Friday, January 14, 2011

TAHUN BARU & TABAH

TAHUN BARU 2011...
Assalamualaikum wbt

utk tahun 2011, ini lah first entry yang menerjah ruangan purple..
tahun ini menjadi tahun bermakna utk hamba kerana hamba telah masuk semester akhir pengajian diploma hamba di UiTM Kedah.InsyaAllah, bulan 9 hamba akan sambung di UiTM Shah Alam..
walau apa pun, niat utk mencuba nasib apply pengajian degree di luar negara tidak hamba lupakan..
memang banyak perkara perlu difikirkan sebelum bertindak sedemikian.
keluarga hamba di sini, kewangan, kemampuan hamba berada di negara orang dll...
mak tidak menghalang, namun disebalik raut wajahnya, hamba tahu dia sukar nak melepaskan anak perempuan tunggalnya ini ke negara luar.
tapi sedikit pun tidak kedengaran kata 'tidak setuju' darinya...
dia sentiasa menyokong hamba..
ayah...serahkan bulat2 pada keputusan hamba sendiri..
mungkin dia percaya hamba sudah boleh memikirkan mana baik, dan mana buruk..
ayu cuba yg terbaik..
dalam hati...hamba tidak sanggup meninggalkan mak ayah..
mereka sudah 60-an..mereka perlukan teman..
jadi anak-anak adalah teman terbaik mereka..
so.....hamba memikirkan bahawa, belajar dalam negara juga menjamin masa depan..
sering kedengaran kata-kata semangat 'belajaq mana pun sama ja, janji ghajen pulon, belajaq sunggoh2..."
ayat simple kedah, InsyaAllah semua boleh faham..
=)

TABAH

Bagi tahun ini dan Maal Hijrah yang kita sambut sebelum ni, azam hamba ringkas dan padat..
" TABAH "
kenapa tidak azam lain yg lebih bagus dan memanfaatkan..???
hamba tak pasti kenapa,
hamba akui, sebelum ini hamba bukan la seorang yang tabah dan sentiasa menerima apa yg berlaku..
tp manusia perlu berubah ke arah pemantapan diri dan mencari keredhaan Allah..
jadi, hamba sentiasa cakap pada diri 'TABAH AYU TABAH' bila sesuatu yg tidak diingini berlaku..
hamba tidak akan 'cuba',
tp hamba 'akan' memupuk diri utk sentiasa redha dan positifkan diri..
dan sepanjang tahun Maal Hijrah 1432 yang telah beredar sebulan lebih,
hamba dapat rasakan kehebatan azam "TABAH" hamba ini..
bila perasaan amarah menguasai diri, cepat2 hamba istighfar serta letakkan genggaman tangan di dada dan bertekad utk TABAH...
bila sesuatu percakapan telah menyinggung hati hamba , perkara yg sama hamba buat dan hamba teruskan senyuman dan berharap Allah lah yg akan membalas segala kebaikan dan keburukan..
bila terdapat berita yg mengecewakan, hamba hiba dan sayu, namun dalam sudut hati hamba, Allah adalah tempat yg terbaik utk mengadu dan momohon ketabahan...hamba genggamkan tangan, letakkan di dada, TABAH DUHAI HATI...
bila semua orang berada dalam masalah masing2, hamba tak putus2 menyebut perkara yang sama kepada mereka sampai Cik As pun dah hafal ayat hamba..
percaya la,
dalam apa jua keadaan, kita cuba pujuk hati utk :-
  • TABAH
  • Redha
  • fikir positive
  • berfikir sejenak hikmah Allah
  • sentiasa mengucap syukur dan "Moga ini baik, InsyaAllah
moga, apa yang dikongsi menjadi amalan bersama bloggers2 semua...

sekian dahulu, coretan ruangan purple..
Moga diri kita diselubungi ketabahan oleh Allah SWT...
Allahhu Akhbar...

Wassalamualaikum wbt

No comments: