Monday, August 29, 2011

SUKA DUKA MENJELANG RAYA 2011

Assalamualaikum wbt
entry kali ni adalah entry sesi luahan perasaan ayu..
bukan bersifat nak menunjuk dan meminta simpati yer..
at least, ada jugak tempat ayu luahkan melalui hasil penulisan entry kat sini...
so, kpd sesiapa yg rasa ayu ter'lebih drama kat sini..
mohon maaf..
bukan apa, rambut sama hitam, hati lain-lain..
takut juga jikalau apa yg ayu buat, ada yg tidak puas hati dan tidak bersetuju..
mohon maaf sekali lagi yer..ayu banyak sgt kekurangan..

berbalik kepada tajuk entry kali ini...
setiap makhluk Allah yang miliki akal di muka bumi pasti berdepan dengan pelbagai episod suka dan duka tersendiri kan...
namun, ia bergantung kepada diri manusia itu sendiri utk menangani dan meneliti apa yang ditempuh sama ada suka atau pun duka...

kalau suka yg kita tempuh, 
ada yang seronok tak terhingga hingga melupakan Pencipta yakni Allah SWT yg menganugerahkan keseronokan itu pada mereka...
ada juga yang sentiasa mementingkan diri dgn keseronokan yang tidak abadi itu...
walau apa pun,
Alhamdulillah, masih ramai yang tidak putus-putus mengucapkan syukur pd Allah tatkala dilimpahkan rahmat dan kegembiraan..
ada yang berkongsi kisah suka mereka bersama org lain...
dan seelok-eloknya, itu yg patut kita lakukan apabila mendapat rahmat, rezeki dan kegembiraan dr Allah SWT...

Saturday, August 27, 2011

ZAMAN KAD RAYA

Assalamualaikum WBT
teringat zaman-zaman dulu...
masa era IT belum tersebar luas macam sekarang...
kalau diingatkan, dulu memang rasa nikmat raya tu lebih dr sekarang...
mungkin sebab faktor umur yang  masih muda dulu..
dapat main bunga api, jalan-jalan waktu malam tengok cahaya pelita rumah jiran-jiran..
join main mercun...hehe
yang peliknya, dulu-dulu jarang dgr orang cedera main mercun...
mungkin mercun dulu tak sehebat mercun sekarang kot..
Wallahualam...
utk adik-adik, jangan main mercun yer...! ^_^

faktor lain lak, yang nak dihighlightkan dalam entry kali ni adalah....
mungkin sebab dulu-dulu dapat kad raya banyak...
dahulu, 2 minggu before raya, dah siap beli kad raya dan setem utk dipos kepada kenalan-kenalan...
ayu pulak, jenis suka beli yang 5 keping RM2.50
paling mahal pun, beli kat best2 friends la..
macam-macam bentuk, warna dan keunikannya...
ada yang kad special khas utk ibunda, ayahanda, kekanda, kekasih, kakak, abang, sahabat, teman...& byk lagi...
ayat-ayat yang ditulis dalam kad memang cukup puitis , dramatis, toptis lah...
kalau baca pun, leh meleleh air mata...(kadang-kadang jer)
seronok betul hantar kad raya dulu-dulu....

ha...paling seronok, bila dapat kad raya !!!
inilah beberapa contoh kad raya yang pernah ayu terima dahulu...
memang suka kumpul sampai ada yg berhabuk...
tidak kurang juga yang kad muzik yang sudah tidak berfungsi muziknya..
bateri dah habis mungkin...
paling terharu apabila sahabat-sahabat yang berada berjauhan menghantar kad raya melalui pos...
terasa diri dihargai...
dorang setiap tahun tak pernah miss sampai la zaman internet,dah stop by pos and hantar e-kad raya pakai email, fb dan sebagainya pula...
"zaman kad raya tidak akan jadi sejarah"
 walau apa pun, ayu percaya masih ramai yang terus menjalankan budaya hantar kad raya ini..
ayu juga kalau ikutkan, tahun lepas masih menghantar kad raya...
namun, tahun ini tidak dapat membelinya atas sebab-sebab tertentu..
InsyaAllah, tahun depan, kalau umur panjang..budaya menghantar kad raya akan diaktifkan..=)

