Wednesday, July 18, 2012

NASI KERABU DI HARI RABU

Assalamualaikum...
hari ini ayu nak kongsi resepi mak untuk buat rencah nasi kerabu..
bukan nasi kerabu versi kelantan ye, tapi ni nasi kerabu versi kedah...
sambil-sambil masak, mak sediakan rencah utk nasi kerabu yang diidamkan ayah...

ni antara bahan-bahan utk rencah utama...
paling best kalau dapat dilumatkan dengan giling batu...
rasa lebih sedap ! ^_^

 gambar bawah ni, antara daun-daun ulam yang digunakan..antaranya, pucuk gajus, pucuk samak, pegaga, pucuk mengkudu, pucuk cemumaq,pucuk kaduk, ulam raja, pucuk sekentut, pucuk daun kerapole (pucuk daun kari), pucuk beluntas, pucuk peria pantai,dan pucuk daun kunyit...banyak kan jenis daun, semua tu mempunyai khasiat tersendiri...

daun dikumpulkan dann dihiris halus2....

dah tersedia, bawang yang telah dihiris, ikan talang masin yang telah ditumbuk, daun2 yang dirincik halus, rencah yang digiling tadi...
lepas ni, hanya perlu sediakan nasi yang sederhana panas dan gaul rata semua ramuan diatas bersama nasi tadi...
pasangan utk menjamah nasi kerabu ini, adalah asam pedas keladi...
sedap...tmbah2 dimakan sebagai juadah berbuka puasa utk bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi..
selamat mencuba kepada yang berminat utk mencuba...
juadah istimewa lagi berkhasiat..

usai masak, ada sahabat ayah yang dtg hantar pucuk jeli ni
kata nya elok utk ubat kencing manis...
kena rebus dan makan sebagai ulam...
sekian,
Wassalamualaikum wbt

13 comments:

Alya Sumayyah said...

Sedapnya.. Terliur.. :)

Anonymous said...

Tengah buat ni, harap2 menjadi. Cari pucuk putat pula tak ada. Yang lain ada. Terima kasih kongsi resipi.

AJIB said...

kenapa lain dr yg lain...boleh bg ckt untuk bersahur nnt hehe..

Nur Farahin Sulaiman ( Farahin Craft ) said...

sedap.. kegemaran farah tue.. heheh

Ayu said...

alya-terliur ka...hah, mai la alya buka puasa kat sni...

Ayu said...

Anonymous-selamat mencuba...harap menjadi..=)

Ayu said...

ajib- lain sbb ni dr kedah...or org panggil nasi ulam..hehe

Ayu said...

farah-yaka..hah, bole la dtg buka posa sini..hhehehe

Nasuha said...

salam ramadhan, sy peminat nasi kerabu..

Ayu said...

nasuha-really..me too..tp xla xtremely minat..hehe..salam ramadhan

Kunang-Kunang said...

Pernah makan nasi kerabu versi kedah ni. Memang sedap tapi kita kat bandar ni susah nak dapat daun2 ulam tu.

Ayu said...

puan KK-yaka..kena pesan dari mana2 saudara kerabat, sahabat handal dari kampung lah jawabnya..kalau kat pasar kat bandar pun, bukan bole dapat kesemua..InsyaAllah, da rezeki puan nnt, dpt ka menjamu selera dgn nasi ulam ni.. =)

Linda Musa said...

Nasi ulam...x dpt lg thn ni nye posa...huwaaaa