Saturday, January 2, 2010

DaFtAr SeMesTer bArU..


Assalamualaikum w.b.t...
nasib baik balik asrama hari jumaat..sebab,hari sabtu ramai sangat kereta2 yang menghantar pelajar2 lama ke kolej serta ke sesi pendaftaran di dewan sarjana...jadi,kelmarin, 2hb, tak la kalut sangat untuk bereskan daftar kolej dan akademik..
sebab,bilik dah kemas,jadi lepas g daftar semua,dapat la lepak kat bilik sambil on9 dan baca artikel dalam internet..
masa daftar kelmarin,jadual telah dilekatkan..so,hamba dan tatina dah capture gambar jadual then,balik bilik salin dalam kertas...sebab ramai sangat tadi kat papan kenyataan..nak tulis pun tak selesa..
lepas di belek2 jadual,padatnya waktu dalam jadual tu..rasa takut pun ada..dah la,hamba lemah jugak,kang pitam lagi..huhu..

ni jadualnya...haha..padatnya!!!
apa2 pun,InsyaAllah da hikmah ni..harap dan kwn2 lain kena tempuh..myb ini jalan kejayaan kitaorang...InsyaAllah
kelihatan hari ni,ramai jugak yang check in asrama berbanding kemarin..semoga urusan mereka dipermudahkan Allah..Amin...
hari ini,dah start kelas..start pukul 8 hingga 1..sambung pukul 2 hingga 4..teruk juga rasanya...menegnai subjek pula,semua sangat baru dan agak janggal bagi hamba..hari ini,kelas hamba ada 4 orang yang telah keluar dari uitm kedah..3 daripadanya pergi sambung ijazah dan yang sorang lagi,trima twaran SPA...good luck for them..
da yang tanya..."napa ayu tak apply??"...
so,selalunya,soalan tu disusuli jawapan "saja la.."..huhu...
actually,lepas tengok kawan2 semua dapat smbung ijazah,memang terdetik rasa cemburu dalam hati tapi bila pikir balik,bagus juga berada di diploma ni..sekurang2nya kita merangkak dulu sebelum berlari jauh..jadi tak slah utk hamba apply ijazah,tapi bila dapat,myb agak sukar hamba nak buat keputusan..sebab banyak aspek kena fikir..apa2 pun,i must finish up my diploma..then,continue step by step..stage by stage..level by level...InsyaAllah,my dream will come true..=)
so,that the my actual answer....
target untuk tahun 2010...
-lebih usaha untuk mendekatkan diri pada Allah
-lebih taat pada ibu bapa
-tak nak aktif sangat kat kampus and belajar lebih rajin..hurm...
-menjaga etika sebagai perempuan muslim..
semoga tercapai semua ini..InsyaAllah..
thats all..

(monolog dalaman)
apa dh jd dgn ayu...jgn terlalu tunduk pd nafsu yu..
kuatkn dan cekalkan hati mu...
bersbar ayu utk segalanya..
tiada yg memahamimu kecuali Allah..
"Wassalam,moga2 saudari menjadi muslimah yg bertaqwa kpd Allah dan sentiasa mendapat pemeliharaan daripadaNya..."
moga doa hamba Allah ini dimakbulkn Allah..

Friday, January 1, 2010

AdiKKu HaFiz..


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,semakin hampir untuk meniti semester ke-4..perasaan hamba bercampur baur..antara sedih,gembira dan gementar...
ditambah pula...sedang meniti awal 20-an...rasa bagai mimpi..sekejap saja dah meninggalkan umur belasan tahun..kalau orang tanya,nak jawab apa..."sudah 20"?
tidak...!!
apa2 pun,kena terima kenyataan...
yang jauh itu adalah masa lalu...
yang dekat itu adalah kematian..
yang berat itu adalah amanah...
dan..
yang ringan itu adalah solat..
jadi,memang lumrah alam..umur kita akan berganjak ke hadapan..1 hari ke 1 hari...
demi masa...
manusia di dalam kerugian..

untuk entry kali ni,hamba nak coretkan hal hafiz...
dia boleh kata anak saudara jarak jauh la..entah camna ntah,dia kena gelar hamba mak su dan hamba panggil dia adik hafiz..so,panggilan ni dah memang dari kecil lagi..rapat la dia dengan hamba.umur hamba dan dia sebaya..1 sekolah,1 kelas,1 kampung...rapat2 ktorang pun,susah jumpa..coz die study polimas..
erm..sekarang dia terlantar di hospital as..die mengidap jantung berlubang,hati dan buah pinggang...
sebelum hamba balik ke melbourne (merbok)..hamba g melawat dia di hospital dengan kawan2 sek menengah hamba.so,6 orang ktorang naik kereta.padat juga..seperti biasa hamba sebagai pemandu tetap.
sampai di hospital,Alhamdulillah tak sukar cari wad dia..menggunakan information yang hamba dapat dari ayah dan tok dia,ktorang ber6 sampai di tempatnya..katil 20,Mohd Hafiz b. Zakaria,20/12/2009.
ketibaan ktorang cuma nampak ayah dan maknya saja..yang hamba panggil,Abg Ya dan Kak Be'ah..rupa-rupanya adik hafiz g mandi..
lepas dia keluar dari kamar mandi,hamba dan kwan2 semua terkejut dengan keadaan dia..dia kelihatan sangat kurus..tak bermaya,dan tidak dapat jalan dengan sempurna..tidak sanggup ktorang nak menatapnya lama2..sedih sangat..hafiz yang dulu ktorang kenal,yang ceria dan selalu wat semua tersenyum dan ketawa dah jadi pendiam,lemah dan sentiasa murung..
selepas beberapa perbualan dimulakan,hamba dimaklumkan dia telah kehilangan 15kg dari berat asalnya.dia juga tidak dapat minum air dengan banyak kerana masalah hatinya..
kemudian,gelak ketawa juga banyak mengiringi perbualan supaya dia dapat gembira bersama ktorang walau dalam keadaan begitu..dia juga ada memaklumkan pada hamba.."aku lapar jus tembikai susu,lama dah teringin.."
sedih mendengarnya..so,diam2,hamba dan 2 orang kwan hamba kluar cari jus tembikai susu namun hari jumaat semua kedai tutup di kedah..jadi ktorang ber3 ambil keptusan g cari buah tembikai susu di GIANT..
Alhamdulillah jumpa juga dan terus ktorang bagi padanya..dia nampak agak gembira..
selepas tu,ktorang bertolak balik sebab hamba dah kena balik hostel selepas asar..sebelum balik sedikit kata2 semangat ktorang bagi padanya..moga dimanfaatkan...
adik,adik kena tabah..semua ni adalah ujian Allah pada adik..mak su akan doakan semoaga adik cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala bersama-sama kami semua..

-bersama hafiz di Hospital Sultanah Bahiyah-

thats all...get well soon dik hafiz...

Wassalamualaikum w.b.t

Wednesday, December 30, 2009

terima kasih mak..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t

untuk entry kali ni..hamba teruja sangat hari ini 30.12.2009 kerana dihadiahkan sesuatu oleh mak hamba,
Rahimah Ahmad.terima kasih mak..hamba tak minta apa pun mak tapi mak tetap nak belikn juga.nak tahu hadiah apa?

jeng-jeng...
JAM TANGAN..pertama kali dapat jam tangan yang mahal.walau apa pun,harga bukan tandingan..walau dapat air botol
mineral sekali pun, akan hamba simpan botol tu kalau itu adalah dari orang yang disayangi..=)

jam tangan ni di beri kerana hamba telah berjaya memperoleh dekan semester 3 seterusnya berjaya mengumpulkan
CGPA dekan...Alhamdulillah syukur teramat.namun perjalanan masih panjang....
terima kasih tak terhingga kepada mak ayah yang banyak bagi dorongan.kawan-kawan baik semua...nak sebut pun,ramai
sangat..so,thanks u all...
walau apa pun,semua ini hamba akan jadikan sebagai penyemarak semangat untuk semester depan.InsyaAllah...
hidup kita seperti roda..kadang2 di atas..kadang2 di bawah.andai berada di atas,ingatlah Allah dan kekuasaanNya.
Andai di bawah tabahlah.semua itu adalah tidak lain tidak bukan untuk Allah menguji tahap keimanan kita sebagai
manusia yakni makhluk Allah..

