Tuesday, March 23, 2010

BaYi iTu..


Assalamualaikum w.b.t

hamba seorang pembaca setia majalah Al-Islam...
Allhamdulillah, setiap bulan,
hamba tidak melepaskan peluang membelinya...
ada teman bertanya,"kenapa tak beli mastika??"
dulu,hamba juga peminat mastika..
namun,semakin hari..minat hamba beralih pada Al-Islam..
berbanding mastika,
banyak info dan hal agama boleh didapati dalam majalah Al-Islam..
ia bukan sahaja sebuah majalah,
malah,ia adalah satu gedung ilmu yang tersurat...

namun, disini..
bukan la hal minat hamba yang ingin diutarakan..
hamba ingin berkongsi mengenai tajuk utama majalah Al-Islam april 2010..
tragis sekali gambar pada kulit majalah..


kes pembuangan bayi...
antara sedar atau tidak,
kes ini semakin menjadi-jadi..
tambahan di kalangan melayu...
yang juga beragama Islam...

walaupun,pelbagai pihak cuba membantu membendung kes ini,
semakin meningkat pula peratusannya...

bayi yang dilahirkan suci bagai kain putih,
yang tidak berdosa...
yang tidak tahu menahu apa2..
di buang begitu sahaja..
seperti sampah..
seperti bangkai..
seperti sisa..
yang tidak berguna..

mana pergi nilai berperikemanusiaan ibu bapa mereka??

walaupun hanya di sini mampu utk hamba siratkan mengenai hal ini,
hamba turut mendoakan agar hamba-hamba Allah yang tersesat dan terlibat dalam hal tidak bermoral ni..
sedar dan insaf serta kembali ke jalan yg benar...
Allah tidak zalim,
Dia akan memaafkan,
andai hambaNya benar2 telah bertaubat..

di sini,
hanya luahan hati...
hanya utk pengajaran diri dan semua..
serta pedoman utk msa hadapan...

InsyaAllah....

Wassalamualaikum w.b.t

No comments: