Wednesday, April 13, 2011

FINAL EXAM

Assalamualaikum WBT
20/4/2011,
hamba start exam..
preparation?
masih dalam proses...
jadi..
dikesempatan ini,
hamba memohon maaf andai terdapat perkara yang menyakiti sahabat-sahabat blogger di sini...
dan memohon maaf untuk segalanya...
kepada kawan-kawan yang akan mengambil final exam..
i wish u all the best...
kepada rakan-rakan seperjuangan,
this is our last semester...
do the best..

sekian, Wassalamualaikum wbt...

Monday, April 4, 2011

SINAR SENJA

Assalamualaikum wbt...
mulanya, tiada ilham untuk menulis entry baru untuk laman ungu ini..
namun, kenapa entah, ketika ke cafe beberapa hari lalu , hamba terpandang indahnya cahaya senja yang mewarnai langit kebiruan, tercetus pula ilham untuk mencoret di laman ini.
sedang duduk menanti angka giliran untuk mendapatkan makanan, sempat hamba meminjam handfon berkamera sahabat untuk meng'shot' suatu panorama alam..
ini dia...
 alangkah indahnya panorama alam ini,
kelihatan awan pelbagai bentuk menghiasi langit luas, 
saling sambung menyambung antara awan lain menyaksikan kepulan putih bersalut warna-warna senja..
sungguh Allah jadikan permandangan ini memikat hati hamba-hambaNya di bumi...
sungguh Allah Maha Kaya akan segala perkara di dataran kehidupan ini..
sungguh besar anugerah dan rahmat Allah..
dengan hanya sedikit rahmat,
sudah cukup memberi syafaat pada makhluknya..
masih adakah manusia yang tidak bersyukur akan segala rahmat Allah ??
Damai...
itulah sebutir ayat memukau di jiwa tatkala sinar senja didepan mata..
sinar itu tidak menyakitkan tapi mendamaikan dan mententeramkan..
terselit juga pertanyaan di sanubari..
adakah masih berpeluang aku menyaksikan nikmat dan rahmat Allah seperti ini untuk esok?
Wallahualam...
yang pasti, syukur berpanjangan dipanjatkan kepada Ilahi atas anugerah dan segala rahmatNya..
mana mungkin manusia dapat mencipta seagung-agung ciptaanNya..
mana mungkin manusia dapat melakar seindah-indah lukisanNya..
kerana itu adalah kuasaNya..
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar...
Wassalamualaikum wbt..

Wednesday, March 30, 2011

ERTI KASIH SAYANG

Mari membaca kisah ini......
_______________________________________
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya,
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata.
"Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,
dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan,
dan saya adalah Kasih Sayang.."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.

"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.

"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?
Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami.
"Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:

"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..
 _______________________________________
Moral untuk kita - Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

Saturday, March 26, 2011

3 PILIHAN

Assalamualaikum..
ayu buntu sekarang..mencari jurusan yang patut di isi pada ruangan pertama dalam borang online UITM ke degree...
i- Sarjana Muda Sains (kepujian) Statistik CS221
ii- Sarjana Muda Sains (kepujian) Matematik Pengurusan CS228
iii- Sarjana Muda Sains (kepujian) Matematik CS 229
dengar kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah serta senior2 dengan hujah tersendiri mengenai jurusan yang mereka sarankan dan menjadi pilihan.adakala, boleh diterima segala apa yg diterangkan namun sampai satu tahap, hamba menjadi lebih buntu...
jadi, hamba mengambil keputusan utk meminta pandangan kenalan2 yang betul-betul mengenali hamba...
inilah pendapat yang hamba hargai dari mereka...thank you so much..

JUNAIDAH
-pada pendapat i, setakat ni, u rasa u boleh bawak yg mana..orang nak habaq memang macam2..belum cuba tau kan..
ISKANDAR ADI
-kena yakin dengan kemampuan.ingat nak belajar memang susah, mungkin susah bg orang lain, senang bagi kita. buatlah keputusan baik2 yang mana rasa terbaik. susah or senang, letak tepi.
-jadi, buatlah keputusan kat mana2. semua ada risiko. yang penting ingat Allah, InsyaAllah dilindungi.
-macamni, dalam hal ni, berkaitan dengan masa depan ayu. tak dak orang lain boleh menetukan masa depan kita. banyakkan berdoa. masih ada masa kan..
-buat dulu solat Istigharah, InsyaAllah dapat petunjuk. yang penting, jangan menyesal dgn keputusan yang dibuat.
NUR SURAYA
-amik la pure math
-pure math macam menarik ja..tp taktau la, not my field.hehe
HAZIRAH
-ayu pilih yg ada banyak peluang pekerjaan and yang ayu rasa boleh bawa. kita kena lalui sendiri benda tu, baru kita tahu. bila dengar orang cakap ja banyak yang tak ok, semua tu atas diri kita yunk..
-ayu kena yakin dengan diri syg, kalau ayu rasa bole, mestlah bolehkan..
-ermm,kwn ira pun bagi pendapat yg sama , stat lagi better dr pure and management..tp penting sekarang, peluang pekerjaan syg..
-ayu buatlah pilihan yang tepat utk masa depan ayu, ira doakan..
NOR LIYANA
-ayu na tak berapa tau pasai ni, tp na rasa ayu boleh ke arah pure math sebab nampak ayu lebih mahir bhg tu.. tp disamping minta pendapat, ayu buat ya solat istikharah minta petunjuk Allah, supaya Allah gerakkan hati untuk buat pilihan yg terbaik, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya. na doakan ayu dpt buat pilihan yg terbaik, jgn buntu2 lg ya sahabat.
-xpa ayu, jangan mengalah sebelum berjuang ya..dulu na pon rasa mcm ayu sebelum p sana, tp once dah berada dalam suasan sebenar, Alahmdulillah, tak seperti yang difikirkan..berada di tempat orang, kita dapat belajar berdikari, berpijak di atas kaki sendiri, dan banyak pengalaman berharga yg boleh kita peroleh..sekadar perkongsian, berada d muka bumi,menjadikan na kembali ke fitrah asal, syukur sgt2, na temui cara hdup Islam di sana, na yakin ayu boleh temui macam2 lg keindahan Islam di sana, InsyaAllah..tp d mana pun kita berada, kita akan tetap diuji, sbg tanda Allah sygkan kita, jd selalu ingat Allah, mak ayah, teguhkan hati, tetapkan iman, takwa, InsyaAllah, semuanya kan baik..jgn risau & takut ya, Allah sentiasa bersama2 hambaNya yg berhijrah demi menuntut ilmu keranaNya. semoga ini baik utk ayu..selalu minta restu mak ayah ya, minta mereka doakan ayu selalu..ok dear, dun wory ya..! =)
-ya ayu, yg penting apa2 pun kita sbg hamba kena kembali kpd pencipta yakni Allah..xda daya & upaya melainkan pertolongan drpd Allah swt..yg penting, jgn mudah mengalah sebelum berjuang ya syg..semoga kebaikan, kejayaan & kebhagiaan menjadi milikmu sahabatku..sabar dan tabah bukan hanya melalui percakapan semata2 tp perlu direalisasikan dgn tindakan yang hadir melalui kekuatan jiwa hasil ibadah & zikir kepdNya..bykkan berselawat & bc al-Quran, hati boleh jadi tenang.renung tafsir setiap ayat dr surah al-insyirah, sgt menyentuh hati...
NURUL ATIKAH
-u pilih kos yang u boleh bawa..
-i tak rasa u akan culture shock.kalau minat pure math, amik la kos tu..InsyaAllah dipermudahkan..i yakin u boleh buat.
-InsyaAllah..i sentiasa doakan u yunk. jgn ikot cakap org tp nak dengar pendapat boleh tp nnt u pening. wat Istigharah, InsyaAllah dipermudahkan..Allah akan tunjukkan jalan.
KAK CHAQ
-pada pendapat akak kan kan kan antara 3 kursus tu pilih lah mane yg paling laku sijilnya/paling diperlukan masa depan, then pilih yg adik minat dan rasa boleh buat...Last but not least, buat solat 2 rakaat minta petunjuk dr Allah dan ikutah hati berat nak amik apa..

for my dear Cik As, i need your opinion too, tp takut menganggu Cik As, yg menang taekwando naib juara...SYABAS!!
perlukan lebih banyak pendapat dari kawan-kawan, supaya suatu hari nanti pendapat dan nasihat anda semua akan ayu gunakan dalam mengharungi dan meniti titian dan layaran kehidupan dengan penuh istiqamah..InsyaAllah...
Wassalamualaikum.WBT

Friday, March 25, 2011

AMNA - FROM WARDINA SAFIYYAH

BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. 
(hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?
____________________________________
credit to WARDINA SAFIYA...harap, hamba akan dapat lakukan sepertinya bila tiba waktunya kelak...
credit to my roomate a.k.a classmate a.k.a bestfriend , ADIBAH, for shared with me in facebook...thanks a lot.this story really make me touching..
mari ambik iktibar...
wassalamualaikum wbt