Assalamualaikum wbt
entry kali ni adalah entry sesi luahan perasaan ayu..
bukan bersifat nak menunjuk dan meminta simpati yer..
at least, ada jugak tempat ayu luahkan melalui hasil penulisan entry kat sini...
so, kpd sesiapa yg rasa ayu ter'lebih drama kat sini..
mohon maaf..
bukan apa, rambut sama hitam, hati lain-lain..
takut juga jikalau apa yg ayu buat, ada yg tidak puas hati dan tidak bersetuju..
mohon maaf sekali lagi yer..ayu banyak sgt kekurangan..
berbalik kepada tajuk entry kali ini...
setiap makhluk Allah yang miliki akal di muka bumi pasti berdepan dengan pelbagai episod suka dan duka tersendiri kan...
namun, ia bergantung kepada diri manusia itu sendiri utk menangani dan meneliti apa yang ditempuh sama ada suka atau pun duka...
kalau suka yg kita tempuh,
ada yang seronok tak terhingga hingga melupakan Pencipta yakni Allah SWT yg menganugerahkan keseronokan itu pada mereka...
ada juga yang sentiasa mementingkan diri dgn keseronokan yang tidak abadi itu...
walau apa pun,
Alhamdulillah, masih ramai yang tidak putus-putus mengucapkan syukur pd Allah tatkala dilimpahkan rahmat dan kegembiraan..
ada yang berkongsi kisah suka mereka bersama org lain...
dan seelok-eloknya, itu yg patut kita lakukan apabila mendapat rahmat, rezeki dan kegembiraan dr Allah SWT...
sekiranya duka yg kita tempuh,
ada yang terus-menerus berduka tanpa menghiraukan nasihat org lain serta tidak mempedulikan rahmat Allah disebalik duka yang diterima...
ada juga yang putus asa dgn segera setelah menemui kegagalan dan kedukaan tanpa sedar bahawa rezeki Allah tidak berhenti disitu serta Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya...
namun....
MasyaAllah, masih ramai yang masih mengagungkan ujian dr Allah walaupun menerima kedukaan dan badai...
mereka tidak pernah luntur dan resah menghadapinya kerana dengan ujian Allah, mereka dapat berfikir jauh dan lebih waras mengenai qada dan qadar dr Nya..
Subhanallah...
tidak kurang juga yang tidak berputus asa utk lakukan lagi apa yang mereka gagal tempuh tanpa sedikit pun perasaan goyah dek hasutan syaitan yg melemahkan semangat manusia...
dan sebenarnya, itu la yang patut kita lakukan sekiranya episod duka menerpa diri...
walau apa jua yang kita terima...
ia adalah yang terbaik buat kita dariNya...
setiap perkara yang berlaku, InsyaAllah hikmahnya akan diterima kemudian hari...
ramai yang percaya akan kasih syg Allah pada manusia adalah melalui ujian dan dugaan dariNya...
kalau kita tidak redha dgn setiap ujian dan ketentuan yang diturunkan, adakah kasih syg Allah bersemadi pada diri kita?
jawapan itu pada diri kita...
ayu tinggalkan persoalan utk renungan dan akal anugerah Allah kpd kita utk fikirkan dan muhasabah diri...
menjelang aidilfitri...
ada sahaja suka duka yang ayu tempuh...
Alhamdulillah, ayu redha dgn setiap ujian yang diturunkan...
walaupun pada mulanya, ayu sebak namun InsyaAllah pasti ada kebaikan disebalik semua ini...
ayu percaya..
suka??
ayu dapat kad raya tahun ini..mungkin 1 1 nya kad raya yang ayu terima utk tahun ini..
tak sangka sangat disaat posmen menghantar surat-surat ke rumah,
terselit juga kad raya utk ayu...
lihat saja setem yang dicop dari negeri cik siti wan kembang, kota bharu...
bermain difikiran, siapa empunya diri yang hantar kad raya utk ayu...??
ramai kawan-kawan yang tinggal di sana..
mula lah serkap jarang...
cantiknya kad raya, excited sangat nak buka sampai tak perasan warna kad raya adalah warna purple...
Alhamdulillah, memahami di penghantar...
rupanya ia 'Yang Benar, Be'...
dari classmate ayu, Atikah Syafeera Azia...atau lebih dikenali Be...
terima kasih tak terhingga kerana ingat pada ayu...
kita jumpa di shah alam yer...^_^
tengah hari, tengah membersih halaman rumah,
Subhanallah, kembang mekar bunga merah ini di halaman belakang rumah...
apa lagi, time to shoot...
seronok sangat dapat tengok bunga kembang mekar dgn warna asli ciptaan Allah Yang Agung...
Syukur Alhamdulillah juga kerana Allah sudah memberikan ayu peluang berterawih dan berpuasa tahun ini bersama mak ayah...
InsyaAllah kalau ikotkan sekiranya raya hari selasa, maka malam 28hb adalah terawih yang terakhir...pada malam terawih terakhir ni, terasa nikmat sangat solat walaupun dulu-dulu sangat liat nak solat terawih 20rakaat...
paling rajin dulu, 8 rakaat..macam-macam alasan yang ayu cari semata-mata malas nak solat sampai 20rakaat...
namun, sedar dari lamunan dan pemikiran kolot itu...
sesungguhnya, bila solat 20rakaat dan disudahi dgn 3rakaat witir membuat ayu lebih bertenaga dan segar serta tenang...
dan bila masuk hari terkahir solat terawih, ayu khuatir sekiranya tidak akan diberi peluang merasai nikmat Ramadhan lagi kelak...
namun, Allah Maha Pengasih, doa kita padaNya InsyaAllah dimakbulkan Allah...
kita akan bertemu dgn Ramadhan berikutnya dgn izinNya...
Alhamdulillah, 28.8.2011 adalah ulang tahun perkenalan & persahabatan ayu dan adi..
siapa adi?
memang kalau diikutkan, ayu jarang bercerita mengenai insan ini disini...
utk masa skrg, he's my waiting person...
he's too nice, pampered in family, nice person....
apa yang ayu kagum dgn dia adalah..dia sgt cool dan tenang...
dia tak mudah melatah dan not kind of hot-temper...
kenapa ayu suka perkenalan ini??
dia adalah kwan lelaki yang paling dekat dgn ayu bersama-sama kawan-kawan rapat perempuan ayu yang lain...
dia diantara orang yang memahami dan terlalu baik pada ayu...
jadi, sebab itu ayu suka kenal dgn dia...
happy anniversary buat ayu dan dia yang ke-3..Alhamdulillah...
apa-apa lagi tentang dia??
semuanya ayu serah pada Allah...
semua ditgn Allah...ayu terima setiap suratan...
^_^
duka???
raya kali ini, mungkin raya pertama buat ayu dan mak beraya tanpa ayah di rumah...
ayah di Hospital dan masih menerima rawatan disana...
moga Ayah segera pulih...
kata doktor selepas hasil pemeriksaan dan scanning by x-ray selama seminggu,
ayah mengalami 2 masalah di otak dan 1 masalah di tulang belakang...
tp penyakit sebenar-benar , doc belum beritahu dan masih dalam penyelidikan...
namun, doc ada memberitahu, ayah ayu mengalami symptom gout..
moga ia cepat disembuhkan...
jadi, ayah ayu sudah mula berhenti berpuasa starting by 28th August utk menjalani rawatan dan mengambil ubat-ubatan yang diperlukan...
walau apa pun, yang terjadi dalam hidup ayu..
Alhamdulillah, ayu rs tenang bila fikirkan setiap kebaikan disebalik musibah...
jadi, jom terapkan diri sbg sifat berfikiran positif dalam pa jua rintangan..
InsyaAllah, Allag bantu mempermudahkan setiap pekerjaan...
Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya...ampun maaf zahir dan batin ^_^
Wassalam..
8 comments:
salam perantauan... selamat hari raya maaf zahir batin
salam....selamat hari raya juaa..
salam aidilfitri..huhuh
harus bermuhasabah pada ramadan terakhir ni. salam aidilfitri.
aku pun dapat sekeping hahaa
saiful nizar-salam aidilfitri dik..ampunkan dosa kak ayu yer...
anyss-setuju dgn anda...moga Allah beri peluang lg utk kita merasai Ramadhan akan dtg..
azuan-kira bersyukur la da jugak yg ingt pd kita melalui kad raya..hehe
Post a Comment