Friday, January 1, 2010

AdiKKu HaFiz..


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,semakin hampir untuk meniti semester ke-4..perasaan hamba bercampur baur..antara sedih,gembira dan gementar...
ditambah pula...sedang meniti awal 20-an...rasa bagai mimpi..sekejap saja dah meninggalkan umur belasan tahun..kalau orang tanya,nak jawab apa..."sudah 20"?
tidak...!!
apa2 pun,kena terima kenyataan...
yang jauh itu adalah masa lalu...
yang dekat itu adalah kematian..
yang berat itu adalah amanah...
dan..
yang ringan itu adalah solat..
jadi,memang lumrah alam..umur kita akan berganjak ke hadapan..1 hari ke 1 hari...
demi masa...
manusia di dalam kerugian..

untuk entry kali ni,hamba nak coretkan hal hafiz...
dia boleh kata anak saudara jarak jauh la..entah camna ntah,dia kena gelar hamba mak su dan hamba panggil dia adik hafiz..so,panggilan ni dah memang dari kecil lagi..rapat la dia dengan hamba.umur hamba dan dia sebaya..1 sekolah,1 kelas,1 kampung...rapat2 ktorang pun,susah jumpa..coz die study polimas..
erm..sekarang dia terlantar di hospital as..die mengidap jantung berlubang,hati dan buah pinggang...
sebelum hamba balik ke melbourne (merbok)..hamba g melawat dia di hospital dengan kawan2 sek menengah hamba.so,6 orang ktorang naik kereta.padat juga..seperti biasa hamba sebagai pemandu tetap.
sampai di hospital,Alhamdulillah tak sukar cari wad dia..menggunakan information yang hamba dapat dari ayah dan tok dia,ktorang ber6 sampai di tempatnya..katil 20,Mohd Hafiz b. Zakaria,20/12/2009.
ketibaan ktorang cuma nampak ayah dan maknya saja..yang hamba panggil,Abg Ya dan Kak Be'ah..rupa-rupanya adik hafiz g mandi..
lepas dia keluar dari kamar mandi,hamba dan kwan2 semua terkejut dengan keadaan dia..dia kelihatan sangat kurus..tak bermaya,dan tidak dapat jalan dengan sempurna..tidak sanggup ktorang nak menatapnya lama2..sedih sangat..hafiz yang dulu ktorang kenal,yang ceria dan selalu wat semua tersenyum dan ketawa dah jadi pendiam,lemah dan sentiasa murung..
selepas beberapa perbualan dimulakan,hamba dimaklumkan dia telah kehilangan 15kg dari berat asalnya.dia juga tidak dapat minum air dengan banyak kerana masalah hatinya..
kemudian,gelak ketawa juga banyak mengiringi perbualan supaya dia dapat gembira bersama ktorang walau dalam keadaan begitu..dia juga ada memaklumkan pada hamba.."aku lapar jus tembikai susu,lama dah teringin.."
sedih mendengarnya..so,diam2,hamba dan 2 orang kwan hamba kluar cari jus tembikai susu namun hari jumaat semua kedai tutup di kedah..jadi ktorang ber3 ambil keptusan g cari buah tembikai susu di GIANT..
Alhamdulillah jumpa juga dan terus ktorang bagi padanya..dia nampak agak gembira..
selepas tu,ktorang bertolak balik sebab hamba dah kena balik hostel selepas asar..sebelum balik sedikit kata2 semangat ktorang bagi padanya..moga dimanfaatkan...
adik,adik kena tabah..semua ni adalah ujian Allah pada adik..mak su akan doakan semoaga adik cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala bersama-sama kami semua..

-bersama hafiz di Hospital Sultanah Bahiyah-

thats all...get well soon dik hafiz...

Wassalamualaikum w.b.t

No comments: