
Assalamualaikum w.b.t.

Salam bervisi jua aspirasi..
baru sampai hostel dari rumah ni...
tapi tadi berat hati nak tinggal rumah..
kesian mak...
hamba pulang baru2 ni,
mak hamba sakit...
penyakit darah tingginya mnyerang..
nasib cuti study..
so,boleh luang banyak masa dengan mak..
dan juga ayah..
kat sini,teringin hamba nak cerita masa hamba mula2 sampai rumah..
odw balik,pada pagi jumaat..
hamba dan ayah singgah ke gerai makanan beli sarapan untuk mak..
dan seterusnya pulang ke rumah..
rumah hamba tampak suram..
tingkap dan pintu tertutup tidak seperti selalu..
lepas sampai..
hamba dan ayah pon angkat beg2 yang berat dengan baju2 kurung dan barang yang tidak digunakan di hostel,
sebab dah nak exam,start 30hb...wish me luck...
so,pas letak barang dalam bilik hamba,
hamba terus g tengok mak dalam bilik mak...
kesian...sedih...

mak hamba terlantar atas tilam,
menyepi diam...
hamba pegang bahu mak..
dan mak buka mata perlahan-lahan..
hamba cium tangan mak...
mak peluk hamba erat-erat tanda dia tersangat merindui hamba..
sayunya....dengan melihat keadaan mak,air mata die juga jelas kelihatan...
walaupun acap kali hamba menelefon mak,
namun tiada yang lebih mengembirakan daripada dapat saling berpelukan-pelukan antara ibu dan anak...
selepas tu,hamba beredar untuk buka semua tingkap2 supaya sistem percahayaan dan pengudaraan terjadi dengan baik...
kemudian,hamba kembali menemui mak dan meminta mak untuk mandi supaya lebih segar..
namun,melihat keadaan mak yang tidak bertenaga dan berupaya,
hamba mengangkat mak dan membantunya utk mengensot sikit demi sikit utk ke bilik air..
nasib baik bilik air dekat dengan bilik mak..
kesian mak...
hamba kemudian memandikan mak hamba buat pertama kalinya...
Ya Allah,hamba sayu sangat melihat keadaan mak..
hamba tekad di hati untuk menjaga mak sebaik mungkin...
selepas mandi,hamba papah mak ke biliknya...
dan sediakan sarapan untuknya dan ayah...
hamba sarapan sekali dengan diorang..
gigi hamba dah okay...
dah kembali celoteh macm dulu..alaaaa...huhu..
so,26hb..hamba dah balik kampus..hamba ada gitau mak nak dok rumah jaga mak...
tapi mak tak bagi,mak kata die dah sihat..
dan berharap hamba dapat study dengan baik di sini...
doa hamba moga mak hamba cept sembuh...
hamba juga dah sediakan hadiah untuk hari lahirnya yang ke-59 pada 1hb Nov nnt..
tapi mak hamba tak tahu lagi..
hamba letakkan hadiah tu kat certain place..huhu..
sampai sini saja celoteh hamba di sini...

sekian,Wassalamualaikum w.b.t