Friday, December 23, 2011

3333


Jumaat, 23/12/2011
genap..
3 TAHUN, 3 BULAN, 3 MINGGU, 3 HARI...

Thursday, December 22, 2011

DEMAMKU

Assalamualaikum WBT...

dalam meniti minggu terakhir sesi pengkuliahan,
dengan 3 hari test berturut...
dengan keupayaan yang ada, ayu harungi dengan sebaiknya bersama rakan seperjuangan...
hingga hari ke-3, usai test berakhir...
terasa 1 badan mengalami lenguh dan tidak bertenaga...
hinggakan untuk berjalan juga, terasa diri keawangan dan hampir untuk tumbang.
perjalanan ke kolej juga terasa begitu jauh..
namun, dalam hati ayu cuba pujuk diri supaya kuat dan tabah..
tak pernah ayu rasakan badan ayu macam ni...

sebelum tiba ke bilik,
ayu telefon mak, dan bertanya kenapa keadaan ayu mcm ni...
mak kata 'adik nak demam campak kot, selalunya org nak demam campak, badan akan lenguh2..tapi adik dah pernah kena dah masa kecik dulu..erm..'..
sebelum menamatkan perbualan,
mak suruh ayu berehat dan makan ubat demam...
sampai sahaja bilik, langkah ayu dah tak boleh nak teruskan dan terus tumbang atas katil...
mungkin ayu tak dapat nak pujuk diri ayu untuk terus kuat..
dengan baki tenaga yang ada, ayu smpat letak beg dan buku..
dan tanggalkan stokin dan tudung..
kemudian, memang tak ingat apa2...
bangun semasa asar, badan ayu amat panas..
rupanya, memang tadi sympton ayu nak demam...
terima kasih byk2 kpd kwn2 yang prihatin tntg ayu...
sesungguhnya, bila sakit ni...
Allah nak tengok keimanan kita bila ditarik sikit keupayaan yang ada...
adakah kita masih mengingatinya dan beramal utknya seperti sdiakala..
adakah kita terus menerus mengeluh dan bermuram durja dgn ujian drNya...
walau apa pun,apa aja yang kita da sekarang hanyalah pinjaman dariNya...
tubuh badan, kesihatan yang baik, sgala nikmat sume milikNya...
gunakan dgn sebaiknya...
sakit juga adalah salah satu inisiatif untuk Allah mengurangkan dosa-dosa kita yang dahulu..
jadi, muhasabah diri selalu dan always be positive..

sekian, Wassalam..

p/s:tatkala ini, ayu dh sht, Alhamdulillah..Ya Rahman, Ya Rahim..ayu bersyukur...esok hari kuliyah terakhir...

Saturday, December 17, 2011

JOM RENUNGKAN

Assalamualaikum...
jom merenung & menghayati kata hikmah ini...
tabah,itu yang kita mahu..
moga ini baik, InsyaAllah..

