Assalamualaikum wbt
entry kali ni adalah entry sesi luahan perasaan ayu..
bukan bersifat nak menunjuk dan meminta simpati yer..
at least, ada jugak tempat ayu luahkan melalui hasil penulisan entry kat sini...
so, kpd sesiapa yg rasa ayu ter'lebih drama kat sini..
mohon maaf..
bukan apa, rambut sama hitam, hati lain-lain..
takut juga jikalau apa yg ayu buat, ada yg tidak puas hati dan tidak bersetuju..
mohon maaf sekali lagi yer..ayu banyak sgt kekurangan..
berbalik kepada tajuk entry kali ini...
setiap makhluk Allah yang miliki akal di muka bumi pasti berdepan dengan pelbagai episod suka dan duka tersendiri kan...
namun, ia bergantung kepada diri manusia itu sendiri utk menangani dan meneliti apa yang ditempuh sama ada suka atau pun duka...
kalau suka yg kita tempuh,
ada yang seronok tak terhingga hingga melupakan Pencipta yakni Allah SWT yg menganugerahkan keseronokan itu pada mereka...
ada juga yang sentiasa mementingkan diri dgn keseronokan yang tidak abadi itu...
walau apa pun,
Alhamdulillah, masih ramai yang tidak putus-putus mengucapkan syukur pd Allah tatkala dilimpahkan rahmat dan kegembiraan..
ada yang berkongsi kisah suka mereka bersama org lain...
dan seelok-eloknya, itu yg patut kita lakukan apabila mendapat rahmat, rezeki dan kegembiraan dr Allah SWT...