sekian, Wassalam

Friday, August 26, 2011

SAYA BLOGGER GADIS MELAYU

Assalamualaikum..
hari ini ayu join usaha seorang blogger yang nama pun sama dengan ayu iaitu Cik Ayu dalam usaha mengumpulkan para-para blogger gadis melayu...
so, the first thing, this is the banner...
dari blog Cik Ayu 
next step, ayu nak tag Cik As , Cik Moshi , Cik Tya serta Cik Lyna
jom pakat-pakat join dan menambah kenalan gadis melayu...

salam Ramadhan dan salam Lebaran..
Wassalam..

Thursday, August 25, 2011

SEKALI LALU

Assalamualaikum wbt
lagi beberapa hari lagi akan menjelangnya aidilfitri...
lama jugak ayu tak update laman ungu ni..
bukan sebab tiada idea...
ada idea then kerja tunda jer utk update..
so, ini lah jadilah..dicombinekan sekali dalam 1 entry..

1.
21hb baru-baru ini, ayu ke merbok..
melawat para-para kenalan disana selain berbuka puasa dan bersahur bersama...
paling terasa kemeriahan nak sambut lebaran adalah bila masuk ke UKK..
unit kaunseling...
sebab...
 cantikkan hiasan yang dibuat, terasa semangat raya bila tengok side ni...
siap ada balang kuih raya lagi, nasib puasa bila berkunjung di sana...
kalau tak, selamat la kuih tu ke perut..
anyway, gambar yang diupload di ambil ketika waktu malam selepas berbuka puasa bersama rakan-rakan PM..
 sebelum berbuka puasa, sempat posing dikamera..tak nampak macam letih puasa pon..hehe...
mereka-mereka yang sangat ceria..
tak lokek dgn sumber perbualan dan ketawa...
memang tak kering gusi with them..
semasa kesana, ayu dengan feedi sahaja kerana memandangkan yg lain-lain sibuk dgn urusan sendiri..
jadi, before kami sambung belajar ke tempat lain, spend time sehari dua bersama kenalan-kenalan merbok..
kak sini, nak ucapkan a lot of thanks....
thanks feedi@fifi mengajak ayu ke sana and ajak ke cinta sayang...sgt amat memahami merealisika impian ku.....^_^
thanks tatina@farina, menumpangkan ayu bermalam di rumah sewa selama 1 malam, sgt nikmat tidur disana...tak puas nak borak-borak dengan tatina, tatak wan dan syu....
thanks to siti hawaliah @ Alya, yang menunggu ayu di village mall serta memberi kerepek raya dan pin-pin bunga comel...pernah berhasrat utk memiliki pin macam tu, tp ada yg memahami dan memberi pada ayu..tq al..
thanks to najwa, sharing a story...moga ini baik, InsyaAllah...
thanks to nana, din, miji, madz, remy, saiful, azly, ehsan, ayed, syam, juju and sapa lagi yer...urm..

2.persiapan raya?? 
langsir bilik ayu dah dipasang....

3.mood: sedih~
ayah berada di Hospital Pulau Pinang..
moga ayah cepat sembuh, dan boleh berjalan kembali seperti dulu,..
serta kita akan menyambut syawal bersama dirumah..
sedikit dugaan Allah sbg tanda kasih sygNya pada kita, wahai ayah..TABAH...
ayu sentiasa di sisi ayah...

sekian, Wassalam..

Sunday, August 21, 2011

DAPAT DOODLE MOMO...

Assalamualaikum...
this doodle came from the owner of db_momo blog
thanks adi...
doodle ini dilukis berdasarkan patung sotong chumel iaitu MOMO..
nak tahu rupa sebenar momo, jom ke blog SINI
anyway, blog tu juga adalah hasil perkongsian bersama dengan saudara Adi..
ziarah-ziarah la selalu...
ni, gambar ayu dicreate oleh adi..
^_^
Wassalam..