mesin padi..
jom kita tengok serba sedikit pesona mata yang hamba sediakan..
sebelum jalan-jalan di kawasan sawah padi, sempat terpandang si orkid kuning yang tidak jemu mewarnai belakang rumah..
padi-padi menguning, tanda dah sampai musim menuai..time ni senja, jadi tak dapat hamba shot mana2 mesin padi yg bekerja..
nun jauh di sana, sang Gunung Jerai yg gah memuncak mengukir panorama indah sekitar Yan, Kedah..
air di dalam sawah mulai dilimpah keluar dari petak utk memudahkan kerja menuai yang menggunakan teknologi mesin padi..
naaaahhh..ini dia petak padi yg telah dituai..jerami2 kering dibiarkan kering sehingga tiba masa utk dibakar...time hamba kecil, time macam ni memang ditunggu-tunggu.mau taknyer, time macam ni, hamba akan buat gua kecil bawah timbunan jerami2, kemudian main sorok2 di dalamnya..balik rumah, zaassssss....rotan hinggap dibelakang,ayah marah sebab lepas main,malamnya punya la gatal badan sebab miang..ayah tak izinkan, tapi degil, itu la balasannya..kenang kembali...ayah is the best daddy....lov u..

ok, itu saja...musim menuai di kampung ku...

Wassalamualaikum wbt.

Friday, January 14, 2011

TAHUN BARU & TABAH

TAHUN BARU 2011...
Assalamualaikum wbt

utk tahun 2011, ini lah first entry yang menerjah ruangan purple..
tahun ini menjadi tahun bermakna utk hamba kerana hamba telah masuk semester akhir pengajian diploma hamba di UiTM Kedah.InsyaAllah, bulan 9 hamba akan sambung di UiTM Shah Alam..
walau apa pun, niat utk mencuba nasib apply pengajian degree di luar negara tidak hamba lupakan..
memang banyak perkara perlu difikirkan sebelum bertindak sedemikian.
keluarga hamba di sini, kewangan, kemampuan hamba berada di negara orang dll...
mak tidak menghalang, namun disebalik raut wajahnya, hamba tahu dia sukar nak melepaskan anak perempuan tunggalnya ini ke negara luar.
tapi sedikit pun tidak kedengaran kata 'tidak setuju' darinya...
dia sentiasa menyokong hamba..
ayah...serahkan bulat2 pada keputusan hamba sendiri..
mungkin dia percaya hamba sudah boleh memikirkan mana baik, dan mana buruk..
ayu cuba yg terbaik..
dalam hati...hamba tidak sanggup meninggalkan mak ayah..
mereka sudah 60-an..mereka perlukan teman..
jadi anak-anak adalah teman terbaik mereka..
so.....hamba memikirkan bahawa, belajar dalam negara juga menjamin masa depan..
sering kedengaran kata-kata semangat 'belajaq mana pun sama ja, janji ghajen pulon, belajaq sunggoh2..."
ayat simple kedah, InsyaAllah semua boleh faham..
=)

TABAH

Bagi tahun ini dan Maal Hijrah yang kita sambut sebelum ni, azam hamba ringkas dan padat..
" TABAH "
kenapa tidak azam lain yg lebih bagus dan memanfaatkan..???
hamba tak pasti kenapa,
hamba akui, sebelum ini hamba bukan la seorang yang tabah dan sentiasa menerima apa yg berlaku..
tp manusia perlu berubah ke arah pemantapan diri dan mencari keredhaan Allah..
jadi, hamba sentiasa cakap pada diri 'TABAH AYU TABAH' bila sesuatu yg tidak diingini berlaku..
hamba tidak akan 'cuba',
tp hamba 'akan' memupuk diri utk sentiasa redha dan positifkan diri..
dan sepanjang tahun Maal Hijrah 1432 yang telah beredar sebulan lebih,
hamba dapat rasakan kehebatan azam "TABAH" hamba ini..
bila perasaan amarah menguasai diri, cepat2 hamba istighfar serta letakkan genggaman tangan di dada dan bertekad utk TABAH...
bila sesuatu percakapan telah menyinggung hati hamba , perkara yg sama hamba buat dan hamba teruskan senyuman dan berharap Allah lah yg akan membalas segala kebaikan dan keburukan..
bila terdapat berita yg mengecewakan, hamba hiba dan sayu, namun dalam sudut hati hamba, Allah adalah tempat yg terbaik utk mengadu dan momohon ketabahan...hamba genggamkan tangan, letakkan di dada, TABAH DUHAI HATI...
bila semua orang berada dalam masalah masing2, hamba tak putus2 menyebut perkara yang sama kepada mereka sampai Cik As pun dah hafal ayat hamba..
percaya la,
dalam apa jua keadaan, kita cuba pujuk hati utk :-
  • TABAH
  • Redha
  • fikir positive
  • berfikir sejenak hikmah Allah
  • sentiasa mengucap syukur dan "Moga ini baik, InsyaAllah
moga, apa yang dikongsi menjadi amalan bersama bloggers2 semua...

sekian dahulu, coretan ruangan purple..
Moga diri kita diselubungi ketabahan oleh Allah SWT...
Allahhu Akhbar...

Wassalamualaikum wbt

Friday, December 17, 2010

I'm DoNe

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah yang melimpahkan zat dan kurniaNya keatas hamba dan makhluk2 semesta alam.


Alhamdulillah, bersyukur jua kepada Allah yang sentiasa menjaga dan melindungi silaturrahim antara hamba-hambaNya.


Alhamdulillah, hamba dan rakan-rakan sekerja telah berjaya menamatkan kerja dengan jayanya pd 15hb Disember 2010 baru-baru ini.segala pengalaman,ilmu baru serta petunjuk dari semua warga bahagian kewangan UiTM Kedah akan dijadikan suatu aset baru dalam kehidupan yg tersemat di dada,InsyaAllah.melalui pengalaman kerja ini jugalah, pertemuan bersama sahabat2 yg baik bermula dan tidak mungkin berakhir..InsyaAllah

wajah ceria mereka di hatiku...

menyambut bersama-sama hari lahir salah seorang dari kami.

sepanjang bekerja bersama bahagian kewangan, kami banyak berurusan dengan aset dan harta benda UiTM.

selain berada di dalam pejabat menguruskan baucer2 dan fail2 inventori, ada juga peluang kami bersantai bekerja di luar pejabat mencari aset UiTM yang memerlukan label sebagai tanda hakmilik..
antara tempat menarik yang dikunjungi utk menyelesaikan kerja..sempat juga hamba snap2..studio/galeri DIDE.for art & design students..good job by them..

KTU assign for Kolej Taman Universiti yg menjadi penempatan kpd student UiTM.First time hamba dan teman2 sekerja masuk dan menjalankan kerja di sini kerana jika musim sesi kuliah, ini adalah kolej tambahan bagi lelaki..



so,thats all..what i wanna to say,im done my work for 4 week in UiTM.

then, i will spend a few days with my parent before joining a program start on 21th Dis until 31th Dis to become facilitator of the new intake of students this December.
Wish me luck..
InsyaAllah, I'll do my best.
Wassalamualaikum wbt

Sunday, December 5, 2010

SeLamAt peNgaNtiN baRU,FiRdaUs..

Assalamualaikum wbt
my first expression, sangat terkejut sebab kawan hamba, si pengantin lelaki ni still belajar and same age with me, 20 years old...
tapi.. bila difikirkan semula, ini lah yang dinamakan jodoh..
seandainya, dah ditakdirkan jodoh kita datang awal, tiada apa yang boleh menghalang qada & qadar Allah SWT...
tambahan, inilah sebaik2 jalan utk menuju keredhaan Illahi..
seandainya, telah bertemu si adam dgn si hawa idaman hati, jauhkan penzinaan melalui akad yang halal dan barakah...
nescaya, terlindung dr segala nafsu serakah manusia yakni hasutan iblis yang menyesatkan..
for my friend, Mohd Firdaus b Md Isa dan pasangan, moga hubungan kalian suami isteri akan berpanjangan hingga akhir hayat serta bahagia dunia akhirat disamping dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..Selamat pengantin baru...

~bila turn hamba yer...?? =)

Wassalamualaikum wbt..

Saturday, December 4, 2010

gELaGaT mErEka..

Assalamualaikum wbt.. detik-detik begini memang sentiasa ditunggu oleh insan sepertiku yang bergelar ibu saudara..kepulangan anak2 saudara yg hamba sayangi memeriahkan ruang rumah yang sememangnya sunyi dr gelak ketawa dan kemeriahan kanak2..
baru-baru ini, 2 anak saudara hamba pulang ke kampung selama 2minggu menghabiskan cuti persekolahan mereka di kampung bersama atok, tokwan n anjang mereka..

tengok si abang mengusik si adik...
kadang2 mereka seperti anjing dan kucing..namun, mereka adalah ombak dan pantai..saling memerlukan.
diajak bermain bersama namun, faktor umur menghalang diriku + segan juga...
hanis hanani..nakal namun manja bersamaku..
haziq hakimi,..si abang yang cerdik dan genius.selalu mengusik adiknya tp sangat pandai berfikir..dan sekarang tinggi nya dah menjangkau tiggi ku..
mereka adalah yang terbaik dalam hidupku..
Wassalamualaikum wbt..