Tuesday, August 28, 2012

KUIH RAYA SDN BHD

Assalamualaikum....
entry utk hari ini, nak share kuih-kuih raya yang ayu wat sempena lebaran mulia tahun ini...
Alhamdulillah, cipta rekod baru utk tahun 2012..
ayu tak beli kuih raya dan kek langsung, semua sendirian berhad..
alang-alang cuti semester...
boleh la siapkan 6 7 jenis kuih raya dan 3 biji kek..
cuma kerepek dan kuih tradisi mcm tempeyek, maruku, dll tu ada yang org bagi dan ada yg beli...
jom tengok kuih raya ala2 kadar..hehe

sedia terhidang utk tetamu yang bertandang...

salam aidilfitri semua...
sekian, Wassalamualaikum wbt

Monday, August 27, 2012

PELITA RAYA 2012

Assalamualaikum wbt...
seminggu sebelum raya baru-baru ini kan...
disebabkan kesunyian dan keseorangan di rumah..
macam-macam ayu lakukan...
jahit baju,
buat kuih raya,
kek raya,
and pasang pelita di halaman...
yela, raya 2012 ayu penuh dengan kesunyian dan suram..
abang2 semua tak pulang ke kampung...
yang pulang pun, sekejap2 ja sebab beraya kat rumah mertua mereka...
tu pon abg ke'3 sahaja...
takpela..mungkin tahun depan ada rezeki beraya bersama mereka...
jadi..,
untuk menyerikan lagi suasana Ramadhan dan Syawal..ayu pasangla pelita..
selalunya, ayah yang buatkan tp memandangkan ayah dah tak berupaya dan bertenaga lagi..
ayu amik alih dan melalui hasil didikan ayah..ayu berjaya..
jom, tengok gambar...hehe
ni antara pelita-pelita usang yang dah tak guna bertahun-tahun..ayu jumpa di bangsal kayu belakang rumah..
lepas digilap dan dibersihkan...ni la hasilnya..cuma berkarat sikit laa...
nasib baik belakang rumah ada pohon buluh....apa lagi, pakai hentam ja ayu ambil buluh ni...
kemudian, diletakkan paku...
dah ala-ala Mak Tukang dah ayu ketok2....hehe
ada gurau2 dgn mak ayah pada hari itu..."mak,ayah, ceq ni dah jadi Hidayat, bukan Hidayu ni..."hehehe
done....dah pacak dan dah pasang pelita yang ada minyak gas...hihi
dengan view sawah yang baru dituai...hehe, molek sangat lah...
malamnya, ia menyala dgn baik...asa terubat sikit sunyi di hati bila memandang....
sekian dulu di sini..
Wassalamualaikum...

KAD RAYA III

Assalamualaikum wbt
next entry here....^_^
ni kad raya yang ke'3 ayu peroleh...
its come from bodyguard ayu...
hehe..lawak saja..
dari Mr.Adi....
thanks adi..
kad raya berbaldu...pernah tgok kat kedai kad raya ni...
saat itu sgt berminat dan terdetik utk membelinya...
namun, tak kesampaian atas faktor tertentu..
dan tak sangka2, mmg rezeki ayu utk memiliki kad raya simple but nice ini...

ada dedikasi dan pantunyang di siratkan dalam kad ini...
then, lastly, tandatangan....
gracias2...

sekian, next entry about Pelita will be coming..InsyaAllah...

Wassalamualaikum wbt


Sunday, August 26, 2012

KAD RAYA II

Assalamualaikum wbt
dah berhari-hari kita menyambut lebaran...
tapi ayu baru nak update utk entry kad raya yang kedua..
padahal, byk sangat perkara nak dishare di sini...
takpala...slow2 lah kan...
so, just nak share sal kad raya yang kedua dr Nurul Fatin, my sweet friend...
kad raya dr Pahang ni...
TQ very much atin..
terharu sangat mndapat ini...

pantun yang ringkas, padat dan jelas...

da 1 lagi kad raya yg ayu dapat..
next entry will be coming..
InsyaAllah..
sekian, Wassalamualaikum wbt

Wednesday, August 15, 2012

IFTAR 3 BERANGKAI

Assalamualaikum wbt
sebenarnya dah lama kami ber3 berbuka puasa bersama....
rini baru teringat nak update entry..
Alhamdulillah rezeki kami bertiga, dapat berbuka puasa bersama....
last time iftar bersama, masa 2010, time ayu masih belajar di Kedah...
tahun lepas, xda rezeki..
tp tahun ni, curi-curi gak masa utk iftar bersama....
yela, masing2 semua sibuk...
Cik As dgn kerjanya...En.Adi dengan studynya....
Cik Ayu lak, dgn hal-hal sendirinya...
hehehe...
bersama Cik As yang disayangi...sahabat sejati...

bersama En.Adi yang dihormati...sahabat setia...

kat sini la ktorang berbuka puasa...dah lama teringin nak makan kat sini...
Lee Boss..ntah betol ke tak, ayu eja ni...hehe
tapi makanan sini sedap-sedap..
harga pun sedap..huhu...

thanks so much sahabat2ku...
salam Ramadhan...
Wassalamualaikum wbt

Sunday, August 12, 2012

KAD RAYA

Assalamualaikum wbt
akibat tidak menerima bil broadband selama 2 bulan, ayu tak dapat online utk beberapa hari...
then, skrg ayu dah dapat online selepas ke pusat Maxis yang berdekatan...
^_^
syawal makin menghampiri...
ramadhan makin mengakhiri....
moga makin byk peluang diperoleh utk membuat amalan dan kebaikan di bulan barakah ini.
Aamiinn...

kali ini, entry mengenai kad raya ayu coretkan..
tahun ni, ayu dapat kad raya lagi...dari my BFF, Cik Siti Aswani...
taraaa!!! hehe...mentang2 cik as suka hijau, dia bagi kat ayu pon warna hijau yaa...anyway, nice sgt...

hah, senang da cop company yang cik as keja kan, tak payah nak susah2 tulis nama and tandatangan bagai...
mesti cik as dapat kad raya manyak2 ni..
tu yg habis dia agih kat kenalan dia termasuk ayu..
TQ very much...
ayu sukaaa...

ini antara yang disuratkan oleh cik as dalam kad dia...
diblurkan sebab nnt tergoda lak tengok tulisan dia...
cik as da mohon maaf sebab tulisan dia cakar ayam tp hakikatnya cantik laa and kemas...
tak kisah la mcm mana pun, janji tulus ikhlas kad dilayangkan tanda ingatan menjelang Aidilfirti...

tahun ini juga ayu ada menyediakan kad raya buat rakan-rakan...
namun, disebabkan bajet yang tidak seberapa, tidak dapat menyediakan kad raya utk semua kenalan dan sahabat...
namun, InsyaAllah, tahun depan da rezeki ayu sediakan kad raya lagi utk kenalan lain pula...
Alhamdulillah, dah selamat dipos semua kad raya kecuali ada beberapa utk sahabat yang bakal berjumpa beberapa hari lagi..=)

bila tulis kad raya banyak-banyak..
terasa macam ayu di zaman persekolahan dahulu,
saling berbalas surat, kad raya, kad hari lahir...
sampai skrg, ayu masih menyimpan semua kad-kad tersebut sbg kenangan terindah dari sahabat2 dan kenalan...

sekian dahulu disini..
salam Ramadhan..
Wassalamualaikum wbt

Sunday, August 5, 2012

HOBI BARU

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan...
entry kali ini, ayu just nak kongsikan hobi baru ayu sepanjang cuti semester...
Alhamdulillah rezeki bila seorang jiran yang sangat rapat dgn ayu menghadiahkan banyak paket kelopak-kelopak bunga dan daun hiasan.
kesemua ini dia peroleh dari Wang Kelian..
nak tahu bentuk rupanya...ini haaa....^_^

 pertama kali melihatnya, agak janggal sebab ayu belum pernah melihat kelopak2 ini...
mungkin ayu belum pernah menjumpainya di mana-mana gedung bunga kot...
apa-apa pun, sangat menarik bila ia khas utk dicreatekan menjadi bunga hiasan, bunga hantaran, bunga telur dll....

dengan kreativiti masing-masing, kita boleh jadikan ia bunga yang besar tau,
tapi ayu belum cuba lagi...
just create bunga ringkas seperti gambar dibawah ni..
so, dah da hobi baru....
hobi shooting rehat sebentar..
hehe...

sekian, dahulu...
its blogwalking time dan cari info n ilmu dari blogger lain...
Wassalamualaikum wbt

Saturday, August 4, 2012

Friday, August 3, 2012

SURAH AL-BAQARAH:216

Surah Al-Baqarah ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."