sekian, Wassalam

Thursday, December 15, 2011

AIMAN NABILAH'S TAG

Assalamualaikum WBT...
menyusul pula entry kali ini adalah untuk merantaikan tagging oleh Cik Aiman Nabilah..
ok first of all, lets we copy paste the rule..
______________________________
RULES FOR THIS TAG !
1) You must post these rules in your entry
2) Each person must post about themself in their jurnal
3) Answer the question that tagger has set for you in their post and create
11 new question for the people you have tagged to answer
4) You must choose 11 people to tag and link then to your post
5) Go to their page to tell them that you have tagged HIM/HER
6) No tag back
7) No stuff in the tagging section "You are tagged if you are reading this"
_____________________________
second point, jurnal??
Bismillahirramanirrahim...
nama diberi Hidayu Bt Haron, im 21 since im born in June 1990..merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga dan mempunyai 3 orang abang yang rata-ratanya telah bekerjaya dan berumah tangga..
im mathematic student at Uitm Shah Alam and i came from Yan,Kedah..suka dalam bidang fotografi and im the one of in Hijab's Photographer field..my photography is more to nature thing and sometime i enjoy myself in capturing wedding ceremony event and brides. 
most important thing, i live in this world because of Allah and i love all people because of Allah...
sempat lagi letak gambar kan...i love purple color...thats why my blog have created in such color..^_^
____________________________
ok, cik Aiman dah bagi 11Q untuk di jawab..jom copy soalannya...
1) budak2, remaja dan dewasa. mana best dan kenapa?
2) feveret fast food
3) mkna behind your blog name
4) lagu yg paling dekat dgn jiwa kamu
5) best movie ever yg kamu pernah tgk
6) laman social paling best untuk kamu
7) jenama laptop yg kamu pakai
8) sekarang stdy ker kerja?
9) gila gadget tak?
10) bnda paling takot dlm hidup ?
11) blog aiman nabilah was ___________ isi tempat kosong.

dengan lafaz Bismillah, jawapannya adalah

1)budak2 la best, because for me, at the age, we just think to play n play n play more..takde perasaan yang menganggu fikiran dan tidak mempuanyai tanggugjawab lagi...rindu saat2 kecil.
3)fast food? erm....KFC kot but chessy wedges jer yg sedap bg ayu..hehehe
3) Purple ON Book???erm..kena tanya orang yang createkan laa...ayu pun taktau sebab blog ini hadiah darinya and tugas ayu just write an entry when im free from do other thing..yang boleh diberitahu, Purple sebab ayu suka purple...=)
4)lagu?dengar tak lagu dalam blog ayu? OPICK-Rapuh..itulah satu2nya lagu yang menusuk qalbu dan menenangkan..Alhamdulillah.
5)best movie yang yg ayu tengok- Ketika Cinta Bertasbih...Anna Alfathunnisa,Subhanallah indah akhlaknya...nak mmpunyai sifat mcm watak dia dalam cerita tu..=)
6)laman sosial?of course zaman mukabuku sekarang kan..kwan2 lama pun leh jumpa.tp kena gunakan sebaik mungkin...and laman blogger..^_^
7)Acer, abg and ayah belikan..
8)tengah merangkak2 study lagi...hehe
9)of course DSLR....nothing more than that...
10)takut pd hari pembalasan dan qiamat dan wjib beriman kpdnya kerana Allah.
11)ok nak isi tmpat kosong utk Aiman...."very nice and awesome.."
______________________________
my turn to create question...hehe

1) seronok tak kena tag macam ni??hehehe
2)boleh tau tak, pandangan anda mengenai 'kahwin muda'?
3)apa kata-kata motivasi yang menarik buat anda?
4)siapakah artis nasyid kegemaran anda?
5)nama2 Islam yang paling anda rasakan cantik dan mempunyai makna yang baik?
6)pekerjaan yang paling anda kagumi selain tenaga pengajar?
7)satu perkataan yang terbaik utk anda describe mengenai kawan baik/tunang/suami/isteri anda?
8)cara anda merajuk macamana ye?hehe
9) 2 benda yang paling penting dalam hidup anda?
10) antara sejarah dan matematik, mana pilihan anda?
11) kata-kata semangat utk ayu??hehe

harap soalan2 ni lebih senang dr final exam yang bakal menjelang Jan nnt..hehe
_______________________________
tagging time!!!

i- Kak Wa
ii- Adi
iii- Kak Masni
iv- Alya
vi- Moshi
vii- Ziqah
_______________________________
ada masa terluang jawablah yer...InsyaAllah, ini akan mengeratkan kita lg sbagai sahabat blogger..=)
follow la blog Cik Aiman sekali...
thanks Aiman Nabilah..

sekian, Wassalam

ayu'note: my final exam 4Jan 2012-19Jan 2012...

Monday, December 12, 2011

WEDDING | FADZLI & ISFATEHAH ADI

Assalamualaikum...
ayu tak dapat nak update semalam sebab terlalu letih...
ayu juga, bertolak ke Shah Alam pada malam td dan Alhamdulillah selamat tiba di Kolej Mawar pada pukul 5.42 pagi.
ayu jugak dah setle shooting ke-3 ayu di Kuala Nerang, Kedah semalam bersamaan 11hb Disember 2011.
bagi ayu, sangat meriah majlis bertandang kali ini...
kira-kira 11 biji kereta yang menyertai konvoi pengantin ke sana dr Pekan berdekatan dengan rumah pengantin lelaki...
jom cuci mata dgn hasil shoot tak seberapa ini..^_^
kak Isfatehah @ kak Ela, sebelum berangkat ke Kuala Nerang.

kak Ela bersama suaminya tersayang...

mereka sweet...

di Kuala Nerang...

ayu doakan kebahagiaan dari Allah menjadi milik mereka selamanya...

mohon restu sebelum keberangkatan rombongan pengantin perempuan untuk pulang..
sesungguhnya kasih ibu terhadap anak perempuannya tidak berbelah bagi walaupun si anak telah menjadi milik orang...

Alhamdulillah, semua telah selesai...
cuti ayu pun dah berakhir...
shooting ayu pon dah beres utk kali ini..
now, focus on my study...

moga Allah merahmati kita semua di dunia dan akhirat..
sekian, Wassalam..

ayu'note: get ready for settle up assignment, study for quiz & test, get ready for final exam on beginning of Jan..moga ini baik, InsyaAllah.

Saturday, December 10, 2011

WEDDING | AZMI & SITI

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..shooting ayu yang ke-2 untuk holiday kali ni telah berakhir.. ^_^
10hb Disember 2011 adalah majlis kenduri di rumah saudara ayu di Merbok..
pengantinnya adalah abang sepupu ayu...
orang rumahnya yakni isterinya adalah orang Pokok Sena, Kedah.
here, sedikit hasil shoot ayu yang tak seberapa..
kasih ibu hingga ke syurga..adat penyerahan si pengantin perempuan oleh keluarganya yang dilangsungkan di Pokok Sena...penuh dengan kesyahduan tatkala, mak dan ayah memeluk erat anak perempuannya yang kini telah menjadi milik insan bergelar suami...


candid2...hehe


suami menyuap si isteri dengan penuh berhemah..


sesi fotografi di dalam kamar pengantin..


eh, abg azmi dah bertukar..memandangkan abg Azmi adalah seorang tentera, dia mengenakan busana khas pekerjaannya...sweet..


moga cinta kalian hingga ke syurga..

selamat pengantin baru, abg Azmi dan Kak Siti...
moga bahagia selalu dan sentiasa berada dibwah perlindungan Allah dari pelbagai dugaan rumah tangga dan dunia..Aminn.

p/s: ayu tengok,gmbr ayu ambil mcm kabur jer kat entry ni..huhu..so, kalau nk tengok gambar yang jelas n kualiti gambar yg di shoot ayu, klik jer kat gmbar tu yer..hehe

sekian, Wassalam..
ayu's note: tomorrow never die....wedding kak Ela & Abg Fadzli pula...xsabar menunggu hari esok..hehe..walaupun tak pandai sgt bab2 shoot..gagah jugak nak cuba...tak salah kan?..hehe

Friday, December 9, 2011

AQAD NIKAH | ROSNIZA & ADNAN

Assalamualaikum wbt
first shooting time for my holiday!!hehe
9hb Disember 2011 merupakan tarikh bersejarah antara pasangan kak Rosniza dan abg Adnan...
masing-masing yang tinggal di daerah Yan telah selamat diijabqabulkan dalam satu lafaz oleh abg Adnan di Masjid Kg Dulang Besar pd petang jumaat...syukur Alhamdulillah..
my duty as HP begin here for my holiday...
kak niza| kakak angkatku...

