Sunday, August 12, 2012

KAD RAYA

Assalamualaikum wbt
akibat tidak menerima bil broadband selama 2 bulan, ayu tak dapat online utk beberapa hari...
then, skrg ayu dah dapat online selepas ke pusat Maxis yang berdekatan...
^_^
syawal makin menghampiri...
ramadhan makin mengakhiri....
moga makin byk peluang diperoleh utk membuat amalan dan kebaikan di bulan barakah ini.
Aamiinn...

kali ini, entry mengenai kad raya ayu coretkan..
tahun ni, ayu dapat kad raya lagi...dari my BFF, Cik Siti Aswani...
taraaa!!! hehe...mentang2 cik as suka hijau, dia bagi kat ayu pon warna hijau yaa...anyway, nice sgt...

hah, senang da cop company yang cik as keja kan, tak payah nak susah2 tulis nama and tandatangan bagai...
mesti cik as dapat kad raya manyak2 ni..
tu yg habis dia agih kat kenalan dia termasuk ayu..
TQ very much...
ayu sukaaa...

ini antara yang disuratkan oleh cik as dalam kad dia...
diblurkan sebab nnt tergoda lak tengok tulisan dia...
cik as da mohon maaf sebab tulisan dia cakar ayam tp hakikatnya cantik laa and kemas...
tak kisah la mcm mana pun, janji tulus ikhlas kad dilayangkan tanda ingatan menjelang Aidilfirti...

tahun ini juga ayu ada menyediakan kad raya buat rakan-rakan...
namun, disebabkan bajet yang tidak seberapa, tidak dapat menyediakan kad raya utk semua kenalan dan sahabat...
namun, InsyaAllah, tahun depan da rezeki ayu sediakan kad raya lagi utk kenalan lain pula...
Alhamdulillah, dah selamat dipos semua kad raya kecuali ada beberapa utk sahabat yang bakal berjumpa beberapa hari lagi..=)

bila tulis kad raya banyak-banyak..
terasa macam ayu di zaman persekolahan dahulu,
saling berbalas surat, kad raya, kad hari lahir...
sampai skrg, ayu masih menyimpan semua kad-kad tersebut sbg kenangan terindah dari sahabat2 dan kenalan...

sekian dahulu disini..
salam Ramadhan..
Wassalamualaikum wbt

No comments: