Thursday, November 12, 2009

aWaRd..First TiMe dPt..


dr ana solehah(http://najcahayacintaagung.blogspot.com/)..syukran..

Thursday, October 29, 2009

sEsi BeRmaAfaN


Assalamualaikum w.b.t

sudah menjadi tradisi setiap semester untk diri hamba memohon maaf kepada semua kenalan sebelum menduduki final exam..
melalui telefon,mesej,ym,skype n blog..
justeru,untuk semester 3 ini,hamba berharap tiada persengketaan tersembunyi terjadi..
hamba mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang telah menjadi kenalan hamba..
doakan kejayaan hamba..
i'll try my best...InsyaAllah.
untuk meng'update' blog,mungkin lambat lagi lah..selepas exam maybe..
except ada peristiwa penting berlaku nanti..
pape hal,selalulah ziarah blog purple ini..
saya akan melawatnya jua nanti walaupun tidak post apa2..


jaga diri semua..
sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, October 28, 2009

ReNunG-rEnUnGkAn

Bismillahirrahmanirrahim

untuk post kali ini..hamba nak postkan tentang salah satu kata-kata mutiara yang hamba suka sangat..so,ingin dikongsi di sini..


wanita ibarat epal..
epal yang tidak berkualiti amat senang diperoleh kerana berguguran di tanah..
tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..
susah dipetik..
sukar digapai..
terkadang epal itu risau,
"kenapa diriku belum dipetik?"
lantas ia merendahkan martabatnya..
serta mengugurkan diri menyembah tanah..
sedangkan ia sebenarnya telah Allah ciptakan begitu tinggi martabatnya..
hingga tiada siapa yang berani memetiknya..
hanya insan yang benar-benat hebat sahaja yang mampu..
mungkin bukan di dunia tapi..
akhirat..
biar jodoh bukan di dunia..
asalkan cinta Ilahi mengiringi..

semoga kaum hawa semua boleh diibarat seperti epal yang berada di puncak yang tidak akan gugur menyembah tanah semata-mata kerana nafsu..
InsyaAllah...
kuatkan iman..
kawalkan perasaan..
bertindak mengikut kata iman..
bukan kata nafsu..
InsyaAllah.mendapat keredhaan Allah..
Amin..

sekian.Wassalamualaikum

Monday, October 26, 2009

MoGa iBuKu sEmbUh


Assalamualaikum w.b.t.

Salam bervisi jua aspirasi..
baru sampai hostel dari rumah ni...
tapi tadi berat hati nak tinggal rumah..
kesian mak...

hamba pulang baru2 ni,
mak hamba sakit...
penyakit darah tingginya mnyerang..
nasib cuti study..
so,boleh luang banyak masa dengan mak..
dan juga ayah..

kat sini,teringin hamba nak cerita masa hamba mula2 sampai rumah..
odw balik,pada pagi jumaat..
hamba dan ayah singgah ke gerai makanan beli sarapan untuk mak..
dan seterusnya pulang ke rumah..
rumah hamba tampak suram..
tingkap dan pintu tertutup tidak seperti selalu..
lepas sampai..
hamba dan ayah pon angkat beg2 yang berat dengan baju2 kurung dan barang yang tidak digunakan di hostel,
sebab dah nak exam,start 30hb...wish me luck...
so,pas letak barang dalam bilik hamba,
hamba terus g tengok mak dalam bilik mak...
kesian...sedih...
mak hamba terlantar atas tilam,
menyepi diam...
hamba pegang bahu mak..
dan mak buka mata perlahan-lahan..
hamba cium tangan mak...
mak peluk hamba erat-erat tanda dia tersangat merindui hamba..
sayunya....dengan melihat keadaan mak,air mata die juga jelas kelihatan...
walaupun acap kali hamba menelefon mak,
namun tiada yang lebih mengembirakan daripada dapat saling berpelukan-pelukan antara ibu dan anak...
selepas tu,hamba beredar untuk buka semua tingkap2 supaya sistem percahayaan dan pengudaraan terjadi dengan baik...
kemudian,hamba kembali menemui mak dan meminta mak untuk mandi supaya lebih segar..
namun,melihat keadaan mak yang tidak bertenaga dan berupaya,
hamba mengangkat mak dan membantunya utk mengensot sikit demi sikit utk ke bilik air..
nasib baik bilik air dekat dengan bilik mak..
kesian mak...
hamba kemudian memandikan mak hamba buat pertama kalinya...
Ya Allah,hamba sayu sangat melihat keadaan mak..
hamba tekad di hati untuk menjaga mak sebaik mungkin...
selepas mandi,hamba papah mak ke biliknya...
dan sediakan sarapan untuknya dan ayah...
hamba sarapan sekali dengan diorang..
gigi hamba dah okay...
dah kembali celoteh macm dulu..alaaaa...huhu..

so,26hb..hamba dah balik kampus..hamba ada gitau mak nak dok rumah jaga mak...
tapi mak tak bagi,mak kata die dah sihat..
dan berharap hamba dapat study dengan baik di sini...
doa hamba moga mak hamba cept sembuh...
hamba juga dah sediakan hadiah untuk hari lahirnya yang ke-59 pada 1hb Nov nnt..
tapi mak hamba tak tahu lagi..
hamba letakkan hadiah tu kat certain place..huhu..
sampai sini saja celoteh hamba di sini...

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, October 21, 2009

sApA diA??

Bismillahirahmanirrahim..

sebelum pape hal,hamba just nak utarakan persoalan sahaja di sini..
sapa kapten dalam tangisan??
apa maksudnya dengan geli sial??meluat??
hamba ganggu hidup dia kah?
hamba ada kacau nama dia kah?
knapa tiba2 muncul di shoutbox hamba?
namun,salam yang diberi eloklah dijawab "Waalaikumsalam w.b.t"
hamba memang orang melayu...serta Islam..
tapi salahkah utk mempunyai identiti sendiri??
an itu hak semua @ individu??
salahkah hamba untuk semua yang hamba lakukan??
banyak cerita tentang pb?
maksudnya??
MasyaAllah..ini kali pertama hamba bertembung dengan masalah begini...
apa hikmah dan petunjukMu ya Allah...
mungkin hamba ada membuat kesalahan dengan sesiapa..
maafkan hamba...

Wassalamualaikum.w.b.t