Tuesday, February 1, 2011

PESONA

Assalamualaikum wbt..
petang-petang berlalu di kampung dihabiskan dengan aktiviti persendirian hamba..
-basuh kereta dan motor
-bakar daun-daun kering yang berguguran
-siram pokok-pokok bunga
-gemburkan tanah tanaman hiasan
jadi, hari ini, hamba menyemai pokok Mas Cotek diperoleh di rumah saudara di Baling, Kedah sewaktu membawa ayah berubat kakinya yang tidak sihat.
selepas aktiviti semaian itu, hamba meng'klik2' kamera usang hamba utk mengumpul koleksi2 tanaman hiasan yg ada hasil usaha bonda dan hamba..
jom terjah..
lebih dikenali sebagai 'ati-ati'...di halaman rumah ada 5jenis tanaman ini..warnanya menarik dan indah dan mempersonakan..
pada mulanya, hamba dan bonda tidak pasti apa nama bunga ini.jadi search at google..nama indonesianya, 'kaktus pakis giwang' atau nama saintifiknya 'euphorbia'...banyak jenis yang ada..kira2 7 jenis semuanya..ada spesis kecil dan besar...
tanaman keladi juga mewarnai halaman rumah, walaupun tidak boleh dibuat masakan tapi ia adalah sebuah keindahan buat pandangan..6 jenis keladi yang dikumpulkan buat masa sekarang..
my favourite flower..rose..wangiannya adalah suatu aroma terapi utk minda..sekali bau, terus menerus memuji keindahan bentuk, warna dan baunya...Subhanallah..masih mencari jenis2 rose yang lain.
???? masih mencari nama bunga ini..sangat unik dan menarik sekali dgn kesucian putih bersih si bunga yg kembang mekar mewarnai halaman bersama tanaman hiasan yang lain..

percayakah anda, dengan mendekatkan diri bersama flora dan fauna, ia turut mendekatkan diri pada Sang Pencipta, Allah SWT..??
setiap kejadian dan hasil ciptaNya adalah sempurna dan unik sekali..MasyaAllah..indah..

sekian di sini, Wassalamualaikum wbt..

4 comments:

ira said...

lawanye...

Cik As said...

kamu bleyh jadi phtografer yang hebat la yunk!!siyes sangat cantik....

Ayu said...

ira-anugerah Allah...semua lawa2 kan...
cik as-huhu..kamera cabok jer..

Menusuk Hati said...

lawa2...hehe..