Thursday, March 24, 2011

2 PILIHAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum WBT
kenapa pula gambar sign 'Hospital' jadi paparan di sini?
untuk entry kali ni, hamba nak cerita pengalaman hamba g Hospital pagi tadi..
2 Jam jugak la berada di sana...
kalau diikotkan hamba nak g hospital sorang-sorang, tapi mak ayah nak temankan..
terima kasih mak ayah..
sebelum sampai ke Hospital Yan, macam-macam dalam kepala otak hamba...
tak mau operation !!
eh, ayu kenapa yer..?
actually, hamba ada ketumbuhan dalam mulut, dah 5 bulan lebih dah...
kadang-kadang dia besar, kadang-kadang dia kecil...
malam sebelum tu, tetiba, dia besar sampai hamba tak dapat nak cakap betul-betul and akhirnya, tergigit and berdarah dalam mulut..
esoknya, ayah mak bawa hamba g hospital..
jangan fikir bukan-bukan, tak bahaya pon..and Alhamdulillah, tak da sakit sangat...
biasa ja...(sakit juga)
ok, dah2...bukan nak menagih simpati, just we share a story at here, not more than that...
sampai jer d hospital and register, dapat nombor 0055...
nombor yang dipanggil time tu 0039..
so, boleh tahan lama kena tunggu...
dalam masa tengah menunggu, ada junior hamba, Ira, sedang mengendong bayi kecil duduk d ruangan menunggu juga, dia nampak hamba, dia senyum..
aiseh, masih dikenali hamba ini..
so, hamba dekatkan diri pada dia untuk melihat bayinya...
ops, lepas ditanya, bayi tu bukan anaknya tetapi anak saudaranya, baru lahir 8 hari, 2.3kilogram..
ada sakit kuning rupanya, baik jer bayi lelaki kecik tu, diam jer dalam dakapan mak saudaranya..
then, dia gitau hamba, dia pun bakal menimang cahaya mata pertamanya bulan 8 nanti,InsyaAllah..
baru hamba tahu dia dah berkahwin tahun lepas..
umur dia 19 tahun..hamba tanya dia, kenapa prefer kahwin awal??
then, she say " dah ada orang berkenan, Ira terima aje"..
i wish, kehidupan mereka suami isteri berkekalan..Aminn...

sedang menyembang dgn junior, terleka nama hamba dan 2x dipanggil di bilik khas rawatan...
jantung mula berdegup kencang..
persoalan mula bermaik difikiran, kenapa tak naik nombor 0055?
memang kena bedah ke??
doktor lelaki ke perempuan??
masuk jer bilik tu, ada 2 manusia yg sedang menanti..seorang jururawat 40-an yang muka agak garang dan seorang doktor lelaki 20-an yang nice pakai mask....
alamak, lelaki...???
then, lepas duduk and gitau segalanya pada dorang, doktor minta hamba bukakan mulut dan periksa ketumbuhan tu...
seketika doktor dan nurse berbincang...
kemudian nurse keluar entah kemana, doktor pula duduk berhadapan dgn hamba...
Astaghfirullah, hamba tak suka mata yang memandang tepat ke mata hamba..
dia menerangkan prosedur operation kecil..
1. bius
2. buang ketumbuhan
3. jahit dua jarum
lepas operation, hamba tak akan dapat bercakap dgn baik dalam 1- 2 minggu dan selama itu terpaksa makan bubur...
Ya Allah, hamba tak mampu...tambah-tambah berada d koleh kediaman, mana hamba nak cari bubur?
then, memang agak kecut perut..
doktor tu yg bernama Zamri, dia tegur hamba.."muka dah pucat gara-gara tak mau operate noo",
diam ja la hamba...
doktor tu kemudian keluar sebentar...
sedang menunggu, mak hamba bertanya,
"adik berulang alik jala pi kelaih, mak boleh buat bubuq hari-hari"
aduhai, tak tahu nak kata apa la...
memang operation kecil, tp bg hamba yg penakut ni...huish..
so, melihat dr Zamri masuk ke bilik rawatan, harap sangat ada alternatif lain...
then, he told me, alright dik, i'll give u two option...u can choose either one...
i- do the small operation, then its will gone
ii- take the medicines first, then if its gone, so no need for u to do surgery..
so, agak-agak, hamba pilih yang mana...??
of course la, option ke-2...
sebelum keluar dari bilik tu, dr.Zamri tanya hamba, "belajaq kat mana?"
so, mak hamba yang jawabkan...
berakhirlah pemergian hamba kat hospital...
harap tak perlu pergi lagi...

entry kali ni, lebih cenderung kepada perkongsian peribadi.nothing interesting...
Wassalamualaikum wbt 

Tuesday, March 22, 2011

LA TAHZAN


TABAH AYU...

