Monday, October 26, 2009

MoGa iBuKu sEmbUh


Assalamualaikum w.b.t.

Salam bervisi jua aspirasi..
baru sampai hostel dari rumah ni...
tapi tadi berat hati nak tinggal rumah..
kesian mak...

hamba pulang baru2 ni,
mak hamba sakit...
penyakit darah tingginya mnyerang..
nasib cuti study..
so,boleh luang banyak masa dengan mak..
dan juga ayah..

kat sini,teringin hamba nak cerita masa hamba mula2 sampai rumah..
odw balik,pada pagi jumaat..
hamba dan ayah singgah ke gerai makanan beli sarapan untuk mak..
dan seterusnya pulang ke rumah..
rumah hamba tampak suram..
tingkap dan pintu tertutup tidak seperti selalu..
lepas sampai..
hamba dan ayah pon angkat beg2 yang berat dengan baju2 kurung dan barang yang tidak digunakan di hostel,
sebab dah nak exam,start 30hb...wish me luck...
so,pas letak barang dalam bilik hamba,
hamba terus g tengok mak dalam bilik mak...
kesian...sedih...
mak hamba terlantar atas tilam,
menyepi diam...
hamba pegang bahu mak..
dan mak buka mata perlahan-lahan..
hamba cium tangan mak...
mak peluk hamba erat-erat tanda dia tersangat merindui hamba..
sayunya....dengan melihat keadaan mak,air mata die juga jelas kelihatan...
walaupun acap kali hamba menelefon mak,
namun tiada yang lebih mengembirakan daripada dapat saling berpelukan-pelukan antara ibu dan anak...
selepas tu,hamba beredar untuk buka semua tingkap2 supaya sistem percahayaan dan pengudaraan terjadi dengan baik...
kemudian,hamba kembali menemui mak dan meminta mak untuk mandi supaya lebih segar..
namun,melihat keadaan mak yang tidak bertenaga dan berupaya,
hamba mengangkat mak dan membantunya utk mengensot sikit demi sikit utk ke bilik air..
nasib baik bilik air dekat dengan bilik mak..
kesian mak...
hamba kemudian memandikan mak hamba buat pertama kalinya...
Ya Allah,hamba sayu sangat melihat keadaan mak..
hamba tekad di hati untuk menjaga mak sebaik mungkin...
selepas mandi,hamba papah mak ke biliknya...
dan sediakan sarapan untuknya dan ayah...
hamba sarapan sekali dengan diorang..
gigi hamba dah okay...
dah kembali celoteh macm dulu..alaaaa...huhu..

so,26hb..hamba dah balik kampus..hamba ada gitau mak nak dok rumah jaga mak...
tapi mak tak bagi,mak kata die dah sihat..
dan berharap hamba dapat study dengan baik di sini...
doa hamba moga mak hamba cept sembuh...
hamba juga dah sediakan hadiah untuk hari lahirnya yang ke-59 pada 1hb Nov nnt..
tapi mak hamba tak tahu lagi..
hamba letakkan hadiah tu kat certain place..huhu..
sampai sini saja celoteh hamba di sini...

sekian,Wassalamualaikum w.b.t

9 comments:

Cik As said...

moga mak pb cpat smbuh....
ashy doakan kesihatan mak pb....
jgn isau2 sngt k....

Ayu said...

thanks...pb pun sentiasa doakn mak..pb nak balik jg mak...huuu

Anonymous said...

hargai ibu kamu ye selagi dia ada...
jgn jd seperti aku

Solehah said...

doakan mak tuan hamba cepat sembuh..InsyaAllah..

Pn Kartini said...

Salam dear..
Semoga bonda cepat sembuh..
dan sis diberi kekuatan dan sentiasalah mendoakan utk ibu...

Ayu said...

terharunya....
kpd miss jane-jgn berkata bgitu..kmu juga anak yg baik..
kpd solehah-trima ksih..sy juga mendoakn kesejahteraan semua ibu bapa..
kpd pn Kartini-thanks..InsyaAllah..sy akan jga mak sebaik mungkin...

Afzainizam said...

salam buat girl ye... lama tak ziarah blog kamu ni... sorry ye kesibukan yang melanda membataskan aku dan blog ni ....

salam takzim dari kami http://barramundianglers.blogspot.com/

Dari hati ke hati kutujukan kata Untuk ayah bonda
"Ampunkan setiap salah silap anakmu..
Walau sekecil mana pun mahu pun sebesar mana pun..
halalkan makan minum ku dari kecil ku hingga daku dewasa kini ..
Dari setitis susuanmu menjadi darah dagingku
sekiranya anakmu kurang membahagiakan mu,
sekiranya anakmu biadap terhadap mu
sekiranya anak mu mengguris perasaan mu,
anak mu mohon dengan sangat kemaafan dari mu berdua..
mohon penuh keredaan mu"
Bagi ku untuk mu kemaafan ayah dan bonda

kenapa aku berkata begitu kepada girl cam tu...
dulu aku masa study setiap kali nak exam aku akaan amalkan mohon maaf pada mereka kerana aku nak keberkatan atas mereka... harap peperiksaan ini dan moga good luck ye...

maka kamu berdoa pada ALLAH untuk kesihatan ibu kamu semoga dia cepat sembuh...

"YA ALLAH TUHAN SEKALIAN MANUSIA, HILANGKAN KESUSAHAN,ENGKAU ADALAH ZAT PENYEMBUH, TIADA KESEMBUHAN MELAINKAN DARIMU, KESEMBUHAN YANG TIDAK MENINGGALKAN PENYAKIT SAMA SEKALI....AMIN"

Afzainizam said...

Salam buat kamu dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/

lagi satu ye doa untuk keluarga kita moga terhindar dari segala penyakit

" DENGAN MENYEBUT ASMA ALLAH YANG ASMANYA TIDAK AKAN DAPAT BERBAHAYA SESUATU YANG ADE DI BUMI DAAN DI LANGIT.. ALLAH MAAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI" AMIN

OH YE CUBA KAMU LIHAT KAT ATAS TU YE HARAP MAAF HARAP MAAF YE AKU TERSALAH BERI ALAMAT

salam takzim dari kami http://barramundianglers.blogspot.com/
( BLOG MEMANCING AKU )

YANG SEBENARNYA.... JADI GUNAKAN BLOG INI YE...
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
( BLOG HARIAN AKU )

Ayu said...

kpd afzainizam-terima kasih bebanyak atas doa dan kta2 yang manfaat...InsyaAllah sy akan amalkan...thanks visit my blog again