Tuesday, February 26, 2013

WHITE B'FLY

Assalamualaikum wbt
sambil-sambil dok kelebek jadual untuk semester depan,
nak gak update 1 entry untuk hari ini...
pencarian kasut bertutup yang sesuai, comel dan selesa...
Sabtu, 23/2 baru2 ni, ayu da appoinment gigi kat Permatang Pauh...
and lepas tu, g berjalan-jalan di Jusco Seberang Prai bersama Aswani dan Hazirah,
then, di sana ayu berjaya mendapat kasut yang ayu cari2 di Kedai Bata dalam mall berkenaan...
since, nak kasut yang tahan lama, that's why Bata menjadi pilihan...
berbaloi-baloi berbanding beli yang murah dan tidak tahan lama....
jadilah pengguna yang bijak..hehe
taraaa.....
i called it White B'fly..since warna dia dan ada rama-rama comel...
jari kaki ayu ni jenis panjang dan memang agak susah nak cari kasut bertutup yang selesa dan sesuai...
kadang-kadang da kasut yg buat kaki ayu cepat melecet...

saiz sebenar ayu adalah saiz 7, tp since nak selesa dan sbb pemakaian stokin yng tebal, ayu pilih saiz 8...
and its comfortable for me...

here my White B'fly....
nomeyy sangat...kalau takda org cakap comel pun, ayu ttp ckp kasut ni comel...hehehe

sekian dahulu, Wassalamualaikum wbt

Monday, February 25, 2013

TAS TANGAN

Assalamualaikum wbt

dah bercuti ni, baru la rajin nak update blog...
jadi, entry kali ini, just wanna share here about my fav handbags..
ok, for now..ayu ada 3 fav tas tangan.
jom nengok2...hehe

pertama kali memiliki tas tangan sebegini...
selalunya ayu pakai yang biasa saja..
setelah memiliki tas tangan ni, tertarik ayu dengan kegunaan dan cara pakainya...
ala-ala mak datin pulak...
then, da jugak tali beg panjang yg diberi utk dipakai pelbagai gaya...

see, ayu memperagakannya...hehe..
sebelum outing ni, masa pertama kali ayu pakai beg ni...
ayu masukkan novel, purse dan handfon 'touch light' ayu...hehe
macam-macam boleh letak ni...
ayu memilikinya melalui *an**r**...
(rahsiakkan sebelum dihebahkan)
tunggu..nnt ayu story when it officially..hehehe
bila tengok beg ni, mesti pikir...'mesti mahal'...
sayang pulak nak pakai selalu...and ayu akan pakai utk ke majlis2 tertentu sahaja...
suka3....Alhamdulillah..

ok, next handbag
taraa....!!
its cute...ayu belinya di Melaka with abang ayu yang ke-2..
sepanjang program ayu kat shah alam...ayu rajin gi rumah abg kat Melaka setiap kali hujung minggu...
daripada tak buat kerja apa-apa, baik ayu gi sana dan bersama anak2 buah ayu...
hehehe
erm, sebab ayu suka beg ni...krna wrna dia sangat cantik..
then, its unique since there's colourful zip...
and
ada ni...
ntah nak dipanggil apa ntah, tapi comel laa...
xda pulak gambar yang ayu pakai beg ni...hehe

next...beg ayu ayu beli kat Shah Alam...
berkenan punya pasal...
teringin punya pasal....
and paling penting, da org sponsor...
^_^
murah saja....
ini dia..
hitam putih lak kan...so, boleh dipakai dengan baju apa pon..
sesuai belaka...

itu saja nak dishare utk entry kali ini..
sekian, Wassalamualaikum wbt

WALIMAH SADIQATI FEBRUARI

 Assalamualaikum wbt

lama ayu tinggalkan laman ini tanpa berita dan apa-apa entry...
ayu baru sahaja menamatkan kursus 4 minggu iaitu kursus Program Pentauliahan Profesional (3P).
Syukur Alhamdulillah, ayu lulus untuk 2 kursus...
sangat mencabar exam yang diberi tp Alhamdulillah rezeki..

okey, back to the topic on this entry...
semasa bangsa cina menyambut CNY, ayu pulak pulang ke kampung bertandang ke walimah rakan ayu (sadiqati = sahabat saya)...

pada 9 Feb, junior ayu dr SK Dulang hinggalah SMK Dulang mengadakan walimahnya di rumahnya yang berdekatan dgn kampung ayu..
berikutan ayu pulang bercuti, ayu dpatlah pergi...Alhamdulillah...

ni la junior ayu...muda 1 tahun kalau tak salah...
his hubby mmg look younger la and my friend, Raudhah sgtlah gorgeous...
ayu lak, amik berkat la kot dok sebelah pengantin tu...
rata-rata ngomong begitu lah bila bergambar dgn pengantin...hehe

ok, next..10 Feb, ayu ke Jitra...
seorang akhawat yang bersama-sama mencari ilmu dunia dan akhirat di UiTM Merbok mengadakan walimahnya di Sekolah Al Azhar.
Alhamdulillah, sempat bergambar dengannya....
majlis yang sederhana dan meriah juga.
tak sempat nak jumpa teman-teman usrah yang lain, mungkin kerana ayu pergi agak lewat...

bersama teman usrah, Sumayyah....also younger than me...
sgtlah berbesar hati, when i asked her, 'kenal lagi tak, maiyah??"
then, she answered, 'mesti la kenal...kak ayu'...
Alhamdulillah still keep in her mind bout me...

Barakallahulakuma....
Ayu doakan buat sahabat-sahabat, moga Allah melimpahkan rezeki buat kalian serta memberikan kebahagiaan di dunia sterusnya hingga ke Jannah...
Aamiinn...

sekian, Wassalamualaikum wbt

Friday, January 18, 2013

LEPAT PISANG IN DA HOUSE

Assalamualaikum wbt
malam pada hari ke-3 berada di rumah...
fikir lagi menu yang nak dibuat....
ternampak pula pisang wak comel-comel yang dah ranum...
mula la bisik kat mak...
'jom kita buat lepat pisang mak...?'
apa lagi..menjadi la plan tu...jom tengok gambar sambil potpet...

pisang dah dikupas, get ready utk lenyekkan....

selepas seketika masukkan gula secukupnya, tak manis tak sedap pula, manis sangat pun tak sedap juga...
so, biar sederhana manisnya...amalkan 5M..hehe
garam tak dilupa, secubit bersama lenyekan...
nampak biji pisang yang hitam-hitam tu...
sambil melenyek sambil lah buang biji-biji tu...
hehe

setelah dilenyekkan bersama gula+garam...
masukkan tepung gandum dan sedikit tepung jawi...
gaul rata...

masukkan pula santan

gaul sebati hingga boleh dinilai kepekatan yang kita mahukan...
then, ready utk dimasukkan ke dalam daun pisang dan dilipat kemas.

susun sebaiknya dalam loyang kukus...
dah boleh dikukuskan sebaik air kukusan mendidih...

inilah cara buat lepat pisang tradisi yang mak ayu ajar...
rasanya enak, lemak dan wangi...
thanks mak jadi consult ayu dalam bab memasak dan hal ehwal rumah...
^_^

till then...
Wassalamualaikum wbt

SENYUMAN AYAH

Assalamualaikum wbt...
18Jan adalah hari ke-3 berada di rumah sempena cuti semester yg agak singkat..
sambil membaca novel, tetiba nampak kelibat mesin padi masuk di halaman rumah...
dalam hati, 'mesti ayah nak amik padi rini'
mean, ayu rasa padi ayah akan dituai rini...
so, my expectation was true...
seketika lepas tu, terdengar suara ayah memanggil, nak minta ayu angkatkan dan pindahkan beliau ke kerusi roda utk keluar dr bilik dan menuju ke arah pintu...
dia nak tengok padinya dituai...
walaupun semua kerja dilakukan oleh org lain...
namun, ayah masih berpuas hati kerana dia masih dpt lihat hasilnya...
Alhamdulillah...

ayah ayu yang tersayang, melontarkan pandangan ke sawah padinya yg sedang dituai.

mesin padi yang menuai padi ayah...

ayah...senyum!! hehehe, ayah saja buat muka macam tu..ayah yang paling comel...
xpernah lekang dengan gelak tawa, gurau senda dan bicara walaupun fizikalnya tidak berdaya...
ayu sentiasa mendoakan ayah dan mak sentiasa sihat...
masih ingat lagi, dulu..ayah selalu marah ayu sbb dia xbg ayu sebut 'bendang ayah'...dia suruh ayu sebut 'bendang kita'..rezeki yang dia cari dulu adalah utk keluarga...
walaupun skg dia lemah dan fizikal tak berdaya, namun dia masih berdaya utk menguruskan hal bendangnya seperti mengupah org utk uruskan kerja2 sawah..namun, semua dilakukan melalui telefon...
kalau ayu takda, mak yang tolong pegang dail dan letakkan fon ditelinga ayah.
pernah disuarakan pada ayah dan mak bahawa ayu dah taknak sambung belajar sebaliknya nak tinggal dirumah dan jaga ayah...
namun, hrapan dorang yang mengunung tinggi menolak permintaan ayu utk berhenti belajar...
ayu akur dan agak terseksa pabila berjauhan dgn mereka...
mereka terlalu bermakna buat ayu...T_T
kadang-kadang, cemburu sgt melihat ayah kawan2 lain yg masih sht dan bersama dorang. 
tp ayu tak pernah menyesal dgn apa yg ayu tempuh...
ayu lebih beruntung mempunyai ayah dan mak yang sgt memahami dan terlalu amik berat sal ayu...
dan semestinya kita semua beruntung mempunyai ayah dan mak...
walaupun antara kita ada yg mak atau ayah atau kedua-duanya telah meninggal dunia, kita masih masih mempunyai mak dan ayah dan lebih mnguntungkn kerana Allah lebih menyayangi mereka...
oklah, terpanjang lebar pula coretan ayu....
let see last pic from my camera...

view semasa mesin padi menuai padi bersaksikan gunung jerai yang teguh terbentang...

sayang ayah dan mak selamanya...
till then,
Wassalamualaikum wbt