Thursday, March 1, 2012

MURAH REZEKIKU

 Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, hari ini Allah tetapkan rezeki ayu..
perjalanan ke 3 buah rumah bersama mak atas tujuan ziarah sebelum ayu pulang ke shah alam,memberi kesan kepada hati ayu..
dengan terharu dan bersyukur kerana mereka menyayangi insan selemah ayu...
hadiah dan buah tangan diberikan pada ayu tanpa ayu duga...
jom tengok & jamu mata...
from Umi Laguna Merbok, nover & kain suit baju kurung...
from Kak Wa, ole2 kenduri.
3/3/2012 adalah hari bahagia bagi kak Wa. Dia adalah 2pupu ayu dan dia bakal diijabkabulkan menjadi seorang isteri pada hari bahagia tersebut.
Jadi, ayu tidak sempat utk bersamanya pada hari tersebut. Justeru, ayu mengunjungi rumahnya utk menyampaikan hadiah dan ucapan tahniah.
kesian kak wa, dia tak sihat..suara pun ganas2 manja...
dengan kesibukan yang melanda, dia masih memeluk mesra dan berbual dgn ayu walaupun sebentar...
kuatkan hatimu kak wa...
antara ole2 yang comel yg ayu dpt..tq kak wa dan keluarga
from Mak Njang Madiah, set wangian diri...
sebelum ayu berangkat pulang, ayu dan mak singgah di rumah mak njang di taman wira..
sebelum ke muka pintu, maknjang menghulurkan sesuatu dan berkata ' ha...yg ni utk cikyu'...
serius, terperanjat dan terharu...'susah2 ja maknjang'...
mak njang membalas dgn senyuman dan membalas..'utk anak maknjang gak'...
layanan dia terhadap ayu tak ubah seperti anak perempuannya sndiri...

terima kasih maknjang...
terima kasih kak wa...
terima kasih umi...

hanya Allah yang layak membalas kebaikan kalian terhadap ayu...

sekian, Wassalam..

small note: menghitung hari utk pulang ke shah alam..2/3/2012, 11mlm, bas persada....moga perjalanan ayu dipermudahkan Allah..and moga ayu dpt kolej...Amin..InsyaAllah.
masih sentap dgn perkara semalam lagi...salah ayu kerana memaksa..tp tegasnya, lebih baik paksa ke arah redhanya Allah dr paksa kepada perkara yang sia-sia..sabar ayu,muhasabah diri kerana Allah.

1 comment:

Citrus Azwa said...

terima kasih kupu2 ku...jalinan kasih kita akan tetap diteruskan...;)