lafaz aqad oleh abg Adnan

adat menyarung cincin..

bermula tugas kak Niza sebagai seorang isteri kepada abg Adnan..

cincin dan jam tangan pemberian kak Niza kpd abg Adnan...
jam mereka serupa ^_^

menemankan perjalanan rombongan pengantin lelaki utk pulang..

untuk majlis resepsi dan majlis bertandang pula adalah pada 24Dis 2011 dan 26Dis 2011 respectively..
keluarga angkat ayu ini sangatlah mengharapkan kedatangan ayu...
InsyaAllah, ada rezeki ayu datang lagi..

moga Allah memberi kebahagiaan yg berpanjangan kepada pasangan ini...
serta di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
seterusnya menjadi sebuah keluarga dalam keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat..
Aminn...

sekian, Wassalam...

ayu's note: done first shooting time!! esok dan lusa ada lagi shooting time tp for wedding pula...dan malam 11hb Dis, ayu akan bertolak pulang ke UiTM Shah Alam and mean, tamatla holiday ayu...=)

HIJAB PHOTOGRAPHER (HP)

Assalamualaikum...
this is my ugly pic..saja nak tahu
ada gaya tak jadi profesional photographer utk masa akan datang?
hehe...for me, ntah la..
be a HP hanya hobi sahaja...
and i enjoy worked as it..

walau apa pun, tak semua gambar ayu dpt shoot...
since, syariat Islam lebih diutamakan...
apa yang boleh dishoot dan tak boleh...
so, menjadi seorang jurugambar ada PANDUANnya...

and my major field...
alam semulajadi...suka merakamkan sesuatu yang nature..
such as, khijauan warna pokok, hutan..
warna biru awan, laut, pasir, sungai...
minat sgt melakarkan melalui kamera tentang keindahan alam yg Allah ciptakan utk kita..
anyway, ayu dah letak beberapa gambar kat entry dalam blog ni semasa musim keaktifan ayu sebelum ini...
sekarang agak sibuk dgn study..
ayu jarang2 dpt shoot..
InsyaAllah, masa terluang akan ayu isikan dgn program shooting bersama rakan2..

updating my blog sesaja ja ni...hehe
taknak bagi berhabuk sebab lum da bibik nak cucikan...hehe
sekian, Wassalam..

Sunday, December 4, 2011

IM SHARING WITH THEIR HAPPINESS

Assalamualaikum...
gotcha!!..gambar pasangan pengantin kita....
diijabkabulkan pada 2/12/2011...
majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan= 3/12/2011

Isfatehah Adi bt.Ahmad
&
Mohamad Fadzeli b. Md Isa

Alhamdulillah, telah terbina sebuah masjid.moga Allah kukuhkan dgn tiang keimanan dan kejujuran serta kasih sayang antara mereka selamanya and of course hingga ke SYURGA..
sekian, Wassalam..

Saturday, December 3, 2011

MRS. GORGEOUS

Assalamualaikum....
amboi ayu..update hari-hari nampak??
mestilah, gara-gara tak dapat bercuti dan berkenduri di daerah tercinta...
hehe...
anyway, today is majlis perkahwinan dan resepsi kak ela dan abg fazli di Taman Guru iaitu rumah keluarga kak ela...
InsyaAllah, 11hb nanti majlis di kediaman sebelah keluarga pihak abg fazli pula...
walaupun, ayu jauh berbatu2 dari mereka di sana,Alhamdulillah ayu tak terlepas dari mndapat khabar berita dan perjalanan majlis...
thanks adi dan wani yang menjadi informer di sana...
kembali kepada pengantin kita...
tema baju pengantin = light silver...
nice...
this is our mrs.gorgeous...sangat terpegun kot when i see this pic...
make up tidak terlalu tebal dan sgt soft serta kena pada pakaian yang dikenakan...
and ayu tertarik pada matanya...menyerlah...
bunga tangan yang dipegang adalah hasil tangan pengantin tau..
so, mesti puas hati dapat digayakan bersama di hari bahagia kan....
hehe...
bak kata pengantin dalam mesejnya pd ayu, dah turun 6kg...patutla, nampak kurus daa....
inilah usaha puan ela dalam meniti ke gerbang bahagianya..syabas-syabas!! ^_^
thanks a lot for her..sebab dalam kesibukan di majlis perkahwinannya,
dia masih sudi menghantar MMS pada ayu...
cuma, ayu lom dpt gmbar persandingan pasangan raja sehari ni...

ini pengapit pengantin(kak ela) untuk majlis hari ini..
i called her, mr.pinky cute...
or lebih terkenal dgn kerja penyepitnya...
very cute, warna pink yg menawan dan sesuai dgn dirinya...
look like a polite girl...
walau dia kata diri dia 'belemoih' atau kata 'xlwa'...
for me, she's cute..
very cute...
no wonder cengal love her soo much...
tahun depan penyepit will become pengantin kot..InsyaAllah...

cameraman for that day...
nasib adik pengantin, so, no charge for him...
good job! ^_^

thanks gak adi n wani yang sudi MMSkan gambar kalian pada yang jauh ini..
dapat jugak jamu mata even tak merasa nasi kenduri kan...
hehe...

Alhamdulillah, difahamkan walimah di kediaman pengantin perempuan berjalan dgn lancar...
moga selepas ini dapat la mereka yang terlibat rehatkan diri sebelum 11hb mendatang..

then,of course i would like to wish for mrs.gorgeous..

sekian, Wassalam..

Friday, December 2, 2011

TODAY IS HER DAY

Assalamualaikum wbt...
first of all, entry kali ini khas buat seorang kakak yang dikasihi..
Kak Ela...
entry sebelum ni, ayu ada nyatakan bahawa, ayu tak sabar utk menanti hari ini kan...
hah, hari ini telah pun berlalu...
dan kak ela telah selamat diijabqabulkan...
bermula satu lafaz dari abg fazli, maka...
bermulalah hidup baru buat kak ela sebagai seorang isteri kepada abg fazli...
syukur Alhamdulillah dipermudahkan Ilahi...
gambar di atas, sengaja ayu combinekan...
bagi ayu, they'r very sweet...
seriously sweet2..
pertama kali berjumpa kedua-duanya adalah masa ayu menjadi pembantu mahasiswa pada Julai 2011,if not mistaken..
masa itu, kak ela follow family abg fazli ke Uitm Kedah utk mendaftar adik abg fazli sbg pelajar baru..
so, second time berjumpa...when, we have a great dinner on 4th syawal..
third time lak, masa convocation Adi...

 kak ela seorang yang sgt cheer...
dan abg fazli agak pendiam tetapi pandai berjenaka...
tambah2 dgn kak ela..
suatu memori yang sweet yang ayu ingat mengenai mereka..
pada suatu pagi, di rumah kenalan family kak ela di Putrajaya,
abg fazli meminta kak ela menyerika baju kemejanya lalu melemparkan baju kemeja kepada kak ela...
dalam rajuk yang comel, kak ela memberi semula kpd abg fazli dan berkata 'main baling2 lak,gosok sendiri la'
lebih kurang ayat camtu lah...
kak ela merajuk tp ala2 mau dipujuk gitu..comel2..
abg fazli lak, pujuk2 sambil bg balik baju kemeja kat kak ela dgn sopannya dan senyum tawannya..
then, barulah kak ela amik baju tu lalu tersenyum..
ayu yang ala2 tgok tak tengok, senyum ja luar n dalam hati gelak2...
sungguh sweet..
jadi, mereka mempunyai kombinasi sikap yang terbaiklah...
bertuah kepada abg fazli kerana telah berjaya memiliki hati dan suri seperti kak ela...
bertuah jua kepada kak ela yang bakal hidup bersama seorang jejaka seperti abg fazli..
Alhamdulillah...