1hb nanti,hamba akan bertolak balik ke asrama,semoga di sana,hamba akan lebih rajin membelek dan memenuhi ruang
blog purple ni dengan apa2 yang menarik..InsyaAllah..

kepada anak saudara ku,Haziq Hakimi b. Hanizam...
tahniah ziq..u got 5A in UPSR dan berjaya memasuki MRSM Alor Gajah, Melaka..
Anjang doakan ziq lebih berjaya lagi..maaf,anjang xdapat menghadiri majlis kesyukuran,Anjang dah nak balik asrama..
tak sempat nak g sana..
Well done my son!!
hehe

sekian ,Wassalamualaikum w.b.t
***berhenti ayu!!!!!!!!!!!!!=(
mungkin ni bukan terbaik...
ayu..sedar lah....!!!!!!!!!!

Wednesday, December 16, 2009

BeRiKu KeKuAtaN oH TuHaN...

Bismillahirrahmanirrahim...



siapa tahu melainkan Allah...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,
hamba masih hidup meneruskan tugas sebagai
manusia dan hamba Allah di muka
bumi ini..
Alhamdulillah di atas
segala rahmat Allah yang telah dukurniakan...
Alhamdulillah di atas
musibah yang diterima,
mungkin ini akan mengajar hamba
erti kehidupan sebenar untuk kini,esok
dan selamanya...
InsyaAllah..

ehem....
sebelum panjang lebar memulakan bebelan dan ruangan,hamba ingin berterima kasih kepada insan-insan yang menjadi followers blog ni.thanks kepada pembaca-pembaca dan syukran kepada insan-insan yang rajin meninggalkan sesuatu di sini,tidak kira di shout box @ di peti komen...
gracias..

waaa...
sudah agak lama hamba tak post something kat sini dan pelbagai aktiviti dan perkara yang hamba lalui..
di mana nak mula yer??

erm..
mungkin sesiapa yang mengikuti blog ni tahu dulu hamba telah lalui zaman percintaan..
memang best dan banyak cabaran tetapi semua tu telah terlerai sikit demi sedikit..h
ingga satu tahap,Allah Yg Maha
Mengetahui dan Menyayangi,
telah menunjukkan hamba jalan yang benar.
Alhamdulillah.dan dengan itu
terkuburlah segala alam percintaan
di antara dua insan yang tidak halal..
hamba redha demi mendapat keredhaan Allah..
adakah pihak 1 lagi redha,
Wallahualam..kadang2 mulut redha..
tapi di hati siapa tahu??hanya Allah yang tahu..
Namun,hamba pasrah bila mendapat tahu,
ada yang memesongkan keadaan yakni
berfikir bahawa gampang bagi hamba
meninggalkan
seseorang??pasti ada orang lain yang hamba minati??
hamba ni memilih sangat??hamba kejam dan tiada perasaan??
pentingkan diri sendiri??...bla3..tanpa semua sedari,
semua tu hanya menjadi persoalan yang tiada jawapan melainkan
mengetahui hal sebenar..
lumrah sesetengah manusia,
membuat dan berfikir sesuatu sebelum mengetahui sebab dan musababnya..
sekiranya perkara dan fikiran dilontarkan pada sesuatu masyarakat?
apa kesannya....?
pasti pelbagai pemikiran yang dibuat...
tambahan terdapat tokok tambah cerita..

cinta tak kotor...
cinta sangat indah,suci dan mengasyikkan..
tetapi lebih baik terhadap Allah dan insan-insan yang halal..
hamba mengaku,
sungguh indah alam percintaan melibatkan 2 insan bukan muhrim,namun..
tanpa diduga,hal tu telah
mangundang zina tidak kiralah zina hati,mata,lidah dan sebagainya..
bagi pasangan yang lebih menyerlah ke'couple'an mereka,
yang rela disentuh, dimanja-manjakan...
lebih banyak zina dilakukan..
sesungguhnya Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan menjurus ke jalan yang buruk"

pilihlah 'love' lepas akad
sesungguhnya sangat indah tatkala satu pasangan disatukan atas gelaran suami isteri selepas akad nikah..
ini bermakna pasangan tersebut halal antara satu sama lain..cinta juga dapat disalurkan kepada yang layak..
sekiranya sebelum kahwin,telah menjadikan cinta sebagai sesuatu yang perlu,berpegang tangan tanda saling dimiliki,
bermanja tanda tiada suatu yang lebih bahagia selain belaian pasangan,melakukan maksiat tanda kasih sayang...
namun percayalah,selepas akad lebih manis semua itu,bahkan mendapat pahala melalui perbuatan yang diharuskan..

melalui cerita saudara terdekat
Z adalah sepupu perempuan hamba..
diceritakan Z kepada hamba selepas akad nikah,pertama kali mereka bersentuhan ketika menyarung cincin dan bersalaman
serta disudahi dengan kucupan dahi dari S..Z menceritakan bahawa betapa indah saat diri menjadi milik si lelaki shj.
semestinya hubungan mereka akan diwangikan dengan nilai2 percintaan yang sebenar..
tidak rugi menjaga kesucian diri di zaman remaja dan sebelum akad..
antara petikan novel yang dapat hamba kongsikan di sini,
"di antara ajaran Islam yang diyakini adalah ajaran tentang bersuci.kesucian lahir dan kesucian batin.kenapa dalam
buku2 fiqah,pelajaran pertama pasti tentang thaharah(bersuci).Adalah agar pemeluk agama Islam sentiasa menjaga
kesucian zahir dan batin.Di antara kesucian2 yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara lelaki dan wanita.
Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara lelaki dan wanita kecuali mereka adalah pasangan
suami isteri yang sah.......ingin menjaga kesucian diri kepada isteri saya kelak.Biar dialah yang menyentuhinya
pertama kali.Biar dialah yang akan mewangi jiwa dan raga ini dengann sentuhan2 yang mendatangkan pahala."
petikan halaman 81-82,Ketika cinta bertasbih..novel pembangun jiwa..

hatiku..
sekiranya banyak andaian yang dibuat terhadap diri ini,hamba redha dan terima seadanya..kerana hanya Allah yang tahu,
apa yang hamba rasa dan apa yang ditanggung hamba...
mungkin suatu hari nanti ada kebenaran menyebelahiku,InsyaAllah...
terima kasih kepada teman-teman usrah yang tidak jemu-jemu memberi nasihat membangunkan jiwa hamba..
apa lagi yang dapat hamba ungkapkan di sini,berjuta kemaafan kepada yang terlibat,
izinkan hamba mengawal nafsu,jiwa dan mencari kebenaran untuk diri.semua yang hamba lakukan adalah untuk masa depan.
disamping menurut syariat Allah..hamba percaya kita lebih sanggup tanggung risiko kan daripada mendapat kemurkaan Allah..
yakinlah pada Allah,setiap pertemuan,perpisahan,
ajal,maut,jodoh di tangan Allah..usaha manusia adalah berdoa dan berusaha menerusi jalan yang diredhai..
Allah takkan sia2kan pengorbanan dan usaha hambaNya..

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

to kak long,sepupuku...selamat pengantin baru...

Thursday, November 12, 2009

aWaRd..First TiMe dPt..


dr ana solehah(http://najcahayacintaagung.blogspot.com/)..syukran..