Sunday, November 28, 2010

CuTi SeMesTeR aYU..

Sedang meniti cuti semester yang bermula pada 12hb Nov.Syukur Alhamdulillah, diri ini ditawarkan kerja di bahagian kewangan UiTM Kedah utk mengisi hari2 terluang cuti semester ini.
Agak memenatkan juga...
for the first day pun, demam mengiringi diri tetiba sahaja..
sudah hamba agak kenapa..
mungkin hamba tak biasa berada dalam ofis yg suhu dinginnya yg agak tinggi..
dalam demam2 pun, banyak juga kerja yg dapat dibereskan..
jom,jalan2 tengok kolej baru UiTM Kedah.


KOLEJ MURNI- time ni da kerja kena cari aset UiTM & labelkan

pada hari hamba start kerja 21hb Nov, sepupu hamba melangsungkan perkahwinannya,
so, hamba tak dapat menghadirkan diri..
doa hamba sentiasa utk kebahagiaan mereka berdua..


gambar pernikahan safri & sofea
kak lela,dah hamba anggap dia seperti kakak hamba sendiri..26 Nov, pernikahannya berlangsung...moga kak lela dan suaminya bahagia bersama...

si kecil yg dirindui, Hanis Hanani...anak saudara hamba.dia balik ke kg baru2 ini, tapi hamba tak dapat luangkan byk masa bersamanya..maafkan anjang,nis..nnt anjang balik kampung kita bersama lagi..

Hari Raya Qurban yang disambut bersama sahabat baikku...
sekian Wassalamualaikum wbt...

Monday, November 1, 2010

"BuNgA iDaMAn"

Assalamualaikum wbt...

sedang hamba meneliti mesej2 dakwah di dalam facebook..sempat hamba terbaca mesej dari rakan seperjuangan, Ainaa Al Mardhiyah..

melalui pembacaan hamba,..sungguh hamba berharap seperti yg sama...

so, hamba kongsikan disini....
Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu.Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.

Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.

Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.

Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.

Aku mula bermonolog..

Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...

"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.



AMINNN....



selamat hari lahir ma, Rahimah binti Ahmad yg ke-60...

semalam hamba call ma, ma cakap "ma dah tua daa..."

and hamba bls.."ma xtua n sentiasa muda di hati anak ma ini...syg ma sgt"..

segala kebaikan ayu doakan utk ma....

lindungi ibuku,YA ALLAH....