Thursday, March 24, 2011

2 PILIHAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT
kenapa pula gambar sign 'Hospital' jadi paparan di sini?
untuk entry kali ni, hamba nak cerita pengalaman hamba g Hospital pagi tadi..
2 Jam jugak la berada di sana...
kalau diikotkan hamba nak g hospital sorang-sorang, tapi mak ayah nak temankan..
terima kasih mak ayah..
sebelum sampai ke Hospital Yan, macam-macam dalam kepala otak hamba...
tak mau operation !!
eh, ayu kenapa yer..?
actually, hamba ada ketumbuhan dalam mulut, dah 5 bulan lebih dah...
kadang-kadang dia besar, kadang-kadang dia kecil...
malam sebelum tu, tetiba, dia besar sampai hamba tak dapat nak cakap betul-betul and akhirnya, tergigit and berdarah dalam mulut..
esoknya, ayah mak bawa hamba g hospital..
jangan fikir bukan-bukan, tak bahaya pon..and Alhamdulillah, tak da sakit sangat...
biasa ja...(sakit juga)
ok, dah2...bukan nak menagih simpati, just we share a story at here, not more than that...
sampai jer d hospital and register, dapat nombor 0055...
nombor yang dipanggil time tu 0039..
so, boleh tahan lama kena tunggu...
dalam masa tengah menunggu, ada junior hamba, Ira, sedang mengendong bayi kecil duduk d ruangan menunggu juga, dia nampak hamba, dia senyum..
aiseh, masih dikenali hamba ini..
so, hamba dekatkan diri pada dia untuk melihat bayinya...
ops, lepas ditanya, bayi tu bukan anaknya tetapi anak saudaranya, baru lahir 8 hari, 2.3kilogram..
ada sakit kuning rupanya, baik jer bayi lelaki kecik tu, diam jer dalam dakapan mak saudaranya..
then, dia gitau hamba, dia pun bakal menimang cahaya mata pertamanya bulan 8 nanti,InsyaAllah..
baru hamba tahu dia dah berkahwin tahun lepas..
umur dia 19 tahun..hamba tanya dia, kenapa prefer kahwin awal??
then, she say " dah ada orang berkenan, Ira terima aje"..
i wish, kehidupan mereka suami isteri berkekalan..Aminn...

sedang menyembang dgn junior, terleka nama hamba dan 2x dipanggil di bilik khas rawatan...
jantung mula berdegup kencang..
persoalan mula bermaik difikiran, kenapa tak naik nombor 0055?
memang kena bedah ke??
doktor lelaki ke perempuan??
masuk jer bilik tu, ada 2 manusia yg sedang menanti..seorang jururawat 40-an yang muka agak garang dan seorang doktor lelaki 20-an yang nice pakai mask....
alamak, lelaki...???
then, lepas duduk and gitau segalanya pada dorang, doktor minta hamba bukakan mulut dan periksa ketumbuhan tu...
seketika doktor dan nurse berbincang...
kemudian nurse keluar entah kemana, doktor pula duduk berhadapan dgn hamba...
Astaghfirullah, hamba tak suka mata yang memandang tepat ke mata hamba..
dia menerangkan prosedur operation kecil..
1. bius
2. buang ketumbuhan
3. jahit dua jarum
lepas operation, hamba tak akan dapat bercakap dgn baik dalam 1- 2 minggu dan selama itu terpaksa makan bubur...
Ya Allah, hamba tak mampu...tambah-tambah berada d koleh kediaman, mana hamba nak cari bubur?
then, memang agak kecut perut..
doktor tu yg bernama Zamri, dia tegur hamba.."muka dah pucat gara-gara tak mau operate noo",
diam ja la hamba...
doktor tu kemudian keluar sebentar...
sedang menunggu, mak hamba bertanya,
"adik berulang alik jala pi kelaih, mak boleh buat bubuq hari-hari"
aduhai, tak tahu nak kata apa la...
memang operation kecil, tp bg hamba yg penakut ni...huish..
so, melihat dr Zamri masuk ke bilik rawatan, harap sangat ada alternatif lain...
then, he told me, alright dik, i'll give u two option...u can choose either one...
i- do the small operation, then its will gone
ii- take the medicines first, then if its gone, so no need for u to do surgery..
so, agak-agak, hamba pilih yang mana...??
of course la, option ke-2...
sebelum keluar dari bilik tu, dr.Zamri tanya hamba, "belajaq kat mana?"
so, mak hamba yang jawabkan...
berakhirlah pemergian hamba kat hospital...
harap tak perlu pergi lagi...

entry kali ni, lebih cenderung kepada perkongsian peribadi.nothing interesting...
Wassalamualaikum wbt 

8 comments:

Cik As said...

as'salam..
titayu penakut...sama la kita...haha...kalau wani 2-2 tak plih kowt..mam ubt?jagan harap...agaga...
moga2 u cepat sembuh yea yunk..cian kat u....t tak leyh la nak cakap banyak2 ngan u..terpaksa la u dengar i cakap jer..hehe...
i doakan u cepat sembuh k yunk?insya allah.kalau terok gak, wjib plih option 1st ok????WAJIB!!!

Ayu said...

thanks yunk..dapat ubat takpe, sebab makan ke tak, depend pada kita, if i choose option 2, alamat wajib la i kena semua tu..i pernah jait 6 jarumm dulu pun, dah fobia, ni kan pula, dalam mulut yang berdinding lembut ni.....
yunk!! agak2 la, u jgn la bg i plih option 2, seram sejuk..

hazirah said...

Bismillah..assalamualaikum shbat..yunk jgn xmkn ubt tu,rjin2 mkn ubt k??klu xnk surgery mkn ubat tau..moga cpat smbuh..xdak pa nk dtakutkn ALLAH sntiasa brsamamu..sakit tu nikmat..ujian dri ALLAH..=)rndu n syg kmu krNA ALLAH..^_^

Ayu said...

mna aci...2 vs 1..hehe
ok2...dah try makan ubat dan try ubat sapu,..nasib ubat sapu rasa blueberry, and manis..so, lepas sapu, telan je laa...vitamin pon ok, senang telan..but xsedap ubat kunyah yang kena kunyah 2 biji sekali, n 3x sehari...aiyee...manis..thanks sebab care about me, my both yunk...love u, miss u...<3

Pn Kartini said...

To my dear Ayu..:)

Assalamualaikum dear:)
ermmmmmmmmmmmm.....akak senyum jekk niii bila terkenangkan Dr Zamri tuuu..heheh saje nak sakat Ayu niii

Ok ok...
K Tinie harap Ayu dah sihat..
Tak pe..pilihan ke-dua..tapi bila dah ada keberaniaan dan semmgnya dah tiada alternatif lain..apa salahnya jumpa Dr Zamri lagi kan kan kan..;)

Makan ubat tu...:)

Ayu said...

waalaikummussalam kak tini...
kak tini ni saja jer nak sakat ayu...adus kak, dr Zamri tu doktor, mana la nak pandang budak hingusan ini..ayat pasrah...tp kalau jdoh, terima jer..hehe, lwk jer..
Alhamdulillah kak, ayu sht jer...sj berkongsi cerita kat blog..sebab ayu memang jarang2 sekali g hospital xcept g menziarah org sakit...so, kira2 2 3 thun sekali, bru g..hehe
ok, InsyaAllah, ada keberanian, i will choose the first option..
thanks sis...
UBAT ??? i like...(hope so...hihi)

Dila Halim said...

aloo yuyu dila baru baca ni.
betul ni xteruk sgt ?! trkejut dila baca tau.:/
makan ubat jgn trmiss.mcm org lain pesan jugak, kalau dh sakit sangat tu dtg, buat kputusan dgn baik oke syg !
dila pn dh pernah operation dlu.sakit mmg sgt sakit, tp lega tu brpnjngan.jga diri baik2, mkn ubat ikut time.Insyallah semua akan ok ! syg yuyu !

Ayu said...

lala...serius2, xterok pon..lala jangan risau..yuyu belom bersedia la lala nk operate..kang terherot peot mulut yuyu, dah xleh ckap dah..hehe...
ubat..??lala...ubat sedap sgt..sampai tak sampai hati nak mam, takot habis cept...(thats my excuse..hehe)
tu laa...lala operation perot kan...??mesti lala tabah betol ni..InsyaAllah lala, yuy try mam ubat gak...jaga diri lala juga...muah3..syg lala tomey~..