ok, for this day, 
pagi yang indah, ayu dah hntar msg buat kak ela..
menghrapkan semuanya dipermudahkan Allah..
di sepanjang hari...
ayu tunggu sebarang berita di fon dan di fb mengenai majlis hari ini..
even ada informer tetap, tp informer sibuk urus rumahnya..
jadi, ayu faham sebab ayu dlu, abang2 kahwin pun..
ayu sibuk jugak...
tambah2 anak prempuan tunggal..
macam2 kerja yang membelenggu...
tapi best buat kerja...=)
ok, back to today's story..
mengharapkan post wall yang abg elit buat,dapatla ayu tau perjalanan majlis di sana...
tup2..kak ela pulak yang online dan tukar status engaged to married..
so, kiranya, ayu tahu lah...dah selamat diijabqabul..
hajat hati nak sangat minta gambar tp takkan la nak minta kat pengantin yang tengah sibukkan...
so, tunggu je la kot2 informer hntarkan...
then, petang sikit kak ela buat post wall lak menyatakan...
"Alhamdulillah, seronok nya dah ada suami"...
hehehe
Alhamdulillah, tumpang gembira ayu di sini..
walaupun, tak dapat hadir di sana,
doa ayu mengiringi mereka agar segala rahmat Allah dilimpahkan terhadap pasangan baru yang dipilih Allah menjadi psangan halal yakni suami isteri...
menjelang malam, kak ela menghantar gambar pernikahannya...
sangat memahami..
love u soo much sis...
ayu memang tgh tunggu gmbar kak ela...^_^
ni gambarnya....
tak pernah tengok kak ela bermekap..
jadi, sangat surprise sebab terserlah kecantikan pengantin baru ini..
berserta abg fazli...
even, dgn gaya donggaknya, tapi maintain smart...

dikesempatan ini, ayu doakn yang terbaik buat kalian berdua..
tahniah...

sekian, Wassalam...

Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU

Assalamualaikum wbt
my presentation day...
Alhamdulillah, my group member do very well..
kenapa entah, hari yang ayu rasakan serabut dan penat sangat...
namun, banyak2 muhasabah diri dan mohon ketenangan dr Allah...
anyway, susah juga nak minta tolong orang kan...
dan memang bukan prinsip ayu untuk meminta pertolongan orang lain dan menyusahkan sesiapa..
tapi adakala, keadaan yg memaksa..
tapi bila diminta tolong utk lakukan something sbg contoh,
deal dgn orang/pegawai/org pejabat untuk sesuatu perkara...
she/he cant do it..
segan mungkin, malu mungkin, malas mungkin...
so, its my responsiblity to do it myself...
ok...ayu akan menilai bermula sekarang..
mungkin ia berkaitan masa depan..
dan mungkin ia adalah berkaitan tanggugjwab di suatu hari nant..

kita tinggalkan apa yg mmbebankan minda...
mieja, my sweet2 BKU owner....hehe
dia ajak ayu g Jusco Bukit Raja..
tengok wayang????
yes...selepas minta kebenaran mak ayah..
Alhamdulillah, mereka mmberi keizinan..
bersama 5 kawan..mieja, wani, dan 3 org kwn mieja ke sana...
 tajuk crita yang menajdi pilihan...OMBAK RINDU...
adaptasi dr novel melayu...^_^
Alhamdulillah, sangat best...
ayu berani mengaku, ayu menangis berkali-kali jugak lah...
selepas menonton...
kami ke Tasik dekat pekan Shah Alam..
 ini mieja...ayu tak lepas dgn ke'peace'annya..hehe

selalunya, ayu yg shoot kan...entah mcamana utk hari ini...ayu pulak yg model utk 2 3 gambar..jurugambarnya, wani comel...=)

kami berlima di Tasik...makan malam d sana dan mieja menghantar ayu dan wani pulang ke kolej...

really tired with all activity for this day..
nothing to say...
tak sabar menanti hari esok actually...
kerana esok adalah hari bahagia kak Isfatehah Adi
InsyaAllah,pada pagi jumaat, 2 Disember 2011...
akan berlangsungnya ijab dan qabul antara Kak Ela dan Abg Fadzli..
ayu tak dapat hadir ke majlis beliau kerana masih perlu mengikuti kelas di Shah Alam ini..
hanya doa ayu kirimkan agar Allah permudahkan segalanya..
i'll wait my informer at there tomorrow to tell me, what going on at there every second..
hehe....^_^

sekian, Wassalam...=)

Monday, November 28, 2011

UKHWAH BLOGGER

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan segala nikmat dimuka bumi ini...
nikmat Islam terutamanya..
nikmat iman sebaik-baik dariNya..
nikmat akal,
nikmat udara, 
dan segala rahmat n rezeki Allah yang kita sedang rasai..

tak lupa juga pada nikmat persahabatan yang terjalin kerana Allah..
mengenai sahabat, ia boleh terjalin melalui pelbagai saluran dan keadaan...
dan zaman sekarang sudah semestinya melalui laman sosial...
ok skip...tak nak panjang lebar sbb nnti ayat mesti akan tungang langgang..=)
jom berkenalan dan eratkan ukhwah melalui 'blogspot'...??
memandangkan usia blog ayu pon 2 3 tahun...
mean, ayu kenal dgn cik adik manis di bwah pun, lebih kurang seusia dgn blog ni...
diperkenalkan "cik ROSS" @ Miss D
sengaja ambik gambar tembam dia, sbb comel...Subhanallah, ciptaan Allah mmg cantik.
additional info..cik ross sudah berpunya...
jadi single but not available..
ayu mendoakan moga cik ross bakal menemui hari bahagianya soon dgm mr.x@hazwan if not mistaken.hehe
^_^
hari ini, cik ross wat ayu terharu lah...
a blog entry for me from her..
seriously, tak sangka...
thanks a lot..

anyway, siapa cakap melalui blog, kita sendirian...
see?? ayu dapat ramai kawan blogger...
malah semuanya, Alhamdulillah..baik-baik dan berhati mulia..
walau apa pun..
moga Allah meredhai ukhwah kita di dunia dan di akhirat...

p/s- really miss my parent at home...InsyaAllah, ayu akan balik kampung 9hb Dis nant...
sekian, Wassalam...

Thursday, November 17, 2011

PEMBERIAN MANFAAT

Assalamualaikum wbt

jarang sudah ayu ke sini...
jarang jugak ayu ber'blogwalking...
jarang jugaklah ayu membalas komen2...
mohon maaf atas kelemahan diri ayu..
walau apa pun, entry ringkas ayu sediakan untuk berkongsi cerita...

cuti Raya Aidil Adha selama  seminggu berlalu..
ia bagai 1 hari sahaja..
bukan apa, setiap hari dipenuhi dengan pelbagai plan dan tindakan...=D

nampak sampul duit raya, mathurat dan novel hijau???
semua adalah pemberian teman-teman ayu...
terima kasih Nor Liyana atas pemberian duit raya aidilfitri dan sebuah hadiah hari lahir iaitu mathurat....
terima kasih kepada Iskandar Adi krn menghadiahkan novel Sebarkan Cinta-Mu...
penulisnya, adalah seseorang yang disegani ayu...Ustazah Fatima Syarha Mohd Noordin.
pemberian kalian sangat manfaat bagi ayu....

akhir kata, ayu tak minta apa-apa pemberian, melainkan doa dan ukhwah kerana Allah...
moga Allah rahmati kita semua, ibu bapa kita, sanak saudara kita, rakan-rakan kita, para guru kita serta muslimin dan muslimat di muka bumi ini..


sekian, Wassalam...