Wednesday, January 19, 2011

PERLU AMBIL PERHATIAN

Bolehkah wanita haid duduk dan beriktikaf dalam masjid? apakah hukumnya ?

________________________________________
Assalamualaikum Warahmatullah. Berkenaan dengan persoalan dan masalah perempuan haid duduk di dalam masjid hukumnya adalah haram kerana dalil-dalil berikut: Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi janabah. (Suran an-Nisa: ayat 43). Dalam ayat di atas terdapat larangan daripada Allah Taala bahawa tidak dibenarkan mendekati solat dan tempat solat iaitu masjid dalam dua keadaan iaitu: - Mabuk. - Junub. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang haid dan berjunub. (Riwayat Abu Daud). Dalam hadis di atas juga menunjukkan bahwa Rasulullah S.A.W. melarang duduk di dalam masjid bagi orang yang berjunub dan haid. Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni mengatakan: Telah terbahagi dua pandangan dalam masalah adakah orang yang berjunub dan haid di halalkan untuk masuk di dalam masjid? Beliau mengatakan bahawa: Pandangan pertama mengatakan adalah haram memasuki masjid bagi orang yang berjunub dan haid tanpa pengecualian. Manakala pandangan kedua mengatakan di haramkan untuk duduk di dalam masjid bagi orang yang berjunub dan haid kecuali melintas sahaja. Dan tidak pula dinukilkan ada pandangan yang ketiga yang mengatakan bahawa boleh bagi orang yang berjunub dan haid untuk duduk di dalam masjid. Syeikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili mengatakan dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu ketika beliau menyenaraikan perkara-perkara yang diharamkan ke atas perempuan haid dan nifas antaranya adalah: Masuk ke masjid dan duduk di dalamnya dan beriktikaf padanya walaupun selepas mengambil wudhuk. Beliau turut menyatakan bahawa mazhab Shafie dan Hanbali membolehkan perempuan yang haid dan nifas untuk melintas di dalam masjid dengan syarat aman daripada mengotorkan masjid. Perlu difahami bahawa jikalau seseoarang perempuan haid itu aman daripada mengotorkan masjid maka dia hanya dibenarkan untuk melintas sahaja. Adapun duduk dan beriktikaf di dalam masjid tetap haram. Adapun pandangan yang mengatakan: "Jikalau sesesorang perempuan yang haid dan nifas itu aman daripada mengotorkan masjid tidak menjadi masalah untuk dia duduk dan beriktikaf di dalam masjid kerana illah (sebab) daripada pengharaman memasuki masjid, duduk dan beriktikaf padanya telah tiada" Pandangan seperti ini tidaklah bertepatan kerana perempuan yang haid dilarang daripada memasuki masjid yang merupakan rumah Allah Taala yang suci itu bukan kerana najis darah haid yang dikhuatiri daripada mencemarkan masjid bahkan larangan itu adalah kerana diri perempuan itu yang tidak bersih daripada haid dan nifas sebelum dia mandi wajib. Jikalau perempuan haid yang boleh menjaga darah haid daripada tertumpah mencemari masjid dibenarkan memasuki masjid, duduk dan beriktikaf di dalamnya mengapa seorang lelaki yang bermimpi basah di malam harinya tetap tidak dibenarkan memasuki masjid selagimana dia tidak mandi wajib padahal memang sudah pasti maninya tidak akan keluar lagi pada ketika dia memasuki masjid itu. Tambahana pula antaikata terkeluar juga maninya daalm keadaan dia belum mandi janabah maka maninya tetap suci bukanlah najis yang mengotorkan masjid. Jadi jelaslah sekarang bahawa bagi orang yang berjunub dan perempuan yang haid adalah di haramkan memasuki masjid. [b]Rata-rata ulama (jumhur ulama) berpandangan bahawa adalah haram bagi orang yang berjunub dan haid untuk duduk di dalam masjid.[/b] Kawasan masjid yang tidak dibenarkan bagi perempuan haid adalah kawasan orang bersembahyang (dewan solat). Adapun kawasan luarnya (seperti kaki lima masjid dll) adalah dibenarkan. Surau bukanlah termasuk dalam takrif masjid. Wallahualam
____________________________________________________

sumber: Iluvislam.com

No comments: