Monday, September 24, 2012

FORUM & IDOLA AYU

Assalamualaikum wbt
pada 21/9/2012 baru-baru ni..ayu berpeluang menghadiri satu forum yang dikendalikan oleh Unisel dan kerajaan negeri Selangor di Wisma Mais, Seksyen 3...
forum yang diberi nama 'Cinta Kampus' telah mendapat sambutan yang hangat oleh para remaja dan warga institusi yang berdekatan...
tidak ketinggalan ada juga yang dari jauh bertandang ke forum tersebut kerana penceramah yang dijemput adalah bukan calang-calang penceramah..
mereka adalah yang terhebat dikalangan yg hebat...

ni adalah flyers nya...lihat penceramah dan vip yang dijemput...dan salah seorang dari mereka adalah idola ayu. Alhamdulillah ayu diberikan peluang dr Allah utk bertemu live dgn beliau iaitu Ustazah/Kak Fatimah Syarha, penulis novel dan karya islamik, Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasulullah, Tautan Hati, Seindah Mawar Berduri, Syabab Musafir Kasih & Cinta High Class...
bagai nak menjerit riang dapat mengikuti forum tersebut..
malah dikelilingi remaja dan anak muda yang semuanya menutup aurat dan islamik semuanya membuat ayu selesa disana dan terus mengikuti forum hingga tamat..
ini banner yang sebagai penyeri pentas...beza nya, banner ini direka lebih panjang utk memenuhi dan sesuai sbg background pentas..
ayu tak dapat shoot apa-apa di sana kerana ayu tidak menyangka dapat kedudukan dihadapan stage..
justeru, ayu tidak membawa kamera ayu..
terasa rugi pula..
tp ayu puas hati overall...Alhamdulillah..

antara flyers dan sedikit cenderahati yang ayu dapat selepas ayu dan rakan-rakan mendaftar di kaunter yg disediakan...
antara intipati yang diolah dalam forum tersebut adalah...
"cinta sebagai fitrah manusia"
"cara utk menguruskan cinta dlm diri menurut Islam"
"adab dan proses bertunang(khitbah)"
"keistimewaan bercinta selepas bernikah"
"cara mengatasi keretakan rumah tangga"
MasyaAllah, Subhanallah, semua yang dibincangkan adalah sangat menepati dgn kehendak remaja muslim masa kini...

dan selepas para penceramah selesai mewarnai forum...
 ayu mendapat peluang bergambar dgn idola ayu...
semasa nak salam tangan beliau, terasa ketar seluruh badan..
ayu sangat mengkagumi beliau..
karya-karya beliau banyak membantu ayu dalam menjalani kehidupan ayu..
semenjak mengemari karya beliau, ayu banyak memuhasabah diri..
terasa sangat kerdil ayu bila bersama beliau...
Subhanallah cukup indah lg semasa dapat bersalam, berpelukan dan bermesra dgnnya walau seketika...
terima kasih Ustazah Fatimah Syarha..
kalau dapat ayu bertemu Rasulullah SAW yang lebih dikagumi...
MasyaAllah...
boleh jadi pengsan ayu kerana sdgkan dgn novelis islamik pun dah ketar diri..huhu

sekian dulu,
Wassalamualaikum wbt

Sunday, September 23, 2012

RIADAH + HARGAI ALAM

Assalamualaikum wbt
weekend yang agak membosankan dan taktahu apa nak buat...
ramai yang pulang ke rumah sebab rumah dekat..
jelesnya...
tapi ayu kat merbok dulu pon macam tu jugak..
jumaat sabtu, sah ada kat rumah...
so, adil lah kan bila berada kat tempat orang camni...

sabtu petang Ayu, Siti, Dibah dan Aisyah menuju ke Tasik Shah Alam...
saja nak ambil angin petang serta mencari aktiviti yang sesuai...
setibanya di sana, ramai yang sedang beriadah...
serta ramai jugak yang berdating...
tak ketinggalan, ramai family2 yang berkunjung....
Dibah dah mula berjoging...Ayu, Siti & Aisyah ambil keputusan utk berkayak...
tp ramai pulak yg queue...
so, kami jalan-jalan di sekitar tasik sambil berborak dan berkongsi cerita...
tak lepas dek tangan ayu untuk shoot apa yg menarik...
tenang bila bersama alam..seronok tengok kehijauan dan warna-warna yang natural....

Siti & Aisyah terpana dan terpesona memandang arah tasik...

tak melepaskan peluang utk bergambar bersama Siti yang baik dan comel...

mereka rakan sekolah di Kelantan...sama-sama menyambung pengajian di Institusi yang sama...Ukhwah Fillah..
anyway, mereka teringin nak naik itik kat belakang tu..entah la nama apa..hehe

so, just melihat org naik ja lah..nak naik tp terlalu ramai org yang beratur menunggu giliran..
maybe, kami perlu dtg waktu hari biasa...

apa-apa pun, seronok dapat luangkan masa bersama...
Alhamdulillah..
sekian dulu,
Wassalamualaikum wbt

Friday, September 21, 2012

OPEN HOUSE SYAWAL 2012

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, dah 2 minggu sesi semester baru telah bermula..
overall kelas okay tp masih ada kelas yang belum ada lecturer...
so, just go to the class, and stay for half an hour..
then, return to college..
weekend before, ayu g UPM and takda masa lak nak update blog..
so, tu lah sebab, kenapa setiap kali buka blog, gambar kuih raya yg mnyerikan blog..hehe
but for this weekend, InsyaAllah ada perkongsian yg nak dititipkan disini..

hari sabtu yang lepas, kelas ayu ada wat trip ke open house rumah lecturer, Puan Salemah dan rakan kelas kami, Alifah...
malas nak cerita panjang...jom tengok2 gambar yang ada yaa..
time menunggu kenderaan tiba...sempat posing-posing before make-up gadis2 cair...hehehe
and that day, tudung ayu membentuk dgn bulatnya dan menjadikan muka ayu jd bulattt.so, si tudung putih itu lah ayu..hehehe

dalam perjalanan menuju ke rumah Puan Salemah...4 kereta berkonvoi....
4 PROTON...

ini meja gadis 1,antara tetamu yang awal tiba, kami lah tu...tu pun, pas pusing-pusing cari rumah Puan Salemah, Alhamdulillah  masih da rezeki utk jumpa rumah Puan n menjamu selera...
ni meja gadis 2...hehe, meja guys kat belakang sikit..segan nak g shoot..jadi, takda gambar dorang disini...
makanan2 yg superb hebat, ada spageti, nasi himpit, nasi merah, roti jala, daging kambing and so on...=)
dan makanan yg menjadi pilihan ayu, spageti...
Alhamdulillah kenyang...

bergambar kenang-kenangan bersama Puan Salemah dan cucunya....
ni semua rakan sekelas ayu...very superb friends..

before gerak ke rumah Alifah, kami berhenti ditepi jalan kat stadium Shah Alam sementara menunggu kereta yang lain sampai....
so, shooting time...cantik permadangan stadium yang kosong dan luas permadangan kat situ memandangkan kedudukan kami yang strategik dan sesuai utk bergambar..hehe

ayu pun tak lepaskan peluang bergambar bersama kawan-kawan...

gambar ala-ala rehlah gitu...^_^

setibanya kami di rumah Alifah...jamuan dah terhidang...
menunya, bihun/mee sup, agar2, kuih2 raya, nasi himpit+kuah kacang, jambu batu+serbuk asam...
Alhamdulillah kyg sgt hari tu...

ha..ni acara yg paling penting,bergambar kenang-kenangan bersama Alifah dan ayahnya..mak dia sibuk di dapur and ada tetamu lain yang dtg...

sekalung perhargaan buat Puan Salemah dan Alifah atas jemputan istimewa jamuan raya tahun ni..
jutaan terima kasih juga buat sahabat kelas PureMath 5B 2012...

itu sahaja dahulu utk entry kali ini...
sekian , Wassalamualaikum wbt