Saturday, June 20, 2009

KePaDa SAhAbAt BaiKKu

Assalamualaikum w.b.t…

Post kali ini adalah ditujukan khas buat sahabat yang betul-btul hamba sayangi walaupun belum genap setahun perkenalan antara kami...Disebabkan sahabat hamba ini sedang menjalani dugaan dan ujian Allah s.w.t ,hamba di sini sentiasa berdoa untuk dirinya agar diteguhkan kekuatan diri dan kecekalan hatinya..

Kepada sahabat yang diingati,Ashy…

“Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri,dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan-kesalahanmu”

(Surah asy-Syura, ayat 30)

Melalui ayat dalam surah ini,ditegaskan bahawa apa yang berlaku terhadap diri kita merupakan hasil dari perbuatan dan amalan kita.sekiranya baik perbuatan dan amalan kita , maka sejuta hikmah Allah turunkan kepada kita.Namun sekiranya kurang amalan dan salah perbuatan kita walaupun sekecil kuman,tetaplah jua Allah turunkan ujian dan dugaan.semua itu bukan lah untuk menunjukkan balasan terhadap perbuatan kita tetapi untuk memberi kesedaran kepada kita dan pengajaran supaya perkara tersebut tidak kita ulangi.Justeru,tempuhlah dugaan sementara ini.fikirlah,mungkin ujian untuk orang lain lebih berat dari ini.Mungkin Allah nak kita lebih dan memperbanyakkan amalan terhadapNya dan sentiasa memohon HidayahNya untuk kehidupan yang berpanjangan serta membaiki kesilapan lalu.Allah uji diri kita kerana Allah sayangkan kita kan ashy??u have told me that statement before.i still remember..=)

Sesungguhnya Jibrail a.s pernah berkata kepada Allah : “Wahai Tuhan,Engkau sampaikan hajat hambaMu”,maka Allah menjawab : ”Biarkan hambaKu itu,kerana Aku mencintai rintih suaraNya”.
-Anas b Malik r.a

So, cari la masa yang sesuai berdamping la dengan Tuhan yakni Allah s.w.t.memperbanyakkan berzikir serta solat sunat dan berselawat ke atas Rasulullah,semoga memperoleh syafaat Rasulullah.lakukan lah dengan sepenuh hati dan ikhlas kerana Allah.InsyaAllah,Allah takkan sia-siakan amalan hambaNya…

Ashy, jangan bersedih,Allah sentiasa bersamamu...pb juga,mr i juga.member2 ashy yang lain juga..kalau ashy sedih,ktorang pun sedih,kalau ashy gembira,ktorang pun gembira...
Moga post kali ni memberi kesan kepada hati-hati yang sentiasa ingin berada di landasan Allah…InsyaAllah..

Sekian, Wassalamualaikum w.b.t

No comments: