Assalamualaikum wbt
malam pada hari ke-3 berada di rumah...
fikir lagi menu yang nak dibuat....
ternampak pula pisang wak comel-comel yang dah ranum...
mula la bisik kat mak...
'jom kita buat lepat pisang mak...?'
apa lagi..menjadi la plan tu...jom tengok gambar sambil potpet...
pisang dah dikupas, get ready utk lenyekkan....
selepas seketika masukkan gula secukupnya, tak manis tak sedap pula, manis sangat pun tak sedap juga...
so, biar sederhana manisnya...amalkan 5M..hehe
garam tak dilupa, secubit bersama lenyekan...
nampak biji pisang yang hitam-hitam tu...
sambil melenyek sambil lah buang biji-biji tu...
hehe
setelah dilenyekkan bersama gula+garam...
masukkan tepung gandum dan sedikit tepung jawi...
gaul rata...
masukkan pula santan
gaul sebati hingga boleh dinilai kepekatan yang kita mahukan...
then, ready utk dimasukkan ke dalam daun pisang dan dilipat kemas.
susun sebaiknya dalam loyang kukus...
dah boleh dikukuskan sebaik air kukusan mendidih...
inilah cara buat lepat pisang tradisi yang mak ayu ajar...
rasanya enak, lemak dan wangi...
thanks mak jadi consult ayu dalam bab memasak dan hal ehwal rumah...
^_^
till then...
Wassalamualaikum wbt