Sunday, March 20, 2011

URUS MASA

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT
nampaknya, hamba dah malas nak update laman purple..
maaf kepada pengunjung yg dtg menjenguk dan membaca..
hamba tak dapat nak buat entry terbaru...
mungkin atas faktor kesibukan diri dalam pelbagai urusan...
dan diatas faktor inilah, hamba mengalami suatu masalah dan kadang-kadang kecundang dengan azam baru hamba iaitu "TABAH"...

berikutan dengan tajuk entry,
that's my point..
i have a terrible problem about management of time...
i really want, my life go on very well by consistent of time management...

kesibukan dan kekurangan masa lapang dan masa study membuatkan hamba menjadi pasif dalam pembelajaran,
sibuk dengan hal family dan urusan2 tertentu menimbulkan konflik dalam diri hamba..
kenapa jadi macam ni...
_______________________________________________
AYU...its time to self reflection !!!
masa mengajar kita banyak perkara supaya kita menghargainya.mempunyai masa yang terluang adalah sesuatu yang berharga dan patut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan manfaat.apabila, masa terlalu padat dan kita memenuhinya dengan pelbagai pekerjaan yang memberi kesan positif, bermakna kita sedang menggunakan masa dengan sebaiknya.
mesti ingat, salah satu sebab Allah tidak mempedulikan kita dan doa kita adalah apabila kita tidak menguruskan masa yg diberiNya dengan baik.
so, hati-hati dalam bermain dengan masa.kalau segala urusan dijalankan dalam masa yg konsisten, maka impaknya bakal lumayan InsyaAllah..
kita boleh menguruskan masa dengan sebaiknya sekiranya ada wawasan dalam diri kita.cuba fikirkan masa-masa yang berlalu, adakah kita habiskan waktu dan masa kita dengan aktiviti yang berfaedah? hamba, mungkin 95% TIDAK...
bukankan Allah juga memberi peringatan dalam surah Al-Asr mengenai masa?kenapa masih lalai dan leka serta mempermainkan peringatan Allah?
Astaghfirullahalazim...hamba leka, Ya Allah...
mohon padaMu Ya Allah, bantu hamba dalam penjagaan dan pengurusan masa hamba..
permudahkan ia dengan pekerjaan yang hamba lakukan sebaiknya..Aminn.
moga pedoman ini dikongsi bersama...

sekian, Wassalamualaikum wbt..

Thursday, March 3, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum WBT
entry hamba kali ini adalah utk membuat perkongsian aktiviti di kampus hamba..
baru-baru ni, bertarikh 28hb Februari 2011, kampus hamba telah membuat sambutan Maulidur Rasul..
pada siangnya diadakan perarakan...
kemudian pada malamnya, sambutan diteruskan didalam dewan serbaguna...
jom, kita layan beberapa gambar yang sempat disnap..
antara rakan-rakan seperjuangan yang bersama menghadiri majlis ini..
bacaan Al-Quran oleh Juara Akademi Al-Quran musim-3, Ustaz Fakhrul Radzi...Subhanallah, lunak dan syahdu.
sesi Soal Asyraf, dikemudikan oleh Imam Muda Asyraf sendiri yang sangat petah berkata-kata dan berkongsi pelbagai ilmu kepada hadirin. kempen yang dibawanya adalah "JOM KAHWIN"...
nampaknya, cik ashy senyum ja tu.sabar...=)
diteruskan pula dengan persembahan pentas pentomen yang diarahkan oleh Ustaz Hadi, Imam Pusat Islam Uitm Kedah. sangat mantap, sampai mengeluarkan air mata dek melihat setiap babak..

sekian,
berakhir sedikit perkongsian yang tak seberapa ini..
Wassalamualaikum wbt..

SUSU MAKANAN PERTAMA MANUSIA DIDUNIA

I have returned to drinking milk. I am proud that because before, I do not drink milk. Let us practice this nutritious drink which is also our first meal in this world.
Alhamdulillah..