Tuesday, May 10, 2011

ANALOGI "CAR PARKING"

Assalamulaikum wbt..
kedatangan hamba dan kawan-kawan sebelum cuti semester baru-baru ini ke bilik pensyarah-pensyarah mengukuhkan ikatan dan persefahaman kami dan mereka.
rata-rata mereka memang mengenali setiap student kelas kami..
jadi, kedatangan utk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal itu sangat bermakna kerana ia diiringi ucapan-ucapan dari lecturer.
tidak kurang juga ada yang memberi tips untuk bertemu jodoh..
ada juga yang memberi pesanan-pesanan manfaat..
dan apabila bertemu Miss Ida Normaya, i got a analogy...
its about CAR PARKING..
mungkin ada yg dah tau perkaitan antara analogy ini dgn jodoh manusia..
let we recall back the discussion with the lecturer..

CAR PARK boleh dianggap sbg jodoh dengan orang baik dan beriman...
and we assumed the car park is at the important destination and a crowded place.

sedang kita mencari tempat parking yang kosong, sedar tak kita, masih ada ramai lagi yang mencari tempat parking seperti kita. kadang-kadang berulang kali melalui lorong yang sama, masih tidak kelihatan tempat kosong utk parkir.
#dalam mencari jodoh, kita perlukan usaha...jangan berputus asa.
kadang-kadang juga, kita mengikut flow kereta di hadapan dan diiringi kereta dibelakang, namun jika terlepas pandang, kereta belakang dapat tempat kosong selepas sesebuah kereta mngosongkan tempat itu. mesti frust gila...
#dalam kita tak duga, kita telah terlepas pandang pada seseorang yg begitu baik pada kita dan kita abaikannya..kemudian apabila seseorang itu terlepas pada orang lain, kita pasti menyesalinya..jadi peka pada sekeliling kita...
untuk mendapatkan 1 tempat parking yang kosong pun memerlukan masa yang lama ada kala..tapi, sekiranya nasib yang baik, setibanya kita di tempat berkenaan, kebetulan ada pula kereta yang ingin beredar keluar dari tempat parking itu..time tu, mula la kita tersenyum lebar..=) mula la, bg hormat pada pemberi parking tersebut.
#jodoh kadang-kadang datang tanpa diduga, mungkin, kali pertama bertentang mata, sudah berkenan di hati.jadi sedikit shj usaha yang perlu dilakukan..
dalam hal ini juga, ada yang mengamalkan ketidakadilan, penat-penat kita kereta lain menunggu giliran, kereta lain yang datang lewat dari kita, terus masuk tempat parking yang baru dikosongkan..aduhh, mesti sumpah seranah habis pada si pemilik kereta itu. namun, mana lah kita tahu, ada tempat parking yang lebih baik dari tempat parking tadi. tempat yang teduh, selamat dan dekat dengan destinasi kita...
#sekiranya kita sudah yakin akan mendapat seseorang sbg jodoh kita, namun takdir Allah menentukan segalanya, terdapat orang lain yg 'potong line', jadi kemungkinan itu dugaan dan ujian utk diri kita.redha laa.tak perlu nak bermasam muka dan berdendam. terima hakikat itu sbg ketentuan Ilahi..mungkin kita akan dapat yang lebih baik..InsyaAllah..
itulah, antara intisari ideologi yang mendekatkan kita pada cara jodoh menyapa diri..
moga manfaat...
any addition info, comment2 la..

sekian , Wassalamualaikum wbt

Monday, April 25, 2011

FINISH DIPLOMA

 3 tahun berlalu...
6 semester dilalui..
6 peperiksaan ditempuh...
pejam celik, dah habis titian diploma direntas...
moga aras ini menjadi titik permulaan utk perjuangan akan datang...

moga kejayaan mengiringi gerak langkah dalam perjuangan fi sabilillah ini...
moga Allah teguhkan iman di hati...

berkobar-kobar hati untuk meneruskan perjuangan ke aras seterusnya...
bakal menyusul, Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik)...
InsyaAllah...

mari berbicara seketika..

sahabat-sahabat, kenalan-kenalan Diploma Sains Kuantitatif..
bukan tak pernah kita bersalah faham..
bukanlah jua kita sentiasa amanah dalam bersahabat..
namun, sedikit ketidakamanah itu berlaku tanpa disengajakan..
dalam kita harungi 3 tahun bersama,
sudah cukup mengenalkan kita pada diri masing-masing..
kita sudah cukup erat dalam membahasakan diri kita dan semua sebagai sahabat..
perjalanan tiga tahun bukanlah suatu perjalanan yang singkat,
tapi ia penuh kenangan dan keabadian suka duka...
ampun maaf dipinta menyusul doa moga semuanya berjaya dlm mencapai impian dan dalam kehidupan..

soal berpasangan??
kepada sang pemilik hati, Ya Allah..
andai dia jodoh dariMu,
dekatkan hatiku dengan hatinya,
jika dia benar-benar jodohku...
jauhkan kemungkaran antara dia dan aku sebelum jalinan suci, halal, dan barakah terjalin..
si penanti...
sesungguhnya, masih banyak ujian dan ranjau kehidupan untuk ditempuhi..
masih bercabang haluan-haluan sendiri..
1001 liku-liku dan onak duri bakal dijalani...
berikan masa utk hati masing-masing mengenali dengan lebih mendalam..
berikan masa utk diri masing-masing mencari kejayaan duniawi dan ukhrawi...
tetapkan kepercyaan pada takdir Allah,
andai Allah letakkan jodoh kita di kemudian hari..
tiada apa bakal menghalang..
moga berjaya dalam hidupmu...

selayang buah fikiran dan arusan warna hati, 
ayu

Tuesday, April 19, 2011

Wednesday, April 13, 2011

FINAL EXAM

Assalamualaikum WBT
20/4/2011,
hamba start exam..
preparation?
masih dalam proses...
jadi..
dikesempatan ini,
hamba memohon maaf andai terdapat perkara yang menyakiti sahabat-sahabat blogger di sini...
dan memohon maaf untuk segalanya...
kepada kawan-kawan yang akan mengambil final exam..
i wish u all the best...
kepada rakan-rakan seperjuangan,
this is our last semester...
do the best..

sekian, Wassalamualaikum wbt...

Monday, April 4, 2011

SINAR SENJA

Assalamualaikum wbt...
mulanya, tiada ilham untuk menulis entry baru untuk laman ungu ini..
namun, kenapa entah, ketika ke cafe beberapa hari lalu , hamba terpandang indahnya cahaya senja yang mewarnai langit kebiruan, tercetus pula ilham untuk mencoret di laman ini.
sedang duduk menanti angka giliran untuk mendapatkan makanan, sempat hamba meminjam handfon berkamera sahabat untuk meng'shot' suatu panorama alam..
ini dia...
 alangkah indahnya panorama alam ini,
kelihatan awan pelbagai bentuk menghiasi langit luas, 
saling sambung menyambung antara awan lain menyaksikan kepulan putih bersalut warna-warna senja..
sungguh Allah jadikan permandangan ini memikat hati hamba-hambaNya di bumi...
sungguh Allah Maha Kaya akan segala perkara di dataran kehidupan ini..
sungguh besar anugerah dan rahmat Allah..
dengan hanya sedikit rahmat,
sudah cukup memberi syafaat pada makhluknya..
masih adakah manusia yang tidak bersyukur akan segala rahmat Allah ??
Damai...
itulah sebutir ayat memukau di jiwa tatkala sinar senja didepan mata..
sinar itu tidak menyakitkan tapi mendamaikan dan mententeramkan..
terselit juga pertanyaan di sanubari..
adakah masih berpeluang aku menyaksikan nikmat dan rahmat Allah seperti ini untuk esok?
Wallahualam...
yang pasti, syukur berpanjangan dipanjatkan kepada Ilahi atas anugerah dan segala rahmatNya..
mana mungkin manusia dapat mencipta seagung-agung ciptaanNya..
mana mungkin manusia dapat melakar seindah-indah lukisanNya..
kerana itu adalah kuasaNya..
Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar...
Wassalamualaikum wbt..