Monday, January 25, 2010

cATaTaN bUaT HaFiZ 1990-2010

Assalamualaikum adik hafiz yang maksu sayang....
sukar utk ku coretkan di sini….
Pelbagai perkara yg bermain di fikiran…teringat tentang dirimu yg ku gelar adik hafiz…kau telah selamat dikembalikan ke Rahmatullah dik…percaya atau tidak,mak su mu ini masih tidak dapat menerima pemergianmu….
Suasana hening dirumah mu di pagi 24 Januari membuat hati mak su mu ini berdegup kencang…membuat seluruh tubuhku lemah melangkah ke rumahmu….ketika perjalanan ke rumahmu,detik demi detik ku kira,agar dapt ku katakan ini mimpi sahaja…namun,perlu juga ku terima kenyataan bahawa,kau sudah pergi…..
Langkah longlai ke perkarangan rumahmu,membuka kepiluan hati…mata ku redup memandang bawah kerana ku tidak berdaya waktu itu utk melihat betapa ramainya yg menziarah jenazahmu dik…mak su keliru..adakah mak su sanggup menatap wajahmu dik di saat kau sedang kaku membisu tanpa nyawa di jasadmu…??
Setelah kaki ku berjaya melangkah masuk ke rumahmu,terdengar bacaan yasin yang dibaca beramai2 di suatu sudut, ku kira di situ tempat dirimu beradu…namun ku salah andaian…kau beradu di suatu sudut lain..mana dirimu dik??hati betak sendiri….mata ku liar mencari susuk tubuhmu yang kaku itu…perjalanan ku terhenti di sudut peraduanmu…ku kira,kau tidur dengan tenang dik…aku meratap wajahmu lama..aku piluu.ku lihat matamu terbuka memandang hadapan,mulutmu terbuka seperti kau masih hidup dik.nmun,itu adalah jasad mu sahaja,tiada lagi nyawamu.Ya Allah kenapa insan ini yg kau panggil dulu mengadapMu…aku tidak tega melihat wajahmu lama2 dik…aku tidak dapat menerima bahawa jasad yang ku lihat kaku diam membisu adalah dirimu…lantas aku mencari ruang sendirian,dan lantas kawan kita dik,nurzawani datang memeluk tubuhku yang nyata tidak berdaya ini…aku menangis dalam dakapan dia dik…
Setelah diriku ditenangkn,kelihatan guru-guru sekolah rendah kita dtg mmberi salam terakhir buatmu dik..mereka datang melihatmu…bangunla dik,lihat mereka….seorang demi seorang guru perempuan kita ku peluk dan ku tangis..mereka menyabarkan diriku…
Kini,ibu mu dik mnyentuh ku agar ku sedar kewujudannya ketika ku lalu di hadapannya..dengan segera tangannya ku kucup,dan dia mendakap tubuhku dik..tidakkah kau terasa ingin melihat org2 yang mnyayangi dirimu menangisi pemergianmu dik…dik,bangunlaaa….jgn tidur lg…
Selepas mencari tempat yg selesa,ku buka Quran tafsirku yang baru dibeli 2 minggu lalu,membacakan yasin utkmu..tidakkah kau tahu dik..dalam pembacaan yasinku,air mataku lerai begitu shaja dan membasahkan helaian Quran kecilku…aku masih perlukanmu dik…
Hajat dihati,ingin diriku dan ina baca yasin 3kali utk mu..namun,sahabat2 datang dan memberi isyarat utk ku bersama mereka dan ku beralih tempat disisi mereka,jadi hanya 2 kali diriku dan ina dapat baca untukmu..dik,kau tak marahkan??nanti maksu baca lagi yer..
Adik hafiz…ramainya kenalanmu yg datang menziarahimu,ku bersyukur kau dikalangan org yang baik2 dik..dan kerana itu Allah lebih menyayangi dirimu daripada kami semua di dunia menyayangimu..kala seorang demi seorang datang,ku menyedari kehadiran adik angkatku,kelihatan dia pantas memelukku dengan harapan dapat melepaskan tangisannya di bahuku…ku terima pelukan itu dan segera menyabarkan dirinya.dia juga rapat denganmu dik.kn?ku tahu persoalan ku tidak akan kau jawab lagi buat selamanya.air mataku kering dik..aku tidak mampu menangis lagi…aku menangis sejak mendapat berita tentangmu dari panggilan kak ti…kau tahu,ramai yang berusaha menenangkan diriku..mereka tahu betapa rapatnya hubungan kita..bagai seorang kakak dan adiknya walaupun umur kita sebaya namun kau manja denganku…kau adikku,hafiz…
Adik,tidakkah kau rasa kasihan pda ika dik,dia sentiasa bersamamu,menjaga dirimu di saat kau berada di hospital yan..hari-hari dia mengunjungimu…dan pada hari pemergianmu,dia telah kutemui,dan again dia memelukku ,tiada kata2 yg lain ku dengar selain “kak ayu,hafiz tinggalkan ika..kak ayu”…..aku mengetahui hubungan dirimu dan dia selama 5 tahun,terlerai begitu sahaja dengan pemergianmu dik…
Dik,kau insan mulia dik..kau telah mewarnai kehidupan ramai insan2 lain…tapi kau telah pergi meninggalkan segala yang ada di dunia dan membawa amalan2 mu bersama…maksu mu ini berduka kerana mu dik..mak su tidak pernah kehilangan org tersayang dan dirimu menjadi org pertama yg meninggalkanku…kau masih muda dik,kau masih punya impian bersama ika…tapi kau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal….mak su redha…
Di saat kau sedang di mandikan,tidakkah kau mahu tahu sahabatmu faizal dan madi sedang dalam perjalanan dari perlis ingin menziarah dirimu buat kali terakhir..sentiasa mereka menghubungiku menanyakan perihalmu dik..mereka menyayangimu…kau perlu bangun bersalam dengan mereka seperti selalu…dalam keadaan madi tidak berlesen kereta,dia memecut laju kelisa putih sewaan semata2 krana mu dik…
Saat kau dikafankan,dik…aku bersama ika,kekasihmu yang kau tinggalkan...dia tidak sanggup menatap wajahmu dik..namun sebelum mukamu ditutup,kau dicium oleh ramai saudaramu…kak ti,org yang rapat dengan kita mencari diriku dan memeluk dan berkata “ayu,takim dah tak da,kak ti sayang dia..org yang rapat dengan kita dah tak dak yu…”..tanpa ku sedari,dalam pelukannya,aku kembali mengalirkan air mata…adik,ramai yg masih perlukan mu dik…
Ku lihat ibumu,ayahmu,adikmu,kakakmu,abg2mu mengucup dahimu…tidak ketinggalan kak ti yang kau panggil “mak tam”yang berusia 40-an mengucup pipi dan keningmu buat kali terakhir…sebelum mengafan penuh dirimu yang tersedia kaku,ku diberi penghormatan menaburkan wangian ke pakaian putihmu itu agar kau wangi…selepas wajahmu di tutup ku merintih kerana itu la kali terakhir wajahmu ku tatap..dan ku tatap dengan air mata..dik,adik bongsumu,una meraung dik namun ditutup dengan telapak tangan ibumu…adik,kau telah selamat dikafankan..aku segera keluar dari rumah kerana ingin memberitahu kawan kita,faizal dan madi yang sedang dalam perjalanan bahwa kau telah dikafan dan sedang siap sedia di bawa pergi ke tempat persemadianmu yang baru…
Semasa kau sedang menunggu utk dibawa masuk ke dalam van jenazah,kelihatan kelisa putih yang dipandu laju oleh madi meluncur laju mencari tempat parking…dan mereka tidak sempat melihat wajahmu dik,mereka hanya sempat melihat kerandamu di usung keluar dari rumahmu..dik,kau perlu tahu dik,mereka ingin melihat wajahmu…tapi apakan daya kau telah sempurna dikafankan…
Pukul 10.45,kau disolat jenazahkan…aku menunggu di kwasan perkuburan dgn hati yg gundah…dik,aku bersykur kerana ramai sahabat2 dan masyarakat yang turut serta menyembahyangkn jenazahmu..ku harap di suatu saat nanti,jenazahku juga begitu...ku tunggu usungan keranda tempat kau sedang bersemadi mendekati lubang yang tersedia di gali khas utk mu…dalam hatiku,ku melarang dirimu dimasukkan ke dalam sana tapi ku tak berdaya kerana disitu tempat kita dikembalikan…setelah kau selamat dikebumikan,bacaan talkin memberi ku impak tinggi,namamu disebut dibinkan ibumu…”Mohd Hafiz b. Naemah”…ayu tersentap..dan ku pikir nnt matiku jua begitu..”Hidayu binti Rahimah”…
Kau telah selamat pergi dik…
Kau takkan kembali…
Kau takkan mewarnai kehidupanku lagi dik…
Kau hanya akan muncul di mimpi ku..
Bersama kenangan lalu…
Tiada lagi kedatanganmu membawa motor barumu di perkarangan rumahku..tiada lagi panggilan mak su darimu…tiada lagi derai ketawa darimu dik…maksu syg kamu dik..sayang sgt…
Dik,sedang aku coretkan semua ini,air mata ku laju mengalir..aku rindu mu dik…rindu tersangat..aku sendiri tidak sedar berapa kali aku harus mengesat air mataku ini..maksu tak pernah menangis sebegini teruk dik…kau perlu lihat betapa ku sayang kamu dik…kenangan kita kan ku abadikan dlm hati sampai bila-bila…selepas ni,kalau ku rindukan mu dik,aku coret lagi yer..bolehkan…??
Doaku sentiasa bersamamu dik,agar kau ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan kau tenang di sana..tunggu maksu disana ye…
Tiada apa lagi alat perhubungan utk kita selain melalui Allah..andai didunia,dapat kita telefon,mesej..tapi sekarang…???
Kau milik Allah dik..Allah telah pinjamkan dirimu padaku selama 15 tahun ku kira…terima kasih Ya Allah…kau dihatiku dik…

Wassalam dik...

4 comments:

Sebelas90 said...

sedih bila baca nie ayu..sayu je hati,
menangis bila mengenangkan dia telah pergi.
semua ini telah ditentukan ayu.. siaplah kita untuk menidakkan yang telah tercatit. jika kita sayang kan dia, pasti Allah lebih sayangkan dia.
doakan buat arwah hafiz agar roh nya bersemadi dalam kalangan para muslimin.

Pn Kartini said...

Salam ..
sayu bila bacanya...
Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di golongan org2 yang beriman..
Untuk dear..,
Semoga tabah menghadapi dugaan dan terima ia sebg ketentuanNya..Semoga dianugerahkan jiwa yang kental dan diberikan kekuatan dariNya..

Syahmi90 said...

Salam.. sayu rsenyer bile ana bca yang anti postkn..
takziah buat kluarga arwah..
smoga arwah ditempatkn dlm klngan org yg beriman..
sabar dan tabahkan hati.. allah telah tentukan semua ini..
trimalah dgn redha... sabar la yerk...
salam takziah dr ana..

Ayu said...

terima kasih sume...