Thursday, December 22, 2011

DEMAMKU

Assalamualaikum WBT...

dalam meniti minggu terakhir sesi pengkuliahan,
dengan 3 hari test berturut...
dengan keupayaan yang ada, ayu harungi dengan sebaiknya bersama rakan seperjuangan...
hingga hari ke-3, usai test berakhir...
terasa 1 badan mengalami lenguh dan tidak bertenaga...
hinggakan untuk berjalan juga, terasa diri keawangan dan hampir untuk tumbang.
perjalanan ke kolej juga terasa begitu jauh..
namun, dalam hati ayu cuba pujuk diri supaya kuat dan tabah..
tak pernah ayu rasakan badan ayu macam ni...

sebelum tiba ke bilik,
ayu telefon mak, dan bertanya kenapa keadaan ayu mcm ni...
mak kata 'adik nak demam campak kot, selalunya org nak demam campak, badan akan lenguh2..tapi adik dah pernah kena dah masa kecik dulu..erm..'..
sebelum menamatkan perbualan,
mak suruh ayu berehat dan makan ubat demam...
sampai sahaja bilik, langkah ayu dah tak boleh nak teruskan dan terus tumbang atas katil...
mungkin ayu tak dapat nak pujuk diri ayu untuk terus kuat..
dengan baki tenaga yang ada, ayu smpat letak beg dan buku..
dan tanggalkan stokin dan tudung..
kemudian, memang tak ingat apa2...
bangun semasa asar, badan ayu amat panas..
rupanya, memang tadi sympton ayu nak demam...
terima kasih byk2 kpd kwn2 yang prihatin tntg ayu...
sesungguhnya, bila sakit ni...
Allah nak tengok keimanan kita bila ditarik sikit keupayaan yang ada...
adakah kita masih mengingatinya dan beramal utknya seperti sdiakala..
adakah kita terus menerus mengeluh dan bermuram durja dgn ujian drNya...
walau apa pun,apa aja yang kita da sekarang hanyalah pinjaman dariNya...
tubuh badan, kesihatan yang baik, sgala nikmat sume milikNya...
gunakan dgn sebaiknya...
sakit juga adalah salah satu inisiatif untuk Allah mengurangkan dosa-dosa kita yang dahulu..
jadi, muhasabah diri selalu dan always be positive..

sekian, Wassalam..

p/s:tatkala ini, ayu dh sht, Alhamdulillah..Ya Rahman, Ya Rahim..ayu bersyukur...esok hari kuliyah terakhir...

No comments: