Monday, August 10, 2009

diPeRboDohKaN...



Sebelum menerangkan kejadian sebenar,eloklah sekiranya hamba mengelar insan ini F.di sini,bukan hamba bermaksud untuk mengutuk atau sebagainya.
hamba yang diperbodohkan pada malam 09/08/09.hamba terlibat dengan program mentor-mentee d mana hamba di tanggungjawabkan menjadi mentor kepada junior hamba dan beberapa kos lain yg mengambil subjek calculus.
pada malam 09/08/09 tersebut, hamba dijadikan mentor kepada seorang lelaki yang umur 2tahun dari hamba, rendah dan 'perokok' serta namanya F.sepanjang proses "mengajar"(ajar la konon), hamba terpaksa menahan bau rokok yang menusuk hidung.sabar separuh pada Iman..
hamba dah tau, serba sikit pasal F dari my lovely roomate sebab diorang classmate.tapi bukan latar belakang hidup dia sebaliknya tahu tentang prestasi akademiknya.
mari kita tahu,apa yg menyebabkan malam tersebut dia telah spoilkan mood study hamba..pada mula program ini,mentor kena bersama mentee, nak tak nak kena la berada depannya.takda mentee perempuan ke?..
nak di jadikan cerita, dia suruh hamba ajar dari awal lagi padahal group lain dah masuk tajuk lain.jadi,hamba yang 'bodoh' ni , ikot cakap dia.apa yang di tanya hamba jawab dengan tenang dan sabar sebab apa yang ditanya sangat tidak masuk akal.hal ni berlangsung sehinggalah dia minta hamba buat soalan dan dia lihat sahaja.dengan penuh kesabaran,hamba ikot lagi pa yg diminta dan menyatakan bahawa hamba buat contoh untuk dia.
kesabaran hamba teruji apabila F kerja gelak dan ketawa dgn hasil kerja hamba dan sentiasa senyum sinis menampakkan ke'genius'an dia..
Ya Allah, baru terasa diri diperbodohkan F..baru menyedari kemungkinan besar dia lebih bijak tentang calculus dari hamba kerana dia adalah bekas pelajar diploma kejuteraan.namun,hamba tidak mengetahui punca dia tukar dan mengambil kos sains kuantitatif.
Untuk mencari kepastian,hamba memasang perangkap, bukan untuk mengenakan tapi hanya untuk kebenaran, 1 soalan hamba selesaikan tapi sengaja dengan cara yang salah.kemudian, F berkata "mentor ajar ajaran sesat...".zasssss...kan dah kantoi,hamba dah agak.
dia terlalu hipokrit di depan hamba dan berpura-pura tidak faham semua.hamba serahkan pada Allah.segala balasan dan tindak tanduk kepadanya, biarlah Allah yang uruskan.
Semoga hati hamba akan lebih tenang hadapi semua ini.
program hamba akan datang- mentor mentee di sekolah teknik sp2..
sedihnya bila diri dijadikan bahan ketawa dan bahan ke'bodoh'an..

sekian,
Wassalamualaikumsalam w.b.t

1 comment:

Muhammad Nazrul said...

org cam tue.. just humban dalam laut jer..huhu..