Sunday, July 11, 2010

LaMa HaMba MeNyePi...

Assalamualaikum w.b.t
hamba kembali menerjah ruangan purple hamba di sini dengan penuh bahan cerita..
namun hamba hadkan kepada 1 penceritaan dan perkongsian...
InsyaAllah, next time ada peluang dan masa, hamba ke sini lagi...
urmm...

hamba jarang online sebab sekarang dah menetap di rumah sewa..tak ada wi5 lagi..
jadi, sekarang hamba online di dalam library UiTM...
so, dikesempatan ini, hamba ambil peluang melawat laman purple hamba...

baru2 ni, hamba dipilih utk menjadi pembantu mesra siswa dalam program minggu destini siswa UiTM utk kemasukan pelajar baru...
so, before handle pelajar baru yang 3 kali ganda jumlah kemasukan pelajar tahun lepas, semua PM (pembantu minggu siswa) perlu menjalani kursus selama 4hari...
dalam kursus tersebut terdapat slot di luar kampus, iaitu di PULAU JEREJAK... ape xtvt di sana...
jom tengok gambar yang sempat diambil...
inilah pulau Jerejak, Pulau Pinang...disini, hamba rasa aman dan nyaman sangat dgn keindahan flora dan kehijauan Alam ciptaan Allah...Alhamdulillah... sampainya kitaorang kat sini, kena berkumpul dulu dan diberi barang amanah berupa bata 2ketul, telur sebiji, dan air botol kepada setiap kumpulan...ada 10kumpulan..hamba kumpulan ke-10... ini aktiviti pertama kitaorang di sana...jungle trekking..best... ni aktiviti seterusnya..wall climbing.first time hamba memanjat wall ni..Alhamdulilla tak ada masalah...dan paling penting lelaki tak boleh tengok perempuan panjat, jadi mereka terpaksa lepak di tempat lain... ni antara hidangan makan tengahari, hamba tertarik dgn makanan ini, first time hamba menjamahnya.kat kampung tak ada makanan camni..salad dan sedikit pencuci mulut selepas menikmati hidangan berat...yummyy... ada titi gantung...agak ekstrem berjalan atasnya..memandangkan di bawah ada air takungan hujan yang agak luas dan dalam....perjalanan kitaorang atas titi ni utk menjalani xtvt seterusnya iaitu flying fox..my favourite activity... ini la titi yang menjadi jln hubungan ke tempat flying fox..tempat mendarat, adalah tempat di mana hamba berdiri semasa mengambil gambar ini... lastly, penantian kitaorang utk menaiki bot kembali ke jeti seberang sana utk pulang ke UiTM kembali...Alhamdulillah, pengalaman yang menarik yang tidak dapat dibeli dimana2...=)
that's all..see u again...
Wassalamualaikum w.b.t

1 comment:

ERSHAD said...

gambar kawe x de ke?